Sudah sekian lamanya menyepi di blog...
Sedar tak sedar sudah setahun masa berlalu...
Perlbagai peristiwa pahit dan manis berlaku..
Setiap yang manis sentiasa terpahat di hati..
Ada orang kata patah tumbuh hilang berganti..
Tapi apa yang patah memang tiada pengganti..
Seumpama patah sayap...
Sayap kanan patah...
Kini sayap kiri juga patah
Natijah patah kedua-dua sayap
Suatu ketika dahulu hidup pernuh warna warni
Menjadi peneman untuk meluahkan isi hati...
Setiap aktiviti menjadi penghibur hati...
Tapi kini sudah sampai satu titik
Untuk berdiam diri
Semuanya sudah pasti..
Hakikat yang perlu diakui...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi
Masih mencari ruang untuk memperbaiki diri
Masih perlu teguh berdiri
Perjalanan masih jauh yang perlu dilalui
Sila tabah wahai hati..
Semoga menemui kebahgian suatu hari nanti
Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk menjauhkan diri..
Namun telah banyak yang dipelajari
Pahit dan manis sentiasa terpahat dihati...
Merindui saat dan waktu yang telah pergi..
Masihkah ada lagi ruang dihati...