28 September 2009

Cerita di hari Raya Aidilfitri 09

Kawan2 ku semua hari nie dah start kerja setelah seminggu berhari raya.. Rata-ratanya memang ku lihat dah agak liat nak ke office termasuklah aku... Almaklumlah dah seminggu bercuti... Tapi tak sangka la sampai awal 40 minit before start keje.. Jalan pun tak jam sangat..

Oklah actually just nak update cerita raya ....





Sesi menganyam ketupat.. warisan turun temurun dari mak aku.. Actually ketupat bawang ni jer yang aku pass. Ketupat sate ingat2 lupa sebab jarang2 buat...hehehe





Yang nie plak ketupat yang sedang di masak. Pastikan air tidak kering sepanjang tempoh 4 jam... lama tu...






Rendang daging.. pembuaka juadah di hari raya....



Second main menu... Sambal sotong kering.. sedapnyer...



Sememangnya kami sekeluarga berhari raya di Puchong ... Macam biasalah pagi2 tu kami solat hari raya dan kemudian sesi bermaafan dan distribute duit raya...

To be frank with you all memang bosan pun lepas tu memang dah tak tau nak wat apa dah, just tengok tv, bercucuk tanam kat farmville dan penyudahnya tidur...

Hari raya ke-2 baru kami sekeluarga(except Angah) pulang ke kampung Jorak tempat kelahiran mak aku...


Pulang berhari raya.. di tol Pagoh.. Tapi overall jalan memang tak jam... just busy kat exit tertentu jer...




Keesokannya, (hari raya ke-3) maka bermulalah sesi menziarahi sanak saudara di sana sehingga malam... First tima la plak aku drive kat area Muar.. Alasan yang aku bagi untuk tahun2 lepas dan tak boleh pakai lagi untuk tahun nie.. So nak tak nak aku drive la juga..huhuh
Malam tu pula kami bermalam di rumah Mak Ndak di Parit Keroma, Muar....

Mengikut plan asal, hari raya ke-4 kami pulang semula ke Puchong, tapi last minute plan kitorang bertukar haluan menuju ke JB (my uncle house)... series memang last minute plan yang selalu menjadikan.. lagi pun dah lama kami tak ke sana...

Setelah seharian di sana. keesokkan harinya perjalanan pulang turn aku drive.. So perjalanan di teruskan ke Kluang Johor melawat sedara sebelah bapa aku di sana dan kemudian direct ke Puchong... Kalo mengikut sejarah, inilah perjalanan paling jauh yang aku pernah drive.. Penat gak.. Nasib baik tak jam, kalo tak lagilah..huhu


Sekembalinya kami ke rumah, Mak cik aku dan family dari Ipoh datang berhari raya... Yer seperti tahun2 yang sudah topik perbualannya tentang budak sorang nie iaitu Ilham.... Rasaklah bergelumang dengan budak Ilham nie kan... Macam2 olah dibuatnya... Tapi apa pun Ilham dan chubby..hehehe


Keesokkan2 seperti rutin raya setiap tahun sesi berhari raya ke rumah sedara-mara area KL... So sepanjang minggu memang busy beraya ke rumah sedara-mara dan juga menerima kunjungan saudara mara ke rumah kami...

To see more picture in facebook

p/s: Berhari raya dan makan2 memang best.... seronoknya raya.. Feel raya aku dapat rasa bila masuk hari raya ke-2..isk series lambat tu..hehehe

4 comments:

Aidy Shahiezad said...

err... bole ajar aku cara anyam ketupat tak ?? serius, aku failed benda alah tue dari dulu lg... hehehe...

SiMply NaD'Honey said...

wahhh fieda leh ajar aku heheh umah ko tak wta open house ker??nak gak raesr aper ko msk hahahahah

Fieda said...

Aidy & Nad' Honey,

Sila isi borang A untuk register class menganyam ketupat..hehe memain jer...

Boley kalo ada kelapangan aku ajar.. Tapi macam aku bgtau kat marini dan sesiapa yg nak blajar menganyam ketupat nie aku tak reti ajar orang.. korang just follow jer step aku

Based on experinece aku ajar adik & akk aku yg left handed mmg susah sket sebab diorang kena pandai2 terbalikkan step tu...
So pastikan korang right handed..jk

Dan blajar menganyam ketupat nie perlukan kesabaran..
Aku belajar dan try wat beberapa tahun yang lepas dari selepas sahur sampai tertido2 dengan daun ketupat yang dah lunyai dan agak2 dlm kol 8 baru la berjaya buat 1st ketupat in my life.. isk isk

so moral of the story usaha itu tangga kejayaan dan dont give up.. ;)

Fieda said...

Nad' Honey dan kawan yang lain,

Aku tak da wat open house tapi rumah aku sentiasa open untuk sesiapa yang nak datang.. just inform aku..K

p/s: Aku tak reti masak yg spesel but depend on demand kalo mak aku wat makan2 nanti aku inform korang k.. hehehe