27 February 2010

Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang merencana ketentuannya

Segala yang berlaku adalah ketetapan dari Allah yang Maha Esa.. Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya walaupun kita sebagai hamba yang lemah tidak dapat melihat dari mata kasar kita..

Apa yang berlaku malam tadi sungguh menduga kesabaran dan ketabahan kami dalam melaksanakan misi yang sememangnya dirancang oleh kami...

Kesilapan yang tidak dapat diterima oleh akal telah dilakukan oleh aku.. Fieda... what you have done.. Sudah dua kali kau telah melakukan kesalahan yang sama.. adeh.. Mahu ku ketuk kepala aku neh sebanyak sepuluh kali...

Setelah strugle dalam hujan lebat, gelap malam dan stress kena marah semua tue, berjayalah menuju ke destinasi.. ermm lambat 15 minit jer pun dari masa yang dirancang tapi mood aku separuh dibawa pergi gara-gara insiden itu...

Episod kedua bermula apabila kesilapan dilakukan oleh Along gara2 terlepas pandang kereta Avanza yang diekori telah masuk ke junction lain... adeh ini lagi teruk bahananya..sebab kali kedua dan semakin stress.. Suasana lebih kurang sama tapi kali ini tidak lagi hujan lebat... Keadaan semakin teruk apabila kami semua stuck di 4 junction USJ/Subang untuk U-turn ke KESAS highway ... Semua traffic light di situ tidak berfungsi dan nak melepasi untuk U-turn memerlukan kesabaran yang cukup tinggi lebih-lebih lagi sudah menjadi macam puzzle di situ. Lama-kelamaan barulah mereka sedar tanpa tolak ansur semua tidak dapat bergerak... Sementara kereta Avanza menunggu dengan penuh kesabaran selepas tol Klang

Langkah2 berjaga telah diambil dengan pertukaran penumpang antara dua kereta dan ketibaan ke tempat destinasi sememangnya lewat dari waktu yang dirancang.. Fuh mencari available seat untuk kami semua adalah sungguh sukar dan akhirnya berjaya dapat tapi jauh dari kipas..

Episod seterusnya seperti menambah bara di atas api apabila Cik adik yang ambil order tak pesan pun drinks untuk kami.. nasib baik 6 biji air kelapa dah sampai.. Kalau tidak memang lagi mebuak2 kemarahan di hati...Panas hati sungguh kerana makanan yang dijangka lambat sampai telah pun sampai tapi minuman masih tidak sampai2 lagi..

Selepas minuman telah pun sampai setelah dikerah berkali2 barulah perjalanan semakin smooth...

Pulang dalam keletihan dan Along pula tertinggal kunci kereta dia dalam kereta aku... Kami semua dah tak larat nak patah balik ke Bukit Jelutong, akhirnya mereka tidur di rumah Pak Cik aku di sana...

Zzzzzzzz..ketiduran kepenatan ...

Keesokan harinya episod itu masih berlarutan dan seperti kata Pak Man the games not over yet.. apabila bateri kereta Avanza Cik Yan pula kong semasa membeli breakfast berhampiran rumah aku.. tapi memang agak bernasib baik sebab memang dekat dengan car workshop...

So plan nak ambil kunci kereta Along yang tertinggal dalam kereta aku berlarutan hingga lunch dan hope sehingga di situ sahaja... setelah dihitung ada 6 insiden tidak diingini berlaku berturut2... Fuh........

p/s: Gambar ada dalam FB Pre & Post Angah's Birthday Celebration

5 comments:

syia said...

mak ai.. citer ko pun panjang gak fida.. uiks.. jd apakah pengajaran insiden ini? hhee.. ko ni tgh penat mesti byk dlm otak

Aidy Shahiezad said...

sabar separuh dari iman...
jika ada iman, pasti ada sabar..
btul kan ??

Fieda said...

Syia,

Ni bukan panjang cerita, tapi panjang membebel..huw huwa huwa...

Pengajaran yang aku dapat errmm kena beli GPS... kih kih kih...

Aidy,

Ermm yup yup sabar separuh dari iman... betul 3x

Marissa said...

Wah.. macam-macam yang jadi.. Tapi alhamdulillah segalanya berakhir dengan sedaaaappp kan? weh pe kata kita plak pi sana? ko dah tau jalan kan? *wink~

Fieda said...

Marissa,

Ermm itlah.. makanan di situ sedap dan dpt pilih & masak mengikut apa yang kita nak..

Mahu ke sanakah??

Emm sapa ada GPS pinjam jap..ehehe