
Setiap hari Rabu jam 6.15 petang aku sangat menantikan satu rancangan di radio IKIM untuk mengenal perihal rasa hati yang bertajuk Usrah Rasa hati... Info yang diberikan sungguh bermanfaat dan juga dikupas dengan sungguh baik sekali.. Aku mengikuti rancangan ini sejak kali ke-4 diperkenalkan di radio berkenaan .
Setiap inci perbincangan sungguh beerti disamping menimba ilmu semasa mengharung jam pulang ke rumah. Mengenal lebih dekat lagi tentang hati dan juga secara tidak lansung mengetahui pelbagai jenis penyakit hati. Beberapa entry sebelum ini juga adalah inspirasi dari rancangan tersebut...
Pada minggu lepas tajuk yang dibincangkan ialah mengenai "Buruk sangka terhadap Tuhan" dan lebih tepat lagi beriman dengan qada dan qadar. Semua nota yang telah dibincangkan dalam sesi yang lepas boleh didapati di sini..
Antara ungkapan di dalam nota tersebut ialah "Justeru manusia perlu redha, mesti pasrah atas apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt, jangan sekali-kali kita mempertikaikan ketentuan Allah s.w.t kerana manusia pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa, semua yang ada samada diri manusia mahupun dunia ini adalah milik yang mutlak bagi Allah s.w.t."
Dan di pengakhiran rancangan tersebut salah seorang tetamu (Tengku Saiful) berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya... Sebelum ini adalah seorang usahawan yang berjaya dan kini katanya telah gagal dalam bisnesnaya setelah melabur sebanyak 42 juta.. Kenyataannya kegagalan tersebut berpunca dari kesilapan diri beliau. Beliau yang sebelum nie diberikan nikmat kemewahan dan terlalu leka dan juga dikatakan beliau .."juga telah lupa diri dengan segala nikmat yang beliau kecapi.."
Tetapi kemudian Allah memberi ujian kepadanya dimana beliau gagal dalam bisnas dan juga didapati meghidap kanser. Pada masa itu beliau telah berada pada tahap ke-3 dan telah menjalani rawatan kemoterapi berbelas kali..
Dan baru2 nie doktor menegesahkan yang kanser yang beliau hadapi berada pada tahap 4 dan kenyataan doktor yang menyentap hati beliau dimana tiada peluang lagi dan jangka hayat untuk hidup selama 1 tahun sahaja. Dalam nada yang sebak beliau begitu insaf dengan dugaan yang ditimpakan kepadanya...beliau bangun pada setiap malam .. tidur pada pukul 10 dan bangun pada jam 2 untuk mengerjakan solat2 sunat ,tahajut, berwirid dan juga tidak ketinggalan asma'ul husna sehingga jam 8 pagi...
Masya allah sungguh terkesima aku mendengar cerita beliau...
kembali mengenang betapa kecilnya dugaan aku berbanding dengan dugaan orang2 disekeliling dimana kita perlu mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan kepada kita...
Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment