23 April 2010

Friday Tour 3X ++

Jarang sekali blog ni update on Friday... Dari tajuk boleh guess tak apakah penceritaan kali nie...


Actually dah 3 kali (3X) Jumaat berturut-turut adalah sesi berjalan2 untuk aku.. Korang mesti ingat aku cuti kan... Ehem ehem actually aku tak cuti pun walaupun ramai yang dah tanya aku tak bercuti ker? Cuti yang sebenar adalah bermula hari Jumaat depan .. Cerita tu kita simpan dulu sebab nak cerita pasal Friday Tour dari 2 minggu yang lepas...


Friday Tour 1.


AGM aku minta aku with Marina attend workshop yang bertempat di Equotorial Bangi.. Dramatic tentang ekpedisi kali ni ialah kitorang adalah pengganti kepada bos2 kami yang tak dapat hadir kerana tugas2 & kerja2 rasmi...

Maka bermula dari bantuan Google Map yang diprint sebelum keluar dari opis dan juga bantuan dari guide & direction yang diberikan oleh kawan kepada Marina sampailah kami ke destinasi dengan jayanya even kami tak tahu pun jalan ke sana...

Fuh sangat lega.. Apa yang lebih dramatiknya adalah masa tu aku belum recover dari dierhea + Marina yang baru jer MC semalamnya...


So memang tak selesa sepanjang pemanduan dan tak dapat menikmati makanan yang disediakan..huhu.. sangat menyeksakan...


Habis jer sesi tengahari tu, kami berdua sneak out dari workshop tu dan terus pulang ke opis sebab kami ada meeting sebelah petang tu.. Lepas settle apa2 yang patut kat opis, aku tour pula ke TMTC, Jalan Semarak ada meeting kat sana... Jammed tak hengat kat Jalan Bangsar sebab orang baru habes solat Jumaat.. huhu...


Friday Tour 2


Jumaat yang berikutnya pula ada event PC Fair kat KLCC Convention Center .. Tour hari Jumaat kali ni bersama dengan Marina seperti Jumaat lepas tapi berlainan destinasi...
Actually aku menyibuk2 ajer kat PC fair ni.. Last year aku baru jer join so segan2lah kot nak menyibuk..ehehe...


So my 1st experience dan melihat macam2 gelagatlah diorang kat sana... Sampai tak semena2 aku kena jugak jadi promoter SME product kat situ beb... Tapi sekejap jelah... Actually dua hari aku kat situ (Jumaat + Ahad).. Tapi hari Ahad memang sesak sungguhlah sampai kena park kat luar KLCC.. Kat dalam tu memang dah jadi macam pasar borong... Tapi actually task kitorang just manage & monitor agen yang jual produk kami...


Friday Tour 3


Pagi Jumaat (hari nie) adalah sesi menghantar my sister yang bekerja kat Hospital Selayang dan lepas tu terus rushed ke TMTC, Jalan Semarak yang merupakan last day ICP Training... 2 jam perjalanan tu dari rumah --> Selayang --> TMTC... hurmm tapi yang sengalnya aku ni lupa nak charge hp dan my hp totally death... So lepas tu sesi mencari public phone plak sebab ada a few mission menanti lepas habes training tu...


Destinasi seterusnya ke PPUM, KWSP dan lepak kat MidValley sambil tunggu my sis kat situ... Sempatlah plak kami melayan satu movie kat sana.. dah lama tak follow movie kat cinema sampai dah tak tahu nak tengok cerita apa.. At last aku decided untuk tengok cerita Romatic comedy.. Reasonnya adalah aku sangat penat ketika itew dan nak tengok cerita yang ringan tapi menghiburkan... eheh...


Then tak sia-sia kami menonton cerita "When in Rome".. sebabnya memang bergelak ketawa tak hengat punyalah... Sangat menghiburkan dan aku sendiri pun being drag into this fantacy story . Especially part magic apa semua tu...
Its really great love story & humor in this movie adalah sungguh menjadi..Memang lain dari yang lain kalau nak compare dengan movie romantic & commedy yang aku pernah tengok sebelum nie..
"Love Spell Vs Reality Love..."
Series rekomen pada sesiapa yang berminat dengan cerita macam nie...
Cerita nie sangat chomel, but when I'm back into reality and realise that love story is alway a love story... Hurmm sebelum aku melalut dengan panjang lebar lagi maka lebih baik aku cepat2 letak titik NOKTAH di sini.. Sekian.


p/s: Friday Tour X start on 30th April... Sungguh tak sabar menuju ke suatu destinasi yang dinanti2 selama ini.. Macam tak percaya bakal menjadi realiti... pergi membawa sekeping hati yang hurmmm.. sambung sendiri.. Wokey... NOKTAH AGAIN.. :)

6 comments:

Aidy Shahiezad said...

3 kali jumaat dah berjalan...
maka, jumaat yg keempat silalah kembali ke pangkal jalan... hehehe.. ;)

syia said...

wOoo..fida gile besh ko berjln sakan

Fieda said...

Jumaat yang ke-4 aku tak masuk opis da.. pergi bercuti.. bye semua...

Syia,

Best2 gak dapat merikan diri..ehehe.. misi hari Jumaat yang tak plan sebenarnya.. Banyak yang main redah jer..

Azah said...

tgoklah saper yg pilih cerita kan... mestilah besh.. wat maser ney cerita pilihan akue blum lg menghampakan...

cikmune said...

HEHE. when in rome tu iklan dia macam tak brapa kick. tapi mun pun aritu redah tgk. memang tak menghampakan!

Fieda said...

Azah,

Uik bila cerita best semua nak amek nama.. ;p

Mune,

Actually tak pernah tengok iklan/synopsis/thriller untuk cerita nie.. Memang 100% redah ... Tapi memang worth it untuk ditonton.. sangat best...