15 February 2010

Agenda Tergendala Vs. Agenda Terlaksana

Dalam membuatkan diriku sibuk seperti kesibukan jalan2 di ibu kotaraya nie, maka since last week beberapa event telah dirancang samada yang tergendala mahupun terlaksana. As usual last minute event la yang selalu menjadi...

Agenda Tergendala vs Agenda Terlaksana 1

Actually last Friday (5/2/2010) nak join opismate main Badminton.. Punyalah beriye2 dok bergaduh pasal direction antara dua orang jiran sebelah aku nie dan aku pula first time nak join dan tak tahu tempat tu dekat mana.. So end up diorang akan tunggu aku kat somewhere lepas exit Asia Jaya... But unfortunately my gang tu semua ada hal dan aku pun tak ada gang nak pergi.. Adakah diterima alasanku ini..hehe

So sebagai penggantinya the next day (6/2/2010), aku telah mengajak kawan jog kat tempat biasa... Lama jugalah sudah tidak menjejakkan kaki ke sana.. Tak ingat bila tapi yang pasti bila aku dah start pergi gym kat opis nie last year... Maka semput juga megelilingi sebanyak 2 round.. First round jalan2 jer sambil borak2 dan bila 2nd round baru jog tapi aku main tipu ikut jalan short cut.. kuang kuang kuang...

Agenda Tergendala vs Agenda Terlaksana 2

6/2/2010 - Plan asal nak potong rambut tapi delay atas sebab2 tertentu dan petang tu pula ada aktiviti membantu mak aku mengemas dan membersihkan taman2 bunga.. chewah sejak bila ada taman bunga kan... hehe

Actually Penempatan pokok pasu bunga tu dah runtuh... Tak dapat menanggung keberatan yang melampau dan juga hujan ribut yang menyumbang kepada kepatahan kayu yang semakin mereput.. Fuh memang aktiviti yang menguji kederat aku yang tak berapa nak kederat nie kan.. Apapun mission completed petang tu...

So berbalik kepada aktiviti asal tadi yang tergendala sebelah petang tadi dan aku pula berangan nak melaksanakan pada malam tu sedangkan jam dan pun pukul 9 malam, maka secara rasminya pertukaran rancangan menjadi "Aktiviti Makan2".. I like \(^_^)/... Destinasi kami adalah Seoul Garden -IOI Mall.


Agenda Tergendala vs Agenda Terlaksana 3

Hari Selasa (9/2/2010) pula lain ceritanya.. hik hik.. sudah jadi karangan cerpen pula kan.. Plan asal dan semangat yang membara lagi berkobar2 ialah nak exercise kat gym opis nie.. Haih last exercise kat situ adalah tahun lepas.. Again sigh (T-T)...



Selepas berhempas pulas dan berkejar2an ke tempat yang dijanjikan setelah sudah tak larat nak menjawab call yang tak henti2 berbunyi bertanyakan aku dimana. Dalam keterpaksaan meninggalkan opismate aku yang sedang bermasalah dengan report dimana data tak tally.

End up bila sampai ke sana mendapat mesej yang sungguhlah frustrated...



"Gym ditutup buat sementara waktu untuk tujuan pembaik pulih"



Then apa lagi aku pun terus jelah balik before palang basement parking ditutup secara rasminya sebab aku lupa bawa passcard... huwa huwa..





Guess what... Apa yang yang terlaksana keesokan harinya (10/2/2010)...



Movie Day with 2 of my opismate dan juga adik aku.. hik hik...



Memang plan gitu2 jer..At first nak tengok citer Legion tapi lambat sangat show nyer... Then we just grab "Spy Next Door" at 9 p.m.

Sebelum sesi menonton adalah sesi mengisi perut yang kelaparan....



Then sesi mencari barang2 and I got surprise present too. Series unexpexted present from Marina & Aini.. Thank you very much.. tetibe diriku rasa disayangi oleh boy friend2 ku.. ahaks...

Lepas tu sesi menonton pun bermula... Jackie Chan berlakon.. best jugak..gelak2 dan juga sesi lelehan air mata ..huhu... apakah???


Agenda Tergendala vs Agenda Terlaksana 4

11/2/2010 - Agenda yang keempat nie kononya nak join main futsal tapi akibat kemengantukan yang teramat2 gara2 malam semalam aku terlebih gula kot sampai tak bley tido sampai pukul 2 pagi. Kerana itu jugalah I'm force myself to keep awake and focus the whole day event "workshop tactical campaign" (12/02/2010)... Gila aku strugle macam nak letak lidi supaya kelopak mata nie tak tertutup...

Abes pun dah pukul 7.. Then memang tak larat nak join diorang main futsal...

So event yang terlaksananya aku balik rumah dan terus memengsankan diri setibanya di rumah sampai keesokkan hari...

p/s: Fuh berjaya juga aku menghabeskan entry nie.. ambil masa berhari2 ... macam2 kes.. battery laptop kong, dan aku juga yang kong hari sabtu (13/02/2010) yang juga dikategorikan sleeping day... The next day (14/02/2010) baru nak sihat aku terus menghadirkan Event Nad's Engagement.... More pix at facebook

05 February 2010

Ke'Songee' an terserlah @ Greenbox Sungai Wang...

Hello hello... nak update cerita yang dah hampir nak berkulat nie... Actually last weekend nyer event dan baru hari nie nak update...



Before nak sampai ke Sungai Wang pun dah macam2 benda terjadi... aku dengan penuh confident bagi direction yang salah pada cik Marini kita... Maka kembalilah kami ke jalan menghala ke rumah aku... Adioyaa... Padahal plan asalnya aku park kete kat rumah Marini, then kitorang boley ikut Mex Highway dari jalan menghala ke TPM... Diatas kesilapan hampeh aku nie, maka berpatah balik lah kami ke KESAS highway dan baru masuk ke Mex Highway... Pembaziran apakah ini??? Sengal la juga aku ni kan...



Motif utama Ke'songgee'an kami kali ini ialah buat julung kalinya untuk ber'karaoke' ... Semua adalah first timer.. maka haru biru jugaklah dalam bilik karaoke tu...



Mula-mula semua malu2 kuceng..segan2 dan sewaktu dengannya.. lepas tu masing semua dengan tanpa segan silunya melontarkan suara... kuang kuang kuang....

Pix kat bawah nie pun dah menunjukkan betapa bersungguhnya kami menyanyi....







Pix bawah nie lagilah masing sampai senget2 muncung dok tarik suara..menyanyi kah????...






Sungguhlah kami berdua melayan perasaan... Marini dah semakin kuyu matanya..hehe...


Dan selepas itew.. next aktiviti celebrate my bufday... cepat tiuupppp... nanti fire alarm berbunyiiiiiiiii..... hehehe... basah mandi air hujan plak kat sini nanti........



En teddy bear ni aku letak dekat meja opis.. peneman setia dikala membuat kerja yang menghujani dan membanjiri work station aku ... Adalah juga aksesori untuk dijadikan hiasan selain koleksi botol2 mineral aku tu kan..hehehe...


Last but not least, berjuta-jutaan dan berbillion2 thank to all my dearest frenz... Love you all.. (^-^)

31 January 2010

Watch the number turn to 26...

Fuh masa untuk megemas segala sawang2 dan semak samun di sini... Proses pembersihan setelah lebih 2 minggu pengabaian blog secara berleluasa...

Untuk bulan January aku dah masuk gear 4-5, kesibukan yang sememangnya tidak dapat disangkal2 lagi.. Macam yang aku cakap dari awal tahun lagi 2010 is the tougher year... Tarik nafas panjang sebentar....





Lihatlah saja pada calendar... belum termasuk task list lagi... nasib baik iCare Prime hand over pada orang len.. Kalo tak dengan aku2 sekali transform jadi Optimus prime.. wakaka..



Masa terluang sempatlah menjenguk FB dan juga blog kawan2.. Blog aku sendiri pun tak terlawat.. hahaha..

Macam2 cerita ada sampai dah tak tau nak cerita yang mana satu... Cerita terbaru SME Congress 2010 kat Bukit Merah lake Town Resort untul all SMEtizens.. Sebelum tu aku rasa bekerja macam nak tergolek dan dalam sibuk2 tu sempat cari kostum untuk theme Dinner "back to 70's".. Aktiviti2nya team building, Dinner back to 70's, Motivation day yang membosankan and Town Hall with EVP...



Aku ditugaskan menjadi Bus lead, Kepala Bus bersama bos aku... On the way balik melayan citer Avatar dan menjadi pengulas cerita kat yang len2...






Now back to the main topic... Hurmm telan air liur jap... Adakah disebabkan angka yang semakin naik dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun...Memang rasa ngeri pun ada beb... Hoho...



Tapi apapun I'm very proud to be part of great family yang celebrate from the night before.. Makan2 sudah menjadi kemestian.. kami adalah sangat suka makan, makan dan makan lagi.. So gambar yang diupload kat FB pun 80 percent adalah gambar makanan.. lambang keabadian untuk besday ku kali ini... hehehe..






Udang tu jarang ada.. itupun kebetulan nyonya kat pasar tu tempah untuk dijual kepada taukeh restoran.. so sempatlah kami sambar enam ekor... harga tak yang cakap... Tapi kalo makan kat restaurant lagi dasyat mahalnyer... pejam mata jelah masa bayar tukan... Makan punya pasal... Huwa huwa huwa...


Dan mak aku dengan bangganya bercerita kat kami semua... "Mak dulu dah puas makan udang nie semua.. Dari kecik2 lagi.. Arwah atok mengail udang dan kami semua makan.. Tapi udang yang besar2 semua untuk Pak Uteh sebab dia satu2nya anak lelaki sulung... Anak perempuan yang lain dapat yang kecik2 jer dan sambil tu tunjuk saiz udang yang kami makan nie.. Then kitorang kata "Ini udang yang paling kecik ker???".. geleng kepala dan garu2 kepala yang sememangnya tak gatal... Wah kalo yang nie paling kecik, yang besar tu macam mana??? isk isk.. "...


So pada angka yang bukan kecil ini... sila lihat dan renung kembali kepada kehidupan yang telah dilalui, sedang dihadapi dan bakal dijangkaui...

TQ for the wish from my family and frenz di hp, fb dan sebagainya...



So esok celebration with ACCP songee gang... jap before that... Quote yang dipetik dari comment Nazila di FB ku..


"The more you praise and celebrate your life, the more there is in life to celebrate." - Oprah Winfrey, an aquarian -

11 January 2010

Inilah hariku....

Hari Isnin selalu menjadi Monday blues kepada ramai orang.. sememangnya lah tidak dinafikanlah oleh otak fikiranku .. psikologi jer tu fidah oiiiiiii....

Bangun pagi dikejutkan oleh Si Tombit yang juga menjadi alarm yang tidak diminta2 oleh kami untuk bangun pada hari2 biasa...Tetapi pada pagi tadi ku rasa kenapa Tombit kejut awal sangat...

Tanpa menghiraukan Si Tombit mengiau2 dengan tahap kenyaringan mengalahkan alarm pada level 5 kerana memang itulah aktiviti hakiki setiap pagi meminta "Ikan Bakar", dan masing2 mengomel sambil tengok jam pada handphone yang merupakan teman disisi dikala ketiduran.. Owh sudah pukul 5.45 a.m ghupernyer....

Bangun2.. suara kakak aku pula bergema... Sambung tidor...

Jam menunujukkan pukul 6 pagi, dengan sedikit kemalasan bangun pagi nie gara2 malam semalam tidur pun dah lambat ...

Keadaan bertambah buruk bila2 lagi aku mengalami ketegangan yang amat terasa pada urat2 di betisku yang mengeras akibat mengalami kejutan budaya selepas skipping... Haih dah lama tak skipping itulah padahnya... Mahu ku tampal "Ketotop" malam tadi tapi sudah kehabisan stok...

Ketegangan pada tekak yang mula terasa pahit gara2 virus influenza yang menyerang tanpa belas kasihan sejak beberapa hari yang lepas menambahkan tahap kemalasan ke level yang semakin tinggi..

Maka di atas sebab2 yang tidak diingini seperti yang dinyatakan di atas, keluar rumah pun lambat dari yang sepatutnya...

Jalan2 yang dilalui sememangnya jam pada tahap yang luar biasa sampai tak ada ruang jalan yang tak jamm ....

Kelewatan yang tidak dapat diterima bila parking free di menara pula sudah penuh.... What a day today... Need to pay RM6 for parking.... Dikala kekeringan di musim kemarau.. RM6 itu adalah sungguh terasa... Apakah aku???

Fuh... ketegangan bukan sahaja pada kaki dan tekak, malah saraf-saraf pada otakku pun sudah menunjukkan simptom2 ketegangan bila pemfokusan membuat kerja hingga tidak perasan jam menginjak ke hampir pukul 2....

LUNCH TIME.. rehat sebentar yea...

Seperti biasa pemfokusan di waktu petang mula dicampur adukkan dengan aktiviti selingan dari YouTube dan borak2 sket... ke banyak ke tak kisahlah...

Perjalanan balik pun boleh tahan jamm ..

Kecerahan di sinari pelangi selepas hujan kurasakan pabila mak aku masak my feveret food Sup Ikan Merah yang sunnguh lazat hingga tak terhingga... Slurpp.. menikmati sup dikala selera makan yang tidak berapa nak selera nie adalah satu kenikmatan yang amat dihargai...

Itulah pepatah

No matter how it starts, the important is how it ends...

adakah kena dengan penceritaan aku ..layankan ajelah...

09 January 2010

Duduk rumah diam2... (T-T)

Nothing much to say for this post... Untuk hari yang sepanjang masa boleh dikatakan duduk di rumah except pagi tadi menjalankan tugas2 khas mebeli barang2 pasar dan barang2 untuk renovate rumah... Sudah seperti menjadi kontraktor aku nie.. Ala2 Phua Chu Kang gitu..hehe





Beli cat, cownies, simen, batu dan sebagainya... Sudah aku jelajah kedai2 untuk beli barang tu semua especially masa renovate rumah sebelum2 nie lagi.. Siap cina tokeh kedai tile tu memang dah cam muka kami nie... Pastu cam biasa la mesti minta diorang bagi harga murah kan... nama pun loyal customer...

Okey2 tapi macam tak pelik ker kenapa weekend nie aku dok rumah jer...

Aku disuruh untuk tidak keluar kemana2 weekend nie..itulah dia anak yang patuh pada ibu bapa.. uhuk uhuk... Hukuman dijatuhkan kepada aku sebab asik keluar jer every weekend especially bulan dec yang movie memang best2.. Ehem ehem sila la berterus terang perkara yang sebenar fidah .. tok sah nak tipu2 lagi..haih...

Ok the truth is aku memang plan tak nak keluar kemana2 pun this weekend.. Saja nak berehat kat rumah..

Ops again adakah itu alasan yang betul.. setahunya budak fidah nie manalah reti dok diam2 kat rumah kan... ermm ok jum korek rahsia apakah sebabnyer...

Wokey.. aku sudah papa kedana.. yeah now only the truth reveal... huwa.. (T-T).. Lambat lagi gaji nak masuk nie...

Bulan Dec & Jan adalah bulan yang sungguh busy with personal + work + family... yeah really have fun with it.. Aku suka bila busy nie.. kalo ngomel2 tu biasalah but to be honest i am really enjoy & really really really happy.... \(^-^)/

Really appreciate the best moment I had together with my family and frenz....

Can't wait for the upcoming events also...

p/s: Title entry nie aku gunakan untuk status di YM untuk hari nie dan tau2 jer my dearest frenz Marini & Kama pun sama dengan status yang sama.. I like .. kita bertiga memang sehati sejiwa ...