03 August 2008

Puisi Merdeka

AWANG HAD SALLEH


PENYAMBUNG MERDEKA







Berkurun dulu
manusia silih berganti
mati di pangkuan pertiwi
untuk pewarisnya yang tinggal
terurai belenggu bernama hamba
lalu menghirup udara merdeka.


Sejarah juga berkata
ada manusia-manusia rakus
pengintai kelalaian,
merentas seluruh hukum manusia
lalu mengikat kembali belenggu
kepada manusia merdeka yang leka.


Demikian……………………….
sandiwara manusia
dalam menterjemah rupa merdeka
tanpa takut, tanpa rasa dosa
yang dikira
berkuasa atas manusia lain.


Anak-anak warisku
begitu sejarah merdeka manusia
silih berganti
maknanya
kekadang entah di mana.

Anak-anak ku
Hari ini
bara merdeka yang digenggam
perlu subur didadamu
dilengkari pagar bernama maruah.

Gemala yang menyinari
seluruh pelusuk pertiwi
bahang sinarnya pula
menyinari jalan merdeka
yang di kiri kanannya
terpacak gagah si Jalur Gemilang.

Terima kasih pada satu pengobanan
Dato’ Maharajalela, Rosli Dhobi
Darah merahmu
terhimpun dalam dupa merdeka
Terima kasih pada satu usaha
Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan Dr. Mahathir,
sentuhan merdekamu
seindah rembulan dipuncak menara
keringat sengsara mumengalir mencipta pustaka jaya
sebagai pusaka merdeka.


Anak-anakku
kerana mereka
Hari ini kita mengenali wajah kita
Hari ini kita memahami cita rasa kita
Hari ini kita memilih untuk kita
Hari ini kita memakai baju kita
Hari ini kita bina arah kita
Hari ini kita bukan lagi hamba
kita merdeka,kita bahagia!


Anak-anak ku
kau hidup selesa
d dada merdeka
persara asasi manusia
Satu harga diri
satu kebebasan yang sejati
terserah padamu sebagai milik abadi.


Anak-anak ku
Hidupmu untuk merdeka
jiwamu sandarannya
akal budimu harus merdeka
untuk mencipta khazanah kita!
baru lantas kita bicara
yang kita penyumbang merdeka!

6 comments:

me3n said...

oi lambat lagi laa merdeka. baru baper hari bulan eheheheh

me3n said...

eh apasal nama ku langsung takde dlm top commentators tuh?

me3n said...

oh lu pe da masuk bulan lapan. ehehehe. ku nak jadik yang pertama!! ;p.

Fieda said...

ad3ck,

skrg kan dah masuk bln merdeka..

yea nama ko dah ader kat dlm senarai top commertor tu.. jgn risau.. he he

yea bln 8 dah.. ku nak jadi org pertama post entry psl merdeka.. semangat patrioritik.. he he

cekago said...

olimpik da start dah~

*xpatriotik sunggoh haha.*

ape plan di bulan merdeka neh?

Fieda said...

cekago,

yup teep..emm jom la plan something masa merdeka hehe..