
Pada weekend ni aku menerima jemputan ke open house dari teman-temanku antaranya Ib, Mone, Ija, Nisah dan ramai lagi..Tetapi malangnya tiada satu pun open house yang aku dapat pergi..Mesti ramai yang tertanya2 kenapa???..sebab selalunya aku jarang miss berkonvoi raya especially dengan member sekolah aku (budak 18)..Memang dah jadi tradisi setiap tahun kami membuat konvoi hari raya...
Kepada rakan2 ku sekalian, terima kasih kerana sudi menjemput aku dan dalam masa yang sama ku ingin meminta maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri untuk berjumpa kalian...Mungkin tiada rezeki pada tahun ini untuk aku beraya dengan kalian semua...
Aku tidak boleh menyalahkan waktu..mungkin kerana kesibukan dengan hal2 yang lain dan juga komitment yang perlu kulaksanakan...Sehinggakan tiada ruang waktu untuk diriku sendiri..Berasa hampa dengan apa yang yang berlaku pada hari ini..Aku menolak ajakan rakan2 untuk pergi ke Open House mereka disebabkan aku perlu menyelesaikan beberapa perkara ..Tetapi akhirnya apa yang ingin aku lakukan pada hari ini, tidak dapat dilaksanakan seperti apa yang dirancang (0 from the objective)..Perasaan yang hampa dan tidak puas hati menyebabkan hanya luaran sahaja yang kelihatan aku memberi senyuman apabila ku bertandang ke rumah orang lain ataupun ada tetamu yang bertandang ke rumahku..Tetapi apa yang berlaku di dalam hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu....
Apa yang berlaku pada weekend yang lepas juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada diriku untuk tidak turut serta menghadirkan diri ke Open House...Aku tidaklah serik untuk pergi ke Open house tapi peristiwa yang berlaku masa tu dan juga boley dikatakan sebagai 'Tragedi oktober' bukan sahaja kepada kawanku tetapi kepada diriku jua..(Berasa sakit hati dengan pencuri purse)...Mungkin juga disebabkan kelalaian ku..Benda dah nak jadi...Berasa menyesal pun tiada gunanya..semuanya telah berlalu..Apa yang boleh kubuat ialah mengambil iktibar dari apa yang berlaku agar tidak berulang lagi...Sesungguhnya perkara seperti ini tidak sekali pun terlintas difikiranku akan berlaku..tetapi ia telahpun berlaku...
Hati kecilku berkata tidakkah ini secara tidak lansungnya akan mencipta jurang diantara kami..Mungkin ya dan juga mungkin tidak..Semuanya bergantung kepada waktu dan kematangan kami menyelesaikan masalah...Hati manusia tiada siapa yang tahu...Kelihatan seperti tiada apa2 yang berlaku tetapi mungkin tersimpan sesuatu yang tidak diketahui...
Bak kata orang2 tua air yang tenang jangan disangka tiada buaya...
Begitulah perumpamaan dengan apa yang berlaku pada hari itu..dimana kulihat seperti tiada apa2 yang mencurigakan sedangkan mungkin telah ada mata2 yang memerhatikan gerak geri kami dan dengan hanya kelalaian dan kesilapan yang kecil membawa padah kepada empunya purse tersebut dan secara tidak lansung memberi kesan kepada diriku sendiri ..Sehinggakan mood berhari raya aku hilang begitu sahaja dan ditambah pula menanggung beban dan ketebalan muka yang terpaksa ditanggung seperti seorang pesalah yang sedang menantikan hukuman ..Itulah aku..manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan..
p/s : Tq pada lela n Cam yang sedikit sebanyak mengurangkan stress aku di kala itu...

2 comments:
hehe tak abes2 ngan pencuri purse. ;p. emm ku pong byk gak dapat jemputan yg tak dapat menghadirkan diri karena komitmen lain.
ad3ck,
Emm aku kena bertanggunjawab gak psl kehilangan purse tu..hu hu..
Emm berasa kekurangan raya nie bila x dapat beraya dengan diorang tu sbb every year mmg x miss konvoi raya ngan diorang ..Rase jeles plak bile tgk gambar raya tu..hu hu..
p/s: Ruang untuk meluahkan perasaan tanpa ada perasaan hipokrit..
Post a Comment