28 December 2009

Recap of 2009

Sedar tak sedar hari meniti hari, bulan berganti bulan dan kini kita sudah berada di penghujung tahun 2009....

Penghujung tahun 2009 mengimbau kembali segala kenangan pahit & manis.... kejayaan & kejatuhan, segala target yang tercapai dan hanya diimpikan....

Kematangan dan kekuatan diri dibina seiring dengan usia yang dilalui...

Matangkah aku???

Kuatkah aku???

Wahai hati silalah kuat dan sentiasa kuat
Jangan mudah kalah..
Walaupun kelihatan kuat dan teguh
Luruh dan berderai menjadi serpihan kaca
Tidak mampu untuk dirawati..
Bagaimanakah cara untuk mencari kekuatan itu
Aku perlukan kekuatan itu
Hadapilah dengan kuat dan teguh
Semoga keteguhan itu menjadi kekuatan
Untuk kuhadapi dengan senyuman...


Namun begitu banyak kenangan rentetan aktiviti berjalan2 bersama teman2 dan keluarga, aktiviti makan2, rekreasi @ exercise sepanjang tahun 2009 dimana tirainya bakal dilabuhkan tidak lama lagi...


Antara aktiviti jalan2











Kawan2 dan teman rapat yang telah menamatkan zaman bujang mereka pada tahun nie pun boleh tahan banyak gak...


Antara wedding yang sempat attend



Not attending with apologise

~~ika 7 smks 18~~

~~ Engagement Fiza Amin ~~

Lain2

Tika Farhana


aku?? entah bila... lama aku berfikir...

Tidak dilupakan pada bulan 8 baru2 nie... bermulanya the biggest transition bagi aku iaitu bertukar company @ tempat aku bekerja...Macam yang korang tahu, decision yang paling susah untuk aku buat of the year 2009...

Berfikir panjang untuk melihat dari pelbagai perspektif dan ramai juga yang membantu dalam proses membuat keputusan nie... thanks pada semua

Tapi yang sebenarnya lokasi tempat keje lama dan yang sekarang nie hanya dipisahkan oleh jalan kat depan opis aku nie ... Masih boleh terserempak dengan ex-collegue kat tepi2 jalan, masih boleh keluar makan bersama2....

Yang berlalu tetap berlalu, masa yang pergi tak mungkin kembali walau sedetik pun... Apa yang penting langkah dihadapan perlu dihadapi pada tahun 2010 yang bakal menjelma tidak lama lagi..


~~~Hope to be stronger women~~~



I really need to be stronger women of this coming tougher year of 2010 from all aspect



Emotionally, Physically and Mentally...




@@@@HAPPY NEW YEAR@@@@

2010

26 December 2009

Yati's Wedding




Penutup tirai my frenz wedding untuk tahun 2009 bertempat di Taman Desa Pinggiran Putra...
As usual teman seperjuangan untuk ke wedding member matriks ialah Cammy yang memang tinggal kat area Puchong gak..
  • 1st time wedding Dayah kami mencari2 jalan untuk ke dewan Pulapol pada waktu malam plak tu..

  • 2nd time untuk ke Wedding Azila.. Cammy expert area USJ, aku jer yang tersalah2 jalan, pusing syok sendiri huhu..

  • Dan hari nie kami berkonvoi lagi ke wedding Yatie plak.. Kali nie kami siap ada dua map lagi... Satu map dari wedding card dan satu lagi dari Google Map.. hehe
Sedar tak sedar dah tiga orang member rapat masa Matriks telah menamatkan zaman bujang mereka pada tahun nie...

Hurmm..aku yang sedang berfikir panjang....

So cerita expedisi hari nie, memang plan ngan cammy jumpa kat lepas tol ldp menghala ke Purtajaya... So aku follow cammy jemput kawan dia kat area Serdang then ke UPM sebab Nad tunggu kat sana...

So kami berempat just naik satu kereta, aku drive dan cammy sebagai penunjuk arah... Taman Desa Pinggiran Putra, Kajang... Mengikut alamat dan map yang dibekalkan perjalanan menuju ke Putrajaya... Melepasi Alamanda seperti landmark yang diberi dalam map, tapi lepas tu tak ada arah yang jelas hingga ke PPIC.. Then kami U-turn kat fly over tu dan dalam pening mencari arah untuk dituju dan selang 5 minit kemudian aku nampak exit ke Taman Desa Pinggiran Putra.. (*-*).. fuh unexpected.. Zup terus masuk dan disinilah kami berjaya menemui rumah pengantin yang kebetulan sedang berarak .. hehehe....





Sila zoom pada beg plastik hadiah di tangan aku tu.. hehe.. ada kisah disebaliknya.. Ceritanya macam nie, macam biasalah lepas pilih2 hadiah tu semalam.. Aku bayar then cashier tu bagi number..


So aku collect hadiah yang dah siap dibalut nie based on no yang diorang bagi tadi.. Then mak ai terkejutnaya aku sebab aku dapat satu beg yang penuh dengan hadiah... Seb baik tak ada lalat, kalo tak mahu masuk dalam mulut aku masa tu...



Aku pun tanyalah, kenapa banyak sangat hadiah nie, sebab lebih dari sepuluh hadiah.. Staff tu plak kata "This is your free gift"...

Aku still tak percaya..hadiah krismas ke apa nie tetibe banyak giler penuh satu bag tu...


Then aku tunjuk kat member aku yang dok tolong pilih hadiah tadi, dia pun terkejut gak... So dalam banyak2 hadiah tu aku pun carilah yang mana satu hadiah yang aku beli tadi .. tetiba toing toing... aku remind balik.. wrapper yang aku amek tadi lain dan kenapa hadiah yang dibalut nie pun lain..


So aku pun masuk balik kedai tu dan tanya kat staff tu yang mana satu hadiah yang aku beli tadi.. (ayat confident)... sambil2 tu aku tunjuk resit tu kat dia... Staf tu pun tengok resit then dia tanya aku, one item je ker yang aku beli... Aku pun iyakanlah.. Alkisah yang sebenarnya, staff tadi tu tersalah bagi aku no. , So dengan itu staff tu bagilah aku hadiah yang sebenar .. hehehe.. ceh kalau aku jahat dah lama aku lari bersama hadiah tu tadi.. hik hik...



So berbalik kepada cerita wedding Yatie nie, tadi aku berjumpa trio sahabat baik ..Mereka nie gang kamceng masa sekolah rendahlah kiranya dan of courselah mereka bertiga nie barkait dengan aku, kalo tak macam mana aku kenal diorang.. So pusing2 ke situ juga kawan2 aku ni..hehe
  • Yatie... Pengantin dan juga kawan aku masa Matriks KYPM
  • Ib -- Classmate masa SMKS 18
  • Nuri -- Classmate masa ACCP.. Bakal kahwen pada 101010... Cantik tarikh tu yer..

last but not least, Congrats to Yati.. Semoga berbahgia hingga ke akhir hayat.. Amin...

24 December 2009

Family Trip : Day 2 @ Pangkor

Keesokkan harinya, lepas breakfast kami terus check out dan destinasi yang dituju ialah ke Jeti Lumut...





Dari situ, kami menaiki feri ke Pulau Pangkor...


Dari Jeti Pangkor, kami menaiki van sewa menuju ke Teluk Nipah....


Setibanya di sana, lunch nasi ayam dulu sebab lapar ...

Sambil2 menunggu Pak Man & the family yang on the way ke Pangkor dari Bukit Merah Lake Town ... , kitorang mandi manda, main jet ski dan juga aktiviti bersantai di pantai..





Angin sepoi2 di tepi laut dan cuaca pun tak panas.. memang redup sepanjang hari tu.... Kalo tak makin tinted la aku..

Nak naik banana boat tak da gang..huhu...

Bila dah cukup korum, next aktiviti ialah menaiki boat, melawat2 pulau2 di sekitar.. Emm macam2 nama ada, batu2 kat situ pun ada bentuk yang unik.. Ada yang seakan2 bentuk ikan paus, katak, buaya dan macam2 lagi...

Disebabkan masa yang suntuk dan dah petang masa tu, tak sempatla nak snorkeling.. Just tengok orang snorkeling dari atas bot jelah..huhu

Dari Teluk Nipah, drebar van tu bawa jalan2 pusing Pulau Pangkor... jalan dia sempit, curam dan berlengkok2 macam ular..

Snap beberapa gambar ...




Lepas tu naik feri semula untuk ke Lumut...



Sampai jer di Lumut, tanpa membuang masa kami terus shopping ... macam biasalah produk pangkor yang glamor kat sini ikan bilis, ikan masin, dan sewaktu dengannya...




Before bertolak balik, kitorang makan2 dulu sebab hari dah lewat petang dan malas nak singgah mana2 lagi...


Sampai rumah semua kepenatan dan esoknaya aku cuti yeah..

p/s: Cuti pada hari isnin adalah sungguh best

22 December 2009

Family Trip : Day 1 @ Lumut

Last minute plan yang seperti Trip Melaka tahun lepas.. huhu...

So yang menjadi mangsa untuk book hotel adalah aku dan juga dibantu oleh akak dan juga adik aku.. aisey... ... Nama pun school holiday & nak reserve 2 hari before holiday..huhu..Sampai kol 1 pagi call receptionist hotel dan seperti yg dijangka semuanya fully booked .. Finally dapat juga Swiss Garden Hotel... Ermm memang tak da choice lain + malas nak survey yg len + dan mengantuk.. Maka redha jelah dengan apa yang ada...

Pada hari Sabtu perjalanan start dalam pukul 10 lebih dan agak jauh sebab lepas exit Bidor kena ikut jalan dalam dalam 2 jam lebih...



Melalui pekan2 kecil



"Bidor" adalah exit yang terdekat dan follow jalan Teluk Intan dan kemudian Lumut...

Bila sampai sana dah pukul 3 ptg.. masing2 semua dan kelaparan dan menunggu bilik siap around pukul 4.30... Fuh lama tu dan seb baik diorang promise untuk dapatkan connecting room...

Bila dah masuk, bilik aku yang paling best sebab kat corner area.... luas dan dapat Queen bed.. sebab masa aku reserve receptionist tu kata yang available only single bed...





So sampai jer bilik memang activiti makan2 dalam bilik.. lapar beb...







Then petang tu kami just rehat kat bilik dan kemudian keluar jalan2 kat tepi pantai, main canoe... Tak mandi manda sangat sebab rasa tak selamat , jelly fish..huhu


Malam tu plak malas nak dinner kat luar sebab nak keluar ke pekan lumut agak jauh dan dengan jalan yang gelap.. So the best solution is room service...

Lepas dinner jalan2 ambil angin sekitar hotel dengan adik aku... Pusing area2 hotel, take pictures, main board games... Apakah??



Around 11 pm kitorang balik ke bilik dan zzzzzzzz

p/s: More pix kat FB

Hari yang lelah

Cuti Maal Hijrah ~~ Hari yang lelah.. (T-T)


Early morning
KLIA -> Slept @ home

Morning - afternoon
Visit my uncle @ PPUM


Afternoon - Evening
Attended Cousin's Kenduri --> Slept @ home


Midnight
KLIA --> Slept @ home


p/s: 3 kali ku tidoq tu..huhu

14 December 2009

My MoM with her hydroponic

Operasi membeli set hydroponic pada hari sabtu di Midavalley Exhibition Center requested by my mom..


Idea2 or mentol ajaib nie timbul dari rancangan "Nasi Lemak & Kopi O" di TV 9 yang kebetulan ada promote pasal hydroponic hari Jumaat lepas...


Maka bersemangatlah mak mengajak aku ke exhibition untuk beli set hydropic tu... Mak aku sememangnya sangat berminat bercucuk tanam dan juga berkebun...





Ni gambar yang dah siap kat booth tu.. saje snap sebagai sumber inspirasi





Bekas untuk tanaman hidroponic... Mak aku beli dua, satu untuk teknik biji benih dan satu lagi untuk teknik batang... Tak boleh campur sebab duration growth untuk teknik batang lebih cepat dan tendency untuk unbalance nutrition adalah sangat tinggi...




Teknik biji benih yang dimasukkan kat dalam setiap lubang2 tu.. selepas 2-3 hari daun akan bercambah dan masa tu kena masukkan baja hidroponic mengikut sukatan yang ditetapkan... So yang kat atas nie biji benih pokok sawi dan salad...



Teknik batang nie pulak sama jer untuk sayur kangkung dan daun selasih... Caranya masukkan batang sayur2 nie ( yang beli kat pasar ) instead of biji benih dan 3 hari kemudian baru letak baja...


Dalam bekas tu diisi air .... Benang2 tu direndam dalam air yang akan diserap ke biji benih /batang sayuran tersebut....

p/s: Tqvm pada adik praktikal yang bersungguh2 explain pada kami tentang kaedah tanaman hidroponic nie... Kami memang zero knowledge pasal hidroponic nie... hehehe

09 December 2009

Why people react that way....

Aku memang pelik dan sekarang nie memang terasa sangat pelik...

Sekejap ok.. sekejap tak ok... moody sangat kah???...

Kenapa perlu mengeluarkan ayat yang begitu sinis

Pujian yang selalu berbentuk perlian

Owh kenapa begitu...

Manusia di dunia dengan pelbagai ragam

Sabarkah aku dengan sikap2 itu...


~~ aku yang tidak diundang ~~

06 December 2009

W.E.e.K.e.N.D

How do i describe this weekend??

Interesting??

Boring???

For me nothing special just a another weekend yang boleh rileks dan lepak...

Saturday-Futsal event tak da gang sangat.. end up balik sebab bosan...

Petang habiskan tengok citer "Pride" _ japanese drama zaman takuya muda2 dulu... Lagi sket nak abes cd 8 ada misi yang perlu dilakukan malam tu...

Fening & almost give up & tak nak pergi sebab tak da baju dan drive dengan memecut laju... Bila masuk kesas toward Ampang jalan jam tak hengat... Rasa nak patah balik rumah jer..

Tapi misi perlu diteruskan dan sampai pun akhirnya kat Flaminggo Hotel.. then guess what??

Drive back home.. tired sleepy...

Just enjoy the food... (*-*)

Sleep...

~~~~~Sunday

* Cd 's 8 - Pride of Halu & Aki ... (T-T)
* Chicken rice @ home -- very nice
* Twilight - Star Movie @ home -- nie yang rasa nak tengok citer Twilight New Moon plak..
* Thinking - nak pakai baju apa untuk ke opis... ladies out there???? tak da baju da.....

04 December 2009

Kerja Gila

Setelah aku giler bekerja yang mengakibatkan stress secara tak sengaja maka hari ini aku wat kerja gila.. ;p

Aku pun tak sangka agreed plak tu dengan plan yang bengong.. ;p

Macam jumaat lepas tapi hari nie lagi dasat dan bengong dan ahli dia 3 orang jer... fuh....
Tak sedar diri betul aku nie kan dan sengaja mencari nahas pun ada gak...

Tapi sekurang2nya tak da kebosanan tahap gaban... keh keh keh..tak bley citer lebih2

Internet pun baru jer install kat rumah tadi.. setelah banyak kali follow up dan tqvm to my dearest collegue yang membantu register dan follow up untuk aku..

Anyway have a nice weekend..

Esok awal pagi ada event kat community club cyberjaya, Futsal... Ermm tapi aku tak main pun just tolong organizer nie ..meringankan tulang assist on registration, F&B and etc

Cheer up \(^-^)/

p/s: Kat rumah dah 3 orang sakit mata... kalo aku MC next week pepaham jelah..huhuhu..tapi harap2 tak dijangkiti... try my best... tapi kalo dah kena gak tak bley nak wat apa..huhu

03 December 2009

Gelaklah sepuas hati

Adakah menggelakkan orang itu suatu kepuasan
jika ya jawapannya, maka gelaklah sepuas hati ..

Sekiranya gelak tawa boleh mengundang kegembiraan maka bergalak ketawalah anda...
Tanpa memikirkan kesan kepada orang yang ditertawakan

Apakah drama kali ini??
Sila fikirkan..

30 November 2009

Selera makan sudah kembali....

Yea.. hari nie bangun pagi dengan rasa tekak yang sedikit lega...

Selera makan pun sudah beransur normal...

Since Rabu malam (last week) rasa tak sedap badan, sakit tekak, pening kepala dan sewaktu dengannya... huhu..

Makan malam memang langsung tak jamah.. kalo ada pun minum air milo, roti, kek dan ntah apa2...

Siang plak makan makanan yang lembut2 jer.. haha mengada2 katanya.. tapi series tak lalu makan nasi... dan tak menjamah nasi selama 4 hari... huhu

Perut pedih tapi bila makan banyak mana je pun...

Haih dalam tak sihat aku nie, bila berjalan terus hilang rasa sakit <--- Ayat semua orang.. ;p

Hari Khamis, sempat lagi pergi window shopping & makan2 kat Midvalley dengan gang channel...hehehe

Hari Jumaaat, gi lepak rumah baru Marini untuk kali kedua... Bawa food untuk dia sekali.. Tapi menu orang Johor la kan...

Hari Sabtu ke rumah sedara mara (Mak Dah & Pak Man).. nama pun raya qurban..haruslah makan tapi aku tak da selera so jamah sket2 jer mana yang mempu..

Hari Ahad plak tengok 2012 dan pergi beli buku kat Amcorp Mall (suggested by Marini)...

Best2 harga buku RM8... aku jer amek 4 buah...... So mari membaca...

p/s: Banyak pembaziran makanan epecially masa makan kat luar.. Aku memang langsung tak berselera makan bukan sengaja.. TQ pada kwn2 yang sudi membantu makan untuk aku..huhuhu

1. Kat Midvalley - Ramen mee yang aku makan di permukaan jer
2. OU - Soba chicken grill nie pun aku makan di permukaan jer
3. Amcorp Mall @ Kenny Rogers - Most light meal but still tak abes..huhu

20 November 2009

Percutian yang best @ Genting (15 & 16 Nov 09)

Sekali lagi gang Songee @Accp bercuti dan destinasi kali ini ialah ke Genting...


Percutian yang sungguh best, sempoi dan juga cool....




Tengok 4D Movie.. beratur queue sangat panjang dan ditambah lagi dengan aroma2 tambahan yang kurang menyenangkan ;p


Jet And Jin 4D Movie.. best2..teringat tengok log ride 4D kat Sentossa Island...


Kitorang bermalam kat sana di atas genting nun di atas sana sambil menghayati malam2 indah yang sungguh sejuk macam berada di oversee... Walaupun mengigil2 kesejukan tapi aku sangat suka...

Sessi fotografi memang dah menjadi satu kemestian....

Lagi2 camerawomen -->Cik Marini yang begitu bersungguh2 untuk mendapatkan picture yang tercantik....sungguh berjasa untuk menghasilkan gambar2 yang superb.... I like it very much... \(^-^)/


In door theme park...



Out door theme park.. Malam yang sungguh best...


Again all of us ..Meen tak da..pengsan dalam bilik...hehehe..


Finally kitorang surrender dengan cuaca di luar hotel yang semakin lama semakin sejuk dan kitorang melepak kat MarryBrown untuk menikmati minuman panas dan bubur panas...


Keesokkan hari, lepas breakfast kitorang start bermain kat out door theme park... Mula2 kitorang main games yang simple dulu sebab baru jer lepas makan...




1st game yang kitorang main ialah bumper boat.. lama gak menunggunyer... Bumper boat nie macam bumper car... tapi yang nie kitorang main langgar2 bot dalam air.. sungguh best...

Lepas tu kitorang main log ride... masa tengah beratur untuk main bumper boat kitorang dah usha2 diorang main game nie dari jauh...

Agak mencabar juga especially part nak terjun ke dalam air tu



10,


9,

8,

7,

6,

5,


4,

3,


2,

1..




kedebush...


Kami yang kebasahan.... tapi aku dok tengah..kurang basahnyer...


Then kitorang naik bilik untuk pack barang2 and then check out kol 12... Lepas check out simpan brg2 sume dalam locker.. nak sambung balik main tapi malangnya hujan la plak...Kiciwa..


So kitorang just jalan2 tapi makin lama makin lebatlah plak.. then masuk dalam dan lunch kat MarryBrown, Lepas tu still hujan lagi tak berhenti2.. Next aktiviti, kitorang masuk snow world...







Dalam tu memang sejuk giler. (-5 degree celcious) .. bermain baling2 salji... dan water slide.. berpusing2 ku dibuatnyer...

Tapi yang tak bestnyer kitorang tak boleh bergambar sakan sebab


camera not allowed...

So hujan sampai ke petang, kitorang just naik kete nie pusing2..



Sessi bergambar lagi...


Emm sabar yer kawan..lama pulak i bergayut..heheh

Kami berangkat pulang menaiki bas pada pukul 6.15 petang

09 November 2009

Kolestrol ku naik lagi..huwa huwa





Last friday, wat blood test.. as usual Angah bawa sample darah aku ke hospital untuk di analysis di lab...



Guess what.. my total cholestrol makin naik.. uih before this 7.9, latest check naik ke 8.2...



Apakah?? Diet pun naik.. adakah tidak perlu berdiet lagi selepas nie... huhu.. sila2 makan..mahu makan dan makan.. baru puas hati sebab naik...

Sila listkan senarai food yang perlu dielakkan..

1> Sea food
2> Fried food
3> Eggs
4> Red meat
5> Mayonis, salad dressing
6> Snack food
Next > Siapa mahu tambah

Normally, saturated fats and cholesterol are found in both plant product and in animal products, such as meat, poultry, fish, milk and milk products, and eggs, butter, margarine, sour cream, salad dressings, marinades, mayonnaise, shortening, and many snack foods and desserts

Resource:http://www.natural-treatment-guide.com/cholesterol/foods%20-avoid-with-high-cholestrol.html


************************************************************************************


On last friday gak aku berulang alik dua kali ke PPUM amek ubat abah.. Aku ingat bley settle tengah hari tu.. Aleh2 queue panjang giler & kena tunggu about 60++ number..

memang banyak giler number nak kena tunggu dan impposible dapat before 2.30 ptg..Then aku balik semula ke office sbb ada meeeting... lepas office hour kembali semula ke hospital untuk collect semula ubat2an tu kat kaunter ubat.. Seb baik tutup kol 7..

04 November 2009

Hari yang kalut....




Hari nie hari yang sungguh kalut bagi aku...
First aku memang datang lambat dari biasa.. kol 8 baru masuk parking....
Masa tu memang susah nak cr parking...
Then aku stop kete kat tepi just temprorary parking
Tapi bila nak start engine, kete tak bley start...

Aku pun pelik sebab tadi okey jer....
Sudahnya aku inform bos aku...but then aku naik opis jap sbb aku tak tau nak contact sapa nak settle masalah kete nie
Bila naik opis macam biasalah, bertubi2 soklan & keje nak kena settlekan
Dengan meeting, check item ke Nova team, pending issue dan bermacam2 lagilah...

Kepala aku berserabut nak settle kan bateri kete yang kong tu dengan keje yang tak henti2...Owh tidakkkkkkkkkkkkk...


Dalam kol 3 lebey baru la aku tanya balik kat gang channel pasal masalah kete aku... lagi pun pagi tadi bos aku kata nak tolong tapi dia half day then dia pass kat En Ahmad Giant....

So bermulalah operasi kami yang di ketuai oleh En Ahmad Giant.. minta tolong kat D sebab nak pinjam jumper.. shikin plak ikut sebab nak jalan2... Apakah????
So bila D cari jumper dalam kete dia tak jumpa... So En Ahmad Giant check la kete aku dan didapati terminal bateri dah patah.... Owh kalo ada jumper pun tak bley guna...

Then kami kena keluar untuk beli bateri... So tempat yang terdekat ialah Bangsar...
Bila nak masuk balik tak dapat sbb parking full then D drop kitorang kat lobby...
Seb baik En Ahmad Giant yang bawa bateri tu.. kalo aku memang tak larat dowh...
So operasi memasang bateri dah settle.. kete pun hidup...
So aku treat mereka di SR sebagai membalas jasa mereka membantu aku dalam operasi menyelesaikan masalah bateri kete..

22 October 2009

Kena nyayikah????

Emm hari nie ada event under department aku - SME/GCC DeepaRaya..

So nak jadi cerita semua freshies kena perform nyanyi lagu raya..

Semalam masa aku mendengar khabar angin tu aku just wat tak tau jer dengan muka tak bersalah aku terus membuat kerja yang kebetulan nak kena settlekan hari tu gaks.. biasalah prepare report for the bosses... huhu...


Memula all the freshies yang baru masuk awal bulan nie practise nyanyi lagu raya...
Dah ler diorang practise tu depan workstation aku jer.. biasalah la kalo bab nyanyi2 nie group channel la champion kan... hehe.. So En Ahmad Giant selaku guru vokal dan juga Cik Aini sebagai guru kareografi..lalala ..


Group channel yang paling happening la katakan.. Sebab tu lah bos aku jadi bidan terjun kena menjadi MC untuk event nie... gara2 MC yang sebenar MC ... Dan pasangan MC tu pun Marina dari group Channel gak... Bak kata Aini, "bab2 yang cam nie suma panggil group channel"..lalala



Then bila saat En Giant annaounce next group pun kena perform gak...(merujuk ke group kami yang ingin melarikan diri dari kena perform) .. So nak tak nak dan dalam last minute tu barulah nak pilih lagu.. arrange part yang nak kena nyanyi..huhu... ermm aku dah ler tak reti nyanyi nie.. ;p



Dan hari nie before nak perform tu ada pertambahan seorang lagi ahli.. Hari dia baru report duty..terus kitorang tarik masuk group kitorang yang kebetulan kekurangan orang..









So today kitorang perform la kan.. kebetulan 3 orang dari group kitorang tu adalah s/u kepada GM kat SME nie.. so tetiba nama diberi sexi-teries .. apakah?? ???




p/s: Sapa suruh kitorang nyanyi, kan dah hujan lebat tak henti2.. nasib la korang.. ;p <-- Bak kata En Ahmad Giant, "Sampai sekarang fida tak puas hati sebab kena nyanyi"... mana taknya hari nie hari dalam sejarah aku kena nyanyi karaoke atas pentas..seb baik lagu raya..lalalala

Bos aku pun kagum tetiba aku nyanyi , sbb before nie aku dok depan komputer tu menghadap report ajer... sudah semua report aku kena wat mahu aku tak muntah darah menhadap report tu..lalalala (ampun bos kalo terbaca)

14 October 2009

Who Moved My Cheese???

Seperti yang diwar2kan di FB sebelum nie, Marini telah rekomen kat aku untuk membacanya sewaktu menunggu Suzie kat Kinokuniya,KLCC...

Very nice story... I like it very much... For those yang nak tau pasal buku nie just click here




Having Cheese Makes You Happy


Cheese in this story just metaphore in which can relate to


~~OUR CONFORT ZONE~~

and also may relate to

Enjoyable career, loving relationships, wealth, or spiritual peace of mind.





But due to some circumcentances in our life, the cheese might be moved out from our places..


We will feel upset, dispointed and so on...


Then will come out with below sentencs..



"It's not fair!"... Who moved my Cheese???







What we need to do next...

Keep on dispointed and wait for the cheese will be move back to the current state / place without doing nothing

or

We choose a way to find another cheese in the maze..



Our normal behaviour

Normally we afraid and resist to change and/or adapt to the changes

Reluctant to explore and find another cheese again..



But that the best way we need do to improve our

LIFE ~ ATTITUDE~ ENVIRONMENT ~ CAREER ~ FAMILY ~ COMPANY ~ COMMUNITY ~ ORGANIZATION and etc...



Better late then never change

Then very soon you will be in the track again

AND

Start enjoy in finding the different flavour of cheese and at the same time alert to the changes happen around us...

Your minded will change to


The Quicker You Let Go Of Old Cheese, The Sooner You Find New Cheese

Old Beliefs Do Not Lead You To New Cheese

Movement in a New Direction Helps You Find New Cheese

* Change Happen

They keep Moving the cheese

* Anticipate Change

Get ready for the Cheese to move


* Monitor Change

Smell the cheese ofhen so you


* Adapt To Change Quickly

The Quicker You Let Go Of Old Cheese, The Sooner You Can Enjoy New Cheese


* Change

Move with the cheese



*Enjoy Change!

Savor the adventure And Enjoy the Taste of the New Cheese



* Be Ready to Quickly Change & Enjoy It, Again

They keep moving the cheese

10 October 2009

I need to be invisible


Lately i got very good lesson that make me feel to be invisible....



Not to disturb people...



Just be in my world....





So i need to be invisible....



No more disturbance from me...



That it... I learn start from now and onward...



Learning is part of my life...



Just be me, in my little world...

08 October 2009

I like to eat


Aku sangat suka makan.. makan dan makan...


Tapi sekarang..sob sob sob.. apakah??? Tidak dapat makan.. kena control makan... OMG...

I don't like it (T-T) .. But i have mission need to accomplish... sacrifice?? do I?? Again think and think when look at food..


Esok ada makan2 di sini.. Sabtu ada open house.. again makan...


Yang paling mencabar ialah bila berada di rumah sendiri... Can't control myself with the most delicious cook by my mom.. even just a simple food...


Masa raya nie tak dapat lari dari makan..lagi suka bulan pose tapi bila berbuka tak ingat..lalala..


But now long journey need to go.. be patient... No pain no gain...

p/s: post 2 entry dalam satu hari.. Apakah aku selapang ini.. mahu makan... Esok raya lambat giler aku neh..yeah...

Bluring...


Melihat tajuk nie pun dah menunjukkan betapa blur aku hari nie...


Yup memang sangat blur...



  • Suka sangat guna short form.. aku yang baru nie mmg blur la dengan benda2 semua tu..isk isk

  • Kena email/tanya kat orang soalan yang aku sendiri pun tak paham

  • Kena assign benda yang aku sendiri pun tak paham apakah itu.. huhu...

  • Meeting.. erm tak yah cakaplah.. tapi sekarang getting better..

I'm still new here...


Ok lah sekian.. Inilah entry yang paling pendek dalam sejarah aku berblog..


kalo tak panjang lebar aku membebel.. TQlah pada korang yang sudi membacanya..lalala

06 October 2009

Hari yang santai





Hari yang paling santai sekembalinya bekerja selepas raya.. Compared with last week rasa macam tak bernafas aku dibuatnya...

Suppose ada meeting pukul dua tadi, then postpone ke esok hari...

Emm apa aku nak buat nie since mata dah mengantuk menghadap document tadi... lagi pun ramai tak da nie.. Diorang pergi outstation ke Kelantan dan JB...

Ok lah just update cerita last weekend... Aku, Cammy, Nad & Ekin konvoi menghadiri wedding Azila... Gang masa Matriks KYPM dulu...

So plan asalnya our meeting point di depan Summit, then tukar ke Subang Parade tapi masa tu aku baru jer keluar rumah, cammy la yang sungguh punctual dah nak sampai kat Summit...

Bila dah sampai kat Subang Parade tu, tukar sekali lagi ke SJMC... Emmm mana la plak lokasi dia..series aku tak tau... Ekin yang guide aku then sampai ler aku ke situ... Jammed giler jalan hari tu.. isk isk

Summit USJ & Subang Parade tu aku tau .. Tapi area len aku kureng tahu.. So hari tu aku dah berpusing2 dan taula sket2 jalan sana... Ermm jauh perjalanan luas permandangan..lalalala

Yelah jarang aku ke sana, lagi pun dulu pernah terjadi accident on the way kami sekeluarga nak ke Subang Parade.. Ermm aku pun banyak dengar cerita dari sedara -mara sebab masa tu aku baru berumur 4 tahun lebih... emm nantilah kalo ada masa aku cerita dengan lebih detail...

So berbalik kepada cerita Wedding's Puan Azila @ Datin Wanabe nie... Kat sana jumpa dengan Yati, Ira, Pae and her baby (very cute)... Kak long tak sempat jumpa sebab kitorang dan nak balik....






Borak dengan Ekin..Almaklumlah lama tak jumpa lagi2 Cik Ekin kita nie baru balik dari belajar di Bandung bulan 8 hari tu... So banyaklah update kawan2 yang dia nak tahu... Sedang kami borak2 tu terkeluarlah antara nama2 kawan lama iaitu Nisah and Nisa'... Nama diorang nak dekat2 sebab tu kena sebut betul2 kalo tak confuse..


Lepas tu dapat tahu dari Ira dan Yati yang diorang berdua baru attend Nisa' wedding before datang ke Wedding Azila nie... How coincidence... Aku dan Ekin gelak jer sebab kami baru tertanya2 update Nisa' and Nisah.. Macam kembar plak kan.. kembar nama lah katakan.. hehehe

Lepas tu kitorang ke rumah Dayah kat Puchong.. Tapi Nad & Ekin tak dapat join sebab ada hal.. So end up aku dan Cammy jelah yang pergi...

Errm last time jumpa Dayah masa wedding dia.. Sekarang dayah sudah pregnant.. hehehe..

So borak punya borak aku, Cammy dan Dayah.. berkongsi2 cerita, pesanan Dayah untuk aku dan Cammy yang masih muda remaja nie.. sila la muntah darah (pinjam ayat Marini..lalala)... Exclusive untuk kami berdua.. (Nad, sila jangan jeles..hehe)...

So Dayah membuatkan kami realise bukan senang jadi isteri orang nie.. isk isk.. Ops..terlebih sudah...

So atas request Nad yang frust tak dapat jumpa Dayah tu, Cammy snap gambar di bawah nie untuk tatapan ko yer Nad..



Sabtu nie Dayah buat Open house... So bley la korang berjumpa.. Aku tak dapat pergi sebab already booked for another open house.. lagi pun last week aku dah ke sana....


Ok.. bye mahu berangkat pulang

29 September 2009

A Message by George Carlin:

Just for sharing info...






"George Denis Patrick Carlin (May 12, 1937 – June 22, 2008) was an American stand-up comedian. He was also an actor and author, and he won five Grammy Awards for his comedy albums. Carlin was noted for his black humor as well as his
thoughts on politics, the English language, psychology, religion, and various taboo subjects. Carlin and his "Seven Dirty Words" comedy routine were central to the 1978 U.S. Supreme Court case F.C.C. v. Pacifica Foundation, in which a narrow 5–4 decision by the justices affirmed the government's power to regulate indecent material on the public airwaves."

Source: http://en.wikipedia.org/wiki/George_Carlin


Whoever he is aku suka dengan mesej yang dia ingin sampaikan seperti di bawah nie......


Actually first time I heard his name - (George Carlin

Credit to Zura of foward this email to me - For those who are not receive the fowarded email from me just read the email's content as shown below:-


Isn't it amazing that George Carlin - comedian of the 70's and 80's - could write something so very eloquent...and so very appropriate.



A Message by George Carlin:

The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.


We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom.


We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.

We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things.


We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.


These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...

Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.


Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side.

Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent.


Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.


Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.


Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind.


AND ALWAYS REMEMBER:


Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.



If you don't send this to at least 8 people....Who cares?



George Carlin

28 September 2009

Cerita di hari Raya Aidilfitri 09

Kawan2 ku semua hari nie dah start kerja setelah seminggu berhari raya.. Rata-ratanya memang ku lihat dah agak liat nak ke office termasuklah aku... Almaklumlah dah seminggu bercuti... Tapi tak sangka la sampai awal 40 minit before start keje.. Jalan pun tak jam sangat..

Oklah actually just nak update cerita raya ....





Sesi menganyam ketupat.. warisan turun temurun dari mak aku.. Actually ketupat bawang ni jer yang aku pass. Ketupat sate ingat2 lupa sebab jarang2 buat...hehehe





Yang nie plak ketupat yang sedang di masak. Pastikan air tidak kering sepanjang tempoh 4 jam... lama tu...






Rendang daging.. pembuaka juadah di hari raya....



Second main menu... Sambal sotong kering.. sedapnyer...



Sememangnya kami sekeluarga berhari raya di Puchong ... Macam biasalah pagi2 tu kami solat hari raya dan kemudian sesi bermaafan dan distribute duit raya...

To be frank with you all memang bosan pun lepas tu memang dah tak tau nak wat apa dah, just tengok tv, bercucuk tanam kat farmville dan penyudahnya tidur...

Hari raya ke-2 baru kami sekeluarga(except Angah) pulang ke kampung Jorak tempat kelahiran mak aku...


Pulang berhari raya.. di tol Pagoh.. Tapi overall jalan memang tak jam... just busy kat exit tertentu jer...




Keesokannya, (hari raya ke-3) maka bermulalah sesi menziarahi sanak saudara di sana sehingga malam... First tima la plak aku drive kat area Muar.. Alasan yang aku bagi untuk tahun2 lepas dan tak boleh pakai lagi untuk tahun nie.. So nak tak nak aku drive la juga..huhuh
Malam tu pula kami bermalam di rumah Mak Ndak di Parit Keroma, Muar....

Mengikut plan asal, hari raya ke-4 kami pulang semula ke Puchong, tapi last minute plan kitorang bertukar haluan menuju ke JB (my uncle house)... series memang last minute plan yang selalu menjadikan.. lagi pun dah lama kami tak ke sana...

Setelah seharian di sana. keesokkan harinya perjalanan pulang turn aku drive.. So perjalanan di teruskan ke Kluang Johor melawat sedara sebelah bapa aku di sana dan kemudian direct ke Puchong... Kalo mengikut sejarah, inilah perjalanan paling jauh yang aku pernah drive.. Penat gak.. Nasib baik tak jam, kalo tak lagilah..huhu


Sekembalinya kami ke rumah, Mak cik aku dan family dari Ipoh datang berhari raya... Yer seperti tahun2 yang sudah topik perbualannya tentang budak sorang nie iaitu Ilham.... Rasaklah bergelumang dengan budak Ilham nie kan... Macam2 olah dibuatnya... Tapi apa pun Ilham dan chubby..hehehe


Keesokkan2 seperti rutin raya setiap tahun sesi berhari raya ke rumah sedara-mara area KL... So sepanjang minggu memang busy beraya ke rumah sedara-mara dan juga menerima kunjungan saudara mara ke rumah kami...

To see more picture in facebook

p/s: Berhari raya dan makan2 memang best.... seronoknya raya.. Feel raya aku dapat rasa bila masuk hari raya ke-2..isk series lambat tu..hehehe

18 September 2009

Selamat Hari raya


Yeah hari nie masih bekerja al-maklumla orang baru ..lagi pun cuti sampai end of this year pun 6 hari sahaja (keje pun tak sampai sebulan - excluded 3 weeks induction course), then 3 hari dah amek untuk raya (next week)..



Cool jer datang office hari nie, 20 minit dah sampai... Keluar rumah kol 7.20 dan dengan mudahnyer sampai office kol 7.50 dan parking pun kosong..hehe.. (Berangan kalo hari2 cam ne kan best)



Kat unit nie 3-4 orang je yang ada. hoho.. masing2 mati kutu beb...
Oklah berbalik kepada citer raya, mood raya aku belum terasa lagi.. maybe sebab masih bekerja.. Errm adakah??? aku pun tak pasti...



Kepada semua rakan2, sahabat handai dan juga family, sedara mara yang turut membaca blog nie, selamat menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.. selamat bergembira di pagi syawal yang akan menjelma dalam 2 hari saja lagi...


Dikesempatan ini ingin juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kalau ada terkasar bahasa, perbuatan yang tidak menyenangkan ataupun terlebih gurau yang mengguris hati.. Halalkan makan minum..huhuhu .. 0-0 yer... Sesungguhnya saya ini tidak sempurna dan tidak terlepas dari salah dan silap...


Tidak dilupakan kepada siapa yang drive balik kampung sila berhati2 di jalan raya...



Family aku macam biasalah, lazimnya raya di sini dulu.. sembahyang raya..salam2 semua... kalo balik kampung pun petang raya pertama tak pun raya ke -2...


p/s: Semalam bos dah bagi restu bagi balik awal hari nie.. hmmm mentol ajaib sedang berfikir kemanakah arah tujuku selepas ini??? .. Adakah ke midvalley mencari kasut??..hehehe.. Wait n see