21 May 2009

@@ Jasamu dikenang @@





Ustazah Hajah Aishah... (SRA Taman Medan)
Seperti gambar di atas belah kiri guru ini yang membibitkan minat aku untuk belajar bahasa Arab masa darjah 3 & 4.. Gang aku masa tu Umi, Yuli, Munirah, Sakinah ngan Suria pun sama gak kan masa nie kita dah kenalkan .. Masa tu semangat belajar bahasa Arab begitu memuncak hingga berlumba dapat 100% dalam subjek tu.. Sampai kena retest untuk semua yang dapat 100% sebab seorang jer yang akan dapat hadiah pelajar terbaik untuk subjek bahasa arab masa penyampaian hadiah (darjah 6)...


Ustazah Mukminah Hanim, Ustazah Suhaila (SRA Taman Medan)

Actually guru2 nie adalah adik beradik / ipar... Aku sangat suka mereka sampai sekarang ingat nama guru nie even ajar aku masa darjah 4,5 dan 6.. Masa tu hujung minggu kalo tak ada buat apa2 selalu datang rumah cikgu2 nie naik basikal beramai-ramai..


Cikgu Rahman (SK Taman Medan)
Walaupun aku tak ada gambar cikgu nie nama dia masih ku ingat....Cikgu kelas masa darjah 6.. Cikgu yang selalu memberi nasihat2 yang best.. Masa ni semua pelajar 6 Amanah yang best... Sangat seronok belajar masa ni dan Cikgu Rahman yang cool dan selalu dengan semangat2nya untuk kami semua... Even ada cikgu2 dan pelajar kelas lain yang mencemburui kami...Mungkin sebab kami selalu conquer pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah.. he he.. Still ingat lagi pasukan bola jaring, cacamerba (nama yang diilhamkan oleh Cikgu Rahman)..



Cikgu ni juga yang ajar guna sempoa sampai dia boleh organize pertanding sempoa antara kelas... Masa tu sempat belajar operasi (+) sahaja.. Tapi memang bagus guna sempoa melatih untuk mencongak....


SMKS 18

Puan Noraini..


My lovely teacher yang juga Form teacher masa Form 4 & 5. Even aku kureng berminat subjek dia tapi memang cikgu yang best dan sentiasa dekat dihati pelajar... Sentiasa cuba untuk memahami masalah pelajar2nya especially boys.. Kesian kat Cikgu nie pening kepala dibuatnya... Apa2 pun gerak2 geri kami sentiasa menjadi perhatian dan juga mata2 cikgu2 di sekolah pada masa tu...


(Sila abaikan gambar aku kat sebelah tu yea.. its about 8 years back.. and underweight 10 kg.. oh my god... sampaikan doktor pun kata aku nie cam orang somalia.. tengok sekarang orang somalia tu dah jadi orang Malaysia yang kuat makan.. huhu.. Azam untuk berdiet diteruskan)




Puan Aishah..

Cikgu yang kecil molek seperti gambar di atas mengajar aku subjek Sejarah Form 4 & 5... Cikgu yang suka menyakat aku dan aku pun suka menyakat cikgu nie.. Kesimpulannya saling meyakat lah kitorang nie.. Cikgu yang best dan sumber inspirasi aku untuk belajar sejarah , subjek yang tidak diminati oleh kebanyakan orang tapi aku suka.. Masih ingat dengan kata2 Cikgu nie masa aku jumpa dia sebelum exam SPM.. katanya " Saya nak satu jer.. saya nak awak dapat 1." Maksudnya dia soh aku dapat A1 untuk subjek sejarah tu.. Aku pula sukar nak telan air liur!.. Siap ada hadiah menanti siapa yang dapat A1 untuk subjek Sejarah.. So still ingat lagi kitorang ramai2 dok serbu cikgu nie untuk tuntut hadiah lepas dapat result SPM.. hehe


Ustazah Hafizah

Seperti gambar di atas (belah bawah) guru yang mengajar subjek Pen. Agama Islam dan Bahasa Arab dari form 1 sampai Form 3..

Orangnya manis, tapi awas seorang yang tegas juga.. Sangat dekat dengan pelajar2 dan memahami permasalahan pelajar lagi2 kami yan melangkah ke alam remaja.. hehe



Cikgu ni juga hebat Add math even tak ajar subjek tu pun... Sebabnya pernah sekali tu add math teacher tak ada di bilik guru, aku pergi tanya soalah add math kat Ustazah Hafizah. Dia pun kata dah lama tak buat add math tapi still menolong aku untuk menyelesaikan soalan add math tu.. Then hasilnya superb.. hanya sekali cuba dah dapat selesaikan soalan tu...






Gambar kat atas nie pula antara cikgu yang mengajar aku masa Form 4 & 5.. Yea dari kiri Mrs Chong... Chemistry teacher yang best... Aku minat subjek nie tau... he he

Sebelahnya sapa ekh nama cikgu nie.. series tak ingat.. dia ajar aku subjek bahasa arab masa form 4 & form 5... Nampak ajer kecil molek tapi emm boleh tahan kalo suara nyaring sudah bergema.. hehe

Then diikuti sebelahnya ialah Puan Liew.. Cikgu yang mengajar subjek Fizik.. series aku tak minat subjek nie tapi cikgu masih tetap cool mengajar..

Sebelehnya lagi ialah Puan Rokiah.. Cikgu nie seorang yang lemah lembut... Ibu mithali.. he he.. Beliau ialah Form teacher masa Form 3 dan mengajar subjek Bahasa Melayu masa tu..
Then masa Form 4 & 5 pula mengajar subjek Pendidikan Syariah & As-sunnah..

Ingat lagi aku, wani, isma, ana, zahila, hudam dan beberapa lagi pelajar berkampung kat rumah cikgu nie untuk kenduri kawen die.. yang juga diketuai oleh Puan Akma.. best masa tu jemputan VIP lagi he he...


Last skali ialah Puan Sarzini.. Cikgu Biologi aku.. yea cikgu nie pun cool gak tapi kadang2 bising sebab kitorang malas nak baca buku BIologi.. hehe...

Tidak dilupakan kepada Cikgu mentor ku Puan Adibah yang sangat mengambil berat pasal 3 orang anak angkatnya.. Dengan hadiah2 untuk kitorang antaranya baju, sambal tumis udang... yummy yummy....dan lain2 lagi


KYPM bangi

Masa Matriks pula the only one my favourite teacher/lecture is Puan XXX (tak inagat nama lagi) tapi cikgu nie mengajar subjek Biologi... Aku sangat suka sangat cara cikgu ni mengajar dan kitorang sangat faham tanpa meghafal mekanisme bio dan segala2nya.. Yang penting kena dengar lecture dia dan buat ulang kaji insya allah boleh masuk segala nota2 Biologi dalam kepala.. So yang penting masa tu dia akan ajar kitorang sampai faham tak kiralah berapa kali pun dia perlu ulang... Memang tabik spring... Satu lagi cikgu nie sangat memahami perihal perangai anak2 muridnya... Kata2 yang tak aku lupakan sampai sekarang nie "Kalo nak meniru pun menirulah secara profesional".. ha ha..siapa makan cili dia terasa pedasnya.. ouch ouch...

Dan tak dilupakan kepada Puan Rosidah our Mentor for A3 yang best.. kat sini lah aku berjumpe dengan ALL the Songee Gang.. Kalo nak tahu sejarah terbentuknya kumpulan SONGEE klik di sini


Ada ramai lagi cikgu2 yang mengajar tapi inilah antara yang paling berkesan dan masih terpahat diingatan... Terima kasig atas segalanya dan jasa kalian sentiasa di kenang ... Last but not least "Selamat Hari Guru"


p/s: Fuh penat nak membacanya panjang bonar.. Gambar yang aku tempek nie sumuanya scan belaka sebab tu la blur.. maaf yer kepada empunya diri.. .. Masa zaman sekolah dulu mana ada camera digital nie.. semua gambar filem.. cuci sekeping tau.. itulah dia nostalgia lama...


5 comments:

aurikelsan said...

fid, dulu ko kecik sgt2 hehe rindunya kt ustzh aishah ..slalu menyibuk g umah die time ujung minggu utk blaja bhs arab..sanggup naik beskal pnjt bkt lak tue.. rindu gk kt cikgu abdul rahman yg slalu bg smgt..sanggup buat tuisyen bm,bi ngn math utk bdk2 6 amanah..ko lg hebat siap jdk juara Queen sempoa lagi...
plg syok kenangan team netball cacamerba..huhuhu zmn skola dulu2 memg best..

Aidy Shahiezad said...

awat gambaq kabur sangat... cm takmo tunjuk muka cikgu2 tue ja ?? hehehe...

Fieda said...

aurikelsan,

yea dulu memang kecik skrg tidak lagi.. paling tragis masa sekolah dulu ada cikgu ingat aku From 1 padahal masa tu aku Form 5.. bley tak..isk isk...

Then Cikgu Rahman dan Ustazah Aishah memang best.. ermm sumber inspirasi masa tu.. Pasal sempoa tu memula memang cuak giler ar lebih lagi final game tu wat kat atas stage but berkat semangat dr Cikgu Rahman dan budak2 kelas kita yg len bley dikatakan dok barisan paling hadapan untuk memberi sokongan moral masa dan alhamdulillah rezeki menyebelahi aku..

Aidy,

Gambar tu sume gambar lama dan aku pun dah puas selongkar album2 lama untuk dapatkan gambar2 cikgu tu.. Pastu gambar Pn aishah & ustazah Hafizah tu plak aku scan dr majalah sekolah.. huhu dak da gambar diorang...

p/s: kalo ko ada gambar cikgu tu meh pas bagi kat aku bley tempek kat entry nie.. hehe

mrsbong said...

salam..
hi kak fida..
skola medan ngn 18 tu ckgu2 kite juge..
hehehhe

Fieda said...

mrs bong,

salam,

ohw tak tak tau la plak bong pun skolah kat tmn medan.. he he..
Kenal ke cikgu rahman or mana2 cikgu yg aku sebut kat entry nie...