13 April 2009

@@ Anjakan Paradigma @@



Pertama kali diperkenalkan dengan term Anjakan paradigma nie masa Form 3 ... Anjakan Paradigma juga menerbitkan idea nama pena ku pada masa tu iaitu Puteri Madani.... Masa tu masing2 ada nama pena(nickname) ...Tidak lama kemudian muncul pula nama afiha8.. he he..

Ok dah cukup bercerita tentang nama.. dan juga identiti aku masa zaman sekolah dan kembali ke tajuk penting iaitu Anjakan paradigma yang membawa maksud berubah ke arah kebaikan...

Perubahan itu sangat penting kepada setiap individu.. malah di dalam ajaran Islam pun kita digalakkan untuk berubah dan perubahan itu hendaklah ke arah kebaikan.. Hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.. insya allah...
Mudah untuk diungkapkan tapi tidak mudah untuk dilakukan...

Dan adakah berubah itu semudah ABC???

Seperti kata salah sorang caller di radio IKIM pada suatu petang memasa penyampai radio membincangkan isu "Change Management" yang sungguh menarik perhatian aku, caller tersebut mengatakan ABC disini ialah.....


A: Attitude

B: Believe

C: Commitment



Attitude ini memainkan peranan yang penting kerana attitude seseorang yang membolehkan dia berubah ...

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Believe pula kepercayaan atau keyakinan untuk berubah... kerana atas dasar apakah kita mahu berubah..

Adakah kita berubah kerana melihat orang lain berubah ataupun kita berubah kerana ingin mengikut trend ... Atau pun kita berubah kerana sudah tiba masa dan ketika hidayah Allah diberikan kepada hambanya untuk berubah.... Alhamdulillah...

Kerana keyakinan ini selalunya memberikan impact kepada tempoh masa perubahan itu.. Sekiranya kita berubah tanpa keyakinan yang kuat dan mantap maka rapuhlah juga perubahan yang di bawanya... Sebagai contoh sekiranya kita ingin berubah kerana trend.. setelah trend atau orang lain sudah bertukar aliran /minat... maka perubahan itu pun terhenti di situ... Bak kata orang tua2 Hangat-hangat tahi ayam...

Lastly is commitment...Commitment terhadap perubahan yang dibuat.. Tak kiralah apa saja bentuk perubahan memerlukan komitmen yang tinggi... Dalam Islam juga kita diajar untuk istiqamah dalam melakukan apa jua pekerjaaan atau perbuatan lebih-lebih lagi dalam proses untuk berubah... Setidaknya perubahan yang dilakukan itu kecil tetapi berterusan... Itu lebih bermakna berbanding dengan perubahan yang besar atau drastik tetapi hanya bertahan dalam tempoh yang singkat....
Semoga dengan Taufiq dan hidayah dari-Nya (ALLAH) akan memberikan perubahan yang baik terhadap diri kita .. wa allau ' alam..
Sekian

4 comments:

Sheeta dari Laputa said...

sapakah pemanggil itu? adakah ko?

Aahahaha.. Aku pon dah dengar word anjakan paradigma ni dah lama. Aku rasa dari aku tingkatan 2 kot. dan sbnrnya smpai hari ni aku masih tak paham.

Eahha.

Aidy Shahiezad said...

berubah untuk kebaikan adalah bagus...

Fieda said...

Marissa,

Pemanggil tu lelaki tak ingat siapa nama dia.. Tapi akurasa dia adalah salah seorang pendengar radio IKIM dan juga selalu meberi pendapat yang bernas...

Emm selalu dengar term nie tetapi jarang diterangkan maksud disebaliknya.. Aku pun just tahu berdasarkan explanation kepada aku masa form 3.. Kalo ada sapa2 yang tahu maksud yang lebih tepat digalakkan berkongsi bersama2...

Aidy,

Yea..sangat setuju...

Fieda said...

Anjakan Paradigma bermaksud merangsang perubahan