28 December 2009

Recap of 2009

Sedar tak sedar hari meniti hari, bulan berganti bulan dan kini kita sudah berada di penghujung tahun 2009....

Penghujung tahun 2009 mengimbau kembali segala kenangan pahit & manis.... kejayaan & kejatuhan, segala target yang tercapai dan hanya diimpikan....

Kematangan dan kekuatan diri dibina seiring dengan usia yang dilalui...

Matangkah aku???

Kuatkah aku???

Wahai hati silalah kuat dan sentiasa kuat
Jangan mudah kalah..
Walaupun kelihatan kuat dan teguh
Luruh dan berderai menjadi serpihan kaca
Tidak mampu untuk dirawati..
Bagaimanakah cara untuk mencari kekuatan itu
Aku perlukan kekuatan itu
Hadapilah dengan kuat dan teguh
Semoga keteguhan itu menjadi kekuatan
Untuk kuhadapi dengan senyuman...


Namun begitu banyak kenangan rentetan aktiviti berjalan2 bersama teman2 dan keluarga, aktiviti makan2, rekreasi @ exercise sepanjang tahun 2009 dimana tirainya bakal dilabuhkan tidak lama lagi...


Antara aktiviti jalan2











Kawan2 dan teman rapat yang telah menamatkan zaman bujang mereka pada tahun nie pun boleh tahan banyak gak...


Antara wedding yang sempat attend



Not attending with apologise

~~ika 7 smks 18~~

~~ Engagement Fiza Amin ~~

Lain2

Tika Farhana


aku?? entah bila... lama aku berfikir...

Tidak dilupakan pada bulan 8 baru2 nie... bermulanya the biggest transition bagi aku iaitu bertukar company @ tempat aku bekerja...Macam yang korang tahu, decision yang paling susah untuk aku buat of the year 2009...

Berfikir panjang untuk melihat dari pelbagai perspektif dan ramai juga yang membantu dalam proses membuat keputusan nie... thanks pada semua

Tapi yang sebenarnya lokasi tempat keje lama dan yang sekarang nie hanya dipisahkan oleh jalan kat depan opis aku nie ... Masih boleh terserempak dengan ex-collegue kat tepi2 jalan, masih boleh keluar makan bersama2....

Yang berlalu tetap berlalu, masa yang pergi tak mungkin kembali walau sedetik pun... Apa yang penting langkah dihadapan perlu dihadapi pada tahun 2010 yang bakal menjelma tidak lama lagi..


~~~Hope to be stronger women~~~



I really need to be stronger women of this coming tougher year of 2010 from all aspect



Emotionally, Physically and Mentally...




@@@@HAPPY NEW YEAR@@@@

2010

26 December 2009

Yati's Wedding




Penutup tirai my frenz wedding untuk tahun 2009 bertempat di Taman Desa Pinggiran Putra...
As usual teman seperjuangan untuk ke wedding member matriks ialah Cammy yang memang tinggal kat area Puchong gak..
  • 1st time wedding Dayah kami mencari2 jalan untuk ke dewan Pulapol pada waktu malam plak tu..

  • 2nd time untuk ke Wedding Azila.. Cammy expert area USJ, aku jer yang tersalah2 jalan, pusing syok sendiri huhu..

  • Dan hari nie kami berkonvoi lagi ke wedding Yatie plak.. Kali nie kami siap ada dua map lagi... Satu map dari wedding card dan satu lagi dari Google Map.. hehe
Sedar tak sedar dah tiga orang member rapat masa Matriks telah menamatkan zaman bujang mereka pada tahun nie...

Hurmm..aku yang sedang berfikir panjang....

So cerita expedisi hari nie, memang plan ngan cammy jumpa kat lepas tol ldp menghala ke Purtajaya... So aku follow cammy jemput kawan dia kat area Serdang then ke UPM sebab Nad tunggu kat sana...

So kami berempat just naik satu kereta, aku drive dan cammy sebagai penunjuk arah... Taman Desa Pinggiran Putra, Kajang... Mengikut alamat dan map yang dibekalkan perjalanan menuju ke Putrajaya... Melepasi Alamanda seperti landmark yang diberi dalam map, tapi lepas tu tak ada arah yang jelas hingga ke PPIC.. Then kami U-turn kat fly over tu dan dalam pening mencari arah untuk dituju dan selang 5 minit kemudian aku nampak exit ke Taman Desa Pinggiran Putra.. (*-*).. fuh unexpected.. Zup terus masuk dan disinilah kami berjaya menemui rumah pengantin yang kebetulan sedang berarak .. hehehe....





Sila zoom pada beg plastik hadiah di tangan aku tu.. hehe.. ada kisah disebaliknya.. Ceritanya macam nie, macam biasalah lepas pilih2 hadiah tu semalam.. Aku bayar then cashier tu bagi number..


So aku collect hadiah yang dah siap dibalut nie based on no yang diorang bagi tadi.. Then mak ai terkejutnaya aku sebab aku dapat satu beg yang penuh dengan hadiah... Seb baik tak ada lalat, kalo tak mahu masuk dalam mulut aku masa tu...



Aku pun tanyalah, kenapa banyak sangat hadiah nie, sebab lebih dari sepuluh hadiah.. Staff tu plak kata "This is your free gift"...

Aku still tak percaya..hadiah krismas ke apa nie tetibe banyak giler penuh satu bag tu...


Then aku tunjuk kat member aku yang dok tolong pilih hadiah tadi, dia pun terkejut gak... So dalam banyak2 hadiah tu aku pun carilah yang mana satu hadiah yang aku beli tadi .. tetiba toing toing... aku remind balik.. wrapper yang aku amek tadi lain dan kenapa hadiah yang dibalut nie pun lain..


So aku pun masuk balik kedai tu dan tanya kat staff tu yang mana satu hadiah yang aku beli tadi.. (ayat confident)... sambil2 tu aku tunjuk resit tu kat dia... Staf tu pun tengok resit then dia tanya aku, one item je ker yang aku beli... Aku pun iyakanlah.. Alkisah yang sebenarnya, staff tadi tu tersalah bagi aku no. , So dengan itu staff tu bagilah aku hadiah yang sebenar .. hehehe.. ceh kalau aku jahat dah lama aku lari bersama hadiah tu tadi.. hik hik...



So berbalik kepada cerita wedding Yatie nie, tadi aku berjumpa trio sahabat baik ..Mereka nie gang kamceng masa sekolah rendahlah kiranya dan of courselah mereka bertiga nie barkait dengan aku, kalo tak macam mana aku kenal diorang.. So pusing2 ke situ juga kawan2 aku ni..hehe
  • Yatie... Pengantin dan juga kawan aku masa Matriks KYPM
  • Ib -- Classmate masa SMKS 18
  • Nuri -- Classmate masa ACCP.. Bakal kahwen pada 101010... Cantik tarikh tu yer..

last but not least, Congrats to Yati.. Semoga berbahgia hingga ke akhir hayat.. Amin...

24 December 2009

Family Trip : Day 2 @ Pangkor

Keesokkan harinya, lepas breakfast kami terus check out dan destinasi yang dituju ialah ke Jeti Lumut...





Dari situ, kami menaiki feri ke Pulau Pangkor...


Dari Jeti Pangkor, kami menaiki van sewa menuju ke Teluk Nipah....


Setibanya di sana, lunch nasi ayam dulu sebab lapar ...

Sambil2 menunggu Pak Man & the family yang on the way ke Pangkor dari Bukit Merah Lake Town ... , kitorang mandi manda, main jet ski dan juga aktiviti bersantai di pantai..





Angin sepoi2 di tepi laut dan cuaca pun tak panas.. memang redup sepanjang hari tu.... Kalo tak makin tinted la aku..

Nak naik banana boat tak da gang..huhu...

Bila dah cukup korum, next aktiviti ialah menaiki boat, melawat2 pulau2 di sekitar.. Emm macam2 nama ada, batu2 kat situ pun ada bentuk yang unik.. Ada yang seakan2 bentuk ikan paus, katak, buaya dan macam2 lagi...

Disebabkan masa yang suntuk dan dah petang masa tu, tak sempatla nak snorkeling.. Just tengok orang snorkeling dari atas bot jelah..huhu

Dari Teluk Nipah, drebar van tu bawa jalan2 pusing Pulau Pangkor... jalan dia sempit, curam dan berlengkok2 macam ular..

Snap beberapa gambar ...




Lepas tu naik feri semula untuk ke Lumut...



Sampai jer di Lumut, tanpa membuang masa kami terus shopping ... macam biasalah produk pangkor yang glamor kat sini ikan bilis, ikan masin, dan sewaktu dengannya...




Before bertolak balik, kitorang makan2 dulu sebab hari dah lewat petang dan malas nak singgah mana2 lagi...


Sampai rumah semua kepenatan dan esoknaya aku cuti yeah..

p/s: Cuti pada hari isnin adalah sungguh best

22 December 2009

Family Trip : Day 1 @ Lumut

Last minute plan yang seperti Trip Melaka tahun lepas.. huhu...

So yang menjadi mangsa untuk book hotel adalah aku dan juga dibantu oleh akak dan juga adik aku.. aisey... ... Nama pun school holiday & nak reserve 2 hari before holiday..huhu..Sampai kol 1 pagi call receptionist hotel dan seperti yg dijangka semuanya fully booked .. Finally dapat juga Swiss Garden Hotel... Ermm memang tak da choice lain + malas nak survey yg len + dan mengantuk.. Maka redha jelah dengan apa yang ada...

Pada hari Sabtu perjalanan start dalam pukul 10 lebih dan agak jauh sebab lepas exit Bidor kena ikut jalan dalam dalam 2 jam lebih...



Melalui pekan2 kecil



"Bidor" adalah exit yang terdekat dan follow jalan Teluk Intan dan kemudian Lumut...

Bila sampai sana dah pukul 3 ptg.. masing2 semua dan kelaparan dan menunggu bilik siap around pukul 4.30... Fuh lama tu dan seb baik diorang promise untuk dapatkan connecting room...

Bila dah masuk, bilik aku yang paling best sebab kat corner area.... luas dan dapat Queen bed.. sebab masa aku reserve receptionist tu kata yang available only single bed...





So sampai jer bilik memang activiti makan2 dalam bilik.. lapar beb...







Then petang tu kami just rehat kat bilik dan kemudian keluar jalan2 kat tepi pantai, main canoe... Tak mandi manda sangat sebab rasa tak selamat , jelly fish..huhu


Malam tu plak malas nak dinner kat luar sebab nak keluar ke pekan lumut agak jauh dan dengan jalan yang gelap.. So the best solution is room service...

Lepas dinner jalan2 ambil angin sekitar hotel dengan adik aku... Pusing area2 hotel, take pictures, main board games... Apakah??



Around 11 pm kitorang balik ke bilik dan zzzzzzzz

p/s: More pix kat FB

Hari yang lelah

Cuti Maal Hijrah ~~ Hari yang lelah.. (T-T)


Early morning
KLIA -> Slept @ home

Morning - afternoon
Visit my uncle @ PPUM


Afternoon - Evening
Attended Cousin's Kenduri --> Slept @ home


Midnight
KLIA --> Slept @ home


p/s: 3 kali ku tidoq tu..huhu

14 December 2009

My MoM with her hydroponic

Operasi membeli set hydroponic pada hari sabtu di Midavalley Exhibition Center requested by my mom..



Idea2 or mentol ajaib nie timbul dari rancangan "Nasi Lemak & Kopi O" di TV 9 yang kebetulan ada promote pasal hydroponic hari Jumaat lepas...


Maka bersemangatlah mak mengajak aku ke exhibition untuk beli set hydropic tu... Mak aku sememangnya sangat berminat bercucuk tanam dan juga berkebun...





Ni gambar yang dah siap kat booth tu.. saje snap sebagai sumber inspirasi





Bekas untuk tanaman hidroponic... Mak aku beli dua, satu untuk teknik biji benih dan satu lagi untuk teknik batang... Tak boleh campur sebab duration growth untuk teknik batang lebih cepat dan tendency untuk unbalance nutrition adalah sangat tinggi...




Teknik biji benih yang dimasukkan kat dalam setiap lubang2 tu.. selepas 2-3 hari daun akan bercambah dan masa tu kena masukkan baja hidroponic mengikut sukatan yang ditetapkan... So yang kat atas nie biji benih pokok sawi dan salad...



Teknik batang nie pulak sama jer untuk sayur kangkung dan daun selasih... Caranya masukkan batang sayur2 nie ( yang beli kat pasar ) instead of biji benih dan 3 hari kemudian baru letak baja...


Dalam bekas tu diisi air .... Benang2 tu direndam dalam air yang akan diserap ke biji benih /batang sayuran tersebut....

p/s: Tqvm pada adik praktikal yang bersungguh2 explain pada kami tentang kaedah tanaman hidroponic nie... Kami memang zero knowledge pasal hidroponic nie... hehehe

09 December 2009

Why people react that way....

Aku memang pelik dan sekarang nie memang terasa sangat pelik...

Sekejap ok.. sekejap tak ok... moody sangat kah???...

Kenapa perlu mengeluarkan ayat yang begitu sinis

Pujian yang selalu berbentuk perlian

Owh kenapa begitu...

Manusia di dunia dengan pelbagai ragam

Sabarkah aku dengan sikap2 itu...


~~ aku yang tidak diundang ~~

06 December 2009

W.E.e.K.e.N.D

How do i describe this weekend??

Interesting??

Boring???

For me nothing special just a another weekend yang boleh rileks dan lepak...

Saturday-Futsal event tak da gang sangat.. end up balik sebab bosan...

Petang habiskan tengok citer "Pride" _ japanese drama zaman takuya muda2 dulu... Lagi sket nak abes cd 8 ada misi yang perlu dilakukan malam tu...

Fening & almost give up & tak nak pergi sebab tak da baju dan drive dengan memecut laju... Bila masuk kesas toward Ampang jalan jam tak hengat... Rasa nak patah balik rumah jer..

Tapi misi perlu diteruskan dan sampai pun akhirnya kat Flaminggo Hotel.. then guess what??

Drive back home.. tired sleepy...

Just enjoy the food... (*-*)

Sleep...

~~~~~Sunday

* Cd 's 8 - Pride of Halu & Aki ... (T-T)
* Chicken rice @ home -- very nice
* Twilight - Star Movie @ home -- nie yang rasa nak tengok citer Twilight New Moon plak..
* Thinking - nak pakai baju apa untuk ke opis... ladies out there???? tak da baju da.....

04 December 2009

Kerja Gila

Setelah aku giler bekerja yang mengakibatkan stress secara tak sengaja maka hari ini aku wat kerja gila.. ;p

Aku pun tak sangka agreed plak tu dengan plan yang bengong.. ;p

Macam jumaat lepas tapi hari nie lagi dasat dan bengong dan ahli dia 3 orang jer... fuh....
Tak sedar diri betul aku nie kan dan sengaja mencari nahas pun ada gak...

Tapi sekurang2nya tak da kebosanan tahap gaban... keh keh keh..tak bley citer lebih2

Internet pun baru jer install kat rumah tadi.. setelah banyak kali follow up dan tqvm to my dearest collegue yang membantu register dan follow up untuk aku..

Anyway have a nice weekend..

Esok awal pagi ada event kat community club cyberjaya, Futsal... Ermm tapi aku tak main pun just tolong organizer nie ..meringankan tulang assist on registration, F&B and etc

Cheer up \(^-^)/

p/s: Kat rumah dah 3 orang sakit mata... kalo aku MC next week pepaham jelah..huhuhu..tapi harap2 tak dijangkiti... try my best... tapi kalo dah kena gak tak bley nak wat apa..huhu

03 December 2009

Gelaklah sepuas hati

Adakah menggelakkan orang itu suatu kepuasan
jika ya jawapannya, maka gelaklah sepuas hati ..

Sekiranya gelak tawa boleh mengundang kegembiraan maka bergalak ketawalah anda...
Tanpa memikirkan kesan kepada orang yang ditertawakan

Apakah drama kali ini??
Sila fikirkan..