Lagu nasyid yang tidak asing lagi especially masa sekolah rendah.. lagu yang selalu bermain2 dibibir setiap kali pertandingan nasyid dan lagu ni juga adalah antara favaorite nasyid's song...
MAksud yang cukup mendalam jika dihayati bait2 lirik lagu ini....
Semoga dengan ini akan mengingatkan diri aku yang menulis dan juga pembaca2 kalian bahawa dunia ini adalah pinjaman sementara sebelum menuju ke hari yang kekal abadi iaitu akhirat...
Namun begitu tidaklah bermakna kita boleh leka atau pun alpa sehinggakan tidak berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan agama.. Tetapi dalam masa yang sama jangan terlalu leka dan taksub dengan hal2 duniawi sehingga melupakan tanggungjawab dan peranan kita sebgai khalifah di muka bumi ini....
Mari kita dengarkan dan hayati lagu ini dan semoga kita melihat sesuatu itu dengan mata hati...
Video: Saff One
Buta Mata
Album : Yang Dirindu
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com/
Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu
Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa
Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita
Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka
Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti
4 comments:
teringat pulak zaman masuk pertandgn nasyid masa skola rendah dulu..
ho. lagu ni ade je orang nyanyi masa pertandingan nasyid antara dorm dulu. kalo tak silap la. sebab ainmanan/aimi pnah nyanyi lagu ni.
aurikelsan,
Yea.. samala.. tapi masa masuk pertandingan nasyid dulu x da nyanyi lagu nie.. dengar orang nyanyi jer.. he he
cikmune,
Yer mungkin kot.. tak ingat.. dah lama he he.. tapi masa kat hostel dulu memang best.. Every year bila dah hujung tahun ada pertandingan antara dorm spt nasyid, sukan2 bola jaring, bola baling.. etc..
He he.. sume kena involve.. tak da pengecualian..
btol. dgn itu terpaksa lah kte join nasyid sebab tak suka bersukan. T_T katun jer. hahaa..
Post a Comment