27 March 2009

(@ Hati @)





"Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya.Ketahuilah bahawa itu ialah hati (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)


Hati.. berbicara mengenai hati .. kerana hati membentuk sahsiah rupa diri sesorang... Sesungguhnya hati ini membentuk pelbagai sifat mahmudah (baik) dan juga sifat mazmumah (tidak baik)... Hati juga menjadi cermin kepada sikap dan akhlak seseorang... Sekira baik hatinya, maka baik jugalah akhlak dari segi tingkahlaku dan juga kata-katanya...begitu juga sebaliknya....




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan
amalanmu.”




“Pada hari di mana tidak berguna harta dan anak pinak kecuali
mereka yang baik Hati Yang Soleh.

Baik buruk seseorang itu berpunca daripada
hatinya.



Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati itu menjadi
baik apabila ia mengenali Allah yang menciptanya, nama-Nya, sifat-Nya,
perbuatan-Nya dan peraturan-Nya.
Source: Bicara Muslim.com

Hati yang sihat akan mengutamakan keredaan Allah dan mencintai apa yang disukai Allah serta menjauhi segala tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.


Hati ini juga memberi 1001 perasaan semulajadi bagi insan di muka bumi Allah ini... Hati juga menjadi tempat untuk melahirkan perasaan positif samada secara zahir atau sebaliknya .. Perasaan yang indah seperti kasih sayang, rindu, gembira, cemburu (yang positif) dan sebagainya lahir dari hati yang positif yang dikawal oleh minda yang positif juga... Begitulah sebaliknya perasaan riak, sombong, hasad dengki, takbur, dendam juga lahir dati hati ini...


Berbicara mengenai hati juga membuatkan kita terperangkap dalam soal CINTA..







Hidup kita akan lebih bermakna bersama orang yang dicintai, dikasihi , disayangi... Mungkin ketiga2 maksud ini mempunyai maksud yang berbeza pada zahirnya.. tapi semunya bermula dari HATI....



Cinta di sini tidak terhad kepada sesama manusia tetapi cinta kepada ALLAh, Rasullulah dan tentunya yang teristimewa cinta dan kasih kepada ibu bapa dan keluarga...





Muhasabah diri kita dan berbanyak2lah membuat ehsan kepada kedua orang tuamu... Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak ternilai dengan kata2 dan tidak terbalas oleh kita....


Seperti firman di dalam Al-Quran bermaksud:



“Telah kami pesankan seorang manusia untuk senantiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya.” (Al-Ahqaaf : 15)


“ Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:”Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. (Al-Isra : 23-24)


Tidak dilupakan cintakan pada diri kita sendiri.. Tanpa ada rasa cinta, kasih atau sayang kepada diri kita mana mungkin dapat mencintai pada orang lain...


Kehidupan kita juga tidak lengkap tanpa teman, sahabat dan juga kawan2 yang menjadi penyeri hidup.. Yang menjadi peneman dikala sunyi, memberi pertolongan dikala susah, menjadi penyeri kala suram, menjadi penasihat dikala hati keruan...
Dan kesimpulannya semoga HATI ini dapat melahirkan sifat yang memberikan faedah kepada manusia sejagat... dan juga dapat memantapkan rohaniah juga....














9 comments:

me3n said...

terima kasih kerana berkongsi cerita. ko ok tak fieda? ;p.

cikmune said...

hati hati di jalan raya pun bermula ngan hati. kalau hati busuk mesti tak pk ape orang lain rase. ye tak?
everything pon lahir dari hati. :D
thanks for sharing!

Fieda said...

ad3ck,

yea.. sama2... aku ok.. ko macam mana plak??

he 3x...

cikmune,

Yea.. hati2 di jalan raya... mesti di ingat selalu..bila dah pegang stereng tu nak memecut jer.. he he.. ops macam biasa buat plak...

Yup... kalo nak buat perubahan pun kena bermula dari hati dulu.. emm (^-^)....

OK you're welcome...

Sheeta dari Laputa said...

Apsal ar... Aku buka blog ko semlm masih cerita AF, tetiba harini nampak entri ni dah lama dipostkan?

Erk.

Perkara hati ni amat kompleks ar. Kengkadang kita rasa hati kita pedih, walaupun benda tu menggembirakan...

Benar pun, Dalam dalam badan manusia ada seketul hati. Kalau putih hati tu, maka, muliala manusia tu, kalau hitam hati tu, maka busuklah manusia tu..

Sama2 jaga hati, eh...

Hope you are fine, ok?

leya said...

Hati itu suci dan murni. Diri seseorang tu la yang membentuk sesebuah hati itu, sama ada ia baik ataupun buruk.

cikmune said...

hati ini telah bersatu, berkumpul di perut bumiMu...

heheh.iklan sat :P

Fieda said...

Marissa,

Aku dah type entry ni 2-3 hari dr tarikh aku post sbb bayak kali bertangguh2...
Tulah sbbnya then aku tak tukar tarikh post tu ...

Hati yang sungguh kompleks... betul juga tu...


leya,

Hati itu memang sesuci kain putih sewaktu kita dilahirkan.. dan kemudiannya bertambah tompok2 hitam agkara perbuatan diri sendiri... Walaubagaimanapun tidak boleh dinafikan hati itu dicorakkan oleh empunya diri

Cik Mune,

Emm iklan ape ye ni????

Aidy Shahiezad said...

bagus betul entri nie... aku nak pinjam fact yang ade nak tempek kt blog aku lak ek... sekadar nak perluaskan ilmu utk yg lain... hehehe.. ;)

Fieda said...

Aidy,

Thanks.. ok dipersilakan.. sampaikan perkara yang baik memang digalakkan