30 October 2007

How to solve this problem

Satu hari nie aku tak boley buat keje dekat opis nie...





































kenapa??






































Bukan sebab komputer aku rosak..Kalau komputer aku rosak macam mane aku type blog nie...






































Nak tau jawapannye...







































Kes nie dari semalam x setle2 lagi..


1> Aku buka Visual Studio cam biasa nak start wat keje..Masa tu macam biasa jer..Ok aku pun teruskan keje..Lepas tu aku nak run die kuar macam nie...



Error die :Unable to attach. The binding handle is invalid.Do you want to continue anyway?




Kepada programmer yang biasa guna visual studio sila la beri tunjuk ajar macam mana nak setle kan benda ne..




Aku dh tunjuk kat Mr Raymond die pun godek-godek computer aku pastu die chek lame gak la..Lebey 1/2 jam..Pastu last skali die check kat task manager..



Yang peliknya..task manager aku nie pun x da username...Padahal aku login computer nie guna nama Afidah..Nape?? x kuar name aku kat username...







Username>>>blank...Adakah itu menunjukkan masalah Windows???

Lepas tu aku pun nak try install Windows balik sbb menurut kata Raymond maybe Windows aku problem..Em aku pun ntah le..pelik gak..


Lepas tu aku pun try la install windows..pastu x jumpa CD key plak....

Em apa lah aku nak wat lagi nie..

Problem nyer Visual Studio x bley debug..cam ne nak check error??? Hu hu..Keje aku x siap2 dan tergendala plak ngan masalah nie....

Macam mana nak wat nie...

28 October 2007

Open house




Kalau melihat pada tajuk entry ku kali nie mesti ramai yang menyangka aku ingin menceritakan tentang keseronokan beraya atau pergi ke open house..emm tapi apa yang sebenarnya ingin ku luahkan kat sini bukanlah seperti apa yang korang fikirkan...
Pada weekend ni aku menerima jemputan ke open house dari teman-temanku antaranya Ib, Mone, Ija, Nisah dan ramai lagi..Tetapi malangnya tiada satu pun open house yang aku dapat pergi..Mesti ramai yang tertanya2 kenapa???..sebab selalunya aku jarang miss berkonvoi raya especially dengan member sekolah aku (budak 18)..Memang dah jadi tradisi setiap tahun kami membuat konvoi hari raya...

Kepada rakan2 ku sekalian, terima kasih kerana sudi menjemput aku dan dalam masa yang sama ku ingin meminta maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri untuk berjumpa kalian...Mungkin tiada rezeki pada tahun ini untuk aku beraya dengan kalian semua...


Aku tidak boleh menyalahkan waktu..mungkin kerana kesibukan dengan hal2 yang lain dan juga komitment yang perlu kulaksanakan...Sehinggakan tiada ruang waktu untuk diriku sendiri..Berasa hampa dengan apa yang yang berlaku pada hari ini..Aku menolak ajakan rakan2 untuk pergi ke Open House mereka disebabkan aku perlu menyelesaikan beberapa perkara ..Tetapi akhirnya apa yang ingin aku lakukan pada hari ini, tidak dapat dilaksanakan seperti apa yang dirancang (0 from the objective)..Perasaan yang hampa dan tidak puas hati menyebabkan hanya luaran sahaja yang kelihatan aku memberi senyuman apabila ku bertandang ke rumah orang lain ataupun ada tetamu yang bertandang ke rumahku..Tetapi apa yang berlaku di dalam hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu....




Apa yang berlaku pada weekend yang lepas juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada diriku untuk tidak turut serta menghadirkan diri ke Open House...Aku tidaklah serik untuk pergi ke Open house tapi peristiwa yang berlaku masa tu dan juga boley dikatakan sebagai 'Tragedi oktober' bukan sahaja kepada kawanku tetapi kepada diriku jua..(Berasa sakit hati dengan pencuri purse)...Mungkin juga disebabkan kelalaian ku..Benda dah nak jadi...Berasa menyesal pun tiada gunanya..semuanya telah berlalu..Apa yang boleh kubuat ialah mengambil iktibar dari apa yang berlaku agar tidak berulang lagi...Sesungguhnya perkara seperti ini tidak sekali pun terlintas difikiranku akan berlaku..tetapi ia telahpun berlaku...
Hati kecilku berkata tidakkah ini secara tidak lansungnya akan mencipta jurang diantara kami..Mungkin ya dan juga mungkin tidak..Semuanya bergantung kepada waktu dan kematangan kami menyelesaikan masalah...Hati manusia tiada siapa yang tahu...Kelihatan seperti tiada apa2 yang berlaku tetapi mungkin tersimpan sesuatu yang tidak diketahui...


Bak kata orang2 tua air yang tenang jangan disangka tiada buaya...

Begitulah perumpamaan dengan apa yang berlaku pada hari itu..dimana kulihat seperti tiada apa2 yang mencurigakan sedangkan mungkin telah ada mata2 yang memerhatikan gerak geri kami dan dengan hanya kelalaian dan kesilapan yang kecil membawa padah kepada empunya purse tersebut dan secara tidak lansung memberi kesan kepada diriku sendiri ..Sehinggakan mood berhari raya aku hilang begitu sahaja dan ditambah pula menanggung beban dan ketebalan muka yang terpaksa ditanggung seperti seorang pesalah yang sedang menantikan hukuman ..Itulah aku..manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan..

p/s : Tq pada lela n Cam yang sedikit sebanyak mengurangkan stress aku di kala itu...

23 October 2007

Raya owh raya

1 syawal (Bermaaf-maafan di pagi syawal & Pulang beraya ke kampung halaman...)

Selepas solat hari raya aidilfitri, kami sekeluarga berkumpul untuk sesi bermaaf-maafan antara kami sekeluarga..dan untuk pertama kalinya aku memberi duit raya..he he...

Kami sekeluarga setelah sesi bermaaf-mafan

Selepas zuhur kami memulakan perjalan berhari raya kami menuju ke Kuala Pilah, beraya ke rumah pak cikku...Akhirnya kami bermalam di sana kerana lambat sampai ke destinasi...Perjalanan ke Kuala Pilah yang mengambil masa selama hampir 4 jam di sebabkan jamm..hu hu..(Jam from Bangi to seremban & jam di Bukit Putus) ..tidak ku sangka jam pada hari raya pertama...



2 syawal- (Beraya di Kuala Pilah)

Sebelum bertolak menuju ke destinasi seterusnya kami bergambar kenang-kenangan di rumah pakcikku di Kg Beting, Kuala Pilah..Pertama kalinya kami sekeluarga beraya di sana...



Barisan Belakang: Kami empat beradik diapit oleh my dad & my uncle

Barisan depan: My Aunty & my mom



Kemudian kami meneruskan destinasi seterusnya iaitu ke Sri Menanti (masih di Kuala Pilah)..Beraya kat kg pak cikku (Pak Tam)..Plan ni tak ada dalam agenda asal..saja2 jalan sambil beraya kat sana sebab dah alang2 ada kat area Kuala Pilah....



Di kampung pak cik ku (Pak tam)..


Setelah berehat-rehat dan makan-makan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu kampung sebelah mak aku di Muar Johor..Kami bermalam di sana dan aktiviti berhari raya berakhir di situ untuk hari raya kedua...



3 syawal (Beraya di Muar Johor)

Kami beraya ke rumah sedara-mara di Muar pada hari raya ke-3...Bermula dari rumak Mak Long, rumah Acik Ai, rumah Abang Ali, rumah arwah pak long dan akhir sekali rumah mak Ndak...Kami bermalam di rumah mak Ndak sambil menikmati hidangan x putus2 yang disediakan oleh mak ndakku especially kerang rebus cicah ngan kicap cili api..yummy yummy sedapnyer...kami juga mengambil peluang makan mee bandung di bandar Muar yang menjadi kemestian setiap kali balik ke kampung...


Bergambar di Kg Jorak dimana tempat kelahiran mak aku dan juga tempat dimana mak aku membesar...



Kenangan beraya di rumah arwah pak long Tahir di Jalan Temenggong...




Sesi bergambar bersama sedara mara dan mak long (paling kanan) di rumah arwah pak long Tahir...


4 syawal (Beraya di Muar & Pulang ke KL )


Di pagi hari raya ke-4, kami sekeluarga masih di rumah mak ndak yang tak putus-putus menyediakan makanan untuk kami...air cendol special, nasi goreng, mee goreng dan menu yang tak pernah tinggal iaitu kerang rebus....he he...



Bersama cousin bergambar di rumah Mak Ndak di Parit Keroma..




Bergambar bersama sedara -mara berlatar belakangkan gambar Agong, Permaisuri Agong dan juga pak lah..First time ku lihat rumah yang sangat patrioritik (Ayah Aji)..he he

Bersemangat kepahlawanan Melayu (ayah Aji) dimana kami bergambar berlatar belakangkan koleksi keris dirumah mak Ndak ...Baru kutahu ghupe2nya ada protokol untuk cara menggantung keris dan gambar Agong...he he

Sebelum pulang ke KL, kami singgah beraya ke rumah Cik Ela di Parit Bunga (Muar)..

p/s: berasa gembira untuk perjalanan berhari raya selama 4 hari...

08 October 2007

Berbuka Puasa (Part III)

7/10/2007 (Berbuka puasa wif part of class 16 ==> songee group)

Last weekend aku berbuka puasa bersama gang songee again at One Utama, but from class 16)..word songee ku pinjam dari nad' honey..he he ...Aku secara x rasminyer menjadi organizer untuk events kali nie yang dibantu oleh x-CR kite (meen).. Thanks to marini b'coz still dtg walaupun busy ngan agenda2 yang lain...

As usual, sesi fotografi sebagai kenang-kenangan yang telah menjadi agenda tradisi yang x pernah tinggal bile kami berkumpul...Berkongsi kisah2 perkembangan masing2 setelah 4 bulan lebih OJT...berjalan2 n usha2 kedai2 yang comey...


Finally we reunite back...Welcome back to kamaroll..he he...



Suzie n mamat misteri di belakang (new songee member 1)....sempat lagi tu tumpang interframe...


Ibu santy (new member songee 2) pong nak join songee gak (bak kate min), walaupun ku sendiri pun x kenal sapekah ibu santy????

Berbuka puasa di Arena food court (kepada marini yg amek gambar, next time kite makan kat Fish n Co k...)


Posing at Question mark shape at center of One Utama..

Gaya model santai n (new songee member 3) berbaju pink yang turut serta bergambar dengan kami


Waffle yang ditaja khas oleh kama..(4 flavour in one waffle ==> Tq to kama for the very nice waffle..len kali bley blanja lagi...

Our finggers wif waffle...show our ever lasting friendship... :-) (3 jari bersarungkan cincin..kite lihat siape yang kena???)

Finally all songee gurlz + afzan




05 October 2007

How addicted to blogging

67%How Addicted to Blogging Are You?

JustSayHi - A Free Dating Website

He he..masih tahap B sebab baru berkecimpung dlm dunia bloging nie...ok...

02 October 2007

Berbuka Puasa (Part II)

29/9/2007 (Songee Class A3)


Esoknya selepas berbuka puasa bersama office mate, giliran berbuka puasa bersama2 gang songee A3 di Signature KLCC..Wah sudah lama tak berjumpe especially dayah..Thanks to nad'honey (songee founder) yang organize gathering burbuka puasa...Walaupun sekejap tapi aku excited dpt jumpe korang sume sampai tersalah naik lrt (bak kate cammy)...


Berborak n berkongsi cerita..dan x ketinggalan membuka kembali kisah dolu2 dan kisah perkembangan teman2 di matriks KYPM..Antara nama2 yang menjadi sebutan Mr Water Cooler (Water Cooler Man), ABCD (Azrul Bin Che' Daud), kak long (yang sudang menjadi tunangan orang)..n ramai lagi...kisah2 menarik dan suke duka semasa di matriks beberapa tahun yg lepas...Aku kagum ngan Nad yang masih x putus2 mengikuti perkembangan kawan2 kite..sampai kitorang gelar die (broadband)..he he jgn mare...

Antara gambar yang sempat kami ambil :-)..Walaupun hanya kami berlima without nazi (yg beriya2 ajak tapi x dpt menhadirkan diri, Ell (MIA-missing in action), Lela (emmm==>KLCC adalah kawasan larangan baginyer), shima..dan ramai lagi...



Cammy, Nad'honey, Dayah, aku n Nar

Ba ba chak..persediaan berbuka pose phase 1 (minum2 air + sushi)

Berbuka pose Phase 2 (aku n cammy)

Cikgu dayah (bersemangat bercerita sampai anak murid lalu pun x perasan) , nad yang sentiasa ada citer2 hangat &sensasi) , Nar (sorang je yg fokus mase aku amek gamabr nie)

Berbuka Puasa...(Part I)

28/9/2007 - (Berbuka puasa bersama office mate)

Aku berbuka puasa bersama-sama office mate di Alamanda..Sebenarnya agenda asalnya untuk meraikan praktikal student yang menamatkan Industrial training pada hari tersebut..Tetapi atas2 sebab tertentu mereka tak join dan agenda bertukar menjadi berbuka puasa...Tetapi sebelum diorang balik sempatlah kami mengambil gambar sebagai kenang-kenangan...


Praktikal student (Edward, Vj and Law)..yang lain tu staff kat company aku..Mr Hon dengan gaya ala-ala Along....Raymond, Ma, Michael n me...(missing in the picture denise (MIA), ain (ambik gambar) n Anand ;-p)

Gaya ala-ala skema plak..Praktikal student (law, Vj and Ain)

Gang bergosip..aku, ain and vj..
*************************************************************************************
Selepas sesi fotografi aku, raymond, michael n ma pergi Alamanda untuk berbuka puasa...??? Actually aku sorang je yang berbuka pose..mereka yang lain meneman untuk memeriahkan suasana..Dan akhirnya di saat akhir ain tiba-tiba muncul bersama kawannya...

Ain & makanannya (special order by mr Raymond)..mase ni tgl kitorang bertiga..yang lain dh blk atas sebab tertentu...

Aku & makanan yang perlu di tapau..gara2 dh lewat n kekanyangan..he he



p/s: Thanks to ain b'coz hantar aku balik malam tu..Ku telah ditinggalkan oleh..????..hu hu..seb baik ada ain jadi penyelamat..he he...All da best to all of you..