20 December 2010

Farewell party for Shahril (T-T)

Hari ni last day Shahril kat sini.. mesti korang pelikkan siapa pula Shahril ni... Bos yang baru masuk ke division kami dlm 2 bulan yang lebih.. Baru jer nak rapat dan jadi lawan gaduh lepas tu dapat berita yang Shahril ni dapat offer kerja kat another company dan gaji die perh lumayan tu.. Good for him actually.. dan Shahril ni pun bukan calang2 orang..nampak jer macam tu tapi sekali lagi aku tabik spring kalau tanya soalan kat dia dan dia boleh memberi penjelasan dengan panjang lebar dan terperinci...

Orang yang disukai ramai dan bos yang sukar dicari ganti... Kalau dulu macam segan2 jer sebab tak kenal tapi bila dah kenal memang boleh jadi gang gaduh... :P

Actually memang sedihlah untuk kami sebab aku yang bukan staff dia pun dah rasa sedih macam ni, inikan pula staff dia yang betul2 bernaung di bawah dia.. So dari pagi memang team kami breakfast bersama2.. Series aku rasa lama giler tak makan breakfast beramai-ramai macam tu..

Memandangkan kami dah lewat so memang kat luar sahajalah tempat yang dituju dan sempat lagi boleh melawat TMPoint Bangsar... Bos dan anak buah kena jaga outletkan..

So balik opis sambung wat kerja dan kemudia as plan kami sekali lagi meraikan makan2 bersama @ Bali Feel... Nice place dan nice menu.. Actually dah banyak kali pergi situ tapi hari ni lain dari hari yang lain.. maybe feel celebration dan makan 1 row meja panjang... Is like the whole restaurant for us... tapi ada jer orang2 lain kat tepi2 dan bahangian luar restaurant tu...



Happy dapat makan yang sedap-sedap



Orang kuat SME Channel..

Memang menjadi sesi bergambar kenang-kenangan untuk kami semua, makan off course lah memang kenyang bangat.... Sessi ucapan dan penyampaian hadiah from bos dan juga staff... Bergelak ketawa sahaja kan masa tu.. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu...

Satu baris meja kami...

All of us for farewell celebration

Sesi celebration bersambung lagi waktu petang tu. Actually aku ter'miss sebenarnya.. Aku pergi bilik belakang sebab solat zuhur dan lepas tu alang2 dah nak masuk waktu Asar tu aku malas lah nak tanggal telekung semua tu duduk jer dan tunggu solat Asar. Then lepas keluar tu aku tengok semua orang tengah makan. Punyalah aku blur masa tu boleh aku tanya sempena apa makan2 ni.. Adeh .. tepuk dahi sekejap... Owh yang nie farewell party celebration from whole SME pulak... Sebab yang tengahari tadi adalah celebration from PP team... Kan tadi aku dah kata Shahril ni memang disukai ramai macam trademark iklan susu F&N pula kan....

Shahril tak lokek dengan senyuman, tak lokek dengan bantuan, tak lokek dengan ilmu dan tak lokek dengan tegur sapa.. tak lokek dengan nasihat.. dan lain2 lah... huhu.. Tinggal dia dah kahwen jer kalau tak aku sure beratur awek2 nak ngorat dia... ehehehe... Kalau tak mana pula datangnyer macam2 gelaran untuk Brother Shahril ni kan.. Abang Tiga Tiang, Abang Jambu dan paling tak tahan ada PTT Penang kata owh Shahril yang baby face tu yer.. Kitorang haah... apa-apa jelah... Fazli pun dok iyakan yer Shahril yang baby face tu... Tak ke lawak namanyer.. 1st time dengar orang lelaki yang digelar baby face..

Okay .. bye bye... Good luck for shahril and welcome on the board for new face in SME ....

18 December 2010

Cup cake owh cup cake

Mengidam makan cup cake lah katakan..ehehehehe..
Destinasi yang dituju mestilah Bangsar Village sebab paling dekat dengan opis dan yang mula2 kenalkan pun adalah Marina.. ehehehe..

Memang pagi2 lagi dah cakap kat opismate nak beli cup cake teringin nak makan cup cake.. At last berjaya juga sebab mula-mula tak mendapat sambutan.Yelah masing busy ada yang cuti ada yg kena pergi outstation, meeting dan sebagainya.. Lepas tu Sally lah jadi mangsanya... kan kan..

Sally:Aku tengah stresslah kalau ko nak gi mana2, gi tengok2 tudung kat bawah ni ko ajak aku...
Fieda:.Sally jum gi makan cup cakes nak tak....
Sally: Ko kan..kalau dah mengidam makan apa2 jelah nak kena layan..ehehehe.. pukul dua aku nak kena ada kat opis.. Nak kena jawab email semua ni..
Fieda: Okies Sally no problem..

Lepas tu terus jer menonong kami berdua ke destinasi yang dituju..dah tak menoleh kiri kanan. Tudung yang konon nak pergi tengok dari hari Selasa hari tu pun ntah dah hilang dari ingatan..cup cake punya pasalkan...

Bila dah sampai tu.. tak ingat pula kedai tu kat mana dan nama kedai tu pun tak ingat..Ingat2 lupa sebab pernah teman cik marina makan dan beli cup cake kat situ.. Pusing punya pusing yes inilah kedai yang dicari serba putih dan memang tak silaplah...



Makan lunch kat situ pun okay..Set dish dia pasta + either soup/salad + ice leman tea.. First time makan patato soup.. Macam mash patato yang dijadika soup..ehehehe.. Sungguh mengenyangkan....




Lepas tu operasi memilih cup cake.. Sampai adik kat situ pun dah pening lalat... Okay adik box pertama nak yang ini yang ini dan yang itu.. box kedua pula nak ni dan ini dan itu. box ketiga sama dengan box kedua bila sampai box ke empat nak kehabisan idea then tanya kat adik tu apa lagi yg recommended...
Macam banyak jekan belinya padahal


1 box: untuk bebudak praktikal yang dok tolong buat e-learning hari tu + kerja2 lain
1 box: untuk orang yang banyak membantu dalam hal2 kerja..sebab memang selalu jadi mangsa kena kol dapat email dan sebagainya..almost every day..isk isk isk
1 box nak makan2 kat opis dan satu lagi bawa balik rumah..

Kesimpulannya mission completed of the day..Happy...

p/s: Sedikit off mood hari ni.. but malas nak pikir.. okay sekian cerita cup cake saya..yeay

13 December 2010

Updated finally

Setelah dikira2 lebih 4 bulan sudah tak update blog nie.. Sudah jadi sarang tebuan... takut nak masuk sebab nanti kena gigit dengan tebuan..adeh... eehehehe

Okaylah kawan2 semua lama juga saya menyepi dari dunia blog..hurmm ..tiada sebarang sebab yang specific pun..

So sebagai permulaan yang tak berapa nak mula sebab lama sangat dah tak menulis di sini..a few recently update

My sister wedding -

Pictures ada dlm FB.. TQ to all the fotographer yang terlibat. One of them is Marini...Camera sangatlah tak terpegang pada hari itu.. So aktivitinya menyelit sesempat yang boleh dalam mana2 gambar... Everything goes well & smooth.. ..
Padahal masing2 nervous sebenarnya sebab 1st wedding dalam family...
Majlis nikah waktu pagi tu & then bersiap2 untuk reception ceremony waktu tengahari..dan sedara mara ada yang sampai ke malan untuk aktivi kemas mengemas. Memang sangat terharu dengan semua tetamu yang sudi melapangkan waktu dan tidak dilupa kerahan tenaga yang tak terhingga from family members dan jiran2 tetangga...

Fever... (T-T)

Actually masa sebelum kenduri lagi dah start tak sihat sebenarnya..tapi masih menggagahkan diri.. So lepas kenduri 2 hari aktiviti kemas mengemas sehinggalah boleh bernafas melihat keliling kawasan dalam dan luar rumah, maka selepas itu dah berasa tidak sihat badan.. Nak kata demam yang panas tu pun tidak tapi ntahlah sbb letih kot..

The next day masuk opis buka mailbox is like a nightmare tapi terpaksa buka juga dan terus zup lebih 200 email masuk from Friday until Monday + email untuk hari itew juga

After settle about nearly 50 emails, bos suruh balik rumah... ehehhe.. privilage to me i guess. yelah sebab baru habis kenduri + tak sihat..So tanpa berfikir panjang akur dengan arahan bos dan dengan lajunya balik ke rumah... Pastu rehat kat rumah pun tak senang hati juga so tengok jugak sket2 emel...

The next day email yang sedia ada plus email yang bertimbun banyaknye maka dok kat opis sampai pukul 9 mlm.. Adeh dan keesokan paginya tak boleh bangun.. dan mesej bos : bos hari ni I masuk opis lambat sket. ehehehhe.. Bos pun bagi green light dan sambung tidur padahal masa tu dah bersiap dan tinggal nak iron tudung jer...

On the Friday plan asalnya nak half tetapi terus MC sebab pagi tu muntah2 dan macam nak kena gastrik.. dari malam tu lagi tak boleh tidur sebabb angin... hurm.. so pergi klinik plak doktor tu suruh makan ubat masa tu juga.. adeh ubat gastrik adalah ubat yang paling tidak disukai...
Lepas tu petang bertolak ke JB....

JB Tour

Last two weeks kami ke JB untuk menghantar rombaongan pengantin ke sebelah lelaki...
Ramai saudara mara especially mak, abah dan adik beradik sebelah mak yang tak dapat menahan sebak menitiskan air mata masa menepung tawar... Difficult to describe the feeling at that time.. As usual i'm a tough girl hokay...Stay 2 nights kat sana.. tapi tak banyak aktiviti kat sana.. not fully recovered masih batuk + lost appetite.. nasi beriyani Johor seperti tidak dapat dinikmati sepenuhnyer..jeles jer bila tengok orang makan dengan bersungguh-sungguh.. So Along yang drive pergi dan balik.. actually masa balik tu boleh jer drive tapi ntah tak nak pulak bagi drive alasannya kesian kat aku sebab esok kerja.. okay jelah....

President songee punya party... wah last minute plan dan hampir tak jadi.. cammy, nazi, dayah, dayah's husband (Marwan)+ baby maisarah join the event... If ramai lagi yang join sure lagi meriah.. Lela, nimi, dayah, shima, El...

Initial idea utk accessories's party from my opis mate ada wat party untuk her best friend bachelorette party and from there idea itu telah dimajukan pada pihak urus setia cammy.. Dari Cammy itulah --> Thumbs up kepada Nazi begitu gigih mencari barang untuk party hari tu..

So kami telah membuli nad untuk pakai crown + bulu di leher itew.. sungguh menawan sampai brother meja belakang kitorang pun tumpang amek gambar jugaks... eheehe..

Then sesi bergambar bersambung selepas makan kat Taman KLCC...
A lot pictures kat FB juga sbb semua pictures tag dari 3-4 camera... Walaupun lambat tiba tapi meriah dan sesi bergambar menjadi satu kemestian...

Theme for Nard on that day

~ No more single ladies (Cakes).. if banyak masa boleh beli cup cakes tapi tidak berkesempatan..
~ Bride To be (Crown need to wear)
~ Diva les Prada (Bulu2 pink dileher ittew)...

Okaylah..itu shj untuk hari ini...
Bye...

23 July 2010

Bakal genap setahun...




Tanggal 31.7.2010 dimana tarikh genap satahun aku bekerja di TM...

Macam tak percaya je kan dah setahun masa berlalu..

Dan yang pasti aku yakin tidak membuat keputusan yang salah.. baca di sini mengenai cerita setahun yang lalu..

~~Masa aku tengah pening untuk membuat keputusan ~~

**setelah keputusan hampir di buat**



Semalam petang secara rasminya mendapat surat lantikan tetap dari HR...
So ucapan terima kasih yang pertama of course kepada bos --> Shahril Effendi.
Actually aku dikategorikan dalam golongan orang yang bertuah kerana dapat bos seperti bos aku ni..
Memang banyak membantu lagi2 aku ni blur jer masa mula2 masuk dulu kan..huhu..
Hurmm sayakan budak baru belajar.. Memang banyak memberi tunjuk ajar dari 1st day aku masuk sehingga sekarang nie...
Bos aku sangat2 best, cool, sporting dan cara dia treat staff dia sangat2 baik
Series bukan nak mengampu atau mebodek..You deserve to get all these compliments
yela sah2 bos aku tak baca blog aku nie...

Masa kitorang tahu ada berlakunya operasi nak menghantar bos aku ke PTT..
staff dia semua sekali termasuk aku sume panik...
Terus jer mood stress + series + aku pakai topi Vietnam seperti berada di zon peperangan...
Tapi sekarang dah okay rasanya dan diharap lepas nie tak adalah berlaku lagi kes2 atau pun operasi menculik bos aku...
Haih rasa macam nak kena sakit jantung kitoarang hari tu.. Bukan setakat tu jer semua jadi emo tak tentu pasal.. Baca di sini..huhu

Kedua terima kasih juga kepada Kak Ina --> AGM aku..

Kak Ina pun sangat best!...

Masa mula2 jer aku agak segan dengan Kak Ina nie.. bila dah lama dah boleh borak macam2..
Especially lepas balik dari Hong Kong hari tu..
Masa kat Hong Kong aku berkomplot dengan Kak Ina sorokkan pasport bos aku..
Kak Ina bersungguh2 berlakon sampai bos aku pun memang dah cuak giler..
Aku plak tak tahan gelak..ehehe..
Okay2 before aku melalaut ntah macam2 lagi nie kita sambung balik cerita tadi..
Kak Ina bersungguh2 mengarang ayat recomendation yang nak dihantar kepada GM dan HR untuk confirmation letter dan juga emel nak dihantar kepada HR
Siap tanya kat aku, ada apa2 lagi tak nak ditambah..
Bila aku baca rekomen dari Kak Ina kat dalam surat dan juga emel tu, aku rasa okaylah nie... ehehe
TQ Kak Ina...

Pastu Kak Ina & Bos aku jugalah yang dok asik follow up dengan orang HR pasal confirmation letter aku tu...
Sebab tulah aku kata aku sangat bertuah mempunya bos2 seperti mereka..

Dan tidak dilupakan kepada my PP team service ops + sales team.. terima kasih juga pada korang semua..
Korang semua pun banyak membantu lagi2 masa aku masa baru2 masuk dan tak tahu2 apa lagi
Semoga our friendship will last forever...

Kesimpulannya korang semua bestlah !

I support you!

Last but not least ucapan dan penghargaan kepada my cousin Abg Puhad.. belum berkesempatan nak jumpa kat Menara TM lagi
Akan menyusul lawatan saya ke opis anda atas tujuan penghargaan ini

16 July 2010

Konflik oh Konflik!

Konflik dalaman yang tidak dapat dibendung lagi.. huhuhu

Konflik yang begitu gusar di hati...


Konflik oh Konflik!


Tulun!!!!!!!!!!!!!!


Apa konflik itu?????????????



Saya mahu diet















Tapi saya mahu makan dan makan
Keinginan untuk makan tidak dapat dibendung lagi..
Kelihatan ais krem ini sungguh lazat... dan makanan lain juga..



Hari ni keluar rumah lambat about 7.15 a.m.
Saya sudah makan sebelum keluar rumah --> bread roll
Kemudian bersungguh2 berkejaran ke opis supaya sampai before 8... Misi telah berjaya dan mungkin kerana itu membuat saya lapar dan mahu makan lagi...
Kemudian breakfast nasi lemak di opis pula.. hoho..TQ Marina for the nasi lemak itew.. \(^-^)/

13 July 2010

Muncul kembali


Ting tong ting tong...
Apa yang muncul kembali...
Aku ingat hampir kehilangan mereka
Tetapi masih ada harapan



Pertama: Skype penghubung serantau dunia
Muncul kembali semalam kawan yang lama menyepi
Cuba call tapi semua tidak membuahkan hasil
Pelik juga kenapa tiba-tiba menghilangkan diri
Hilang punca selama ini terjawab sudah..
Akhirnya dapat juga kutemui



Kedua : Terjaga di tenga malam
Panggilan telefon malam tadi
Mengejutkan aku dari mimpi lena yang panjang
Merajuknya atau merajukku
Kesibukan menyebabkan aku terlupa
Tapi panggilan sudah cukup memberi nafas lega



Ketiga: Suara Nyaringnya di waktu Subuh
Nyenyak tidur tersedar lagi
Suaranya tidak asing lagi
Kemunculan di waktu pagi sangat mengejutkan
Dan suara nyaring itu memang sudah pasti
Itulah suara mengejutku di setiap pagi
Datang hanya menjenguk seketika waktu itu sahaja
Menyatakan kehadiran menjenguk kami
Sering kami tertanya kemana menghilang
Akhirnya muncul kembali



1: 007, 2: Joe 3: Tom

11 July 2010

Projek hujung minggu saya...

Hujung minggu kali ni terasa panjang sebab saya cuti pada hari Jumaat..yeah.. cuti ganti sempena Hari Agong tempoh hari akan expired pada hari Selasa .. Itu pun cuti tu postpone ke hari Jumaat sebab ada meeting hari Selasa.. Tak apelah yang penting one day off tu tak burn...ehehehe..


Okay, back to main topic.. apelah baru intro dah mula melalut tak tentu pasal ni kan...isk isk..


Hari Sabtu adalah sesi men'service blackie.. Mula-mula dok pikir nak hantar service kat workshop atau pun nak hantar kat Perodua Service Center seperti biasa. Setelah memikirkan yang aku nie memang tak reti kalo nak hantar kat workshop biasa dan tak pernah ambil tahu pun apa benda yang nak kena tukar setiap kali service blackie tu maka hantar jugalah ke Perodua Service Center seperti biasa.. Hurmmm kena bayar lebih sikitlah tapi aku tak perlu nak pening2 kepala..eheheh.. sungguhlah aku nie kan..


Setelah service blackie tu barulah tahu ada paku kat tayar depan belah kiri.. haih..So diorang tampal jelahkan...Tapi insiden ni berlaku sekali lagi seperti mana masa aku service blackie sebelum ni, mekanik tu kata ada paku gak masa tu.... Aku ni plak boleh jer bawa jer kete tu tanpa suspect apa2.. hurmm.. ketuk sket kepala aku ni... adeh! ...


Lepas lunch plak sesi shopping barang dapur bersama2 parent... Aku memang prefer shopping hari Sabtu tak kisahlah tak ada beg plastik pun... Yang penting tak perlu bersesak-sesak waktu nak beli barang dan juga part yang aku paling tak suka ialah kena beratur panjang giler kat kaunter bayaran tu sekiranya kitorang pergi hari Ahad... Dan juga paling tak boleh blah kat Tesco Puchong nie, kalau hari Ahad troli tu pun nak kena berebut macam pisang goreng panas.. I hate that part.. huhu...


*************************************************************************************


Ahad plak mula-mula macam malas nak keluar, tapi kalau tak keluar pula rasa boring yang teramat sangat. Lepas tu teringat plak semalam dah janji nak bawa mak aku ke Pesta Bunga kat Putrajaya.. Seperti biasalah mak aku memang excited kalo part bunga2 dan tanaman ni kan... Lagipun dekat jer pun Putrajaya dengan rumah.


So berdua jelah dengan mak aku ke sana.. Kalo korang perasan masa diorang promote kat TV tu diorang ada cakap Pesta Bunga tu somewhere kat Taman Botani kan.. ker aku yang tersilap dengar.. Memang merapu jugaklah aku pergi ke Taman Botani yang ada --> sukaneka budak2 sekolah Tadika.. Mak aku pun dah bising2.. hurm pastu lepas jalan2 kat situ aku tanyalah guard tu dan dia kat dekat Presint 2... Ketuk kepala aku sekali lagi...


Maka menujulah kami kesana.. Yer sememangnya ramai betul orang kat sana..
Sampai2 jer excited tengok pokok bunga especially bunga orkid.. so colourful.. hehehe I like..
Sudah menjadi kemestian beli bunga orkid ni kan..

Lepas tengok bermacam2 jenis bunga2 dan landskap macam biasalah operasi mencari makanan.. perut pun sudah minta di isi..huhu..

Overall misi pada hari ni telah berjaya terlaksana.. ehehehe..

Enjoy the pix at my FB..

10 July 2010

Ngomel ngomel seorang diri

Banyak benda nak update since last week tapi apakah daya.. idea ideas sangat kering dan tidak muncul2 sehinggalah entry ini muncul yang merangkumi segala macam benda yang dicampur adukkan..
Okey sebalum nak buat korang semua pening kepala... lets start with last weeknyer aktiviti..

`Last Thursday`

Watch movie nite with the ladies -opis mate Marina, D, Sally & Ray... ehehehe.. Last minute plan Cik Marina roger aku untuk tengok citer Sex and the City 2...


Bila keluar jer dari car park hujan lebat..hurmm so perjalanan yang sekangkang kera dari opis ke MidValley tu pun menjadi satu jam.. So kami melayan lagu2 dalam kereta dikala mengelilingi MidValley ring... Sampai jer memang sudah kelaparan hola hola...Makan2, borak2 and all the gosipping. Then movie time...Nice movie..yeah yeah.. bergelak ketawa jer kami sepanjang tengok citer tu...


'Last Saturday'

Lepas shopping beli barang dapur, sempat pulak aku roger Marini untuk hang out tengok movie.. As usual Cik Marini kena melayan my feeling yang out of tune on dat day.. ngeh ngeh tetibe resah gelisah tak tentu pasal jer kan..uhu uhu... Sampai Cik Marini dok asik tanya aku okay tak nie..huhu and my answer 'I'm just fine'.. wah kelas gitew ..huhu

So our last minute plan dan main belasah jer , maka kami just jalan2 , makan2 & terus ke agenda seterusnya tengok movie 'The Back Up Plan'.. Yeah romantic comedy.. I like... melayan tengok citer tu sambil terfikir apa back up plan aku yer..hurmmm ..




Pastu lepak jap rumah Marini and then makan Durian + pulut + susu..hurmm aku tak sure apa namanya..ngeh ngeh.. at last aku makan durian sahaja.. sowie Marini dah cuba paksa tapi tak boleh masuk gak..

'Last Sunday'


Seorang lagi kawan atau lebih senang kalo nak di ceritakan di sini clasmate masa Form 3--> kelas 3 Budi yang glamor dengan nama Waci telah melansungkan perkahwinan ... As usual kalo pergi wedding kawan2 sekolah mestilah jumpa dengan kawan2 lama kan..gheh ngeh.. lama betul tak jumpa diorang.. Actually i'm expecting ramai yang datang means member kelas 3 Budi tapi hanya beberapa jer yang aku jumpa masa wedding tu ..Selain Suria yang teman aku pergi bersama ke weding tu, aku jumpa Mona, Hudaz & Didi dan beberapa kawan lama not from 3 Budies yang masih ku kenali Salwa and other chinese gurl with cute daughter...

'Friday Nite' - Waka Waka World Cup Fever

Jangan terkompius plak.. aku memang bukan fanatik bola mahu pun World Cup... Kalo tahu siapa menang pun macam biasalah bila masuk opislah kan.. semua dok cerita pasal bola..

So apa yang Waka Waka kat sini ialah aku dan Marina menerima jemputan dari Cik group BAC untuk ke "TM Streamyx Installer R &R Dinner" di Rainessance Hotel...

Theme untuk dinner adalah--> Waka Waka World Cup fever..

Memang Waka Waka counter sudah tersedia for face painting... macam nak tengok bola kat stadium plak kan.. Macam-macam gaya ada, half face paint, full face paint dan kebanyakannya lukisan2 kecil di pipi, tangan dan aku tidak sama sekali..ehehehe

95% yang datang pakai jersi dari pasukan kegemaran masing2 + sponsored.. aku memang tak ada jersey..so memula nak pakai jersey yang dipinjam dari Peja.. but then Marina kata, kalau tak pakai jersey pun tak apa ..so kami tergolong dalam group 5% yang tak pakai jersey tulah..ehehehehe.. budak2 SME kan.. hoho...

Wokey nice show & emcee tok dinner tu plak AG & Kiran from Hot FM... Enjoy the food.. Thanks to Shani for the invatation..yeah...


The only pix i have seperti di bawah ini pun di ambil dari FB Cik Marina..uhuk uhuk


02 July 2010

Cerita Kawan Songee ACCP saya..

Mengenali mereka sewaktu belajar di ACCP, Cosmo Point..
Course kami hanya enam bulan tapi keakraban yang terjalin antara kami menjangkaui waktu itu..
Selalu kami berkata kenal 6 bulan tapi seolah2 kami mengenali hati budi antara kami lebih dari course mate masa belajar masa dekat U yang 3 tahun itu..

ACCP course.. di sini kami belajar programming/ database dan sewaktu dengannya... Selama 3 tahun belajar dekat U pun aku tak paham2 seperti apa yang aku paham semasa belajar disini yang selama 6 bulan itu..
Thanks pada Mr Suraj (.Net lecturer) , Mr Yong (Java lecturer) dan pada Kama yang banyak tolong kami memahamkan dengan lebih terperinci apa yang lecturer ajar dan juga selalu share knowledge dengan kami...

Itu baru part belajar programming, tapi actually selama 6 bulan itu lebih dari belajar programming dan yang menjadi rentetan perkenalan kami ... Aku mengenali Marini, Suzie, Kama, Teep dan Meen...

Aktiviti kami bermula dari makan2 kat ACCP, then aktivi luar bersama memang banyak dan tak terkira...

Dan last month, gathering / party steamboat di rumah Marini .. Entry ni aku malas nak upload apa2 pictures (sebab semua ada di FB)...

So tujuan party yang pelbagai ini dan boleh dikatakan 3 in 1.. huhu macam milo 3 in 1 pulak kan..ehhehe..

- Meraikan besday2 songee (Marini, Sujie & Kama)
- Meraikan Pertunangan Kama & Paie
- Meraikan bakal2 pengantin baru (Teep & Meen) -- > sudah selamat berlansung pada minggu lepas...

Tak sangka pula yeah sekejap jer masa berlalu dari kami semua masih mentah baru habis grad kemudian melangkah ke alam pekerjaan dan kini kami sudah pun 3 tahun bekerja... Songee2 yang sudah pun dan bakal melangkah ke alam perkahwinan...

Kawan2 sekalian selamat berumah tangga... Saya gembira untuk anda semua...

15 June 2010

HK + Shanzhen

Setelah sekian lama entry yang diperam lagi dijerukkan ini akhirnya muncullah ia untuk tatapan anda semua..kalo2 korang masih ingat lagilah kan..huhu.. sebabnyer 2nd trip dah pun balik dari Vietnam last week dan 3rd trip bakal ke Bali next week..

So yang aku ni barulah terkial2 nak habeskan entry kami yang 1st trip hari tu.. okay2 back to main topic.. Continue cerita hari tu aktiviti kami on the second day.




Pagi2 tu kami dah bertolak dari hotel dan memulakan aktiviti Hong Kong Tour.. Antara tempat yang di lawati selain melalui bandar Hong Kong adalah Hong Kong Peak, naik Sampan, melawat Jewellary factory, dan juga tempat2 yang dinantikan iaitu Hong Kong Disneyland..







Masa kat Hong Kong Disneyland nielah kami bergambar sakan disetiap ceruk sudut.. Apa yang best kat sini of courselah Parade Show, Jungle River Cruise, Small World dan macam2 lagi...
Tapi disebabkan kesuntukkan masa tak dapatlah kami menyaksikan firework.. hurmm tapi okay jugalah at least merasakan juga menjejakkan kaki ke sini.. Tak pernah terfikir pun akan ke sini sebenarnya..eheheh..



Petang tu kami meneruskan perjalanan menaiki MTR menuju ke Shanzhen, China.. Actually Shenzhen sempadan dengan Hong Kong, macamlah kat Malaysia dengan Singapore.

Ketibaan kami di Shanzhen disambut dengan ramah mesra oleh local guys di sana yang merupakan our tour guide sepanjang berada di Shanzhen.
First aktiviti sampai di sana ialah menikmati hidangan makan malam dan sememangnya kami semua sudah kelaparan.

Lepas dinner malam tu kami dibawa untuk check in kat NewTon Hotel. After that ialah sesi ke Dongmen Pedestrian Street untuk shopping... kat sini memang boleh bargain giler2.. Aku memang tak reti nak bargain nie dan aku serahkan kepada yang pakar iaitu bos aku dan my colleague Fazli.. Memang berjalan kat area Dongmen sampai hampir satu pagi dan balik semula ke hotel dan tidur...

************************************************************************************

First aktiviti pada hari ke-3 ialah Shanzhen city tour, dan juga pergi melawat ke beberapa tempat antaranya Ginseng and herb shop, Jed and Gem outlet dan yang tak boleh blah siap pergi ke rawatan secara traditional dan mendapat consultation dari tabib2 kat situ huhu.. Memang sesi pagi tu kurang menarik sebabnya dalam kepala kami just dok pikir nak shopping jer..huhu..



Selepas lunch kami semua pergi ke Window of the World. Actually aktiviti ni memang kami request atas permintaan ramai.. Wah memang excited bila dapat melihat monumen2 kebanggaan dari negara-negara yang gah seperti Piramid, Taj Mahal, Eiffel Tower, Chandi Borubodur dan sebaginya..








Setelah mengelilingi satu dunia ehehhe konon jelahkan, kitorang pergi masuk ke Snow World .. Masa ni memang bergambar sakan kat dalam tu.. Macam balas dendam jer tak dapat bergambar masa kat Snow World Genting Highland tu kan..uhuk uhuk... Memang seronok dan excited dapat naik ice slide dan menjerit tak hengat dunia.. ehehehe





Then sesi petang tu adalah menonton Chinese culture show --> Mongolian Horse Fighting & Colurful dance show.. Sungguh menarik..


Show ketiga kami replace dengan aktiviti shopping kat Luohu.. Again kesuntukan masa dan kami nie marothon sambil bershopping..huhuhu. Kat sini pun memang boleh bargain siap soh Fazli tolong bargainkan untuk aku...


Petang tu kami amik MTR pulang ke Hong Kong semula... Haih yang kami nie pula dok pening kat stesen keretapi tu dan hampir2 terlepas our last train tu sebenarnya... Hurm seb baik selamat kami naik dan our tour guide di Hong Kong sudah menanti kami di sana....

Sampai di Hong Kong macam biasalah sesi untuk mengisi perut yang kelaparan dan pulang ke semula ke hotel di Kowloon, Hong Kong...

************************************************************************************

Pada hari terakhir memang aku terlewat bangun disebabkan keletihan dari hari 1 - 3... Hurm tapi sempat jer shopping kat street market dalam keadaan marathon aku berlari2 semula ke hotel... Selepas check out dari hotel tersebut kami bertolak ke HK Airport dan tibalah masa kami untuk pulang ke tanah air, Malaysia menaiki flight MH073 pada pukul 2.15 p.m.

Itulah dia sedikit sebnayak coretan perjalanan kami sepanjang berada di sana.. yeah..

10 June 2010

Mode: Emo.....


Mula suspek pasal isu nie bila baca status FB my collegue (Aini) dan aku terus tanya bos.. Tapi bos aku tak nak cakap waktu tu dan kata akan brief kat kami semua waktu lunch..


Dalam kepala aku dok tertanya2..apakah??? Segala emel yang masuk aku totally ignore dan tak boleh fokus pun untuk buat report dan sewaktu dengannya..


Dengan bos aku berdolak dalih tak nak bagitahu waktu itew aku terus terteka teki dengan bos aku.. Dan tekaan aku hampir mengena tapi bukanlah dengan cara yang aku sangka...




Setengah jam selepas itu, bos aku pun panggil kami semua discuss .. Aku pesan kat Aini bawa tisu lebih before masuk bilik discussion...




Then bos aku memulakan cerita dan memberitahu kami semua.. Reaksi kami TERKEJUT, MARAH, SAKIT HATI... Tapi bukan dengan bos aku tapi dengan orang itew yang buat keputusan sesuka hati tanpa memikirkan kesan2 kepada orang lain..




Dan terus kerana rasa Emo itu aku terasa mahu makan ayam penyek kat Bali Feel dan amek menu setengah ekor ayam.. Thanks tu Aini dan rakan2 yang laian juga kerana mendengar rintihan aku yang mahu makan setengah ekor ayam itew. Amek ko besar sungguh sampai semua orang terkejut.. Aku makan sambil join yang lain2 dengan masing2 punya sesi luahan tapi fokus adalah lebih kepada diskusi kami tadi... Akhirnya berjaya menghabiskan ayam penyet itew..




Balik opis terus dengan misi kami list apa2 yang patut untuk justification supaya keputusan itu dipertimbangkan semuala .. Tapi kami perlukan strong justification..hurmmm sampai tak sedar dah hampir 5 petang..




Satu hapa keje pun aku tak usik dan pada pukul 5.30 baru start buat report sampai pukul 8 dan masih tak siap..




Sambung keje di rumah tapi lambat giler aku siapkan .. dan finally siap dan terus emel yeah dan unexpected dapat pulak reply tengah2 malam tadi..




Okay itu sahaja..cerita emo saya...




Tentang penceritaan perjalanan kami tempoh hari ke HK pada hari ke-2 dan seterusnya masih tertangguh...

22 May 2010

Perjalanan kami ke Hong Kong pada hari pertama....

Perjalanan kami ke Hong Kong dan juga Shanzhen, China selama 4 hari dan 3 malam bermula 13- 16 May 2010...

Seperti dalam mimpi bila menjejakkan kaki ke sini...

Excited ya!.. Jelas terpancar dimuka kami....

Maka secara exclusive cerita perjalanan kami untuk pembaca blog ini sahaja.. Diulang sekali lagi pembaca blog ini sahaja!!!..

Day 1...

Berkumpul di KLIA.... banyak masa untuk photo shoting sebab flight delay 1 hour atas sebab teknikal..

Let start with our exploration at KLIA.. yeah.. banyak masa terluang kat sini... excited lah katakan...


Pura2 busy isi imigresen form..
Fazli, Fendi & Kak Ina.. ermm discuss apa tu?? Series jer ghupernyer...







Aku, bos & Fazli.. most of time memang aku dok mengekor diorang nie..ehehehe





Fendi, Fazli & Kak Ina.... bos, big bos and bos of my bos... betapa kecilnya aku.. ehhee.. memang aku kecik pun kan...lalalalalala....




Kami sedang menuju ke Flight Gate.....






Flight kami pada jam 7.45 p.m. bertolak meninggalkan Malaysia...

.......................




Dan 4 jam selepas itu, tibalah kami ke Hong Kong Airport dan disambut oleh our tour guide, local guy disana ...







Kami dibawa dari Hong Kong Airport ke New Ton hotel, Kowloon dimana lokasinya ialah di main land... betulkan..ermm betullah kan.. biasalah mamai jer masa nie..so info tu ingat2 lupa..


Sampai hotel pun dalam pukul 1 pagi..check in dan sebagainya.. misi seterusnya adalah tidur..zzzzzzz



Memaksa mata untuk tidur.. Normal symtom untuk aku, ke mana sahaja aku pergi memang akan susah nak tidur pada hari pertama..huuhu...



So next ekspedisi yang super padat pada hari ke-2 .. bersambung di entry seterusnya..Yeah...


p/s: More pix @ FB ( x publish kat profiles!)

12 May 2010

Work + Vacation Trip

This week hanya bekerja 3 hari but I'm soo tired...

2 days workshop.. siapa pernah pergi tahulah betapa tak bestnya.. Hanya best part makan.. haruslah tak melepaskan peluangkan especially 2nd day.. Menu plak chineese food yang sememangnya kena dengan selera aku.. Memang semua orang tegur kerana kesungguhan aku malaksanakan misi menghabiskan makanan itu..sungguh buruk perangai... ahahha..


Next day

~report + email yang 2 hari tak buka + UAT + report again~

Imagine my day yang sungguh tak best.. Bila mood tak best maka banyaklah issue aku raise masa UAT tu.. ahaha..


Dikala orang balik ke rumah. aku pula kembali ke opis untuk menyiapkan tugasan terakhir sebelum memulakan percutian aku.

Hanya 3 shj hari bekerja sama seperti last week.. Awal2 lagi dah buat out of office assisstant sebab marah kot terus aku tulis I'm not in office from 10 - 18 May... berderet2 workshop + UAT + holiday.. Nasib baik workshop on next week postpone until further notice and thinking of back to our previous plan to attend training on 17th & 18th May 2010, tapi kena discuss balik with my training mate (~mr genius~).. Dah lama tak masuk opis sampai En Neighbour kata aku bercuti bersalin..ahaha.. lawak2...



************************************************************************************

Lupakan hal2 berkaitan kerja... 2 days off for next vacation in this month... Wah bercuti dikala calendar penuh dengan UAT.. Aku yang patuh pada arahan bos.. yeah.. suka2 jer aku kan...eheheh..Minta jasa baik my UAT mate (Syia) untuk cover sepanjang ketiadaan aku pada kedua2 hari UAT tu nanti...

4 days 3 night... flight on tomorrow evening... whats else.. owh yea almost forgot my check list need to complete by toninght... Esok pagi perlu melaksanakan misi ...
Take care everyone and have a nice weekend... \(^-^)/




03 May 2010

Redang : Percutian yang sangat hebat...

Sudah lama aku mengimpikan mahu ke sini... Macam dalam mimpi pula rasanya bila berjaya menjejaki ke Pulau ini yang selalu diperkatakan orang... Tak dapat nak digambarkan perasaan yang sungguh kagum dengan keindahan dan kecantikan pulau ini...


Pasir yang putih bersih..


Air laut yang biru jernih dan nampak ikan berenang2 ditepian batu.. coral yang sangat cantik... Mudah2an kecantikan pulau ini dijagai dan berpanjangan....Amin




Masa berlalu dengan pantas sekali selama 3 hari 2 malam... dengan kos yang sangat super duper murah RM270 dan lengkap dengan semua pakej termasuk transport dari KL- Redang - KL ... Peluang yang tak mungkin dilepaskan...



Pengalaman snorkeling yang ke-2 selepas di Pulau Kapas.. Tapi kali ni kami dijaga dan diajar dengan baik sehingga hari2 terakhir kami di sana... Berasa sungguh terharu....

Pengalaman snorkling terbaik... 4 kali snorkling dan seperti tak percaya kami bertiga snorkling 3 kali pada hari kedua yang mana setiap masa diisi dengan aktiviti pakej dan juga aktiviti tambahan kami sehingga ke jam 3 .30 pagi....

Ekspedisi mencadat sotong... Sotong yang berjaya aku candat hanya satu je kot.. uhuhu sungguh tak berbakat menjadi nelayan... tapi memang sungguh excited... lepas-lepas tu aku boleh tidur dengan lena sekali atas bot masa kawan2 tengah sibuk mencadat sotong dan juga mabuk2 laut...



Menyaksikan matahari terbit...




Melihat baby penyu


Melihat anak shark semasa snorkling di Shark Point..dan juga berjaya akhirnya melihat pasir yang berkilauan kaler biru di waktu malam selepas sesi mencadat sotong.. dan macam2 pengalaman yang tidak boleh dibeli dan hanya di Redang...




Bila sampai hari terakhir kami berasa sungguh sayu untuk meninggalkan pulau ini.. aku sudah jatuh hati dangan pulau ini... Mahu ke sana lagi... Series... aku betul-betul memaksudkan...

MArini--> Thanks sangat2, ko yang rekomen pakej nie.. I'm loving it...
Suzie--> Walaupun pening2 kepala dan mabuk laut, sakit perut dan sebagainya tapi masih melayan kegilaan aku dan Marini..ehehhe...





Lan : Group leader yang berdedikasi dan sangat menjaga kebajikan anak buahnya

Last but not least.. En Awe yang mengajar kami snorkeling dengan cara yang betul dan sungguh best...

29 April 2010

Sesi bercuti bakal menjelma


Oloa ha.. yer mood holiday hari nie.. bley plak ingat hari ni Jumaat.. Mentang-mentanglah esok dah start cuti sakan... ehe..Lately kalau aku nak cuti , awal-awal lagi aku dah warning bos aku.. saja nak bagi bos freak out.. sebenarnya aku yang freak out nak cuti .. Boleh??? Padahal cuti 2 hari jer.. Tapi sekarang beginilah keadaanya..... Kau mampu?? (Pinjam ayat Marina)... cuti saat2 genting macam nie.. ahhaha..


Tapi cuti tetap cuti ..kalau dok pikir pasal keje memang sampai bila-bila pun aku tak cuti kan.. ehehehe..


Tapi actually memang dah ada beberapa orang tanya aku tak bercuti ker??? Hurm memang sudah tahap wajib bercutilah macam nie..


Dalam beberapa jam dari sekarang akan berlansungnya dan bertolaknya aku, Marini dan Suzie ke suatu destinasi untuk bercuti sampai hari Ahad nie..eh chewah... Menagapa hanya kami bertiga.. Sebab half of our gang not available this time.. So kami execute the plan without berpikir panjang sebab we got very good deal.... Yeah.. sangat-sangat berbaloi ... Tak kisahkan group trip ke ape kan....
Memang percutian yang sangat-sangat diharapkan selama ini... aku sangat suspens dan excited...
Pagi-pagi tadi dah terjaga awal macam ada presentation pagi nie..

So status hari nie aku meeting dengan otai-otai yang sempoi even sedang discuss benda yang memang sangat memeningkan kepala.. Aku amek berapa lama baru nak paham...
Okaylah sambung balik meeting.. check it out... bye..
p/s: Next month another trip yang sangat mengujakan.. eheh.. yang tu kena tunggulah next ..next..next....next..


23 April 2010

Friday Tour 3X ++

Jarang sekali blog ni update on Friday... Dari tajuk boleh guess tak apakah penceritaan kali nie...

Actually dah 3 kali (3X) Jumaat berturut-turut adalah sesi berjalan2 untuk aku.. Korang mesti ingat aku cuti kan... Ehem ehem actually aku tak cuti pun walaupun ramai yang dah tanya aku tak bercuti ker? Cuti yang sebenar adalah bermula hari Jumaat depan .. Cerita tu kita simpan dulu sebab nak cerita pasal Friday Tour dari 2 minggu yang lepas...


Friday Tour 1.


AGM aku minta aku with Marina attend workshop yang bertempat di Equotorial Bangi.. Dramatic tentang ekpedisi kali ni ialah kitorang adalah pengganti kepada bos2 kami yang tak dapat hadir kerana tugas2 & kerja2 rasmi...

Maka bermula dari bantuan Google Map yang diprint sebelum keluar dari opis dan juga bantuan dari guide & direction yang diberikan oleh kawan kepada Marina sampailah kami ke destinasi dengan jayanya even kami tak tahu pun jalan ke sana...

Fuh sangat lega.. Apa yang lebih dramatiknya adalah masa tu aku belum recover dari dierhea + Marina yang baru jer MC semalamnya...


So memang tak selesa sepanjang pemanduan dan tak dapat menikmati makanan yang disediakan..huhu.. sangat menyeksakan...


Habis jer sesi tengahari tu, kami berdua sneak out dari workshop tu dan terus pulang ke opis sebab kami ada meeting sebelah petang tu.. Lepas settle apa2 yang patut kat opis, aku tour pula ke TMTC, Jalan Semarak ada meeting kat sana... Jammed tak hengat kat Jalan Bangsar sebab orang baru habes solat Jumaat.. huhu...


Friday Tour 2


Jumaat yang berikutnya pula ada event PC Fair kat KLCC Convention Center .. Tour hari Jumaat kali ni bersama dengan Marina seperti Jumaat lepas tapi berlainan destinasi...
Actually aku menyibuk2 ajer kat PC fair ni.. Last year aku baru jer join so segan2lah kot nak menyibuk..ehehe...


So my 1st experience dan melihat macam2 gelagatlah diorang kat sana... Sampai tak semena2 aku kena jugak jadi promoter SME product kat situ beb... Tapi sekejap jelah... Actually dua hari aku kat situ (Jumaat + Ahad).. Tapi hari Ahad memang sesak sungguhlah sampai kena park kat luar KLCC.. Kat dalam tu memang dah jadi macam pasar borong... Tapi actually task kitorang just manage & monitor agen yang jual produk kami...


Friday Tour 3


Pagi Jumaat (hari nie) adalah sesi menghantar my sister yang bekerja kat Hospital Selayang dan lepas tu terus rushed ke TMTC, Jalan Semarak yang merupakan last day ICP Training... 2 jam perjalanan tu dari rumah --> Selayang --> TMTC... hurmm tapi yang sengalnya aku ni lupa nak charge hp dan my hp totally death... So lepas tu sesi mencari public phone plak sebab ada a few mission menanti lepas habes training tu...


Destinasi seterusnya ke PPUM, KWSP dan lepak kat MidValley sambil tunggu my sis kat situ... Sempatlah plak kami melayan satu movie kat sana.. dah lama tak follow movie kat cinema sampai dah tak tahu nak tengok cerita apa.. At last aku decided untuk tengok cerita Romatic comedy.. Reasonnya adalah aku sangat penat ketika itew dan nak tengok cerita yang ringan tapi menghiburkan... eheh...


Then tak sia-sia kami menonton cerita "When in Rome".. sebabnya memang bergelak ketawa tak hengat punyalah... Sangat menghiburkan dan aku sendiri pun being drag into this fantacy story . Especially part magic apa semua tu...
Its really great love story & humor in this movie adalah sungguh menjadi..Memang lain dari yang lain kalau nak compare dengan movie romantic & commedy yang aku pernah tengok sebelum nie..
"Love Spell Vs Reality Love..."
Series rekomen pada sesiapa yang berminat dengan cerita macam nie...
Cerita nie sangat chomel, but when I'm back into reality and realise that love story is alway a love story... Hurmm sebelum aku melalut dengan panjang lebar lagi maka lebih baik aku cepat2 letak titik NOKTAH di sini.. Sekian.


p/s: Friday Tour X start on 30th April... Sungguh tak sabar menuju ke suatu destinasi yang dinanti2 selama ini.. Macam tak percaya bakal menjadi realiti... pergi membawa sekeping hati yang hurmmm.. sambung sendiri.. Wokey... NOKTAH AGAIN.. :)

21 April 2010

Awarded

Hola hola dah berapa lama entry ni diperap agak-agaknyer ekh?

Start create entry 5/4/2010.. hari nie baru nak sambung update.. Buah kalau diperap sudah bolah jadi jeruk.. kalo entry jadi apa yer?...Sendiri mau ingatlah kan... isk isk..

First of all, minta maaf sesangat kepada Marini sebab sudah hampir 3 minggu aku aku perap entry ni sampai boleh buat jeruk, ikan pekasam (icon air liur meleleh) dan sewaktu dengannya..

Back to Award topic, thanks yea Marini begitulah bermurah hati memberikan award ini...Seperti tertera gambar di bawah..



Tapi macam biasalah, mestilah ada assignment yang kena buatkan.. ...

Task given as below: (Copy paste jer)


1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award.
4. State 7 things about yourself.
---
Maka dengan secara rasminya aku membuat pengumuman kepada rakan2 blogers yang lain, aku juga bermurah hati memberikan award ni kepada korang yeah (^-^)


Nad' Honey

mr

Syia

Mune

Kak Matun

Azah

Suria

Kak Long Bobo

Ell


7 things about me..

Hurm nak describe tentang diri sendiri yang agak payah sket nie.. Tapi aku cuba juga.. ehehe

1st

Aku tak berapa banyak cakap dengan orang yang kurang dikenali, tapi kalau dengan orang yang dah kenal lama memang susah plak nak berhenti bercakap...


2nd

Aku sangat sukakan tempat yang memberi ketenangan, jauh dari hiruk piruk kesibukan.. lagi-lagi jammed yang sememangnya wajib di redah setiap hari untuk ke opis. Dalam erti kata lain memang tak suka ke tempat yang bersesak2 dan ramai sangat orang sebab aku akan cepat pening kepala. Contohnya jom heboh, concert, pasar malam kalau pergi petang je kot..kalo malam sampai nak jalan pun tak boleh..isk isk



3rd

Aku tak rajin bersukan, tapi sibuk nak kurus.. isk isk apakah releven.. Tapi sekarang tengah diet bukan nak kurus tapi kena kurangkan kolestrol dalam masa 2 bulan.. hurmm payah sket nak jawab neh..huhu

4th

Aku salah seorang aquarian.. yeah... apa ciri2 aquarian nie yer..hurm boleh google sebab aku pun tak rajin nak describe panjang lebar di sini


5th


Aku suka makan, berjalan2, tapi ada masanya aku suka duduk diam kat rumah jer .. paham2 jelah bila dah tengah kering di tengah bulan kan.. Kalo tak mana reti dok diam budak Fieda nie..ehehe

6th

Dulu2 aku suka tengok Korean Drama.. tapi sekarang dah jarang sangat tengoknye.. Channel 303 tu pun adik aku jer yang tengok 24 jam.. Aku hurmm lebih baik tidur.. isk isk... Tapi sekarang my fav series kat TV adalah GLEE.. best drama sungguh cerita tu lagi2 dia more on musical lagilah aku melayan.. Tapi dengan sedihnya lately aku banyak miss episode GLEE nie..huwa huwa...

7th

Last but not least, aku anak ketiga dari 4 orang adik beradiknya yang semuanya perempuan. Ciri-ciri ini turut dikongsi oleh Marini yang memberi award ni kepadak aku...



Fuh sekian..

p/s: Perasan tak panjang lebar plak aku describe pasal aku yang konon-kononya tak reti pada mulanya..ehehehe

28 March 2010

Coretan sepanjang minggu

Seminggu yang lalu terlalu asyik bercerita tentang kerja.
So kali nie tidak lagi..hik hik hik... tapi tak nak cerita bayak..biar gambar-gambar di bawah ini merceritakan segala2nya.. A picture is worth a thousand words


Masih ingat entry sebelum ini aku ada cerita tentang pencarian baju untuk our dinner yang bertemakan Glam & Glamorous. Hari Isnin iaiitu sehari sebelum dinner masih meneruskan pencarian untuk tudung pula kat PKNS Shah Alam ... tak sia2 meredah jammed ke Shah Alam after ofis hour ... hehehe

Light, Camera, Action...





Be A STar






Glam & Glamorous








Diva de divas


***********************************************************************************

Selang sehari after dinner (Khamis) , last minute plan untuk ke wedding my ex-colleague (Ehsan)...


Untuk menepati konsep kenduri kawen haruslah aku balik rumah tukar baju yang bersesuaian, then datang balik ke ofis untuk fetch Kak Ayu & Eng Eng.. GPS from Eng Eng's new iPhone really help us coz we reached there within half an hour (during peak hours + raining + evening)...


So end up we all sampai awal... hehe... Again let the picture do work this time.. tired of writing..hehehe





Singgahsana pelamin untuk pasangan ratu sehari





Met my ex-colleague there...






Combination of this couple is 75% persian... (^-^)



Car pool ladies with couple of the day

**********************************************************************************

Lain pula ceritanya semalam memang satu hari dari pagi sampai pukul 12 malam jalan2, ronda2, makan2 dan macam2 lagilah...

Breakfast --> TTDI Jaya,

Jln2 mencari tudung kat PKNS Shah Alam,

Lunch --> Ikan Bakar belakang Masjid Negara,

Jln2 cari petrol pump & collect computer kat Low Yatt,

Dinner --> Bangsar Village,

Lepaking at Uncle House --> Bkt Jelutong..

Fuhhh sampai rumah pukul 12