Just for sharing info ...
SITUASI SEMASA PANDEMIK (H1N1) 2009 Di Malaysia..
Source from MOH- Keratan Akhbar
"Sejumlah 32 kes baru influenza A(H1N1) telah dilaporkan di Malaysia yang terdiri daripada 20 kes import dan 12 kes jangkitan tempatan"
"Jumlah terkumpul kes influenza (H1N1) yang disahkan (confirmed cases) di Malaysia sehingga 14 Julai 2009 berjumlah 804 kes yang terdiri daripada 555 kes import dan 249 kes jangkitan tempatan."
"Jumlah pesakit influenza A(H1N1) yang sedang dirawat di hospital adalah berjumlah 31 orang atau 4%, manakala sejumlah 77 atau 10% menerima rawatan sebagai pesakit luar di rumah."
"Baki 696 atau 86% sebenarnya telah sembuh daripada jangkitan influenza A(H1N1)"
"Episod terakhir adalah di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka di mana sejumlah 6 kes telah disahkan dan kesemua mereka telah pun diberikan rawatan antiviral. Sejumlah 60 pelajar di institusi berkenaan sedang dalam pemerhatian."
SITUASI GLOBAL PANDEMIK (H1N1) 2009 SOURCE FROM WHO..
"Sehingga 14 Julai 2009 jam 8.23 pagi, jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 111,769 kes dengan 550 kematian daripada 143
negara, iaitu pertambahan 4,881 kes"
"Negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah Amerika Syarikat 3,310 kes dengan 41 kematian, Kanada 651 kes dengan 6 kematian, New Zealand 224 kes dan Argentina 192 kes dengan 22 kematian"
Alert H1N1 juga boleh di dapati di sini
Nasihat Kepada Orang Ramai
" Orang ramai juga turut dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my/ dan http://h1n1.moh.gov.my/.
Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan iaitu 03-88810200, 03-88810300, 03-88834414 dan 03-88834415 terus beroperasi antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari."
CONTOH YANG PERLU DIIKUTI
Tindakan sebuah company yang sangat pantas dimana pada keesokan hari selepas kes tempatan pertama dilaporkan di Berita Utama... company tersebut yang juga client kepada company aku telah mengambil langkah sepeti di bawah:
1) Seorang wakil dari setaip department perlu scan temperature (scan pada dahi) untuk semua staff yang masuk ke office. Sekiranya didapati temperature melebihi dari paras normal, mereka perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital..
2) Scan temperature juga dilakukan setelah staff kembali dari makan tengahari
3) Ia juga mesti dilakukan kepada staff yang berkunjung ke department yang lain
4) Semestinya visitor seperti saya juga perlu scan setiap kali masuk ke department tersebut...
Memandangkan semakin banyak kes dilaporkan, diharap organisasi/company diluar sana perlu mencontohi mereka ...
p/s: Tadi mendengar perbincangan di office,, mungkin mereka juga akan memulakan langkah pencegahan tersebut...
An Apple a Day Keep the Doctor Away....
Some Article about H1N1
1) A(H1N1): Don’t play down its seriousness, says Liow
2) Map of Latest H1N1 Swine Flu Outbreak Cases and Statistics
14 July 2009
Cerita Selsema babi.... huh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


6 comments:
salam.. dakat 2 jer ngan tmpat ak weh... kat cni pun kes demam blambak.. maybe sebab cuaca yg kdg2 ok kdg2 x.. dah lah skang hujan pg.. pas2 kene masuk aircond lg... ak pun demam skang.. tp demam jerlah.. g klinik dpt ubat paracetamol jerk....
TM paksa amek cuti sakit 3 hari straight if kena demam... mane la tau kot2 demam biase jadi lain plak... so, kalo nak cuti free yang panjang, demamkan la diri tue... ;)
terima kasih atas nasihat.
azah,
salam,
emm tulah.. abah kata jgn gi bandar..dok diam2 dalam rumah / fakulti jer...
kalo demam + batuk + selsema --> memang kena take serius...
Aidy,
owh ye ker.. thanks for the info.. hehe.. ko pernah cuba ker???
ad3ck,
you're welcome
Aku kadang2 pelik tau sbb tgk org just tak amik tau sngt. Aku baca artikel dari wikipedia, yang bagitau , kadar sebenar jangkitan H1N1 ni 300x lebih cepat dari apa yang diinform oleh WHO personnel.
awat la yang dok pi obersea lagi. isk.
Tulah marini, akk aku kata akan lebih bahaya kalo H1N1 mutasi jadi H5N1.. yg tu mmg serius dan akan menyebabkan lebih banyak kematian..
Moga2 dijauhkan..
Ada segelintir yg alert..tapi kebanyakkan sgt tak alert..
p/s: Aku hari tu gi hsopital pakai topeng tutup hidung & mulut still kelihatan seperti alien..kenapa ekh???
Post a Comment