Coretan kisah suka duka kehidupan...Hidup tidak selalu indah tetapi yang indah itu selalu hidup dalam kenangan
27 February 2010
Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang merencana ketentuannya
Apa yang berlaku malam tadi sungguh menduga kesabaran dan ketabahan kami dalam melaksanakan misi yang sememangnya dirancang oleh kami...
Kesilapan yang tidak dapat diterima oleh akal telah dilakukan oleh aku.. Fieda... what you have done.. Sudah dua kali kau telah melakukan kesalahan yang sama.. adeh.. Mahu ku ketuk kepala aku neh sebanyak sepuluh kali...
Setelah strugle dalam hujan lebat, gelap malam dan stress kena marah semua tue, berjayalah menuju ke destinasi.. ermm lambat 15 minit jer pun dari masa yang dirancang tapi mood aku separuh dibawa pergi gara-gara insiden itu...
Episod kedua bermula apabila kesilapan dilakukan oleh Along gara2 terlepas pandang kereta Avanza yang diekori telah masuk ke junction lain... adeh ini lagi teruk bahananya..sebab kali kedua dan semakin stress.. Suasana lebih kurang sama tapi kali ini tidak lagi hujan lebat... Keadaan semakin teruk apabila kami semua stuck di 4 junction USJ/Subang untuk U-turn ke KESAS highway ... Semua traffic light di situ tidak berfungsi dan nak melepasi untuk U-turn memerlukan kesabaran yang cukup tinggi lebih-lebih lagi sudah menjadi macam puzzle di situ. Lama-kelamaan barulah mereka sedar tanpa tolak ansur semua tidak dapat bergerak... Sementara kereta Avanza menunggu dengan penuh kesabaran selepas tol Klang
Langkah2 berjaga telah diambil dengan pertukaran penumpang antara dua kereta dan ketibaan ke tempat destinasi sememangnya lewat dari waktu yang dirancang.. Fuh mencari available seat untuk kami semua adalah sungguh sukar dan akhirnya berjaya dapat tapi jauh dari kipas..
Episod seterusnya seperti menambah bara di atas api apabila Cik adik yang ambil order tak pesan pun drinks untuk kami.. nasib baik 6 biji air kelapa dah sampai.. Kalau tidak memang lagi mebuak2 kemarahan di hati...Panas hati sungguh kerana makanan yang dijangka lambat sampai telah pun sampai tapi minuman masih tidak sampai2 lagi..
Selepas minuman telah pun sampai setelah dikerah berkali2 barulah perjalanan semakin smooth...
Pulang dalam keletihan dan Along pula tertinggal kunci kereta dia dalam kereta aku... Kami semua dah tak larat nak patah balik ke Bukit Jelutong, akhirnya mereka tidur di rumah Pak Cik aku di sana...
Zzzzzzzz..ketiduran kepenatan ...
Keesokan harinya episod itu masih berlarutan dan seperti kata Pak Man the games not over yet.. apabila bateri kereta Avanza Cik Yan pula kong semasa membeli breakfast berhampiran rumah aku.. tapi memang agak bernasib baik sebab memang dekat dengan car workshop...
So plan nak ambil kunci kereta Along yang tertinggal dalam kereta aku berlarutan hingga lunch dan hope sehingga di situ sahaja... setelah dihitung ada 6 insiden tidak diingini berlaku berturut2... Fuh........
p/s: Gambar ada dalam FB Pre & Post Angah's Birthday Celebration
21 February 2010
Movie menarik di hujung minggu.. yeah..
Review: Cerita yang berkesinambungan dari Step Up: Save the last Dance.. Suka pula tengok aksi- aksi tarian mereka nie..hehe..
So cerita nie mesti ramai dah tengokkan... Kisahnya tentang Andie yang juga street dancer,seorang gadis yang memberontak dan juga selalu bertengkar dengan penjaganya sejak kematian emaknya. Kemuncak kepada konflik dapat diselamatkan apabila dia diterima masuk ke sebuah sekolah tarian elite sebagai syarat untuk berubah dan supaya tidak dihantar berpindah untuk tinggal bersama makciknya di Texas. Jurang dua dunia yang berbeza antara penari jalanan dan juga penari elit hampir menjerat dirinya dan akhirnya berjaya membuktikan kepada rakan2 lama (street dancer) dan dalam masa yang sama pengetua sekolah dan juga rakan-rakan dari sekolah penari elit tentang kenyataan dunia penari adalah tentang seni tarian itu sendiri dan bukan dikawal oleh emosi dan ego seseorang penari...
More info and pix :http://www.flixster.com/movie/step-up-2-the-streets
Movie 2: "Mama Mia" >> Release 2008

Movie nie dah lama juga.. Ia mengisahkan seorang ibu tunggal (Donna) yang mengusahakan sebuah hotel secara kecil-kecilan di sebuah pulau- idyllic Greek. Sophie yang merupakan satu-satunya anak perempuannya akan berkahwin. Sempena majlis perkahwinan itu, Sophie secara senyap-senyap telah menjemput 3 orang lelaki yang berkemungkinan adalah bapanya setelah membaca diari emaknya semasa mengandungkannya. Tanpa disangka-sangka ketiga2 lelaki itu datang ke majlis perkahwinan tersebut dan voluture untuk menjadi pengapit Sophie.
Lauryn is a young woman from a small town in Indiana who moves to Chicago with dreams of entering the Chicago School of Music and Dance. But after rejection and a series of misfortunes she finds herself working in a burlesque club. The club proves to be a place of conflict and self-discovery, helping Lauryn to realize that even though plans may change, dreams never do. -
Movie 4: "Kembar Siam" >> Release 1989.

Cerita nie pun aku dok layan juga petang tadi. Mula macam tak berminat nak tengok almaklumlah cerita lama, lepas tu aku macam dah melekat pula dekat depan TV sampaikan mak aku suruh beli Mauripan atau juga dikenali sebagai ibu roti pun kemain liatnya nak berganjak..hehe.. Actuali Mauripan untuk untuk dibuat kueh Donut... Memang sedap makan Donut di waktu petang lagi2 dibuat sendiri oleh mak aku..hehe..
So tak perlu review sebab cerita nie sure korang dah tengok banyak kali...

Movie yang agak menarik untuk ditonton... Kerumitan yang dicari dan juga dicipta sendiri kerana salah anggap seorang pekerja gym pada file yang kononya dianggap sebagai rahsia sulit kerajaan. Padahal itulah hanyalah karangan Memoir dan juga personal dan financial files milik Osbourne Cox yang merupakan bekas analisis CIA.
Kerakusan ingin mencari duit untuk membiyai perubatan pembedahan kosmetik menyebabkan
Linda Litzke menyalahgunakan fail yang dianggap sulit itu untuk menebus duit tuntutan yang akhirnya mengorbankan nyawa rakan sekerjanya.
Konflik bertambah buruk apabila skandal isteri Osbourne Cox hampir diketahui olehnya dan kerakusan isterinya dalam merebut harta sepencarian mereka dan merancang untuk menceraikan suaminya.
Campur tangan pelbagai pihak lebih merumitkan keadaan dan untuk membaca cerita penuh klik disini
p/s: Esok start keje dan silalah fokus tidak seperti last Friday.. lain yang bos suruh buat, lain pula yang aku buat.. dan juga aku boleh lupa untuk buat tugas hakiki aku setiap hari..
Hoho tapi sempat pula gi lunch kat Midvalley..hehehe..Fuh seb baik bos aku sporting.. kih kih kih
15 February 2010
Agenda Tergendala Vs. Agenda Terlaksana
Agenda Tergendala vs Agenda Terlaksana 1
Actually last Friday (5/2/2010) nak join opismate main Badminton.. Punyalah beriye2 dok bergaduh pasal direction antara dua orang jiran sebelah aku nie dan aku pula first time nak join dan tak tahu tempat tu dekat mana.. So end up diorang akan tunggu aku kat somewhere lepas exit Asia Jaya... But unfortunately my gang tu semua ada hal dan aku pun tak ada gang nak pergi.. Adakah diterima alasanku ini..hehe
So sebagai penggantinya the next day (6/2/2010), aku telah mengajak kawan jog kat tempat biasa... Lama jugalah sudah tidak menjejakkan kaki ke sana.. Tak ingat bila tapi yang pasti bila aku dah start pergi gym kat opis nie last year... Maka semput juga megelilingi sebanyak 2 round.. First round jalan2 jer sambil borak2 dan bila 2nd round baru jog tapi aku main tipu ikut jalan short cut.. kuang kuang kuang...
Agenda Tergendala vs Agenda Terlaksana 2
6/2/2010 - Plan asal nak
Actually Penempatan pokok pasu bunga tu dah runtuh... Tak dapat menanggung keberatan yang melampau dan juga hujan ribut yang menyumbang kepada kepatahan kayu yang semakin mereput.. Fuh memang aktiviti yang menguji kederat aku yang tak berapa nak kederat nie kan.. Apapun mission completed petang tu...
So berbalik kepada aktiviti asal tadi yang tergendala sebelah petang tadi dan aku pula berangan nak melaksanakan pada malam tu sedangkan jam dan pun pukul 9 malam, maka secara rasminya pertukaran rancangan menjadi "Aktiviti Makan2".. I like \(^_^)/... Destinasi kami adalah Seoul Garden -IOI Mall.
Agenda Tergendala vs Agenda Terlaksana 3
Hari Selasa (9/2/2010) pula lain ceritanya.. hik hik..
Selepas berhempas pulas dan berkejar2an ke tempat yang dijanjikan setelah sudah tak larat nak menjawab call yang tak henti2 berbunyi bertanyakan aku dimana. Dalam keterpaksaan meninggalkan opismate aku yang sedang bermasalah dengan report dimana data tak tally.
End up bila sampai ke sana mendapat mesej yang sungguhlah frustrated...
"Gym ditutup buat sementara waktu untuk tujuan pembaik pulih"
Then apa lagi aku pun terus jelah balik before palang basement parking ditutup secara rasminya sebab aku lupa bawa passcard... huwa huwa..
Guess what... Apa yang yang terlaksana keesokan harinya (10/2/2010)...
Movie Day with 2 of my opismate dan juga adik aku.. hik hik...
Memang plan gitu2 jer..At first nak tengok citer Legion tapi lambat sangat show nyer... Then we just grab "Spy Next Door" at 9 p.m.
Sebelum sesi menonton adalah sesi mengisi perut yang kelaparan....
Then sesi mencari barang2 and I got surprise present too. Series unexpexted present from Marina & Aini.. Thank you very much..
Lepas tu sesi menonton pun bermula... Jackie Chan berlakon.. best jugak..gelak2 dan juga
Agenda Tergendala vs Agenda Terlaksana 4
11/2/2010 - Agenda yang keempat nie kononya nak join main futsal tapi akibat kemengantukan yang teramat2 gara2 malam semalam aku terlebih gula kot sampai tak bley tido sampai pukul 2 pagi. Kerana itu jugalah I'm force myself to keep awake and focus the whole day event "workshop tactical campaign" (12/02/2010)... Gila aku strugle macam nak letak lidi supaya kelopak mata nie tak tertutup...
Abes pun dah pukul 7.. Then memang tak larat nak join diorang main futsal...
So event yang terlaksananya aku balik rumah dan terus memengsankan diri setibanya di rumah sampai keesokkan hari...
p/s: Fuh berjaya juga aku menghabeskan entry nie.. ambil masa berhari2 ... macam2 kes.. battery laptop kong, dan aku juga yang kong hari sabtu (13/02/2010) yang juga dikategorikan sleeping day... The next day (14/02/2010) baru nak sihat aku terus menghadirkan Event Nad's Engagement.... More pix at facebook
05 February 2010
Ke'Songee' an terserlah @ Greenbox Sungai Wang...
Before nak sampai ke Sungai Wang pun dah macam2 benda terjadi... aku dengan penuh confident bagi direction yang salah pada cik Marini kita... Maka kembalilah kami ke jalan menghala ke rumah aku... Adioyaa... Padahal plan asalnya aku park kete kat rumah Marini, then kitorang boley ikut Mex Highway dari jalan menghala ke TPM... Diatas kesilapan hampeh aku nie, maka berpatah balik lah kami ke KESAS highway dan baru masuk ke Mex Highway... Pembaziran apakah ini??? Sengal la juga aku ni kan...
Motif utama Ke'songgee'an kami kali ini ialah buat julung kalinya untuk ber'karaoke' ... Semua adalah first timer.. maka haru biru jugaklah dalam bilik karaoke tu...
Mula-mula semua malu2 kuceng..segan2 dan sewaktu dengannya.. lepas tu masing semua dengan tanpa segan silunya melontarkan suara... kuang kuang kuang....
Pix kat bawah nie pun dah menunjukkan betapa bersungguhnya kami menyanyi....

Pix bawah nie lagilah masing sampai senget2 muncung dok tarik suara..menyanyi kah????...

Sungguhlah kami berdua melayan perasaan... Marini dah semakin kuyu matanya..hehe...

Dan selepas itew.. next aktiviti celebrate my bufday... cepat tiuupppp... nanti fire alarm berbunyiiiiiiiii..... hehehe... basah mandi air hujan plak kat sini nanti........
En teddy bear ni aku letak dekat meja opis.. peneman setia dikala membuat kerja yang menghujani dan membanjiri work station aku ... Adalah juga aksesori untuk dijadikan hiasan selain koleksi botol2 mineral aku tu kan..hehehe...

Last but not least, berjuta-jutaan dan berbillion2 thank to all my dearest frenz... Love you all.. (^-^)