26 May 2009

@@ Sebenarnya @@

"Sebenarnya" lagu nyanyian Yuna menjadi soundtrack citer La Dolce Amira

Hayatilah lagu Sebenarnya dari Yuna yang best nie.. simple but nice.. I like.. he he



Lirik lagu Sebenarnya dari Yuna
Source: http://beautifulnara.com/download-mp3-dan-sebenarnya-lirik-lagu-dan-sebenarnya-from-yuna-yunalis/

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

p/s: Actually aku tengok video kat atas ni masa pergi client site kat cyber last Friday.. he he.. Sweet jer video nie...

25 May 2009

@@ Program2 Menarik @@

Just sharing info..

Program menarik di radio IKIM especially weekdays (Mod-Fri) at 6.15 p.m. - 6.55 p.m.

Sambil2 drive mengharung jamm pulang ke rumah, bley release tension disambil menimba ilmu... dan hati pun bertambah tenang.. Insya allah...

Untuk program penuh klik di sini..

Dan program yang nak highlight kat sini adalah seperti berikut...


Cerna Minda Monday 6.15 p.m. - 6.45 p.m

"Cerna Minda" will air live every Monday at 6.15 p.m. for 30 minutes and will be conducted by the Director of IKIM radio. This interactive program will discuss current issues and will entertain responses from the listening public."

Komen aku tentang program ni sangat menarik di mana topik utamanya ialah menjana perubahan diri.. Dan segala perubahan itu dimulakan oleh hati dan juga dikawal oleh minda..

5 jenis minda yang selalu dibincangkan oleh engineer (Director of IKIM radio) dalam rancangan ini ialah:

1) Discipline Mind

Minda yang di bentuk dari disiplin diri untuk melaksanakan sesuatu matlamat... dalam erti kata lain disiplin diperlukan untuk mencapai sesuatu kejayaan...

2) Sentesis Mind

Minda yang menghasilkan result dari proses cantuman sesuatu perbuatan/pekerjaan.. Sesuatu pekerjaan perlukan ujikaji ataupun ekseprimen untuk mendapatkan result yang lebih tepat dan berkesan.. Dan perlu di buat banyak kali.. "Practise make perfect"

3) Cretive Mind

Minda yang creative menjana penemuan/inovasi dalam diri individu, komuniti dan juga negara... Minda perlu kretif untuk explore perkara2 baru... Bersedia untuk adaptasi dengan perubahan...

4) Respectful Mind

Minda yang menghormati orang2 di sekeliling dan cara berkomunikasi dan bergaul dengan orang sekeliling.. Minda yang menghormati orang2 di sekeliling mencetuskan suasana harmoni dan mengelakkan pertelingkahan dan salah faham...

5) Ethical MInd

Minda yang patuh kepada ethic.. Nilai2 murni yang perlu diterapkan di dalam diri untuk melahirkan individu yang cantik dari luar dan dalam... Ethical mind juga menerapkan nilai untuk menpertahankan kebenaran kerana lately jenayah kolar putih sangat berleluasa sebagai contoh rasuah dan sebagainya...

Entry yang pernah ditulis berkaitan progarm ada di sini

Sains dan Al-Quran Tuesday (6.15pm)

The Qur'an and Science" will air every Tuesday at 6.15 p.m. hosted by Prof Madya Dr Arif Kasmo. This program will discuss the miracles of the Qur'an through the lens of science.

Komen tentang program nie sangat bagus untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan kaitan dengan sains dan kehidupan seharian.. Banyak ilmu yang diperolehi di sini lebih2 lagi untuk mendalami maksud tersirat disebalik ayat2 Al-Quran .. Disamping meperkuatkan ilmu dalam bidang sains dimana semuanya tertulis di dalam Al-Quran.. Wa allahu ' alam..

Rasa Hati Wednesday (6.15)


Rasa Hati" is a talk-show program on the Purification of the Soul , the nature of the heart, illnesses of the heart, and the cure for the heart. This program is conducted by the Director of IKIM radio with an invited guest. This live program will air every Wednesday at 6.15 p.m.

Dalam usrah rasa hati yang juga diperkatakan program terbaik yang pernah diterbitkan oleh radio IKIM.. Sungguh berkesan hingga membuat kita muhasabah diri dan memperbaiki diri...

Program yang sentiasa segar dengan isu yang dibincangkan membuka mata hati untuk mengenal periha rasa hati.. beberapa entri sebelum nie adalah sumber inspirasi dari proram ini sebagai contoh di sini dan juga di sini..

Nota2 untuk tajuk yang telah dibincangkan dalam usrah rasa hati boleh di dapati di sini


Salam Masjid (Thursday 6.15 pm)

Dalam rancangan ni pemanggil di luar sana boleh mewar2kan segala aktiviti di masjid atau kariah masing2 kepada pendengar dan dikongsi maklumat tentang majlis ilmu untuk pengetahuan masyarakat secara umum...

Semoga dengan segala usaha murni oleh semua jentera radio IKIM mendapat berkah dalam setiap ilmu yang disampaikan..

Source: Radio IKIM website & artikel

Wasalam

21 May 2009

@@ Jasamu dikenang @@





Ustazah Hajah Aishah... (SRA Taman Medan)
Seperti gambar di atas belah kiri guru ini yang membibitkan minat aku untuk belajar bahasa Arab masa darjah 3 & 4.. Gang aku masa tu Umi, Yuli, Munirah, Sakinah ngan Suria pun sama gak kan masa nie kita dah kenalkan .. Masa tu semangat belajar bahasa Arab begitu memuncak hingga berlumba dapat 100% dalam subjek tu.. Sampai kena retest untuk semua yang dapat 100% sebab seorang jer yang akan dapat hadiah pelajar terbaik untuk subjek bahasa arab masa penyampaian hadiah (darjah 6)...


Ustazah Mukminah Hanim, Ustazah Suhaila (SRA Taman Medan)

Actually guru2 nie adalah adik beradik / ipar... Aku sangat suka mereka sampai sekarang ingat nama guru nie even ajar aku masa darjah 4,5 dan 6.. Masa tu hujung minggu kalo tak ada buat apa2 selalu datang rumah cikgu2 nie naik basikal beramai-ramai..


Cikgu Rahman (SK Taman Medan)
Walaupun aku tak ada gambar cikgu nie nama dia masih ku ingat....Cikgu kelas masa darjah 6.. Cikgu yang selalu memberi nasihat2 yang best.. Masa ni semua pelajar 6 Amanah yang best... Sangat seronok belajar masa ni dan Cikgu Rahman yang cool dan selalu dengan semangat2nya untuk kami semua... Even ada cikgu2 dan pelajar kelas lain yang mencemburui kami...Mungkin sebab kami selalu conquer pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah.. he he.. Still ingat lagi pasukan bola jaring, cacamerba (nama yang diilhamkan oleh Cikgu Rahman)..



Cikgu ni juga yang ajar guna sempoa sampai dia boleh organize pertanding sempoa antara kelas... Masa tu sempat belajar operasi (+) sahaja.. Tapi memang bagus guna sempoa melatih untuk mencongak....


SMKS 18

Puan Noraini..


My lovely teacher yang juga Form teacher masa Form 4 & 5. Even aku kureng berminat subjek dia tapi memang cikgu yang best dan sentiasa dekat dihati pelajar... Sentiasa cuba untuk memahami masalah pelajar2nya especially boys.. Kesian kat Cikgu nie pening kepala dibuatnya... Apa2 pun gerak2 geri kami sentiasa menjadi perhatian dan juga mata2 cikgu2 di sekolah pada masa tu...


(Sila abaikan gambar aku kat sebelah tu yea.. its about 8 years back.. and underweight 10 kg.. oh my god... sampaikan doktor pun kata aku nie cam orang somalia.. tengok sekarang orang somalia tu dah jadi orang Malaysia yang kuat makan.. huhu.. Azam untuk berdiet diteruskan)




Puan Aishah..

Cikgu yang kecil molek seperti gambar di atas mengajar aku subjek Sejarah Form 4 & 5... Cikgu yang suka menyakat aku dan aku pun suka menyakat cikgu nie.. Kesimpulannya saling meyakat lah kitorang nie.. Cikgu yang best dan sumber inspirasi aku untuk belajar sejarah , subjek yang tidak diminati oleh kebanyakan orang tapi aku suka.. Masih ingat dengan kata2 Cikgu nie masa aku jumpa dia sebelum exam SPM.. katanya " Saya nak satu jer.. saya nak awak dapat 1." Maksudnya dia soh aku dapat A1 untuk subjek sejarah tu.. Aku pula sukar nak telan air liur!.. Siap ada hadiah menanti siapa yang dapat A1 untuk subjek Sejarah.. So still ingat lagi kitorang ramai2 dok serbu cikgu nie untuk tuntut hadiah lepas dapat result SPM.. hehe


Ustazah Hafizah

Seperti gambar di atas (belah bawah) guru yang mengajar subjek Pen. Agama Islam dan Bahasa Arab dari form 1 sampai Form 3..

Orangnya manis, tapi awas seorang yang tegas juga.. Sangat dekat dengan pelajar2 dan memahami permasalahan pelajar lagi2 kami yan melangkah ke alam remaja.. hehe



Cikgu ni juga hebat Add math even tak ajar subjek tu pun... Sebabnya pernah sekali tu add math teacher tak ada di bilik guru, aku pergi tanya soalah add math kat Ustazah Hafizah. Dia pun kata dah lama tak buat add math tapi still menolong aku untuk menyelesaikan soalan add math tu.. Then hasilnya superb.. hanya sekali cuba dah dapat selesaikan soalan tu...






Gambar kat atas nie pula antara cikgu yang mengajar aku masa Form 4 & 5.. Yea dari kiri Mrs Chong... Chemistry teacher yang best... Aku minat subjek nie tau... he he

Sebelahnya sapa ekh nama cikgu nie.. series tak ingat.. dia ajar aku subjek bahasa arab masa form 4 & form 5... Nampak ajer kecil molek tapi emm boleh tahan kalo suara nyaring sudah bergema.. hehe

Then diikuti sebelahnya ialah Puan Liew.. Cikgu yang mengajar subjek Fizik.. series aku tak minat subjek nie tapi cikgu masih tetap cool mengajar..

Sebelehnya lagi ialah Puan Rokiah.. Cikgu nie seorang yang lemah lembut... Ibu mithali.. he he.. Beliau ialah Form teacher masa Form 3 dan mengajar subjek Bahasa Melayu masa tu..
Then masa Form 4 & 5 pula mengajar subjek Pendidikan Syariah & As-sunnah..

Ingat lagi aku, wani, isma, ana, zahila, hudam dan beberapa lagi pelajar berkampung kat rumah cikgu nie untuk kenduri kawen die.. yang juga diketuai oleh Puan Akma.. best masa tu jemputan VIP lagi he he...


Last skali ialah Puan Sarzini.. Cikgu Biologi aku.. yea cikgu nie pun cool gak tapi kadang2 bising sebab kitorang malas nak baca buku BIologi.. hehe...

Tidak dilupakan kepada Cikgu mentor ku Puan Adibah yang sangat mengambil berat pasal 3 orang anak angkatnya.. Dengan hadiah2 untuk kitorang antaranya baju, sambal tumis udang... yummy yummy....dan lain2 lagi


KYPM bangi

Masa Matriks pula the only one my favourite teacher/lecture is Puan XXX (tak inagat nama lagi) tapi cikgu nie mengajar subjek Biologi... Aku sangat suka sangat cara cikgu ni mengajar dan kitorang sangat faham tanpa meghafal mekanisme bio dan segala2nya.. Yang penting kena dengar lecture dia dan buat ulang kaji insya allah boleh masuk segala nota2 Biologi dalam kepala.. So yang penting masa tu dia akan ajar kitorang sampai faham tak kiralah berapa kali pun dia perlu ulang... Memang tabik spring... Satu lagi cikgu nie sangat memahami perihal perangai anak2 muridnya... Kata2 yang tak aku lupakan sampai sekarang nie "Kalo nak meniru pun menirulah secara profesional".. ha ha..siapa makan cili dia terasa pedasnya.. ouch ouch...

Dan tak dilupakan kepada Puan Rosidah our Mentor for A3 yang best.. kat sini lah aku berjumpe dengan ALL the Songee Gang.. Kalo nak tahu sejarah terbentuknya kumpulan SONGEE klik di sini


Ada ramai lagi cikgu2 yang mengajar tapi inilah antara yang paling berkesan dan masih terpahat diingatan... Terima kasig atas segalanya dan jasa kalian sentiasa di kenang ... Last but not least "Selamat Hari Guru"


p/s: Fuh penat nak membacanya panjang bonar.. Gambar yang aku tempek nie sumuanya scan belaka sebab tu la blur.. maaf yer kepada empunya diri.. .. Masa zaman sekolah dulu mana ada camera digital nie.. semua gambar filem.. cuci sekeping tau.. itulah dia nostalgia lama...


17 May 2009

@@ Tired Day and Dayah Wedding @@

Semalam adalah hari yang sungguh letih lebih2 lagi kesihatan yang kurang baik yang membuatkan aku bertambah tak bermaya... Seawal jam 7.30 pagi aku dan parents keluar. Plan asalnya nak gi breakkfast kat TUDM Kinrara then pergi Old Town pasar kat PJ. Then disebabkan aku yang tersalah jalan nak ke TUDM Kinrara tu gara2 ikut jalan dalam, padahal kalo ikut jalan luar memang senang giler... Tapi disebabkan salah jalan tu aku dapat tahu ada satu jalan dalam masuk ikut Taman Bukit Kuchai yang boleh terus tembus ke jalan yang menghala ke Kinrara Golf Club, Giant Kinrara, Bukit Jalil dan sewaktu dengannya...

Selesai memborong kat pasar old town tu kitorang semua pergi breakfast kat TUDM Kinrara tadi yang terpaksa postpone gara2 tersalah jalan tadi. Lepas breakfast, plan nak terus balik rumah dan sekali lagi insiden yang sama berlaku di mana aku tersalah jalan dan sebabnya ikut jalan dalam lagi.. The same reason macam tak belajar dari kesilapan plak aku nie.. Memula tu ok bila lalu kat rumah Anis (kawan Azie), lepas tu kitorang lost kat dalam area rumah Kinrara tu.. Pusing punya pusing dua kali dok tembus ke jalan menghala ke Kinrara Golf Club, Giant Kinrara, Bukit Jalil dan sewaktu dengannya... Jalan yang sama masa kitorang tersalah jalan masa nak gi breakfast tadi... Sudahnya aku pun suggest pergi Giant Kinrara dan kebetulan parent aku pun nak beli barang2 dapur....

Dalam pukul hampir 12 pm baru sampai rumah, dan basuh2 bahan2 yang diborong kat pasar.. Tak lama kemudian Pak Man and family sampai dikala dapur yang bersepah dan aktiviti siang sotong dan ikan still tak habis lagi...
Lepas masak2 dan makan, aku rehat dalam half an hour.. tapi mata nie tak boleh pun lelap even badan sangat letih... Then bangun semula dan menyegarkan diri...

Tak lama kemudian boboy, kak matun and baby danial pun datang.... Sempatlah borak2 tak lama pun sebab aku nak bersiap2 pergi wedding dayah...


Dayah Wedding



Gambar kat bawah nie masa majlis pernikahan pagi semalam. Jurunikahnya ialah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din .. Tidak ku sangka kawan aku ni anak angkat kepada Dato' Dr. Haron Din ....



Majlis yang simple but very nice and sweet... lagi2 dengan grand opening pasangan pengantin yang berarak dengan paluan kompang dan bunga api... Dan bunga api yang sungguh cantik di kala pengantin sudah menghampiri pintu gerbang... Tapi camera women ( Cik cammy) tak sempat nak snap gambar bunga api disebabkan kedudukan meja kitorang yang jauh dari pintu gerbang tu...






Pasangan pengantin dan pengapit masing-masing.. Dayah yang sungguh berbeza .. series aku hampir tak percaya.. Nie yang wat aku semakin berazam nak berdiet nie... Bak kata cammy dayah selalu gi gym...






Gambar kat bawah nie pula keknya.. very nice and jealous tengok kek dia... Tapi tak ada adegan suap menyuap kek mungkin segan dengan Dato' Dr. Haron Din.. Lagi pun masa wedding tu tak ada bersanding.. just perarakan menyambut pengantin then terus makan kat stage bersama keluarga di kedua2 belah pihak..







Majlis malam tu start dalam pukul 8.45 p.m. dan dalam pukul 9.45 p.m. dah tiba sesi bergambar bersama teman2.. yea gambar kat bawah nie pula sesi bergambar gang songee KYPM bangi (the original)... lela, cam, nad aku dan juga nimi (barisan depan).. Kemudian lela dan Nazi (barisan belakang)... Nar ngan Shima tak dapat datang wedding tapi diorang semua datang masa majlis nikahnya... Semua memberi support kepada Dayah , the first Songee member yang menamatkan zaman bujang... he he..



Credit to Nad' Honey (president and founder of songee group) yang berusaha untuk menyatukan all tha Songee Gang malam tu.. even ada beberapa orang yang tak dapat datang.. Nad juga yang mewar2kan segala info berkaitan majlis Dayah nie....




Sekali lagi bergambar di depan stage... Nazi yang datang bersama cowoknya.. The macho couple bagi aku lah.. kalau ada award the most mocho couple aku rasa diorang yang patut dapat award tu.. hehe ....





Dan nie pula gambar bersama cam yang juga drive pada malam tu.. thanks for the ride last night, cam... Credit to Cam and Nad for the nice picture yang aku tempek kat blog nie...



Kepada Dayah semoga berbahagia bersama pasangan terchenta hingga ke akhir hayat...

Setelah tiba di rumah, aku tengok Konsert Final AF7 even mata nie separuh jer terbuka... he he..




Finally as my expectation (read my last answer : Tag on AF7) , Hafiz be the champion on that night.. Congrats to him for the great job...

@@ Kehilangan @@


Kita selalunya tidak menghargai orang yang selalu bersama dengan kita.. Orang yang sentiasa di depan mata kita.. Sehingga saat dan ketikanya kita kehilangannya...

Di saat itulah aku akan merasakan perasaan sebenar kehilangan seorang teman yang berkongsi kisah suka duka bersama aku.. Teman yang sentiasa menegur kesilapan aku walaupun ia pahit... Teman yang memberi sokongan di kala aku berasa down... Teman inilah juga yang mengisi lohong kosong dalam hidup aku...

Di kala ini hanya kenangan silam yang dapat memberi semangat dan kekuatan.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan semangat itu...

Pemergian atau perpisahan itu sesuatu yang pahit lebih2 lagi bagi orang yang ditinggalkan akan merasa lebih kehilangan.. Di saat ini perasaan yang dirasai hampir serupa semasa aku Form 4. Masa tu aku mengambil masa selama 3 bulan untuk recover dan membina semangat semula...

Berita yang sungguh mengejutkan dan sungguh pantas seolah2 tidak mempercayainya pada Jumaat lepas.. No other word comes from my mouth except "Oh, my god".

I wish all the best for you..I hope you happy and enjoy at new place. keep in touch with me as well.. I will be gonna miss you a lot.. I can't even control my tears from dropping out when I realised you're not be always in front of me.. As i said to you nobody to ask and nobody to question anymore..

Its very short moment to know you but a lot of issue involved between us. You're my best friend and very good accompany as well.. I know its good for your future and my pray always be with you...

Nurkilan puteri madani


12 May 2009

@@ Insan teristimewa @@


Mother

Insan teristimewa dalam hidup aku ialah mak disamping abah dan juga keluarga aku....

Mak yang tak pernah kenal penat lelah membesarkan kami empat beradik sejak kami dilahirkan sehingga sekarang nie...

Mak yang sentiasa bersama kami sekeluarga tidak kira susah atau senang, sihat atau sakit, sedih atau gembira dan segala2nya buat kami sekeluarga... Tidak pernah luak kasih sayang yang diberikan kepada kami semua...

Tetap teguh sehingga kini menjadi payung kepada kami di kala hujan
Menjadi pelindung dari ombak badai yang melanda
Dan juga menjadi selimut dikala kesejukan
Tiada kata yang dapat diucapkan untuk menggambarkan segala pengorbanan dan jerih perih membesarkan, mendidik dan memberi kasih sayang kepada kami sekeluarga...

Tampanya tidak aku lahir ke dunia..
Tampanya tidak aku merangkak, bertatih, berjalan dan berlari untuk meneruskan liku2 kehidupan dan menjadi insan yang berguna...
Tangan dan segala kudratnya yang menyediakan makanan, pakaian dan segala kelengkapan yang kami perlukan....
Mencari nafkah kehidupan membantu & meringankan bebanan yang ditanggung oleh abah untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada kami semua...

Walaupun garang dan tegas memberi tunjuk ajar kepada kami...
Kalau tidak masa kan kami menjadi orang yang berguna...
Segala leteran adalah kerana sayangkan kami....


Orang yang pertama bangun untuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang ke hostel/rumah sewa atau santapan seharian...
Orang yang paling mengambil berat kalau antara kami jatuh sakit...
Orang yang paling risau sekiranya kami pulang lewat ke rumah....

Terima kasih atas segala2nya...
Segala jasamu tidak terbalas
Terimalah hadiah yang tidak seberapa nak dibandingkan dengan hadiah kasih sayangmu
Terimalah sambutan hari Ibu yang tak seberapa nak dibandingkan dengan sambutan hari ulang tahun kami adik beradik setiap tahun...
Terimalah makanan yang kami sediakan tak seberapa nak dibandingkan dengan makanan yang mak sediakan setiap hari

Sesungguhnya memang tidak dapat dibalas sehingga akhir hayat...
Namun ku cuba sedaya upaya menjadi anak yang mengembirakan dan menbahagiakan mu...

Nurkilan

puteri madani

11 May 2009

@@ Blood test & Bone test @@




Hari jumaat yang lepas seawal 6.30 pagi kami sekeluarga dikejutkan gara2 untuk mengambil darah.. Ambil darah secara besar-besaran yang dimulakan dengan emak, azie, Abah, aku dan kemudian Along... Pengambil darah ialah Angah.. darah dia tak da siapa nak ambil...

Setiap seorang diambil darah untuk langkah2 pencegahan sebabnya last week sorang2 dari kami sekeluarga demam start dari Angah, mak, aku dan kemudian Abah... Virus mengganas dan merebak dengan begitu pantas.... Sampaikan Danish (kak aya's baby) pun sekali demam dan batuk2.. isk isk...


Then Along ngan Azie pun kena wat blood test gak sebab dua2 orang nie kena monitor darahnya sbb Along hari tu Hemoglobin dia drop sampai kena masuk hospital.. dan Azie plak kena gak control (our father's side has strong family history about penyakit 3 serangkai tu)..so kena jaga2lah yea...


Dan Angah balik petang jumaat tu dengan result blood test tadi... Masing2 ada kes yang perlu diberi perhatian.. Seperti aku unexpected high cholestrol.. Semua orang tak percaya even aku sendiri pun... isk isk.. need to watch out diet cam nie... Mana taknya total cholestrol aku 7.7.. Sepatutnya less than 5.8... Aku punya paling tinggi antara family member yang lain... Huh...


Alhamdulillah result blood test aku yang lain okay just cholesterol sangat tinggi.... oh my god.....


Bone Test





Hari Sabtu yang lepas pula, kebetulan ada free bone test kat Sunway Pyramid yang dianjurkan oleh Anlene.. So alat yang digunakan pula lebih kurang macam gambar di atas... Less than 1 minute... Result bone test aku -3...

Bone test memang expected failed sebab aku tak suka minum susu.. Setelah mendengar explanation dari Anlene representative, aku pun beli susu Anlene perisa coklat.. Kalo plain milk memang tak kan minum....

Start malam tu dan sehingga hari ini aku minum 2 gelas susu sehari.. Ada lagi 5 tahun untuk membina tulang beb.. he he.. Insaf lagi... Bagus juga minum susu nie aku tak cepat lapar. Sebagai contoh minum susu pagi tadi, sehingga pukul 12.30 p.m. aku tak lapar even breakfast just 2 keping roti (butter scotch) .

Okies... Amalkan hidup yang sihat..

Mission: Minum susu dua gelas sehari, diet, eat less cholesterol... ops lupa plak exercise...

05 May 2009

Di hening malam

Lagu nasyid yang juga popular masa zaman sekolah dulu2...

Lagu yang sungguh syahdu dan membuatkan kita menginsafi diri dan juga yang membawa ketenangan...,peringatan...muhasabah diri




Di Hening Malam info

Artist: Diwani
Song: Di Hening Malam


Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi

Bangunlah insan bangunlah
Buangkanlah selimutmu
Sucikan badanmu dan pakaianmu
Sujudlah menyembah membesarkan Tuhanmu
Panjatkanlah doa

Pohonkan ampunan dariNya
Agar bersih hatimu dan juga akalmu
Tundukkan nafsumu kepada kebenaran
Pangkat dan darjat yang tertinggi
Bagi yang berjaga malam

Di waktu malam yang sunyi sepi
Untuk Tuhan tertinggi lagi terpuji
Jadikanlah malam merintih dan mengadu Kepada Tuhanmu
Agar kerja kita dipimpinNya

01 May 2009

Special Month : May



Bulan may datang lagi... dan apa istimewanya bulan may nie.... Yea seperti yang semua tunggu bulan may terdapat banyak sambutan iaitu :


  • 1st May - Labour day



  • 10th May - Mother's day



  • 16th May - Teacher's day


Lobour Day adalah sambutan yang penting untuk pekerja2 yang juga jatuh pada hari ini.. Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja2. So diharap pekerja lebih bersemangat untuk berkerja lebih2 lagi dalam ekonomi yang tidak menentu sekarang nie dan juga slogan yang selaras dengan tema Hari Pekerja pada tahun ini iaitu "KERANA MU MALAYSIA MAJU". So tidak kiralah apapun pekerjaan anda ,setiap pekerja mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk memajukan Malaysia.. Harap begitulah ... Dan kepada para majikan pula diharap untuk menghargai pekerja2 anda agar mereka tidak meninggalkan anda.








So sambutan yang seterusnya ialah Mother's Day . Actually mother's day nie tarikhya berubah2 pada setiap tahun kerana mother's day jatuh pada hari Ahad , second week of May. So pada tahun ini tarikhya ialah 10th May 2009...

Hari ibu adalah hari istimewa untuk mak, ibu, mama, mummy, bonda dan apa jua panggilan untuk mereka.. Tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka menbesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan juga pengorbanan mereka yang tidak terbalas sehingga ke akhir hayat.

Tanpa mereka siapalah kita..

Kepada mak yang telah banyak berkorban untuk anak mu ini terima kasih di atas segalanya... Terima kasih yang teramat2 kerana membesarkan anakmu ini dan juga bersabar dengan kerenah dari umur sehari dilahirkan sehingga aku sekarang nie... Pengorbanan terhadap anak2 dan keluarga mengatasi kepentingannya sendiri... Love you so much ........ Lebih2 lagi anakmu ini yang banyak penyakit diwaktu kecil, degil, keras hati ini dan juga suka merajuk.... Dan bermacam2 lagilah kerenah ... Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang membalas jasamu itu...

Akan dikupas dengan lebih lanjut pada mother's day nanti...

Sambutan seterusnya ialah untuk insan yang bergelar guru pada 16 May setiap tahun... Tidak kiralah dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat tertinggi. Kepada semua guru yang pernah mengajar saya di Sekolah Tadika Kemas Taman Medan(1990), Sekolah Kebangsaan Taman Medan (1991-1996), Sekolah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam (1997-2001), Matriks Kolej Yayasan Pelajaran MARA(2002-2003), Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif (FTMSK), UiTM Shah Alam (2003-2006)... teima kasih banyak2. Tanpa mu tiada akan aku berada di tahap sekarang ini...

Juga akan dikupas lebih lanjut pada hari guru nanti.. ok