13 July 2009

Just Another Weekend...

Ermm adakah releven tajuk entry nie.. hehe

Hari Sabtu, tak ada plan2 apa2.. bangun pun bila breakfast dah terhidang atas meja..huhu ..

Then seperti biasa operasi membersihkan rumah.. yer.. Linda bila mahu pulang ke Malaysia????...

aku dan mak bertungkus lumus bersihkan rumah... Aku cam biasala kemas bahagian depan & toilet, mak pulak bahagian dapur dan luar...

Lepas lunch, tunggu Angah balik dari kerja, keluar dok usha2 barang perabut dan on the way ke Tesco, Angah dapat call kena balik semula ke hospital..

So aku drop mak & Abah kat Tesco, pastu hantar Angah balik rumah then aku terus ke Tesco semula untuk join beli2 barang2 di Tesco...

Balik pun masing2 dah keletihan, tapi kena kemas barang2 yang di beli...

Suppose malam tu ada kenduri tahlil kat rumah jiran aku, dan disebabkan kepenatan, keletihan dan leka menonton TV, aku tak pergi.. hanya mak & abah jer yang menjadi wakil..hehe...



p/s: Malam tu melayan the making of Harry Potter: The Half blood Prince dan juga movie Harry Potter and the Order of Pheonix





*******************************************************************************





Hari Ahad plak, macam malas2 jer nak bangun, tapi aku paksa diri untuk bangun gak sebab nak pergi jog ... huhu.. dah 3 mingu tak gi ke sana..isk isk... apakah????

KAt bawah nie antara gambar pemandang kat sana.. Recreation Part kat Taman Tun... Nice & cool... Aku sangat suka tempat nie sejak kawan aku perkenalkan tempat nie..Almost every week pergi sana, tapi 3 weekend kebelakang nie selalu busy dengan macam2 aktiviti maka baru this week berkesempatan ke sana... Others picture check in FB...














Tempat nie lebih kepada family recreation park, pelbagai lapisan umur dari kanak2 hingga ke warga2 emas pun datang sini jalan2...Family picnic kat sini, jog, exercise, athlete training, cycling dan macam2 lagi...


Aku suka environment yang kehijauan.. jog trek kat atas tu macam kembali ke nature, bunyi2 burung, cengkerik, banyak kera.. aduh yang paling aku lemah.. tapi kera tu tak pernah kacau orang... Dan macam tak perasan korang berada di dalam bandar..series


Siap ada jambatan gantung, soft surface untuk exercise, anak sungai tu budak2 main2 air dan tangkap ikan.. Kesimpulannya memang best la...




Lepas jog tu pergi Makan kat Old Town, PJ...



Then balik rumah sempat layan Melodi sementara tunggu Angah balik kerja...



Seperti yang dirancang, aku, angah, emak & Abah pergi ke Kota Kemuning untuk menghadiri kenduri kakwin.. Actually anak kawan mak aku yang kahwin.. kira best friend mak aku la masa kerja dulu... Aku pun selama dia dengar jer cerita dari mak aku pasal kawan dia yang glamor dengan panggilan Mak Ji Yam., dan juga cerita anak2nya.. Sopi & Ujiro--> (Sofea & Uzir)



As usual kat sana, macam jejak kasih la, mak dan kawan2nya.. Almaklumla mak dah bersara almost 3 years .. so masa kenduri kahwin nie dapat jumpa kawan2 lama...



One thing yang aku perasan setiap kali pergi kenduri kahwin ex-officemate mak aku nie.. Mereka sangat supportive dan sangat ringan tulang untuk membantu keluarga yang buat kenduri kahwin tu.. Yela kerja bersama2 pun dah berpuluh2 tahun... Ada yang membantu jadi caterer, host majlis, tolong tuang lauk, dan macam2 lagila... semangat setiakawan tu.. hehe..

Dari kenduri kahwin tu perjalanan di teruskan ke Bukit Jelutong, rumah Pak Man.. Sebagai gantian sepatutnya semalam diorang datang rumah kami, tapi disebabkan semalam kami semua sibuk di luar dan balik rumah pun dah malam, so kitorang ke sana dan hantar baju raya untuk Tok Mama jahit... Seb baik Tok Mama dah reserve untuk family member, tempahan memang banyak giler kata Pak Man...



So lepas Margrib, atas permintaan Abah, kami semua ke Ani Sup Utara cawangan TTDI jaya ... one of our favourite restoran.. hehe..


Makan2 dan masing2 balik rumah...


Actually masa dekat rumah Pak Man, aku macam mengantuk dan siap landing kat katil bilik bawah sementara menunggu Margrib.. tapi still tak boleh tidur..



Dan sampai sekarang mata nie tak mengatuk jam dah pukul 1 pagi... Dikala mata tidak mahu tidur aku melayan buku cerita harry Potter sehingga pukul 2.40 a.m.. huhu... lepas tu aku tutup lampu dan kalo dilayan buku nie sampai ke Subuh aku tak tidur alamatnyer...huhu (T-T)...


p/s: Wahai mata, esok hari Isnin aku perlu bangun untuk kerja.. aduhai... Adakah aku juga sudah berjangkit dari Marini..huhu... tidaaaaaakkk.............















6 comments:

cikmune said...

akak dok mane eh? asyik pi area TTDI je. musykil2..

Aidy Shahiezad said...

cuba2 la bawak2 berehat di hujung minggu... nie asyik berjalan je... boleh menjejaskan prestasi kerja betul la... hahaha... ;)

Fieda said...

Cik Mune,

Akak dok kat Puchong.. suka tempat tu, sbb tu slalu gi sana..hehe..

Aidy,

Yea bit restless + susah nak tidur ...

Kerja tetap kerja...

p/s: Errm 16 jam tanpa henti... lagi dasat..

Aidy Shahiezad said...

hahaha... perli ek ??
entri hari tue actually baru cover 12 jam je... ;p

Fieda said...

Aidy,

;p adala sket2.. hahah

uit mana pergi lagi 4 jam...

Aidy Shahiezad said...

kisah lagi 4 jam tue, aku baru je update blog aku nie... bace la... hehehe...