31 December 2008

Melaka Trip

Last weekend, aku dan family meluangkan masa bersama for short holiday di Bandar Melaka setelah hampir sedekat tidak melawati kota bersejarah itu...
Plan asal telah bertukar dari A famosa ke Bandar Melaka disebabkan hotel di A famosa fully booked di musim cuti sekolah....

Perjalanan ke hotel yang terletak di Bandar Melaka sungguh sesak dan kami stuck di situ lebih satu jam....

Dan akhirnya ketibaan kami ke hotel Avillion memberikan kelegaan kerana ruang dalaman yang memberikan keselasaan kepada kami semua... dan harganya hotel itu juga sungguh reasonable...

Gambar setibanya ke hotel....

Relax dan santai at Avillion Hotel, Melaka...


Pada malamnya pula kami dinner di Umbai yang terkenal dengan makanan sea food ..

Perjalanan selama setengah jam dari Bandar Melaka dan bersesak semasa memasuki ke kawasan tersebut akhirnya memberikan kepuasan kepada kami semua dan harganya juga murah iaitu Rm200 untuk 8 orang dewasa...

Makanannya pula memang lazat tetapi seribu kali sayang kerana leka menikmati makanan yang dihidangkan menyebabkan kami terlupa untuk mengambil gambar....



Keesokan harinya aktiviti di teruskan dengan menyusuri sungai Melaka menaiki bot..

Perjalanan selama lebih setengah jam menaiki bot tersebut dan melewati beberapa tempat bersejarah di persisiran sungai Melaka...


Bergambar semasa menyusuri Sungai Melaka




Kemudian keinginan merasa masakan Asam Pedas di Bandar Melaka terbantut kerana keadaan yang sungguh sesak di kawasan sekitarnya sehingga menyukarkan untuk berhenti dan group kedua juga terpisah dari group pertama gara-gara polis merentang tape pemisah diantara kereta kami... Dan akhirnya kami lunch di restoran di tepi jalan menuju ke Air keroh dan group kedua di kedai makan ikan bakar berdekatan Utem....

Perjalanan pulang ke KL juga sesak bermula dari Senawang sehingga simpang Port Dickson...

23 December 2008

Catch up Nov and Dec Events



Sejak dua menjak nie aku agak kebelakang dalam hal2 post entry... Aku tengok orang lain bley dikatakan update blog setiap 2-3 hari sekali..Aku update blog 2-3 minggu sekali... Emm tak ada reason yang specific.. just bila tengah idea mencurah2 untuk menulis kat blog nie time tulah tak ada masa nak menjengok blog.. bila ada free time plak cam rasa cerita tu dah tak hangat so macam malas plak nak post kat blog... Itulah antaranya sebab musabab ke-SEPI-an My Life blog sejak dua menjak nie...



So sebagai ganti kat sini just nak update beberapa events yang aku nak masukkan sebelum nie tapi disebabkan ketiadaan masa maka aku menangguhkannya sehingga ke hari ini...


November Event

Training CMMI Version 1.2 ....



Date:18-20 Nov 2008

Time: 9.00 am-6.00pm

Venue:Federal Hotel



Dalam hujung bulan lepas aku dan sorang lagi officemate aku telah dihantar ke CMMI training.. mula2 tu just tahu sikit2 jer tentang CMMI nie.. cam biasa la maturity level.. So selama 3 hari aku telah ditanamkan tentang CMMI dan proses area yang sebanyak 22 area yang cukup membuatkan kepala aku nie bertambah bingung..hu hu...




Actually training nie bagus juga sebenarnya walaupun tak cukup 3 hari nak digest sebanyak 22 proses area tu..tapi banyak benda yang aku belajar.. dan maka secara tak rasminya aku menjadi ATM setelah tamat CMMI course selama 3 hari...




With CMMI trainer..Mr Kaushik....




All trainees from 4 companies..Successfully completed CMMI training


p/s:Sekarang dok kena review and study balik CMMI nie.. sbb next year jan start appraisal...




December Incident

Firedrill and Actual Disaster...


2/12/2008

Setelah 2 minggu kami menghadiri training mengenai "Security Briefing on Fire Evacuation Procedures & Firedrill conduct by UOA Safety Dept", dan seperti yang dijanjikan oleh pihak security UOA, firedrill telah dilakukan untuk menguji tahap kecekapan dan kelicinin proses bila berlakunya kebakaran dibanggunan UOA... Tetapi aku on leave hari tu...

Tapi apa yang aku nak kongsikan di sini..ialah keesokan harinya sekembalinya aku dari cuti, telah berlaku actual disaster kat office aku... Mula2 tiada tanda yang pelik, tapi aku perasan computer aku auto restart beberapa kali... aku pula masa tu tengah busy troubleshoot computer bos aku yang tak boley remote control dari client site... Tiba2 berlaku letupan kecil sambung menyambung dari satu suis computer ke suis computer.... dan semua desktop black out... Laptop adapter yang sedang charge semunya burn... siap kuar asap....


Sebagai langkah berjaga2 aku unplug semua cable dari destop aku.... dan monitor officemate aku hampir2 jadi "barbeque" gara2 dia tak unplug cable dari suis...

separuh hari jugalah technical support try troubleshoot problem dan dibantu oleh pihak UOA... Dan kebanyakan kerosakan ialah adpater laptop....

December Events

Family Dinner

Kami sekeluarga merancang untuk makan di luar sebab sekarang nie musim cuti sekolah.. Maka selalunya masa nie kami semua ada dirumah dan boleh spent time bersama...
Lokasi awalnya ialah Port Klang Seafood restaurant .. Disebabkan masalah teknikal perubahan telah dibuat dan lokasi yang di pilih ialah Amarin Thai Restaurant, Midvalley....


Main Entrance






Antara makanan yang dihidangkan




Ruang dalam restaurant tersebut






Rate yang aku bagi untuk restaurant nie 4 bintang dr 5 bintang... makanan dia pun sedap... Value for money...



PC Fair...



Itulah kemeriahan di hujung tahun PC fair di KLCC Convention Centre... Seawal 11 pagi kami berempat beradik berpusu2 bersama ratusan pelawat yang lain menyerbu KLCC gara-gara PC fair... Setelah penat hingga sakit giler kaki kitorang akhirnya kami membawa pulang Laptop Toshiba (Angah), Buffalo Wireless Router dan lain-lain lagi...

Wireless router tu baru berfungsi semalam setelah hampir dua minggu dijadikan perhiasan.... Gara-gara kitorang tak tahu macam mana nak configure router tersebut.. Kedatangan kawan Along semalam menyelamatkan keadaan dan akirnya router tu die telah configure an wireless internet berfungsi dengan baik sekali....

So lepas nie tak da lah kisah2 berebut nak online..sebab masing2 dah boleh guna notebook masing2 untuk online..horeyyyyyyy...

Terima kasih kepada Haris (Husband Kak Shima) atas bantuan teknikal semalam... Jasa mu di kenang...

So berbalik kepada PC fair tadi setelah surveys 4 jam lebih rata-ratanya harga PC/notebook tak banyak sangat beza berbanding market price.. Ada Brand tu harganya exactly sama dengan harga kat Harvey Norman, low yatt dan sebagainya...Cuma ada beberapa brands yang berbaloi untuk dibeli... Rate yang aku bagi untuk PC fair nie 2 stars out of 5...

p/s: 2 hari baru hilang sakit kaki

14 December 2008

Sambutan Aidiladha

Salam semua.. lambat aku post entry nie.. hehe.. yela sejak dua menjak agak sibuk dengan beberapa perkara especially last week my father admitted to the hospital dan juga persiapan untuk hari raya qurban dan kenduri doa selamat secara kecil-kecilan dengan menjemput sedara mara terdekat...

So ini adalah antara hasil kerja tangan aku..he he.. menganyam ketupat tak pernah tinggal walaupun sambutan hari raya haji....






Zoey yang sedang belajar cara2 masukkan beras ke dalam ketupat..



Majlis doa selamat yang diketuai oleh abah...

Antara saudara mara yang turut memeriahkan majlis....

Others topic....

Gambar nie diambil hampir setahun yang lepas kat Perodua Showroom... Masa nie nak mangambil blakie untuk di bawa ke rumah.. Emm sedar tak sedar dah hampir setahun aku drive blakie...So tanggal 26 dec 08 maka genaplah 1 tahun umur blakie ..

Dan semalam untuk sekian lamanya aku mengunjung lagi ke showroom nie untuk setle kan insurance + road tax...

Previous post mengenai blakie...

Me & Blackie

Another post about blakie..

Me and blakie accident...

Blackie dan gang songee

Unlucky blakie

23 November 2008

Ana's Wedding & Huda's Baby

Ana's Wedding...

Pada tanggal 16 Nov 2008, maka seorang lagi teman persekolah aku iaitu Ana @ Rozanna telah melansungkan perkahwinan bersama jejakanya.. maka inilah masanya juga aku dapat berjumpa rakan2 sekolah yang agak lama tak jumpa.. Lagi2 tahun nie tak ada konvoi raya gara-gara leader's konvoi tak da kat Malaysia (bak kata Suria)....






So aku ngan Suria antara orang yang awal datang ke wedding nie dan sempat tengok mak andam touch up pengantin perempuan.. Dalam kesibukan dalam bilik pengantin sempatlah juga berlaku jejak kasih antara dua sahabat lama iaitu Suria dan Yuli..



Actually aku, suria dan yuli adalah classmate masa sekolah rendah.. So Yuli dan Suria yang lama giler tak jumpa nie berkongsi2 cerita.. Rumah aku dan Yuli dekat tapi kalo jumpa pun kat tepi jalan ...





Ada beberapa classmate masa sekolah menengah yang lain turut datang.. Antaranya dayah, zahila, isma, azureen, wani hasri, ekin dan huda majid (tiada dalam gambar) dan juga wan man, adzmeer, shafiq, zahreen dan juga shahir (gambar di bawah)...







p/s: Post entry lambat kerana kelewatan mendapatkan gambar.. he he..
Anyway kepada ana Selamat Pengantin Baru.. Semoga Berbahgia hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang...
(Name Card tu simpan elok-elok.. (idea suria)



Huda's Baby...




So selepas menghadiri wedding Ana, rombongan cik kiah seterusnya ialah ke Kota Kemuning iaitu rumah Huda Resad untuk melihat baby yang baru lahir.. Congrats kepada Huda... Rombangan sebanyak 3 kereta ini diketuai oleh Dayah Md Nor.. Emm kalo nak tau dayah nie orangnya lemah lembut tapi kalo bawa kereta mak aii giler punya laju..


Aku yang follow dia pun dah terasa cam race kereta.. Bak kata zahila naik kete yang dayah bawa cam naik roller coster.. Isk isk..yela aku yang follow dari belakang pun drive 100 km/hour (jalan biasa bukan highway)... Emm dayah plak kata..tak taulah memang dah habit bawa kete laju2... Zahila dan isma dah kecut perut kat dalam kereta tu.. Emm kepada dayah bawa kete hati2 yer....


p/s: Thanks juga pada Mak mertua Huda yang masak bihun yang sungguh lazat..emr slurp... tapi apakan daya perut ku sudah kenyang masa ni yela baru jer makan masa kenduri kawen ana,, he he...

Touch n Go vs KTM Reader


Touch n Go.. begitulah tajuk dan sama juga permulaan cerita untuk entry kali nie.. Aku telah menggunakan kad nie sebulan yang lepas.. 2 minggu yang pertama tak ada sebarang masalah..ok then aku pun semakin happy menggunakan kad nie kerana memudahkan perjalanan dan siap promote kat opismate aku dan dia pun sekarang guna kad nie...




So apa yang aku nak cerita nie bukan tentang benefit yang semua orang dah tahu, tetapi insiden yang berlaku 2 minggu yang lepas dimana seperti biasa waktu pagi aku melalui gate KTMB kat KL sentral.. Tiba2 reader tu tak accept kad aku..dan aku try sekali lagi masih sama.. Dan aku yang tidak berpuas hati telah cuba di reader sebelah pun masih tidak diterima..dan lastly aku perasan di reader touch n go tu tulis baki aku RM0.00...








Aku pun semakin confius..sedangkan aku baru top up sebanyak rm50 dan baki kat dlm kad touch n go sebelum aku top up pun masih ada rm20++.. So total masa tu ialah rm70++.. Then aku baru guna seminggu kenapa tiba2 boleh jadi rm0.00... Aku dan agak cuak la then pergi kat gate manual dan try sekali lagi touch kat reader tu dan result still sama Rm0.00..



Akhirnya adalah sorang staff KTMB yang menjaga gate manual tu tegur aku dan dia check kad touch n go.. Resultnya baki aku rm0.00... Then aku pun kata kat staff tu macam mana boleh jadi rm0.00 sedangkan dalam kad aku tu ada at least rm60++... Alasan yang diberikan sungguh tak munasabah iaitu aku telah touch banyak kali sebab tu setiap kali aku touch automatically duit kat dalam tu deduct at least rm10..

Aku pun makin tak paham dan setelah argue ngan staff tu aku katalah.."OK, fine kalo nak deduct rm10 pun mana pergi rm60++ tu. tak kan semua hilang macam tu...".. then staff tu dengan selambanya kata, " Itu saya tak tau..sebab saya rasa awak tak tahu guna touch n go, kenapa awak touch banyak kali..tu salah awak... bla bla bla".. Dalam hati aku kata, "What the hell this man talking about.. ".. bersabar jelah aku masa tu dan malas nak membazirkan masa argue ngan mamat (KTM staff) yang sungguh menyakitkan hati tu aku pun kata, So macam mana nak refund balik duit yang hilang tu.. Dan jawapan nya: " Itu awak kena check ngan Touch n Go"...



Dan aku pun pergi tanya kat kaunter touch n go (KTMB punya kaunter)..dan aku mendapati opis touch n go buka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam... Then aku decide untuk pergi after office hour...


*******************************************************************************


Tepat pukul 6, aku pun keluar dari opis dan pergi ke KL sentral dan direct ke Touch n Go opis (belakang CIMB bank)... Sementara aku menceritakan apa yang berlaku kat staff touch n go tu dia pun check kad aku dan resulnya duit kat dalam tu masih ada dan tak ada sebarang deduction seperti yang diperkatakan oleh staff KTMB pagi tadi... Lega dan dalam masa yang sama aku rasa geram dengan staff KTMB yang cakap ikut suka hati die jer...


Sebenarnya aku tak cakap pun lagi kat staff Touch n Go tu yang problem tu berlaku kat gate KTMB..Tapi dia telah pun tahu mamang banyak masalah berlaku kat KTMB reader.. Ok dan dia pun advice aku next time kalo touch n go ada masalah terus pergi manual gate dan ignore problem tu sebab bukannya problem kat kad touch n go tu tetapi reader tu yang bermasalah...

Pengajaran yang bagus untuk aku..sekarang aku dah malas nak naik komuter aku nak lrt jer..

11 November 2008

Travian com7

Aku telah addicted kepada online game nie sejak 3-4 bulan yang lepas.. Emm ntah macam mana pun aku tak tau.. Ramai yang pelik setiap kali aku buka website nie.. Emm actually aku impress ngan game designer, server & database diorang nie.. ..emm bile aku bley jadi teror memprogram game cam diorang nie.. Emm develop system yang sekarang nie pun dah pening kepala, apatah lagi nak create online games cam nie...

Setelah beberapa bulan aku berusaha membina kampung aku, maka inilah hasilnya...


Inilah kampung yang telah ku bina..he he... dah penuh kampung nie sampai tak muat dan aku telah bina kampung ke-2

Inilah kampung ke-2 aku... Masih dalam proses pembanggunan... he he...


Ini adalah resource yang aku ada.. he he...

Dan pagi tadi aku chek kampung nie telah diserang.. wah rase cam nak nangis jer.. Ini adalah serangan yang paling teruk sepanjang aku main........ Semua army aku telah terkorban dalam serangan nie....... Isk busuk betul la org nie..sebusuk nama kampung die


p/s: Layan.. walaupun korang tak paham apa yang aku merepek nie..he he...

Other Topic

Pagi nie juga aku telah berasa geram sebab telah menjadi mangsa serangan dari audit team yang check office kat cyberjaya.. Walaupun serangan yang bertubi2, aku cuba pertahankan diri.. dan aku juga telah memberi jawapan yang sehingga membuat diorang terdiam dan akhir berhenti mempersoalkan itu dan ini... Tapi yang aku bertambah tak puas hatinya kenapa nak spread picture kepada orang lain....... Terus spoil mood aku separuh hari nie... Aku selalu menjadi mangsa keadaan serangan dari audit team nie yang selalunya benda2 tu diluar bidang kuasa aku.. Kenapa tak communicate ngan diorang yang berkenaan dan kenapa mesti nak membebel kat aku yang macan aku nie PA of company ..hampeh saja...

Dan lagi secara selambanya aku telah masuk ke server room tanpa isi form yang kurasa menyusahkan dan melambat kerja aku.. Sepatutnya benda tu boley settle dalam masa 10-15 minit telah menjadi 1 jam gara2 nak dapatkan approve dari orang2 tertentu... Dan ketika aku berada dalam server room tu, auditor tu pun menyibuk masuk dan nak mencungkil apa yang berlaku dan aku apa lagi buatla muka selamba saja.. he he.. (gelak jahat)...

p/s: Esok ada external auditor datang nak audit tu yang sume sibuk nak follow segala procedure yang ada......bosan....

01 November 2008

Frustrated....


Seawal pagi setelah menghantar bapa aku ke pasar aku pergi width raw money kat ATM machine and guess what happen... the amount money for APS PAYMENT CREDIT to my account still still same with previous month... Arghhhh very frustrated because waiting for it before hari raya and until now still not get it.. PAnas hati membara semua ada..penantian dari bulan ke bulan sia-sia dan bermacam2 planning yang dibuat semua terbantut...dan back dated selama 3 bulan...

Permintaan yang aku telah buat kepada management dipandang remeh oleh mereka..janji telah dibuat.. form telah di isi..oficial & confidential letter juga telah aku sign..Then apa lagi yang tak complete?????..Kenapa masih menangguh lagi???????.. Setiap bulan penantian di hujung bulan berakhir dengan sia2 dan ia berlaku pada hari ini..Aku mengalami perasaan yang sama sebanyak 3 kali;

~ Pertama:

sebulan sebelum raya.. (budget untuk raya) setelah ku kira boley la belanja lebih sket tok preparation raya dan hasilnya nothing.. berasa marah dan di tenangkan oleh mak aku.. Then perkara itu aku utarakan kepada management.. Then alasan account department lambat update; reason last minute inform about that... (Back dated 1 month)

~Kedua:

Insiden yang sama dan perasaan yang berkobar2 pada malam hari raya..Aku check di maybank2u..then APS PAYMENT CREDIT still same..tak ada perubahan Penantian juga sia2..Oleh kerana marah sangat aku telah mengadu kepada officemate..Setelah ditenangkan oleh officemate..then oklah aku berasa lega sedikit tapi ianya memang spoil mood beraya aku... Then i voice out to management after raya break.. after investigate this case..the HR gave reason I still not get it because not follow their procedure (Back dated 2 month)

~Ketiga

The incident happened this morning as i mentioned at begining of this entry... Berasa marah untuk benda yang sama untuk kali ke-3... Then i will voice out to them next Monday.. I dont know what their problem because all the procedure already followed and last week official letter given to me to sign.. What the............................... VERY FRUSTRATED.... Who will point for this issue.. Management or HR or Account... Really irritated..piss off.. bla bla bla...


26 October 2008

~~ End of Hari Raya ~~

Long time I am not writing in this blog..too pack to stay in front of my computer..plus..my eyes getting tired since i was busy went to relative's house + friend's open house and ++ relative visit to my house.... But it very nice because this time only we can meet each others .. Thanks for those who are invited me for their open house and also sorry for those who invite me but i cant make it because of certain reason like have 2-3 invitation at the same time.. as usual the priority given to family then friend hope tu see you next time...

List jemputan yang tak dihadiri:-
  • Kak Joy yang melansungkan perkahwinannya.. tahniah dan selamat pengantin baru..
  • Sol.. selamat pengantin baru juga... aku dapat tau pun dr huda majid..anyway semoga berbahgia..
  • Anis.. my primary school's classmate.. (open house)
  • Aini.. also my primary school's classmate (open house)...

Walaupun tahun nie kemeriahan agak kureng sket..em ntah ler..tak tau kenapa.. maybe mungkin usia semakin meningkat..opss.. tapi tetap diraikan dengan semangat berkobar2.. sebab awal2 aku dah amek cuti raya... kalah orang yang nak balik kampung jauh..emm kampung aku pun jauh gak.. he he.. kampung puchong la... Then raya pertama dan kedua raya kat sini jer..agak boring la.. tapi still ada orang datang beraya hari raya pertama dan kedua..ku ingat ramai yang balik kampung... he he..

Emm operasi beraya di kampung bermula pada hari ke-3... macam biasa lah lambat sket baru kami balik.. then round2 pusing Muar dan kembali ke KL... emm siap ada cerita mistik lagi happen to mak tam dan sekeluarga..emm ..

Then bila dan balik semuala ke KL bermula weekeend minggu raya pertama hinggalah minggu nie penutup raya kami saling menziarah2 kerumah sedara mara dan juga beberapa kawan2... Dan juga tetamu datang ke rumah.. thanks for coming...

Ada pantun sebelum menutup entry nie..

Kalau ada sumur di ladang

Boleh saya menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi...

14 October 2008

Prevoius office vs Current office









Previous office aku terletak di cyberjaya dalam bangunan sme technoprenuer...





Current office terletak di UOA pantai..

1. Estimation time dari rumah waktu jalan busy (peek hour)

  • previous office 30-40 minit
  • current office 40- 50 minit

2. Estimation time dari rumah waktu biasa

  • previous office 30 minit
  • current office 20 minit

3. Parking

  • previous office FOC
  • current office minimum rm5 per day

4. Tol

  • Previous office : LDP = rm1.60
  • Current office : NPE = rm1.60 or LDP + Federal highway = rm1.60

5. Environment

  • Previous office = more privacy
  • Current office = less privacy

6. Waktu bertolak dari rumah setiap pagi

  • Previous office: 8.20 - 8. 30
  • Current office: 7.40 - 8.00 (kena berebut parking yang paling murah RM5 per day)

Moral of the story dok lah diam2 kat cyberjaya (Udah ler awak tu MSC status company).. ..very nice place to work....

05 October 2008

Chikungunya

Aku mendengar pasal penyakit nie beberapa hari sebelum raya.... Memula dengar pelik jugak sepelik dengan namanya..Terus aku mencari di google.com apa kah penyakit ini....Sebabnya kat kampung mak aku ramai yg kena infected penyakit nie.. Itu yang terus wat sedikit research pasal penyakit nie...So plan balik kampung pun ditunda lewat sehari disebabkan chikungunya..

Setelah balik kampung dan mendengar sendiri dari pesakit chikugunya, semakin clear kepada aku kesan penyakit nie.. Dan juga melihat kesan kepada mereka yang dah pulih dari penyakit nie.. kata mereka yang pernah kena penyakit chikungunya nie simptom penyakit nie berlainan dari antara individu yang lain..tapi mostly memang menyebabkan

  • Rash
  • Pain in the Lower Back
  • Joint Pain (with or without the presence of swelling)
  • Vomiting
  • Nausea
  • Headaches
  • Chills
  • Fevers

Chikungunya fever ini hampir serupa dengan simptom demam denggi. Walaubagaimanapun penyakit ini tidak berjangkit secara terus dari manusia ke manusia dan jarang menyebabkan kematian. Pada asalnya Chikungunya virus outbreak hanya terhad di kawasan India dan Indian Ocean Islands seperti Sri Lanka and other nations.


Dan dibawah nie ada lah peta dan list nagara yang dijangkiti penyakit chikungunya....

Benin, Mayotte, Burundi, Myanmar , Cambodia , Nigeria, Cameroon, Pakistan, Central African, Republic, Philippines, Comoros, Reunion, Congo, DRC, Senegal, East Timor, Seychelles, Guinea, Singapore, India, South Africa, Indonesia, Sudan, Italy, Taiwan, Kenya, Tanzania, Laos, Thailand, Madagascar, Uganda, Malawi, Vietnam, Malaysia, Zimbabwe, Mauritius

This list does not include countries where only imported cases have been documented.

Selain itu, dibawah nie adalah maklumat lain mengenai chikugunya:

Spread of Chikungunya:

CHIKV is spread by the bite of an infected mosquito. Mosquitoes become infected when they feed on a person infected with CHIKV. Monkeys, and possibly other wild animals, may also serve as reservoirs of the virus. Infected mosquitoes can then spread the virus to other humans when they bite. Aedes aegypti (the yellow fever mosquito), a household container breeder and aggressive daytime biter which is attracted to humans, is the primary vector of CHIKV to humans. Aedes albopictus (the Asian tiger mosquito) may also play a role in human transmission is Asia, and various forest-dwelling mosquito species in Africa have been found to be infected with the virus.

Treatment of Chikungunya

No specific treatment in conventional medicine but effective curative and preventive treatment in homeopathy
In conventional system of medicine, no vaccine or specific antiviral treatment for chikungunya fever is available, treatment is symptomatic - rest, fluids, and analgesics (pain killers) may relieve symptoms of fever and pain. But Homeopathy has very effective treatment for Chikungunya. Also prevention can be achieved by administering Homeopathic "Genus Epidemicus". Homeopathic medicines are equally effective for post-chikungunya complaints like weakness, stiffness in joints, muscles pain etc. Infected persons should be protected from further mosquito exposure (staying indoors and/or under a mosquito net during the first few days of illness) so that they can't contribute to the transmission cycle.

Prevention tips:

  • Use insect repellent on exposed skin.
  • Wear long sleeves and pants (ideally treat clothes with permethrin or another repellent).
  • Have secure screens on windows and doors to keep mosquitoes out.
  • Get rid of mosquito breeding sites by emptying standing water from flower pots, buckets and barrels. Change the water in pet dishes and replace the water in bird baths weekly. Drill holes in tire swings so water drains out. Keep children's wading pools empty and on their sides when they aren't being used.
  • Additionally, a person with chikungunya fever or dengue should limit their exposure to mosquito bites in order to avoid further spreading the infection. The person should stay indoors or under a mosquito net.

28 September 2008

Salam Aidilfitri

Inilah kad hari raya yang tak seberapa kepada rakan2 dan juga team bloggers..
Semoga Aidilfitri yang menjelang tiba tak lama lagi akan memberikan kebahagian dan dinikmati dengan kegembiraan...



Dan kad di atas sebagai pengganti diri mengucapkan

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir & Batin...

Pecah kaca pecah gelas

Sudah baca harap balas...

Pecah kaca pecah tong

sudah baca harap gantung..

ops..zaman2 pantun macam nie dah makin lama dilupakan..

Ok lan akhir kata selamat pulang ke kampung halaman..dan pandu berhati2...

Sekian

25 September 2008

Peristiwa di Bulan September

Ini adalah ringkasan peristiwa di bulan September

  • Ketenangan

Ramadhan memberikan 1001 ketenangan dalam diri... Menghitung dan menginsafi kesilapan lalu dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya... Semoga cahaya RAmadhan dapat dinikmati pada masa akan datang.. Insya Allah...


  • Mendebarkan

Mendapat tugasan untuk membuat demo presentation kat Bursa Saham Malaysia.. Uih..cuak aku masa nie.. homework/preparation untuk presentation tu jer amek masa selama 2 hari termasuk brainstorming meeting dengan partner untuk presentation tersebut... Tapi 1-2 minit pertama presentation ku agak nervous dan slowly2 perasaan tu hilang . he he.. Dan alhamdulillah presentation selama lebih 1/2 jam tu mendapat pujian dari partner untuk projek tersebut..


  • Pergolakan

Pergolakan diantara gang *****...... yup mungkin tak seperti yang di harapkan..tetapi harap2 hanya sementara dan tak berterusan.... Pengertian yang diharapkan rupanya mengundang bencana dan mangsanya ialah ******....

  • Satu Ketetapan

Satu kepastian yang telah ku buat pada bulan ini juga.. Semoga memberikan kebahagian kepada kedua kedua-dua pihak... Insya allah.. Pada mulanya sukar untuk diterima kerana permintaan yang terlalu drastik sehingga menjejaskan persahabatan yang terjalin.. Diharapkan terbaik untuk semua... Dan kini semuanya telah kembali normal setelah dibuang perasaan ego dan digantikan dengan rasional dan menghormati keputusan yang telah di buat...


  • Berita

Satu berita yang agak mengejutkan..yang ku terima dari rakan seperkolahan.. Semalam telah berangkat ke US untuk menyambung pelajaran Master... So tak dapat jumpa masa raya tahun nie... Tahun lepas pun tak berkesempatan untuk berjumpa.. OK.. all da best dan semoga berjaya kepada Waci ...

  • Pindah

Lepas raya nanti company aku akan berpindah ke UOA Pantai berdekatan dengan menara telekom... yea.. will miss cyberjaya.. aku suka cyberjaya..walaupun letaknyaa di ceruk rantau tapi tempat nie aman & damai.. dan yang paling penting tak jammm...Office baru tak pernah pergi.. dapi pernah tengok dari jauh... dan sure memang glamer dengan jamm..tidaaaakkkkkkkk...

21 September 2008

Kenangan Silam

Sejak dua menjak memikirkan tentang seperkara.. dan membelek buku2 lama dan menjumpai kandungan dua halaman yang mengandungi nasihat dan pesanan untukku ......

Noor Afidah..........Afiha............Puteri Madani..........

  • Kita melangkah seiring dalam satu perjuangan .. All the best for you and Budies '99... Good Luck....


  • Always try to reach for the stars and NEVER GIVE UP!!!!!


  • Artikel petronas merdeka '98:

SELAMA INI KITA ASYIK MEMANDANG TINGGI ORANG LAIN ..SEHINGGA SUATU KETIKA KITA PERLU TUNDUK KERANA MEMANDANG TINGGI ORANG LAIN..HIDUP INI BAGAIKAN RODA .ADAKALANYA KITA DI BAWAH , ADAKALANYA KITA DI ATAS ..MUNGKIN SUDAH TIBA MASANYA UNTUK KITA..TERBANG TINGGI!



Tengok.. Donkey kong ni...tak kuat @ pintar.TApi ...dia baik hati...tulaa..menilai seseorang bukan dari segi fizikal sahaja ..but dia punya ketulusan akal & akhlak. Ingat tu...


Wow, Wira the magician! Menghapuskan sindiket jenayah alaf baru dengan kuasa dia!.. kita pun kena ada kuasa untuk menempuh mehnah dan tribulasi alaf baru...

Ejen J & K yang tangkas menyelamatkan bumi dari ancaman makhluk asing yang ganas. Adakah ngko <--( aku) juga tangkas menangkis "mulut asing" yang ganas dan panas?... Tapi biasanya orang pompuan nilah yang adakan "mulut asing"...


What a cheerful World!.. Tama and Friends .. ada kisah mencabar dan mencuit hati... Macam mana Fieda & Friends... ..???

Book of Virtues memaparkan nilai murni insan cam belas kasihan, keberanian, PERSAHABATAN, dan lain-lain... And kita pun kena macam tu juga..

Jom ikut Mojacko menerokai angkasa lepas nun jauh di atas... Kita pun kena terokai perkara nun jauh di hadapan...

Lastly, sailormoon.. Ah koyolah..Puteri Madani??? Kenapa tak ganti ngan Son Goku @ Putera Pingat Hang Tuah.. lagi best..power..mantap dan unggul...

p/s: Ada mata pandang... ada telinga dengar.. ada mulut .... DIAM...

-RA-

20 September 2008

Masjid Wilayah

Berkesempatan mengunjungi Masjid Wilayah, Jalan Duta bersama family pada hari Sabtu dan Rabu, minggu lepas


Bergambar di luar perkarangan Masjid Wilayah, JAlan Duta

Menunggu ketibaan waktu berbuka puasa dan juga makanan ringan dan bersederhana sebelum solat Maghrib.. Sesi berbuka puasa kedua selepas solat Maghrib yang disediakan oleh pihak masjid


Permandangan luar MAsjid Wilayah di waktu malam...



Pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam dalam perjalanan pulang ke rumah

p/s: Berasa sayu mendengar suara imam yang sungguh lunak mengalunkan ayat2 al-quran dan juga doa dalam sembahyang terawih tersebut... Imam jemputan khas dari Mekah....

19 September 2008

Blur Friday


Emm first of all, sory kat sujie amek ko nyer status YM sebagai title entry kali nie.. he he... tapi ari nie mmg blur jer.. dari pagi fikiran aku kosong dan melayang2.. cheh cam poyo je plak ayat aku nie...
Emm mmg ari nie tak berapa sihat dan ditambah pula kesan aku makan ubat selsema masa sahur pagi tadi masih ada.. tapi sekarang nie dah ok sikit sebab psssttt.. emm jangan salah paham plak ..aku gi berisitirehat jap tadi.. ha ha MIA.. sebelum tu dah pesan kat opismate sebab ada partner nak collect document.. Mesti prepare la..kalo tak kena kantoi.. he he...
Emm masih kusut dengan problem kat client site yang still tak settle.. poning kepala dok pikir..sampai ke hari nie belum resolve.. Next week dah nak kena gi sana.. takkan pergi sana dengan keadaan yang blur gak.. uha.. apa nie.. Blur Friday tak dapat berpikir mencari penyelesaian kepada masalah nie...
Blur dengan seperkara lagi.. Kisahnya berlanjutan dari last week.. Dengan harapan dapat diselesaikan this weekend.. Rupanya masih ada yang aku tak mengerti dan memahami penyebab kepada masalah dan mungkin juga boleh dikatakan perselisihan pendapat.. Puas mencari jawapan tetapi rahsia tetap rahsia dan tidak mahu dikongsi...




29 August 2008

Merdeka Flashback




YEa.. first of all nak wish happy merdeka day and at the same time salam ramadhan yg akan menjelma beberapa hari saja lagi...

Emm saja nak citer2 pasal hari merdeka.. dimana2 ada bendera digantung sempena bulan merdeka dan ada ada pulak buat sales merdeka.. macam2 lagi.. tapi ntah seolah2 kosong penghayatannya.. Semasa jalan2 aku berkata pada teman.. tengok tu ada jualan merdeka.. Respond yang aku dapat..katanya emm ntahla..Tak rasa ape2 pun pasal hari merdeka.. Terasa sedih pun ada bila dengar respond macam tu.. Mungkin hanya sekadar meraikan bendera2, melihat bunga api, konsert dan macam2 hiburan.. tapi erti kemerdekaan tu sendiri tak dihayati...Di mana silapnya...

Kalau sekarang perayaan merdeka tak dapat dirasai mungkin sebab kita tak merasa penat lelah untuk mendapatkan merdeka..Aku mendengar topik pagi tadi dari satu radio station..

Seorang pemanggil mangatakan dia berada di airport semasa rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman dengan wakil-wakil hendak berangkat ke London untuk menuntut kemerdekaan...Dia berada di sana kerana datuknya merupakan orang yang diamanahkan untuk membaca doa selamat ketika itu..

Walaupun begitu kecil peranan dia hanya sebagai pemerhati tetapi dia berasa sangat terharu bila teringat peristiwa tersebut....

Dan bila nak dibandingkan dengan zaman2 sekolah dulu penghayatan merdeka lebih bermakna kalau nak dibandingkan dengan sekarang nie... Kalau dulu masa nak merdeka macam2 aktiviti dilakukan dan secara tak lansung kita pun sama terlibat meraikannya.. kalau sekarang nie.. hari merdeka dok rumah..tengak bunga api dari seberang sungai , dan kalau ada pun aktiviti jalan2.. emm zaman sekolah dulu lagi menarik aktivitinya...





  • Dengan aktiviti pentomen sempena merdeka...




  • Telibat dengan kawad kaki sempena sambutan merdeka kat Dataran Shah Alam peringkat negeri selangor.. Dok berkawad malam sebelum merdeka.. pelik benar rasanya kawad kaki malam2 hari ni.. tapi yg bestnya tak panas.. he he..




  • dan yang paling terasa masa terlibat secara lansung dengan sambutan merdeka peringkat kebangsaan tahun 2000 ... Masa ni yang paling best ... Dari selepas subuh dah terpacak kat dataran shah alam tu sampai la opening die dalam kol 8 lebih.. Sebab persembahan kitorang masa opening hari merdeka..Membuat formation bendera Malaysia, bunga raya, logo hari merdeka dam macam2 lagi la... kalo tak silap aku ada 7 formation yang kitorang wat masa tu.. Aku jadi yg kaler kuning.. So ape2 yang kaler kuning cnth: bulan sabit kat bendera malaysia, debunga kat bunga raya dan macam2 lagi... Itu belum lagi ngan latihan lebih 3 bulan sebelum merdeka... Hitam legam la muka ni yg sememangnya hitam.. > Walau macam mana pun tetap best dan bergumbira meraikan hari merdeka.. Sekarang semuanya tinggal kenangan...




Apa pun selamat hari merdeka.. Negaraku...Tanah tumpahnya darahku...




      12 August 2008

      Saving more instead of spending more


      Actually aku tidak mempercayai sangat horoscope nie.. tapi bile baca tentang spending money nie, aku berasa betul jugak tu.. dengan segala harga barang kat muka bumi nie naik melambung sejak dua menjak harga minyak naik.. So purposely aku jadikan nie sebagai advise tok diri aku ..


      Yela kena reverse balik ma... Even horoscope specific untuk aqua .. but it applicable to you all also .. so mari kita renungkan bersama...


      Aquarius (Jan 20 - Feb 18)

      The Bottom Line

      It's time for you to focus on saving more -- and get more disciplined in your life.

      In Detail

      It's time for you to focus on saving more instead of spending more -- that fact will become all too apparent when you look into your wallet or checkbook today and see a lot less there than you need. A moment's embarrassment can be fixed by putting something back on the shelf, but the quiet knowledge that you need to get more disciplined about saving your money will not. Instead of telling yourself that you 'should' spend less, today you actually have to start spending less.

      03 August 2008

      Puisi Merdeka

      AWANG HAD SALLEH


      PENYAMBUNG MERDEKA







      Berkurun dulu
      manusia silih berganti
      mati di pangkuan pertiwi
      untuk pewarisnya yang tinggal
      terurai belenggu bernama hamba
      lalu menghirup udara merdeka.


      Sejarah juga berkata
      ada manusia-manusia rakus
      pengintai kelalaian,
      merentas seluruh hukum manusia
      lalu mengikat kembali belenggu
      kepada manusia merdeka yang leka.


      Demikian……………………….
      sandiwara manusia
      dalam menterjemah rupa merdeka
      tanpa takut, tanpa rasa dosa
      yang dikira
      berkuasa atas manusia lain.


      Anak-anak warisku
      begitu sejarah merdeka manusia
      silih berganti
      maknanya
      kekadang entah di mana.

      Anak-anak ku
      Hari ini
      bara merdeka yang digenggam
      perlu subur didadamu
      dilengkari pagar bernama maruah.

      Gemala yang menyinari
      seluruh pelusuk pertiwi
      bahang sinarnya pula
      menyinari jalan merdeka
      yang di kiri kanannya
      terpacak gagah si Jalur Gemilang.

      Terima kasih pada satu pengobanan
      Dato’ Maharajalela, Rosli Dhobi
      Darah merahmu
      terhimpun dalam dupa merdeka
      Terima kasih pada satu usaha
      Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan Dr. Mahathir,
      sentuhan merdekamu
      seindah rembulan dipuncak menara
      keringat sengsara mumengalir mencipta pustaka jaya
      sebagai pusaka merdeka.


      Anak-anakku
      kerana mereka
      Hari ini kita mengenali wajah kita
      Hari ini kita memahami cita rasa kita
      Hari ini kita memilih untuk kita
      Hari ini kita memakai baju kita
      Hari ini kita bina arah kita
      Hari ini kita bukan lagi hamba
      kita merdeka,kita bahagia!


      Anak-anak ku
      kau hidup selesa
      d dada merdeka
      persara asasi manusia
      Satu harga diri
      satu kebebasan yang sejati
      terserah padamu sebagai milik abadi.


      Anak-anak ku
      Hidupmu untuk merdeka
      jiwamu sandarannya
      akal budimu harus merdeka
      untuk mencipta khazanah kita!
      baru lantas kita bicara
      yang kita penyumbang merdeka!