Plan asal telah bertukar dari A famosa ke Bandar Melaka disebabkan hotel di A famosa fully booked di musim cuti sekolah....
Perjalanan ke hotel yang terletak di Bandar Melaka sungguh sesak dan kami stuck di situ lebih satu jam....
Dan akhirnya ketibaan kami ke hotel Avillion memberikan kelegaan kerana ruang dalaman yang memberikan keselasaan kepada kami semua... dan harganya hotel itu juga sungguh reasonable...
Relax dan santai at Avillion Hotel, Melaka...
Pada malamnya pula kami dinner di Umbai yang terkenal dengan makanan sea food ..
Perjalanan selama setengah jam dari Bandar Melaka dan bersesak semasa memasuki ke kawasan tersebut akhirnya memberikan kepuasan kepada kami semua dan harganya juga murah iaitu Rm200 untuk 8 orang dewasa...

Makanannya pula memang lazat tetapi seribu kali sayang kerana leka menikmati makanan yang dihidangkan menyebabkan kami terlupa untuk mengambil gambar....

Keesokan harinya aktiviti di teruskan dengan menyusuri sungai Melaka menaiki bot..

Perjalanan selama lebih setengah jam menaiki bot tersebut dan melewati beberapa tempat bersejarah di persisiran sungai Melaka...
Bergambar semasa menyusuri Sungai Melaka

Kemudian keinginan merasa masakan Asam Pedas di Bandar Melaka terbantut kerana keadaan yang sungguh sesak di kawasan sekitarnya sehingga menyukarkan untuk berhenti dan group kedua juga terpisah dari group pertama gara-gara polis merentang tape pemisah diantara kereta kami... Dan akhirnya kami lunch di restoran di tepi jalan menuju ke Air keroh dan group kedua di kedai makan ikan bakar berdekatan Utem....
Perjalanan pulang ke KL juga sesak bermula dari Senawang sehingga simpang Port Dickson...
2 comments:
last week tue krismas kan ?? memang sesak giler pun... family aku yg plan wat trip balik ari pun last2 kena tido sehari gak kt Melaka tue.. huhuhu...
Kitorang gi in between krismas dan new year.. 28 & 29 dec.... emm mase peak season ... last minute nyer plan.. tapi redah jelah..
Post a Comment