30 July 2009

The Nanny Diaries


Teringatla pulak movie the nanny diaries seperti gambar di atas...


Actually tak ada apalah sangat.. Just the whole day spent time menjaga Danish yang dah nak masuk 8 bulan dalam beberapa hari lagi.... Sorang2 kat rumah bersama Danish dari pagi sampai petang selama hampir 9 jam...
Fuh rekod yang paling lama setakat nie...
Sebelum nie pernah juga jaga dia sorang2 tapi dalam 2 jam sahaja
Dan selama seminggu lebih kat rumah ni pun ada juga menjaga dia tapi bukan sorang2..
Selalunya mak aku ada kat rumah....


Bak kata Kak Aya, biarkan dia main sampai penat lepas tu nanti dia tidur lama sket... hehe...
So aku pun mempraktikkan la.. Aku main2 dengan dia sampai mata dia dah layu baru aku tidurkan... Ermmm berhasil juga sebab 2 jam lepas tu baru dia terjaga... Dan tidur yang petang tu pulak 2 jam setengah...
Kalo tak sebelum nie tidur tak sampai 1 jam..huhu...


Dan hari nie Danish sangat baik.... senang nak tidurkan dan tak meragam..Makan dan minum susu pun ok...
Lagi pun Kak Aya dah sediakan nasi lenyek untuk baby nie..
So tengah hari tu, aku just bagi Danish nie makan ...
Sebelah petang pula bagi dia makan nastum... hehe
Tapi macam biasalah ada juga merengek2 especially bila nak pakaikan baju..hehe..
So melayan jer la si kecik nie dari pagi sampai ke petang except waktu dia tidur tu bolehlah aku buat kerja2 lain..hehe..


Dan dua benda la pertama kali aku buat...

1. Mencuci 'uk uk' baby

2. Mandikan baby

Pertama tu tak da pilihan la.. takkan nak biarkan sampai kering plak tahi redha jelah...

Kedua tu plak, actually tak confident nak buat... Tapi memandangkan dah lewat baik aku jer mandikan..Rasanya oklah kot sebab banyak kali tengok mak aku mandikan budak nie...



So aku pun cuba mandikan dia...

So oklah .. bukan main suka lagi budak nie dalam besen air mandi dia tu... Siap lompat lagi..isk isk tak padan sungguh budak kecik nie..huhu....



Overall, everything under control and not so bad since Danish tak buat angin "lok tang" dia.. hehe



p/s: Sepanjang hari tadi mak, Angah dan Kak Aya call tanya pasal danish.. "Danish ok tak, dia nangis tak <---'merujuk kepada angin lok tang' "

Soalan sengal dari Angah "Ko boleh tahan ker dengan budak tu <--- merujuk kepada Danish"

27 July 2009

Gabai Waterfall... I like \(^-^)/

Finally, plan Gang Songee (ACCP) yang dirancang untuk sekian lamanya terlaksana semalam.. berasa sungguh excited weh.. series aku kata... Sehari sebelum kami ke Sg Gabai, aku & marini shopping barang2 basah kat Giant KJ... Gang yang lain shopping barang2 kering di tempah berhampiran rumah masing2..

Operasi marinate bahan BBQ dan penyediaan makanan di rumah Marini...

Kemudian bahan2 yang telah marinate di bawa pulang ke rumah.. Siap bawa bekal nasi jagung pulang ke rumah... aku dah rasmikan dulu nasi tu..haha.. 1st trial memang sedap..



Keesokan harinya, aku dan Marini bertolak agak lambat, sebab Cik Marini ada misi yang perlu dilaksankan di awal2 pagi...huhu..


Tapi gang dari KL dah bertolak lebih awal... So diorang yang sampai awal telah siap sedia setup tempat & meyediakan apa2 yg patut untuk BBQ..


Aku ngan MArini sampai memang sudah tersedia api dan bara untuk masak BBQ...

Kredit to Kama & lain2... hoho


Tapi sebelum tu nak cerita sket... Kitorang memanjat tangga yang super duper tinggi... Owh at least 3 kali berhenti tu... Memang la Meen & Kama dah warning awal2 lagi, tapi tak sangka la kena menapak setinggi tu... Wow memang menguji stamina betulla.. Sudah kami semua membawa barang2.. Secara tak sengaja Kama & meen didera membawa barang2 berat ..hehe...

Ok..nie adalah hasil BBQ yang pertama... Ayam black pepper.... yummy.. yummy...



Hasil BBQ yang ke-2... Sungguh mengiurkan.. lihatlah butter prawn stim dan juga sotong kalamari...


Phew..sedap giler...Sotong kat tempat kami beli tak best...huhu


So aku kidnap sotong dari stock bapa aku yang dibeli tengahari sebelum aku membeli belah kat Giant KJ..hehe.. Biasala kena mengayat bapa aku la kan.. Kena bayar juga ok..huhu....

Nie plak hasil BBQ ke-3... Percik Drumstik & Terriyaki Chicken Wing yang sungguh sedap .. rasa macam Pizza deli wing..Kredit to Marini.. resepi ko memang best... yeah....








Aku dan Marini sedang menikmati makanan... Nasi jagung yang dimasak oleh Marini, coleslow yang desidiakan oleh Teep, Ayam BBQ... Makanan yang sungguh mewah di dalam hutan bak kata Marini..hehe



All of us... the Songee Gurls....



Marini, Teep, Suzie, aku, kama & meen ...Bond between us.... Really appreciate you all... 3 years of friendship ....



Aksi menyimbah air... So lihatla aku di belakang menjadi nadi tunggak utama menyimbah air ke diorang semua... hahaha.. (gelak jahat)...


Me, me and me.........

Menghayati, menghargai dan menyukai untuk kembali ke alam semulajadi.....


The best moment.. Makan jagung bakar yang masih panas dalam air yang sejuk beku.. hehe




Okey.. setelah berpuas hati, kami semua mahu pulang... Beratur dalam barisan..



On the way turun ke bawah .. snap few picture... Permandangan Sungai Gabai yang sungguh cantik....

Gambar2 lain ada kat facebook

p/s: Thanks to Marini for the nice edited picture and ride to Sg Gabai...

(^-^)

The End...

24 July 2009

Sendiri




Sendiri...
Aku bersendiri
Buat tika waktu aku seorang diri
Melayan perasaan menangisi ..
Kehadiran tidak diendahkan lagi
Harapan tidak dikecapi
Lantas membawa diri
Bersama sekeping hati
Kepunyaan diri



Sendirian aku membiarkan stereng kemana arah tujuan membawa diri
Roda tayar berpusing ke suatu destinasi
Tanpa aku punya alasan yang tersendiri
Destinasi itu terus ku tujui


"Seorang", soalan di tanya pada diri
"Ya, seorang" begitulah jawapan diberi
Tanpa melihat mata2 disekeliling memerhati
Kerusi empuk bersama sedikit bekalan untuk perut yang perlu diisi
Kemudian berpindah lokasi gara2 kesilapan mata yang mengaburi
Langkah diayun lantas menghiburkan diri sendiri

Pada ketika aku sendiri
Perlbagai emosi cerita kuhayati
Kucuba mengaitkan dengan emosi sendiri
Lakaran diri..
Sisa emosi...
Menghantui diri...
Benarkah itu yang kurasai...
Pilu dalam emosi yang cuba dihayati
Merasai kepedihan di hati....


Masa semakin mencemburui
Mata melirik waktu yang semakin dilewati
Perasaan sedikit kalut gara2 aku bersendiri
Dikala malam makin larut dimakan hari
Langkah semakin ku pantasi
Enjin ditekan membelah jalan diwaktu malam hari



Perjalanan di waktu malam ketika aku sendiri
Sangat aku menghayati
Melintasi sekali lagi
Bayang-bayang semakin jauh meninggalkan diri
Dunia realiti
Aku sendiri
NUrkilan Aku, empunya diri....

14 July 2009

Cerita Selsema babi.... huh..

Just for sharing info ...



SITUASI SEMASA PANDEMIK (H1N1) 2009 Di Malaysia..

Source from MOH- Keratan Akhbar

"Sejumlah 32 kes baru influenza A(H1N1) telah dilaporkan di Malaysia yang terdiri daripada 20 kes import dan 12 kes jangkitan tempatan"

"Jumlah terkumpul kes influenza (H1N1) yang disahkan (confirmed cases) di Malaysia sehingga 14 Julai 2009 berjumlah 804 kes yang terdiri daripada 555 kes import dan 249 kes jangkitan tempatan."

"Jumlah pesakit influenza A(H1N1) yang sedang dirawat di hospital adalah berjumlah 31 orang atau 4%, manakala sejumlah 77 atau 10% menerima rawatan sebagai pesakit luar di rumah."


"Baki 696 atau 86% sebenarnya telah sembuh daripada jangkitan influenza A(H1N1)"


"Episod terakhir adalah di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka di mana sejumlah 6 kes telah disahkan dan kesemua mereka telah pun diberikan rawatan antiviral. Sejumlah 60 pelajar di institusi berkenaan sedang dalam pemerhatian."

SITUASI GLOBAL PANDEMIK (H1N1) 2009 SOURCE FROM WHO..

"Sehingga 14 Julai 2009 jam 8.23 pagi, jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 111,769 kes dengan 550 kematian daripada 143
negara, iaitu pertambahan 4,881 kes"

"Negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah Amerika Syarikat 3,310 kes dengan 41 kematian, Kanada 651 kes dengan 6 kematian, New Zealand 224 kes dan Argentina 192 kes dengan 22 kematian"

Alert H1N1 juga boleh di dapati di sini


Nasihat Kepada Orang Ramai

" Orang ramai juga turut dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my/ dan http://h1n1.moh.gov.my/.

Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan iaitu 03-88810200, 03-88810300, 03-88834414 dan 03-88834415 terus beroperasi antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari."


CONTOH YANG PERLU DIIKUTI

Tindakan sebuah company yang sangat pantas dimana pada keesokan hari selepas kes tempatan pertama dilaporkan di Berita Utama... company tersebut yang juga client kepada company aku telah mengambil langkah sepeti di bawah:

1) Seorang wakil dari setaip department perlu scan temperature (scan pada dahi) untuk semua staff yang masuk ke office. Sekiranya didapati temperature melebihi dari paras normal, mereka perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital..

2) Scan temperature juga dilakukan setelah staff kembali dari makan tengahari

3) Ia juga mesti dilakukan kepada staff yang berkunjung ke department yang lain

4) Semestinya visitor seperti saya juga perlu scan setiap kali masuk ke department tersebut...

Memandangkan semakin banyak kes dilaporkan, diharap organisasi/company diluar sana perlu mencontohi mereka ...



p/s: Tadi mendengar perbincangan di office,, mungkin mereka juga akan memulakan langkah pencegahan tersebut...

An Apple a Day Keep the Doctor Away....


Some Article about H1N1

1) A(H1N1): Don’t play down its seriousness, says Liow

2) Map of Latest H1N1 Swine Flu Outbreak Cases and Statistics

13 July 2009

Just Another Weekend...

Ermm adakah releven tajuk entry nie.. hehe

Hari Sabtu, tak ada plan2 apa2.. bangun pun bila breakfast dah terhidang atas meja..huhu ..

Then seperti biasa operasi membersihkan rumah.. yer.. Linda bila mahu pulang ke Malaysia????...

aku dan mak bertungkus lumus bersihkan rumah... Aku cam biasala kemas bahagian depan & toilet, mak pulak bahagian dapur dan luar...

Lepas lunch, tunggu Angah balik dari kerja, keluar dok usha2 barang perabut dan on the way ke Tesco, Angah dapat call kena balik semula ke hospital..

So aku drop mak & Abah kat Tesco, pastu hantar Angah balik rumah then aku terus ke Tesco semula untuk join beli2 barang2 di Tesco...

Balik pun masing2 dah keletihan, tapi kena kemas barang2 yang di beli...

Suppose malam tu ada kenduri tahlil kat rumah jiran aku, dan disebabkan kepenatan, keletihan dan leka menonton TV, aku tak pergi.. hanya mak & abah jer yang menjadi wakil..hehe...



p/s: Malam tu melayan the making of Harry Potter: The Half blood Prince dan juga movie Harry Potter and the Order of Pheonix





*******************************************************************************





Hari Ahad plak, macam malas2 jer nak bangun, tapi aku paksa diri untuk bangun gak sebab nak pergi jog ... huhu.. dah 3 mingu tak gi ke sana..isk isk... apakah????

KAt bawah nie antara gambar pemandang kat sana.. Recreation Part kat Taman Tun... Nice & cool... Aku sangat suka tempat nie sejak kawan aku perkenalkan tempat nie..Almost every week pergi sana, tapi 3 weekend kebelakang nie selalu busy dengan macam2 aktiviti maka baru this week berkesempatan ke sana... Others picture check in FB...














Tempat nie lebih kepada family recreation park, pelbagai lapisan umur dari kanak2 hingga ke warga2 emas pun datang sini jalan2...Family picnic kat sini, jog, exercise, athlete training, cycling dan macam2 lagi...


Aku suka environment yang kehijauan.. jog trek kat atas tu macam kembali ke nature, bunyi2 burung, cengkerik, banyak kera.. aduh yang paling aku lemah.. tapi kera tu tak pernah kacau orang... Dan macam tak perasan korang berada di dalam bandar..series


Siap ada jambatan gantung, soft surface untuk exercise, anak sungai tu budak2 main2 air dan tangkap ikan.. Kesimpulannya memang best la...




Lepas jog tu pergi Makan kat Old Town, PJ...



Then balik rumah sempat layan Melodi sementara tunggu Angah balik kerja...



Seperti yang dirancang, aku, angah, emak & Abah pergi ke Kota Kemuning untuk menghadiri kenduri kakwin.. Actually anak kawan mak aku yang kahwin.. kira best friend mak aku la masa kerja dulu... Aku pun selama dia dengar jer cerita dari mak aku pasal kawan dia yang glamor dengan panggilan Mak Ji Yam., dan juga cerita anak2nya.. Sopi & Ujiro--> (Sofea & Uzir)



As usual kat sana, macam jejak kasih la, mak dan kawan2nya.. Almaklumla mak dah bersara almost 3 years .. so masa kenduri kahwin nie dapat jumpa kawan2 lama...



One thing yang aku perasan setiap kali pergi kenduri kahwin ex-officemate mak aku nie.. Mereka sangat supportive dan sangat ringan tulang untuk membantu keluarga yang buat kenduri kahwin tu.. Yela kerja bersama2 pun dah berpuluh2 tahun... Ada yang membantu jadi caterer, host majlis, tolong tuang lauk, dan macam2 lagila... semangat setiakawan tu.. hehe..

Dari kenduri kahwin tu perjalanan di teruskan ke Bukit Jelutong, rumah Pak Man.. Sebagai gantian sepatutnya semalam diorang datang rumah kami, tapi disebabkan semalam kami semua sibuk di luar dan balik rumah pun dah malam, so kitorang ke sana dan hantar baju raya untuk Tok Mama jahit... Seb baik Tok Mama dah reserve untuk family member, tempahan memang banyak giler kata Pak Man...



So lepas Margrib, atas permintaan Abah, kami semua ke Ani Sup Utara cawangan TTDI jaya ... one of our favourite restoran.. hehe..


Makan2 dan masing2 balik rumah...


Actually masa dekat rumah Pak Man, aku macam mengantuk dan siap landing kat katil bilik bawah sementara menunggu Margrib.. tapi still tak boleh tidur..



Dan sampai sekarang mata nie tak mengatuk jam dah pukul 1 pagi... Dikala mata tidak mahu tidur aku melayan buku cerita harry Potter sehingga pukul 2.40 a.m.. huhu... lepas tu aku tutup lampu dan kalo dilayan buku nie sampai ke Subuh aku tak tidur alamatnyer...huhu (T-T)...


p/s: Wahai mata, esok hari Isnin aku perlu bangun untuk kerja.. aduhai... Adakah aku juga sudah berjangkit dari Marini..huhu... tidaaaaaakkk.............















12 July 2009

Transformer...



Seperti yang dijanjikan hari Jumaat yang lepas, aku bersama offiicemate menonton movie Transformer di Midvalley... Actually event nie under company, so tiket pun free disamping kitorang semua boley mengular sebab show start 5 p.m... hehe..




Actually kitorang keluar lambat sebab masing2 khusyuk buat kerja dan Midvalley pun dekat jer dengan office.. So aku, Nida, Kak Ayu dan Erwan carpooled with Ahmad...




Ahmad pula ambil masa nak amek kereta yang park kat Masjid..


"Aku orang beriman ", kata Ahmad..


Then Nida plak balas,"Kereta ko jelah yang beriman "


Bila masuk Faderal tu macam biasalah jalan jam sampai simpang nak masuk Midvalley... Then jam lagi kat ring road Midvalley tu.. Ermm seb baik driver (Ahmad ) expert & tau selok belok parking kat situ.. Then dari car park, naik lif terus sampai depan GSC... First time aku tau parking tu..huhu.. sian gak kat aku ghupenyer... OMG...


Ermm seat aku sebaris dengan Kak Ayu & Nida..dan aku sorang jer yang menonton untuk kali pertama, Kak Ayu menonton untuk kali kedua dan Nida plak untuk kali ketiga...


Kata Nida lepas tengok Transformer tu, "Aku dah boleh hafal skrip diorang, then bley analisa apa2 yang tak logik dalam cerita tu. Ada satu scene tu cermin patut pecah dah kena langgar, tetiba aku tengok elok jer, tak pecah pun... Ada roda tu cam tak sesuai jer dengan kereta tu la..bla bla"


Aku no komen..sebab menonton untuk kali pertama, so konsentrasi 100% kepada jalan cerita, dan aku juga agak blur masa awal2 cerita tu sebab tak menonton Transformer 1.. huhu... Sampai diorang pergi toilet pun aku tak perasan..hehe

Masa kat car park adalah perbualan yang agak sengal..


Nida: Ahmad mana kereta ko??


Ahmad: Ntah..ermm mana ekh kete aku...Owh kereta aku dah transform ar.. jadi bumble bee ker optimus prime


Aku: da.....

On the way balik office:

Aku & Kak Ayu: Errm jalan mana Ahmad lalu nie.. jalan kecik pastu tembus Abdullah Hukum & terus ke jalan pantai...

Nida: Fida, ko perasan tak traffic light depan nie.. Kalo dari office ko slalu belok kanan untuk masuk NPE"

Aku: aha la baru perasan...

Aku & Kak Ayu: Errm first time ikut jalan nie

Erwan: Ahmad..biasala..



Then Ahmad drop kitorang kat Opis... lepas solat tu kitorang balik rumah..


On the way balik, nampak Ahmad drop Erwan kat simpang jalan.. aku pun lambai2 kat diorang.. tapi nampak macam Erwan nak cakap sumthing tapi aku pun terus jer jalan.. Bila buat U-turn nampak lagi Erwan nak lintas jalan, aku pun perlahankan kereta dan lambat sekali lagi... Tapi macam pelik lagik Erwan macam nak cakap sumthing, tapi aku terus jalan lagi...


Then bila dah sampai jalan Kg. Pantai Dalam tu baru aku perasan, kenapa gelap semacam jer nie.. Then aku sedar aku tak on lampu kerata rupanya.. Haha gelak sorang2 dalam hati.. Dan aku pun tengok ada miscalled dari Erwan.. haha gelak lagi sorang2 ...


Lepas2 tu aku return call Erwan dan cakap "Erwan, ko mesti call nak bagitau suruh aku buka lampu kan" pastu aku sambung gelak2 lagi...



Erwan kata, "Ha, dah buka lampu ker, aku tengok dah dua kali, ko tak perasan jugak.. tu yang aku call"..



Aku, "Dah, awat tak bagi isyarat"

p/s: Moral of the story jangan lupa turn on lampu kereta bila dah malam/gelap... Khusus untuk aku..huhu


09 July 2009

Kenapa PPSMI perlu dimansuhkan??? Kenapa??? kenapa???

Aku terpaksa hold dulu entry yang aku dah create semalam sebab nak memberi laluan kepada luahan rasa hati tentang isu PPSMI nie...

Aku selama nie memang menyokong pelaksanaan isu PPSMI... dan semalam diumumkan PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012...

Pagi tadi perbincangan di radio IKIM tentang isu ini...

Dan aku berdebat di facebook kawan aku tentang isu nie juga ..di situ hanya aku sorang membangkang PPSMI dimasuhkan kerana yang lain bersorak gembira di atas berita nie..

Aku sungguh tidak memahami..walaupun apa pun jua alasan mereka aku tetap tidak bersetuju sama sekali..

Antara lontaran suara aku disana mengikut response mereka yang bersorak gembira bila PPSMI dimansuhkan...

1st . really lost the oppurtunity for child to improve english setanding dengan bangsa lain esp chinese...

2nd thing walau macam mana nak elakkan english bila sampai kat Universiti dan waktu kerja still English akan digunakan...so better diorang didedahkan since primary or at least secondary school... Kalo tak nanti most probably culture shock......

3rd tak nak cikgu2 kat luar sana tu menjadikan PPSMI as their excuses...

prinsip aku yang dipegang selama nie ialah "nak seribu daya, tak nak seribu dalih..."

Satu lagi tak bermakna pelaksanaan PPSMI akan membelakangkan bahasa Melayu..

Kenapa bila dah 2 tahun PPSMI dilaksanakan baru semua nak bangkang?

Kenapa tidak dari awal pelaksanaan???

So siapa yang menyebabkan duit kerajaan dibazirkan...

Series aku sangat tak bersetuju dengan pendapat yg lebey kepada politikal isu nie...

PAgi tadi dengar perbincangan di radio IKIM tentang isu nie..

Macam2 pendapat ada..

Then salah seorang caller kata "Setiap kali tukar peminpin, setiap kali tu la sistem pelaksanaan ditukar??"

Sampai bila nak jadikan anak2 sebagai bahan uji kaji... Biarla satu2 pelaksanaan dijalankan secara menyeluruh barulah nampak hasilnya....

Lagi satu, memang mengambil masa untuk pelaksanaan PPSMI nie ...

We can't measure or justify the result based on 2 years implementation..sbgi contoh seperti budak2 umur 2 tahun ....... very immature...

p/s: for long term better to proceed with PPSMI...

Ya, kwn saya mempunyai satu salinan kajian tentang PPSMI ini, yang dijalankan dalam menilai tahap kopetensi guru.

" Dan hasilnya............ Faktor kritikal adalah kesediaan guru.

Guru rupanya yang tidak bersedia.... " read more click here

So jangan nak jadikan anak2 or budak yamg tinggal di ceruk kampung sebagai alasan...

Mereka sangat fresh... dan mereka mampu lakukan..

saya sendiri buat part time mengajar primary 1 students learn math, science and english..

I can see their capabilty..

Kalo kita kasihankan adik baru nak belajar we should support them and help them to improve...

Response di situ: "Sediakan lantai yg rata.. baru lah cantik gerak tarinya..kalau lantai yg tersedia x rata lalu menari pula sumbang langkahnya.. jgn di salahkan penari itu..sekadar perumpamaan.. :)"

My response: kalo lantai tu sudah elok tapi penari tu tidak mempunyai kredibiliti bagaimana pula????

Response di situ: "penari itu anak2 atau adik2 pelajar itu cik fieda.. :)kredibiliti apa yg diharapkan?"

My response: "Maksud saya kredibili disini adalah guru..sadangkan isu PPSMI ni gagal kerana guru tidak bersedia..

.Jangan sesekali salahkan kanak2 kecil..mereka mudah diasah..

Perumpamaan...

(DAri Ustazah Hjh Aishah mengajar subjek bahasa arab semasa darjah 3)

Kalo mengajar kanak2 dari usia kecil umpama menulis di atas batu..

Kalo mengajar orang dewasa umpama menulis dia atas air...

Menulis di atas batu, kesannya lama dan makan masa untuk hilang

Tapi menulis di atas air, tak sampai sesaat pundah hilang...."

Response ni pula aku berikan bila diorang timbul isu kasihankan budak kampung...

Dari mana datangnya orang bandar kalo tidak berasal dari kampung..

Dari mana datangnya tokoh2 ilmuan kalo tidak dari kampung...

Adik yang dapat 12A (betulkan fact nie kalo saya tersilap)...

datang dari mana?

Dari kelantan dan apa pekerjaaan bapa dia??

Saya tidak memandang rendah orang kampung seperti mana orang len jadikannya sebagai alasan untuk mansuhkan isu PPSMI nie...

Lihat orang bandar, bukan semua pandai berbahasa inggeris pun..silap2 adik2 di kampung lagi hebat...

Ok last note from me & need to continue my work..

Apapun berbalik kepada pepatah..

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Orang yang berjaya selalu mencari jalan...

Orang yang gagal selalu mencari alasan

Maka bergembiralah dengan pemansuhan PPSMI nie.. (khas untuk orang yang sedang bergembira)

Soalan yang aku utarakan bila isu bahasa jiwa bangsa dilaungkan mereka

Apa rasional isu PPSMI dengan jiwa bahasa dan bangsa kita..??

Takkan hilangnya identiti Bahasa Melayu di dalam jiwa bangsa melayu dengan hanya 3 subjek bahasa inggeris...

Apakah bahasa jiwa bangsa sekiranya kita mempraktikkan bahasa pasar??

Kenapa penggunaan bahasa harian yang bukan bercirikan bangsa melayu tak dipertikaikan..Dipandang enteng oleh pengiat2 bahasa...??K

enapa isu subjek yang cuma tiga itu mesti dipertikaikan??...

Kenapa kumpulan pembangkang PPSMI ini yang terdiri dari bangsa melayu ... kenapa tidak bangsa lain???

Tidakkah sedar kalian bahasa inggeris bukan "mother toungue" mereka?

Kenapa tidak melayu sahut cabaran ini???

kenapa bangsa melayu masih tidur dibantal yang empuk diulit mimpi sedangkan bangsa2 lain sudah jauh meninggalkan kita???

Tidakkah tahu buku ilmiah banyak dalam bahasa inggeris?Modul2 yang diterjemahkan dalam bahasa melayu sangat sedikit dan penterjemahan begitu terhad & tidak memenuhi maksud yang sebenar?

Tidakkah sedar private sektor mahukan pekerja yang menguasai bahasa inggeris... Berkomunikasi dlm bahasa inggeris...

Barapa banyak goverment boleh serap orang melayu di jabatan2nya...sesiapa yang boleh menjawab persoalan ini???

Yang ni pula bila mereka menjadikan Jepun yang maju sebagai alasan menolak PPSMI

Kalau nak jadikan bangsa jepun yang maju sebagai kayu pengukur kemajuan sesebuah negara atau bangsa,ukurlah cara & budaya belajar & bekerja mereka dengan bangsa kita

Adakah sama????.....

Mahu jadi maju seperti mereka perlu mempunyai attitude seperti mereka...budaya belajar seperti mereka.. budaya bekerja seperti mereka...

Jangan hanya berangan2 seperti mat jenin...

Maaf kepada empunya page (Waci) di atas catatan aku yang mungkin mengundang ketidakpaushati sebilangan kumpulan pembangkang PPSMI...

Sekian..


05 July 2009

Weekend with Family....

Last weekend very packed with family activities...

Sekembalinya aku dari services blackie di awal pagi, operasi mengemas rumah pun bermula...

Sejak Linda pulang ke Indon, rumah agak messy sedikit...

So each of us took our part... Then we all rushed to TTDI Jaya, Shah Alam because Pak Man and family waited for us... then we lunch together...

Ryan meragam..dok sembur2 air abes berkecah meja makan tu.... semua orang dah tak tau macam mana nak kawal adik sampailah mummy dia datang.... Ryan...ryan.... sudah pandai menunjukkan protes....
Komen dari semua orang yang join lunch hari tu, makanan yang diperhidangkan pun so-so jer, so next time memang kitorang tak datang lagi dah..huhu...

Next activity ialah shopping baju raya, plan yang bertangguh dari satu minggu ke satu minggu..

Then I have to cancel appointment that evening sebab nak join diorang beli baju raya..hehe


Finally aku, mak, Angah dan Azie berkesempatan membeli baju raya... Almaklumla kitorang sumekan pompuan......Sudah terbiasa shopping raya bersama2..hehe
Along plak tak join sebab tak balik this week...
Kalo Along ada, kitorang sume gerenti surrender punyer...huhu...

Abah as usual tak nak ikut... hehe..so we all drop abah kat rumah dan kami shooooooooopingggg...

So macam biasalah.. shopping baju raya kat area2..sini.... Ramai betul orang, jalan pun sesak... huhu



Most of us shopping baju raya di sini.... Kebetulan ada sales.. apa lagi sampai rambang mata dibuatnya.. hehe



On way back home, we snap few pictures...



Pemandang dikala malam mula melabuh....




After dinner kat rumah tu, azie dengan Angah shopping pula barang2 Azie untuk masuk semester baru kat IOI... Aku malas nak join dan tolong mak masak rendang untuk di bawa ke Melaka ke esokannya...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~***************~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


The next day aku, angah, Mak dan Azie bertolak ke Melaka di awal pagi gara2 nak cop bilik (hostel) cepat2.. Nanti dok tingkat atas, jenuh plak nak memanjat tangga... Abah plak tak dapat join sebab ada gotong-royong kat surau...


Then as usual kena mengangkut barang Cik Puan nie ke tingkat 3..huhu... Hujan pun agak lebat juga...


Lepas tu operasi mencari harta karun pulak gara2 barang yang diletakkan oleh Azie kat surau masa cuti semesta khas dah tak da kat situ.. Errm kena ban la tu... rasakla kitorang cari barang2 dia dari satu stor ke satu stor dan hinggakan ke tempat pelupusan sampah ..huhu...


Adei.. sudahnya tak jumpa.. Pandaila Azie korek2 kat mana barang2 tu semua...


So as alternative kena beli barang2 lagi kat Mydin...



Besar tu Mydin kat sana... Mydin kat KL Or Klang valley pun tak besar and well organize macam kat sana...Mydin USJ pun kalah..hehe



So menjadi hari dalam sejarah la kitorang gi Mydin dua kali dalam satu hari... ermm misi membeli belah selesai.. Then hantar Azie balik hostel dan kitorang pun balik ke rumah..

Mission completed....

03 July 2009

Beauty of Mathematics

Just for sharing...

Kredit to Zahila foward this email, very interesting formula...

Maybe some of you have read this... Just take a look again especially the 101%




Absolutely amazing!



1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321



1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888



Brilliant, isn't it?


And look at this symmetry:


1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this... 101%


From a strictly mathematical viewpoint:


What Equals 100%?


What does it mean to give MORE than 100%?


Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?


We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%.


How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:


If:


A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z


Is represented as:


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O- R- K


8+1+18+4+2! 3+ 15+18+11 = 98%


And:


K-N-O-W-L-E- D-G-E


11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%


But:


A-T-T-I-T-U- D-E


1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%


THEN,


look how far the love of God will take you:


L-O-V-E-O-F- G-O-D


12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:


While Hard Work and Knowledge will get you close,


and Attitude will get you there,


It's the Love of God that will put you over the top!