09 June 2007

MC pada hari kedua bekerja

DATE: 06/09/2007 09:56:52 AM-----

Isnin iaitu hari kedua aku bekerja..aku amek MC..hu hu..

Kalo ikutkan memang x nak MC..yelah baru sehari aku keja dah aku amek MC..tapi masa tu series aku memang tak larat nak gi keje dengan keadaan kesihatan aku yang tak baik masa tu..dengan demam nyer n gastrik sekali...

Actually aku demam tu start hari jumaat malam (hari pertama aku bekerja) sampai le ke hari selasa..Itu pun hari selasa tu aku datang gak keje even masih lemah lagi..hu hu..

Aku dah lama tak sakit macam nie...mengikut kata doktor kena infection bacteria..ntah ape namanyer aku pun x ingat..kesan nyer aku demam2 n kuar merah2 satu badan.....cam demam campak pun ader...

Gastrik tu plak dapatnyer sbb x lalu makan..n mengikut kate kakak ku..bile sakit, badan stress n menghasilkan byk asid..so byk asid dlm perut n aku pun kena gastrik..kena gastriklah yg paling aku lemah skali..mana tak nyer setiap kali makan jer..kuar balik ape yg ku makan<---muntah2..hu hu..sampai lemah giler...

Emm mase aku sakit nie la aku dapat layanan special dr sume org<--family aku..he he..mereka yg byk melayan kerenah aku mase aku sakit nie..bawa gi klinik + hospital, menjaga aku mase sakit..belikan ubat dan macam2 lagi...Thanks everybody...I love u all so much..

Moral of the story..hargaiilah keluarga kita..kerana mereka tempat kita mengadu nasib dan tempat bergantung tak kira susah atau pun senang...Luangkan lebih banyak masa bersama keluarga..

~~~~Peace~~~

27 May 2007

perpisahan

DATE: 05/27/2007 08:56:03 AM

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..itulah yang kita tak dapat elakkan..apa yang aku nak luah kan kat sini..tentang perpisahan aku bersama rakan di class 16 @ class of starz minggu lepas iaitu pada 23 may 07 (officially) and 25 - 28 may (unofficially)..

Sepanjang aku berada di sini banyak kenangan pahit manis yang aku tempuhi bersama2 rakan disini..kalo nak diceritakan satu persatu kat sini memeng sampai lembaran ke berape pun aku rase masih tak terungkap cerita kisah suka duka sepanjang aku disini..apa yang aku nak bgtau kat sini aku berase sangat gembira dapat mengenali rakan2 yang best dan sekepala ngan aku<---gang songee) dan rakan2 yang banyak membantu aku x kisah lah dalam membuat programming atau pun apa saja..mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada aku ---> insan yang kurang ilmu nie)...Kepada rakan2 thanks for everything

  • marini-kawan yang paling rapat & mengenali aku dan juga penceria kelas
  • kama-tok guru n solution kepada masalah programming
  • teep & suzie-kawan yang setia mendengar cerita aku dan berkongsi cerita..
  • min-cr dan gang tok ku sakat dan disakat
  • ng-kwn yang byk kontroversi ngan aku (gado2) tapi byk juga mengajar aku
  • dan kepada yang lain2 yang aku tak sebutkan disini..kalian banyak jugak membantu dan menceriakan hari2 sepanjang aku berada di kelas 16 nie..

Walaupun dalam tempoh yg singkat iaitu selama 6 bulan, aku dapat mengenali dengan rapat seperti telah mengenali kalian bertahun2 lamanya..

Macam2 jugak lah aktiviti dan agenda yang merakamkan 1001 memori indah yang tidak aku dapat lupakan<---sesekali aku jiwang...

  1. ~~aktiviti gang songee -- makan2, jalan2, window shopping, sesi bergambar, tgk wayang dll...
  2. ~~valentine day--actually kitorang x sambut tapi just makan cup cake yang disumbang oleh XXX...<---biarlah rahsia
  3. ~~party barbeque..kepada kama yang voluteer jadikan rmhnyer sepagai lokasi..dan rakan2 yang banyak membantu dalam menjayakan party barbeque nie..memang best n happening..
  4. ~~picnic kat port dickson--<---agenda @ aktiviti yang paling lama dirancang kenangan yang menyeronokkan dapat makan2, bermandi manda, naik banana boat, n berkayak..memang best dan enjoy sepanjang ari..tq pada min n zaini<---sudi menjadi driver..korang memang best..
  5. ~~trip ke zoo negara--walaupun agak kelakar..tapi serius memang best la trip yang paling ramai penyertaan..he he..menjelajah dan mengenali haiwan2 di zoo negara.. hari yang menceriakan walaupun aku x beberape sihat mase nie tapi tetap enjoy bersama korang sume..
  6. ~~next aktiviti???--masih dalam perancangan..sbb mase nie kitorang dah nak start ojt n tunggu elaun masuk...

Emm begitulah alkisah akitivi2 luar sepanjang aku kat sini..em maybe ader yang aku tertinggal..ku just higlight main aktiviti jer..he he..

Oklah hopefully lepas nie kiter masih rapat separti dulu2 walaupun kita semua dah mempunyai haluan masing2...

Dan selepas nie bermula episod baru dalam hidup aku iaitu pada 1 jun 2007..aku bekerja di cyberjaya..wish me luck

All da best pada rakan yang menjalani ojt dan juga pada mereka yg dah dapat permanent job...

Finally kate2 yang ku pinjam dari class 5 budie 01..

~~Sometime we argue, sometime we laugh...

all the things we've been together...

made us closer..

we cherish all the sweet moments, with all our hearts..forever!!!..



COMMENT: Muhd Muhaimin
EMAIL: mmmisa83@yahoo.com
DATE: 05/28/2007 01:12:36 AM


ko neh buat aku nak nangis la huahuahua.

x-cr
-----


COMMENT: MaRIssA
EMAIL: maris_sa528@yahoo.com
DATE: 05/28/2007 02:43:08 AM


fieda yang dah pandai tulis blog sedih2.....

syabas.. aku tersentuh amat ni... aku sayang ko... muah..muah..muah..
-----


COMMENT: Fieda
EMAIL: afiha8@yahoo.com
DATE: 05/28/2007 02:52:31 AM


he he..aku x bermaksud nak wat korang sedey..aku just terimbau kenangan silam..he he..
-----


COMMENT: tEep
EMAIL: lola_squeck@yahoo.com
DATE: 05/30/2007 12:24:49 AM


awwww...
*terkenang balik saat2 ituh..*
heh. ;p
-----

06 May 2007

Harapan

DATE: 05/06/2007 06:54:06 PM
-----

Fazli Zainal - Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Kuundur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita
Kubawa harapan kupendam rahsia
Ku dikejauhan mendoakan
Agar kau bahgia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

COMMENT: tEep

EMAIL: lola_squeck@yahoo.

http://www.friendster.com/236587

DATE: 05/09/2007 08:30:05 AM

hoh! nape weh.cm putus harapan je nih?musykil nye.

-----

COMMENT: Fieda

EMAIL: afiha8@yahoo.

DATE: 05/20/2007 08:58:55 PM

emm ..just lirik lagu yang aku suke..he he

mase nie aku tgh sedey..hu hu..tu yang melayan lagu2 yang menyentuh kalbu nie..ha ha-----

24 April 2007

Hadapi dengan senyuman

DATE: 04/24/2007 06:44:16 PM-----

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja



Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang





Lagu nie dr kumpulan dewa album laskar cinta (2004)



Emm entah lah tetiba aku rase lagu nie seolah2 memberi semangat kepada aku untuk menghadapi segala apa yang berlaku...Lirik yang cukup ringkas tapi mengandungi seribu makna tersirat...Kalau kita perhatikan lirik lagu ni menceritakan kepada kita tentang



  • semangat untuk berdiri kembali


  • semangat untuk bersikap sabar


  • dan semangat untuk tetap menjadi diri sendiri.


Kita juga harus ingat, apa yang kita melihat itu baik, tapi belum tentu Allah melihat itu baik untuk kita. Semua perjalanan hidup pasti ada hikmahnya. Dan kebanyakan, hikmah itu akan kita dapat lihat setelah kita mengalaminya. Disebalik kesusahan, pasti ada kesenangan. Percayalah tentang hal itu.



Kita kena hadapi segala ketentuan yang telah ditetapkan dengan hati yang terbuka dan anggaplah semua yang berlaku sebagai ujian supaya kita menjadi lebih kuat dan matang.



Akhir sekali, sebagai semangat untuk diri aku sendiri dan sesiapa saja yang membaca blog nie..'BE STRONG'....(",)....

18 April 2007

------SWEET MEMORIES AT PD----------

DATE: 04/18/2007 07:22:47 PM
-----
BODY:

Imgp3109resizeImgp3097resizePic_0017Imgp3072resize


Hari sabtu lepas aku ngan member kelas ACCP wat trip gi PD..memang kenangan yang menyeronokkan...walaupun plan kitorang nak gi PD ni hampir2 tak jadi..tapi berjaya juga akhirnya..Gang yang gi PD ni pun 8 orang jer tapi memang kitorang enjoy sepuas-puasnyer...em aku pun sangat gembira mase tu..aku percaya member2 aku yang join trip PD tu pun enjoy gak..



First aktiviti kitorang kat sana emm macam la biase makan2 ngan sesi fotografi..the next activity ialah bermandi-manda..memula tu aku x da la nak mandi beriya2 pun..yelah laut masin..lagipun aku ingat nak main2 ombak jer..tapi lepas tgk diorang dah sewa pelampung aku pun ape lagi join diorang bermandi manda..even mase tu matahari tegak kat atas kepala, masing2 tak peduli..sume sakan bermandi manda sambil bermain bola dalam air..he he..



Emm masa kat PD nilah first time aku naik 'banana boat' ngan berkayak..he he..Naik banana boat tu memang best la..kenangan yang x dapat dilupakan..memula tu mcm takut jer..tapi bile dah naik tu..ok dan memang seronoklah..lagi pun awal2 lagi kitorang dah cakap kat mamat yang bawa banana boat tu, kitorang tak nak jatuh..he he..so kitorang just pusing2 kat situ naik banana boat...lepas tu kitorang naik kayak..he he (p/s:setelah di pujuk marini)..aku bukannyer ape..yelah x pernah ada experience naik kayak..so memula tu aku takutlah..bile dah tau sikit cam ne nak handle kayak tu..ok lah..walaupun lenguh tangan berkayak gara2 kena mengelak dari batu kat situ aku tetap rase seronok...Lepas tu aku sambung lagi bermandi manda, tapi kali ni lebih relax n santai sebab mase ni dah petang, so x da lah panas sangat macam mase mula2 kitorang mandi tu..he he..memang ralit dan tak sedar mase tu dah kol 6..



Akhirnya kitorang pun decide utk stop bermandi manda...yelah masa tu dah petang sangat dan aku pun berpuas ati sebab dah lama x enjoy mandi manda kat laut macam nie..sebelum balik sempat lah kitorang amek beberapa gambar..tapi tak dapat amek gambar sunset...hu hu...Even lepas balik PD muka kitorang sume sun burnt and lengoh2 badan especially pinggang n tangan, aku tetap berasa seronok...