21 February 2010

Movie menarik di hujung minggu.. yeah..

Wah sungguh jarang sekali aku menghupdat tentang filem2 yang ditonton... tapi yang sebenarnya filem-filem itew hanya ditonton di rumah sambil melayan FB, makan2, melipat kain dan sebagainya..adeh terbocor perangai buruk hang neh.. apa pun enjoy watched all the movie during this wiken with Zero Entry Money yang keluar selain bayar bil Astro tiap2 bulan.. barulah berbaloi-baloi kan... hehehe

Movie 1: "Step Up 2 the Streets" >> Release 2008

Review:

Cerita yang berkesinambungan dari Step Up: Save the last Dance.. Suka pula tengok aksi- aksi tarian mereka nie..hehe..

So cerita nie mesti ramai dah tengokkan... Kisahnya tentang Andie yang juga street dancer,seorang gadis yang memberontak dan juga selalu bertengkar dengan penjaganya sejak kematian emaknya. Kemuncak kepada konflik dapat diselamatkan apabila dia diterima masuk ke sebuah sekolah tarian elite sebagai syarat untuk berubah dan supaya tidak dihantar berpindah untuk tinggal bersama makciknya di Texas. Jurang dua dunia yang berbeza antara penari jalanan dan juga penari elit hampir menjerat dirinya dan akhirnya berjaya membuktikan kepada rakan2 lama (street dancer) dan dalam masa yang sama pengetua sekolah dan juga rakan-rakan dari sekolah penari elit tentang kenyataan dunia penari adalah tentang seni tarian itu sendiri dan bukan dikawal oleh emosi dan ego seseorang penari...

More info and pix :http://www.flixster.com/movie/step-up-2-the-streets

Movie 2: "Mama Mia" >> Release 2008

Review:
Musical movie, memang banyak nyanyi.. bercakap sambil menyanyi... So layan juga cerita musical nie sambil2 melayan FB..kalo tak sure terlelap punya..

Movie nie dah lama juga.. Ia mengisahkan seorang ibu tunggal (Donna) yang mengusahakan sebuah hotel secara kecil-kecilan di sebuah pulau- idyllic Greek. Sophie yang merupakan satu-satunya anak perempuannya akan berkahwin. Sempena majlis perkahwinan itu, Sophie secara senyap-senyap telah menjemput 3 orang lelaki yang berkemungkinan adalah bapanya setelah membaca diari emaknya semasa mengandungkannya. Tanpa disangka-sangka ketiga2 lelaki itu datang ke majlis perkahwinan tersebut dan voluture untuk menjadi pengapit Sophie.

Donna pula of courselah berasa sungguh terkejut dan tertanya-tanya bagaimana ketiga-tiga lelaki tersebut (bekas teman lelakinya) boleh berada di pulau itu pada masa yang sama. Kepeningan dua orang anak beranak berterusan hinggalah tiba saat-saat perkahwinan Sophie dimana seorang demi seorang lelaki tersebut tampil menceritakan kisah pertemuan bersama ibu Sophie. Mereka bertiga tidak kisah siapakah bapa sebenar Sophie dan berasa bertuah sekiranya diterima menjadi 1/3 bapa kepada Sophie... Akhirnya Sophie tidak jadi berkahwin kerana impian sebenarnya adalah ingin merantau bersama teman lelaki yang tidak jadi dikahwininya. Kemudian salah seorang dari lelaki tersebut melamar Donna dan mereka berdua terus berkahwin. Akhirnya Donna mendapat kembali hidupnya yang selama ini kesepian demi membesarkan Sophie.

Movie 3: "Make It Happen" >> Release 2008


Okay korang boleh baca sinopsis di bawah nie yang aku copy paste setelah review yang aku dok karang panjang menjela hilang atas sebab kesilapan teknikel..huwa.. mahu menanges nie...penat dok pikir buat karangan tu..isk isk..

Lauryn is a young woman from a small town in Indiana who moves to Chicago with dreams of entering the Chicago School of Music and Dance. But after rejection and a series of misfortunes she finds herself working in a burlesque club. The club proves to be a place of conflict and self-discovery, helping Lauryn to realize that even though plans may change, dreams never do. -

Although Joel - who works as a mechanic in the family garage - is wary of Lauryn's decision to enroll, he eventually gives her his blessing. When Lauryn enters the stage, however, her dance (mostly a hip hop routine) was halted by the judge, who hostilely rejects her, saying that they need to see something more "sensual and feminine".
More kilik sini




Movie 4: "Kembar Siam" >> Release 1989.




Cerita nie pun aku dok layan juga petang tadi. Mula macam tak berminat nak tengok almaklumlah cerita lama, lepas tu aku macam dah melekat pula dekat depan TV sampaikan mak aku suruh beli Mauripan atau juga dikenali sebagai ibu roti pun kemain liatnya nak berganjak..hehe.. Actuali Mauripan untuk untuk dibuat kueh Donut... Memang sedap makan Donut di waktu petang lagi2 dibuat sendiri oleh mak aku..hehe.. bertuah kalo aku yang buatkan..huhu..

So tak perlu review sebab cerita nie sure korang dah tengok banyak kali...

Movie 5: "Burn after reading" >> Release 2008.



Movie yang agak menarik untuk ditonton... Kerumitan yang dicari dan juga dicipta sendiri kerana salah anggap seorang pekerja gym pada file yang kononya dianggap sebagai rahsia sulit kerajaan. Padahal itulah hanyalah karangan Memoir dan juga personal dan financial files milik Osbourne Cox yang merupakan bekas analisis CIA.

Kerakusan ingin mencari duit untuk membiyai perubatan pembedahan kosmetik menyebabkan
Linda Litzke menyalahgunakan fail yang dianggap sulit itu untuk menebus duit tuntutan yang akhirnya mengorbankan nyawa rakan sekerjanya.

Konflik bertambah buruk apabila skandal isteri Osbourne Cox hampir diketahui olehnya dan kerakusan isterinya dalam merebut harta sepencarian mereka dan merancang untuk menceraikan suaminya.

Campur tangan pelbagai pihak lebih merumitkan keadaan dan untuk membaca cerita penuh klik disini

p/s: Esok start keje dan silalah fokus tidak seperti last Friday.. lain yang bos suruh buat, lain pula yang aku buat.. dan juga aku boleh lupa untuk buat tugas hakiki aku setiap hari..
Hoho tapi sempat pula gi lunch kat Midvalley..hehehe..Fuh seb baik bos aku sporting.. kih kih kih

7 comments:

Aidy Shahiezad said...

ramai btul yg buat entri pasal muvi this lately... haish...

Azah said...

nasib bek cuti sabtu ahad.. kalu cuti pjg.. semua review.. hahahah

SiMply NaD'Honey said...

wahhh songee...semua citer2 psl org nak dance and for sure ader unsur nyanyian ajer ni heheheh....:)mamma mia is the best:)

Fieda said...

Aidy,

Kebetulan kot.. semua tgh dok melayan movie...

Azah,

Kalo cuti panjang tak pernah wat review pun..ahahhah

Nad' Honey,

Emm tulah.. byk pasal menari dan menyanyi..hehe.. last skali tu jer agak series sket...

Mama Mia pun best gak.. musical movie dan cerita dia lain dr yg lain...

aurikelsan said...

aku suka tgk step up, memg cun abes ar tarian diorg..

Marissa said...

aku pernah tgh step up & kembar siam je... movie lain kena la aku pi cari pas ni.... uhuhu...

Fieda said...

aurikelsan,

Yup.. betul2..aku pun suka.. hehe

Marissa,


Hoho.. dua2 citer mm best.. selamat mencari movie yg len2