09 July 2009

Kenapa PPSMI perlu dimansuhkan??? Kenapa??? kenapa???

Aku terpaksa hold dulu entry yang aku dah create semalam sebab nak memberi laluan kepada luahan rasa hati tentang isu PPSMI nie...

Aku selama nie memang menyokong pelaksanaan isu PPSMI... dan semalam diumumkan PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012...

Pagi tadi perbincangan di radio IKIM tentang isu ini...

Dan aku berdebat di facebook kawan aku tentang isu nie juga ..di situ hanya aku sorang membangkang PPSMI dimasuhkan kerana yang lain bersorak gembira di atas berita nie..

Aku sungguh tidak memahami..walaupun apa pun jua alasan mereka aku tetap tidak bersetuju sama sekali..

Antara lontaran suara aku disana mengikut response mereka yang bersorak gembira bila PPSMI dimansuhkan...

1st . really lost the oppurtunity for child to improve english setanding dengan bangsa lain esp chinese...

2nd thing walau macam mana nak elakkan english bila sampai kat Universiti dan waktu kerja still English akan digunakan...so better diorang didedahkan since primary or at least secondary school... Kalo tak nanti most probably culture shock......

3rd tak nak cikgu2 kat luar sana tu menjadikan PPSMI as their excuses...

prinsip aku yang dipegang selama nie ialah "nak seribu daya, tak nak seribu dalih..."

Satu lagi tak bermakna pelaksanaan PPSMI akan membelakangkan bahasa Melayu..

Kenapa bila dah 2 tahun PPSMI dilaksanakan baru semua nak bangkang?

Kenapa tidak dari awal pelaksanaan???

So siapa yang menyebabkan duit kerajaan dibazirkan...

Series aku sangat tak bersetuju dengan pendapat yg lebey kepada politikal isu nie...

PAgi tadi dengar perbincangan di radio IKIM tentang isu nie..

Macam2 pendapat ada..

Then salah seorang caller kata "Setiap kali tukar peminpin, setiap kali tu la sistem pelaksanaan ditukar??"

Sampai bila nak jadikan anak2 sebagai bahan uji kaji... Biarla satu2 pelaksanaan dijalankan secara menyeluruh barulah nampak hasilnya....

Lagi satu, memang mengambil masa untuk pelaksanaan PPSMI nie ...

We can't measure or justify the result based on 2 years implementation..sbgi contoh seperti budak2 umur 2 tahun ....... very immature...

p/s: for long term better to proceed with PPSMI...

Ya, kwn saya mempunyai satu salinan kajian tentang PPSMI ini, yang dijalankan dalam menilai tahap kopetensi guru.

" Dan hasilnya............ Faktor kritikal adalah kesediaan guru.

Guru rupanya yang tidak bersedia.... " read more click here

So jangan nak jadikan anak2 or budak yamg tinggal di ceruk kampung sebagai alasan...

Mereka sangat fresh... dan mereka mampu lakukan..

saya sendiri buat part time mengajar primary 1 students learn math, science and english..

I can see their capabilty..

Kalo kita kasihankan adik baru nak belajar we should support them and help them to improve...

Response di situ: "Sediakan lantai yg rata.. baru lah cantik gerak tarinya..kalau lantai yg tersedia x rata lalu menari pula sumbang langkahnya.. jgn di salahkan penari itu..sekadar perumpamaan.. :)"

My response: kalo lantai tu sudah elok tapi penari tu tidak mempunyai kredibiliti bagaimana pula????

Response di situ: "penari itu anak2 atau adik2 pelajar itu cik fieda.. :)kredibiliti apa yg diharapkan?"

My response: "Maksud saya kredibili disini adalah guru..sadangkan isu PPSMI ni gagal kerana guru tidak bersedia..

.Jangan sesekali salahkan kanak2 kecil..mereka mudah diasah..

Perumpamaan...

(DAri Ustazah Hjh Aishah mengajar subjek bahasa arab semasa darjah 3)

Kalo mengajar kanak2 dari usia kecil umpama menulis di atas batu..

Kalo mengajar orang dewasa umpama menulis dia atas air...

Menulis di atas batu, kesannya lama dan makan masa untuk hilang

Tapi menulis di atas air, tak sampai sesaat pundah hilang...."

Response ni pula aku berikan bila diorang timbul isu kasihankan budak kampung...

Dari mana datangnya orang bandar kalo tidak berasal dari kampung..

Dari mana datangnya tokoh2 ilmuan kalo tidak dari kampung...

Adik yang dapat 12A (betulkan fact nie kalo saya tersilap)...

datang dari mana?

Dari kelantan dan apa pekerjaaan bapa dia??

Saya tidak memandang rendah orang kampung seperti mana orang len jadikannya sebagai alasan untuk mansuhkan isu PPSMI nie...

Lihat orang bandar, bukan semua pandai berbahasa inggeris pun..silap2 adik2 di kampung lagi hebat...

Ok last note from me & need to continue my work..

Apapun berbalik kepada pepatah..

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..

Orang yang berjaya selalu mencari jalan...

Orang yang gagal selalu mencari alasan

Maka bergembiralah dengan pemansuhan PPSMI nie.. (khas untuk orang yang sedang bergembira)

Soalan yang aku utarakan bila isu bahasa jiwa bangsa dilaungkan mereka

Apa rasional isu PPSMI dengan jiwa bahasa dan bangsa kita..??

Takkan hilangnya identiti Bahasa Melayu di dalam jiwa bangsa melayu dengan hanya 3 subjek bahasa inggeris...

Apakah bahasa jiwa bangsa sekiranya kita mempraktikkan bahasa pasar??

Kenapa penggunaan bahasa harian yang bukan bercirikan bangsa melayu tak dipertikaikan..Dipandang enteng oleh pengiat2 bahasa...??K

enapa isu subjek yang cuma tiga itu mesti dipertikaikan??...

Kenapa kumpulan pembangkang PPSMI ini yang terdiri dari bangsa melayu ... kenapa tidak bangsa lain???

Tidakkah sedar kalian bahasa inggeris bukan "mother toungue" mereka?

Kenapa tidak melayu sahut cabaran ini???

kenapa bangsa melayu masih tidur dibantal yang empuk diulit mimpi sedangkan bangsa2 lain sudah jauh meninggalkan kita???

Tidakkah tahu buku ilmiah banyak dalam bahasa inggeris?Modul2 yang diterjemahkan dalam bahasa melayu sangat sedikit dan penterjemahan begitu terhad & tidak memenuhi maksud yang sebenar?

Tidakkah sedar private sektor mahukan pekerja yang menguasai bahasa inggeris... Berkomunikasi dlm bahasa inggeris...

Barapa banyak goverment boleh serap orang melayu di jabatan2nya...sesiapa yang boleh menjawab persoalan ini???

Yang ni pula bila mereka menjadikan Jepun yang maju sebagai alasan menolak PPSMI

Kalau nak jadikan bangsa jepun yang maju sebagai kayu pengukur kemajuan sesebuah negara atau bangsa,ukurlah cara & budaya belajar & bekerja mereka dengan bangsa kita

Adakah sama????.....

Mahu jadi maju seperti mereka perlu mempunyai attitude seperti mereka...budaya belajar seperti mereka.. budaya bekerja seperti mereka...

Jangan hanya berangan2 seperti mat jenin...

Maaf kepada empunya page (Waci) di atas catatan aku yang mungkin mengundang ketidakpaushati sebilangan kumpulan pembangkang PPSMI...

Sekian..


9 comments:

Sheeta dari Laputa said...

Aku amatlah menyukai entry ko ni. Esok tengok paper... apa yang aku kata hari ni akan disimpulkan oleh pegawai dari pendidikan.

PPSMI gagal bukan sebab murid, tapi sbb guru.

Hurm... Aku dah pindah Fieda... Ahahaha.... Maaf la link ko nanti tak jalan.

lagi satu, gambar2 tu, biar hanya yang dah tgk saja tau kita di pihak yang menegakkan kesungguhan.

Prove tu aku kena alihkan sbb ada isu sensitif yang melibatkan pihak lain. Aku tak suka la bila ada hal nak di selindung-selindung. Aku letih dengan politik ni. haih.

SiMply NaD'Honey said...

wah...panjng btul hujahan ko pd entry kali ni huhuhu.....heheheh:)

Fieda said...

Marissa,

errm mmg diketahui umum... tadi bila dgr kat berita kata keputusan muktamad untuk mansuhkan PPSMI maka aku hanya mampu megetap bibir..

Biarla mereka yang bersorak gembira nie meneruskan legasi mereka.. sedangkan di sudut lain ada satu kelompok juga bersorak gembira atas ke-Munduran KiTA berpikir.. aku series malas nak komen pasal nie...

Pasal blog ko tu aku tau apa puncanya dan ko pun telah menjelaskan sebabnya... Aku turut bersimpati dengan apa yang berlaku.. Its beyond of our control...

Betul kata ko, kalo berdebat or berjuang menentang orang luar kita memang kuat but when comes to our ****** , kita akan tunduk dengan kehendak mereka... its ok.. you do the right thing...

We always put their priority or hapiness on top of our hapiness...

Nad,

hehe.. tulah kalo berdiskusi tentang isu nie akau akan menjadi sgt analitikal dan juga series...

Aidy Shahiezad said...

memang sedari dulu faktor kegagalan anak bangsa kita dalam perlaksanaan PPSMI adalah berpunca daripada cikgu... cikgu yang tak bersedia untuk berubah, berubah demi kepentingan anak bangsa mereka... pendapat aku, cikgu sekarang majoritinya tak minat mengajar da... buktinya jelas ada di depan mata kita... segelintir tue mengajar kerana terpaksa, pengorbanan tak seberapa, demand je yang lebih saban tahun... dan dek kerana bijak pandainya cikgu2 nie, anak bangsa kita pulak yang dipersalahkan bila gagal perlaksaannya... pelik sungguh aku... bukan ke selama nie kita slalu berpegang, "kalo anak murid tak cemerlang, bermakna cikgunya la yg tak pandai mengajar..." ape ke plak nak salahkan anak murid... dan kalo da tak pandai mengajar, buat la kerja lain yang lebih sesuai...

p/s: sori la kalo komen nie harsh on cikgu.. tapi, environment keje aku melibatkan cikgu gak.. jadi aku nampak apa yang berlaku !!

s.rev said...

i blogged hop and found yours. anyway i beg to differ on your first few points.

IMHO, learning science & maths in English doesn't directly impact the mastering of the language itself. whether those 2 subjects are taught in English or Spanish or Japanese for that matter, it doesn't help the child or anyone to master a particular language.

Language is the relator in this context. Hence, if the person teaching the subjects cannot even articulate in the language, it makes it difficult for the child to understand the whole thing, yes? What is important for the school teachers or for the government to stress on is that...the scientific terms used in Maths & Science should not be translated and it should stick to its originality of the words. As we all know, most scientific terms are mostly English. Hence, it's important to NOT translate the scientific terms to Malay, for example: let's not translate Hydration to Penghidratan, or Deceleration to Nyahpecutan - and the likes coz not only it confuses people, but it's also terms that are hard to remember. BUT, when a teacher is explaining the process i.e. why hydration happens, or why deceleration happens and stuff - that can be carried out in whatever language that can make the students understand. At least for now?

English is indeed important (very), and yes it is being used in interviews and business correspondence. But doesn't mean if Maths & Science are taught in English, they are at better chances of getting a job when they go for interviews! For anyone, to be able to speak in any language, they've gotta master the language itself. Which means....read more books, practice speaking, learn how to write, listen attentively...then u can.

It lies in the readiness of the teachers to teach in English, coz there's no point of getting positive results when the root of the problem is not solved - i.e. teachers cannot speak English and don't know how to teach in English. Then students will end up memorizing every single line in the text book - which is always the case.

Fieda said...

s.rev,

Thanks for your visit..

I agreed with your view of points interm of teachers are not capable enough to teach these two subjects in English...

But the problem with our society is they would not improve their english when the environment not force them to do so...


If they learn these two subjects in English indirectly will improve their vocabulary at least...


Quite hard to transalate laguage "English to Malay" it will become "rojak" which result to students confusion also..

I have experienced to learn Math in English during degree.. Its bit hard at the beginning but we can get used to it...

But if the students learn this both crucial languange in English since primary or at least secondary school, it really good advantage for them...

Fieda said...

Aidy,

Aku sangat setuju.. cikgu2 sekarang adalah kebanyakkannya adalah "instant"...

Diorang punya pegangan nak jadi cikgu sebab susah nak dapat kerja...

Bayangkanla kalo dah prinsip tu yang dipegang, takkan ada kualiti yang seperti kita semua harapkan...

Kesungguhan nak mengajar pun tak ada... Apa nak diharapkan dengan pelajar kalo cikgu2 seperti ini yang mengajar mereka..

Bilik guru dijadikan tempat untuk bergosip, berniaga dan segala aktiviti yang tidak bermanfaat kepada anak didik

Masyarat yang melihat akan menilai jenis apakah cikgu ini...

p/s: Aku tak bermaksudkan kepada semua guru, mungkin ada yang masih menpunyai jati diri yang sangat kuat untuk menjadi cikgu tapi bilangannya sangat sedikit ....

hudaidris said...

hohoho.

salam alaik.
hm, mungkin awak perlu buat asaimen pasal ppsmi dulu, dan awak akan menyokong utk mansuhkan ppsmi. bahasa dan bangsa sangatlah berkait rapat, awak tahu. kita tahu tapi mungkin tak faham. dan dalam proses membuat kerja kursus, barulah saya faham kenapa saya perlu sokong untuk mansuhkan ppsmi. terima kasih atas perkongsian :)

Fieda said...

hudaidris,

salam,

Setiap orang ada pandangan masing2... Pandangan saya melalui pemerhatian tentang sistem pembelajaran sekarang dan juga pengalaman saya semasa belajar dan juga pengalaman rakan2 dan family saya juga...

Sokongan saya lebih menjurus untuk memajukan bangsa kita juga...

Apapun tepuk dada dan berfikir... jalan mana yang lebih elok dalam memajukan bangsa kita..

Sekian