15 June 2010

HK + Shanzhen

Setelah sekian lama entry yang diperam lagi dijerukkan ini akhirnya muncullah ia untuk tatapan anda semua..kalo2 korang masih ingat lagilah kan..huhu.. sebabnyer 2nd trip dah pun balik dari Vietnam last week dan 3rd trip bakal ke Bali next week..

So yang aku ni barulah terkial2 nak habeskan entry kami yang 1st trip hari tu.. okay2 back to main topic.. Continue cerita hari tu aktiviti kami on the second day.




Pagi2 tu kami dah bertolak dari hotel dan memulakan aktiviti Hong Kong Tour.. Antara tempat yang di lawati selain melalui bandar Hong Kong adalah Hong Kong Peak, naik Sampan, melawat Jewellary factory, dan juga tempat2 yang dinantikan iaitu Hong Kong Disneyland..







Masa kat Hong Kong Disneyland nielah kami bergambar sakan disetiap ceruk sudut.. Apa yang best kat sini of courselah Parade Show, Jungle River Cruise, Small World dan macam2 lagi...
Tapi disebabkan kesuntukkan masa tak dapatlah kami menyaksikan firework.. hurmm tapi okay jugalah at least merasakan juga menjejakkan kaki ke sini.. Tak pernah terfikir pun akan ke sini sebenarnya..eheheh..



Petang tu kami meneruskan perjalanan menaiki MTR menuju ke Shanzhen, China.. Actually Shenzhen sempadan dengan Hong Kong, macamlah kat Malaysia dengan Singapore.

Ketibaan kami di Shanzhen disambut dengan ramah mesra oleh local guys di sana yang merupakan our tour guide sepanjang berada di Shanzhen.
First aktiviti sampai di sana ialah menikmati hidangan makan malam dan sememangnya kami semua sudah kelaparan.

Lepas dinner malam tu kami dibawa untuk check in kat NewTon Hotel. After that ialah sesi ke Dongmen Pedestrian Street untuk shopping... kat sini memang boleh bargain giler2.. Aku memang tak reti nak bargain nie dan aku serahkan kepada yang pakar iaitu bos aku dan my colleague Fazli.. Memang berjalan kat area Dongmen sampai hampir satu pagi dan balik semula ke hotel dan tidur...

************************************************************************************

First aktiviti pada hari ke-3 ialah Shanzhen city tour, dan juga pergi melawat ke beberapa tempat antaranya Ginseng and herb shop, Jed and Gem outlet dan yang tak boleh blah siap pergi ke rawatan secara traditional dan mendapat consultation dari tabib2 kat situ huhu.. Memang sesi pagi tu kurang menarik sebabnya dalam kepala kami just dok pikir nak shopping jer..huhu..



Selepas lunch kami semua pergi ke Window of the World. Actually aktiviti ni memang kami request atas permintaan ramai.. Wah memang excited bila dapat melihat monumen2 kebanggaan dari negara-negara yang gah seperti Piramid, Taj Mahal, Eiffel Tower, Chandi Borubodur dan sebaginya..








Setelah mengelilingi satu dunia ehehhe konon jelahkan, kitorang pergi masuk ke Snow World .. Masa ni memang bergambar sakan kat dalam tu.. Macam balas dendam jer tak dapat bergambar masa kat Snow World Genting Highland tu kan..uhuk uhuk... Memang seronok dan excited dapat naik ice slide dan menjerit tak hengat dunia.. ehehehe





Then sesi petang tu adalah menonton Chinese culture show --> Mongolian Horse Fighting & Colurful dance show.. Sungguh menarik..


Show ketiga kami replace dengan aktiviti shopping kat Luohu.. Again kesuntukan masa dan kami nie marothon sambil bershopping..huhuhu. Kat sini pun memang boleh bargain siap soh Fazli tolong bargainkan untuk aku...


Petang tu kami amik MTR pulang ke Hong Kong semula... Haih yang kami nie pula dok pening kat stesen keretapi tu dan hampir2 terlepas our last train tu sebenarnya... Hurm seb baik selamat kami naik dan our tour guide di Hong Kong sudah menanti kami di sana....

Sampai di Hong Kong macam biasalah sesi untuk mengisi perut yang kelaparan dan pulang ke semula ke hotel di Kowloon, Hong Kong...

************************************************************************************

Pada hari terakhir memang aku terlewat bangun disebabkan keletihan dari hari 1 - 3... Hurm tapi sempat jer shopping kat street market dalam keadaan marathon aku berlari2 semula ke hotel... Selepas check out dari hotel tersebut kami bertolak ke HK Airport dan tibalah masa kami untuk pulang ke tanah air, Malaysia menaiki flight MH073 pada pukul 2.15 p.m.

Itulah dia sedikit sebnayak coretan perjalanan kami sepanjang berada di sana.. yeah..

10 June 2010

Mode: Emo.....


Mula suspek pasal isu nie bila baca status FB my collegue (Aini) dan aku terus tanya bos.. Tapi bos aku tak nak cakap waktu tu dan kata akan brief kat kami semua waktu lunch..


Dalam kepala aku dok tertanya2..apakah??? Segala emel yang masuk aku totally ignore dan tak boleh fokus pun untuk buat report dan sewaktu dengannya..


Dengan bos aku berdolak dalih tak nak bagitahu waktu itew aku terus terteka teki dengan bos aku.. Dan tekaan aku hampir mengena tapi bukanlah dengan cara yang aku sangka...




Setengah jam selepas itu, bos aku pun panggil kami semua discuss .. Aku pesan kat Aini bawa tisu lebih before masuk bilik discussion...




Then bos aku memulakan cerita dan memberitahu kami semua.. Reaksi kami TERKEJUT, MARAH, SAKIT HATI... Tapi bukan dengan bos aku tapi dengan orang itew yang buat keputusan sesuka hati tanpa memikirkan kesan2 kepada orang lain..




Dan terus kerana rasa Emo itu aku terasa mahu makan ayam penyek kat Bali Feel dan amek menu setengah ekor ayam.. Thanks tu Aini dan rakan2 yang laian juga kerana mendengar rintihan aku yang mahu makan setengah ekor ayam itew. Amek ko besar sungguh sampai semua orang terkejut.. Aku makan sambil join yang lain2 dengan masing2 punya sesi luahan tapi fokus adalah lebih kepada diskusi kami tadi... Akhirnya berjaya menghabiskan ayam penyet itew..




Balik opis terus dengan misi kami list apa2 yang patut untuk justification supaya keputusan itu dipertimbangkan semuala .. Tapi kami perlukan strong justification..hurmmm sampai tak sedar dah hampir 5 petang..




Satu hapa keje pun aku tak usik dan pada pukul 5.30 baru start buat report sampai pukul 8 dan masih tak siap..




Sambung keje di rumah tapi lambat giler aku siapkan .. dan finally siap dan terus emel yeah dan unexpected dapat pulak reply tengah2 malam tadi..




Okay itu sahaja..cerita emo saya...




Tentang penceritaan perjalanan kami tempoh hari ke HK pada hari ke-2 dan seterusnya masih tertangguh...

22 May 2010

Perjalanan kami ke Hong Kong pada hari pertama....

Perjalanan kami ke Hong Kong dan juga Shanzhen, China selama 4 hari dan 3 malam bermula 13- 16 May 2010...

Seperti dalam mimpi bila menjejakkan kaki ke sini...

Excited ya!.. Jelas terpancar dimuka kami....

Maka secara exclusive cerita perjalanan kami untuk pembaca blog ini sahaja.. Diulang sekali lagi pembaca blog ini sahaja!!!..

Day 1...

Berkumpul di KLIA.... banyak masa untuk photo shoting sebab flight delay 1 hour atas sebab teknikal..

Let start with our exploration at KLIA.. yeah.. banyak masa terluang kat sini... excited lah katakan...


Pura2 busy isi imigresen form..
Fazli, Fendi & Kak Ina.. ermm discuss apa tu?? Series jer ghupernyer...







Aku, bos & Fazli.. most of time memang aku dok mengekor diorang nie..ehehehe





Fendi, Fazli & Kak Ina.... bos, big bos and bos of my bos... betapa kecilnya aku.. ehhee.. memang aku kecik pun kan...lalalalalala....




Kami sedang menuju ke Flight Gate.....






Flight kami pada jam 7.45 p.m. bertolak meninggalkan Malaysia...

.......................




Dan 4 jam selepas itu, tibalah kami ke Hong Kong Airport dan disambut oleh our tour guide, local guy disana ...







Kami dibawa dari Hong Kong Airport ke New Ton hotel, Kowloon dimana lokasinya ialah di main land... betulkan..ermm betullah kan.. biasalah mamai jer masa nie..so info tu ingat2 lupa..


Sampai hotel pun dalam pukul 1 pagi..check in dan sebagainya.. misi seterusnya adalah tidur..zzzzzzz



Memaksa mata untuk tidur.. Normal symtom untuk aku, ke mana sahaja aku pergi memang akan susah nak tidur pada hari pertama..huuhu...



So next ekspedisi yang super padat pada hari ke-2 .. bersambung di entry seterusnya..Yeah...


p/s: More pix @ FB ( x publish kat profiles!)

12 May 2010

Work + Vacation Trip

This week hanya bekerja 3 hari but I'm soo tired...

2 days workshop.. siapa pernah pergi tahulah betapa tak bestnya.. Hanya best part makan.. haruslah tak melepaskan peluangkan especially 2nd day.. Menu plak chineese food yang sememangnya kena dengan selera aku.. Memang semua orang tegur kerana kesungguhan aku malaksanakan misi menghabiskan makanan itu..sungguh buruk perangai... ahahha..


Next day

~report + email yang 2 hari tak buka + UAT + report again~

Imagine my day yang sungguh tak best.. Bila mood tak best maka banyaklah issue aku raise masa UAT tu.. ahaha..


Dikala orang balik ke rumah. aku pula kembali ke opis untuk menyiapkan tugasan terakhir sebelum memulakan percutian aku.

Hanya 3 shj hari bekerja sama seperti last week.. Awal2 lagi dah buat out of office assisstant sebab marah kot terus aku tulis I'm not in office from 10 - 18 May... berderet2 workshop + UAT + holiday.. Nasib baik workshop on next week postpone until further notice and thinking of back to our previous plan to attend training on 17th & 18th May 2010, tapi kena discuss balik with my training mate (~mr genius~).. Dah lama tak masuk opis sampai En Neighbour kata aku bercuti bersalin..ahaha.. lawak2...



************************************************************************************

Lupakan hal2 berkaitan kerja... 2 days off for next vacation in this month... Wah bercuti dikala calendar penuh dengan UAT.. Aku yang patuh pada arahan bos.. yeah.. suka2 jer aku kan...eheheh..Minta jasa baik my UAT mate (Syia) untuk cover sepanjang ketiadaan aku pada kedua2 hari UAT tu nanti...

4 days 3 night... flight on tomorrow evening... whats else.. owh yea almost forgot my check list need to complete by toninght... Esok pagi perlu melaksanakan misi ...
Take care everyone and have a nice weekend... \(^-^)/




03 May 2010

Redang : Percutian yang sangat hebat...

Sudah lama aku mengimpikan mahu ke sini... Macam dalam mimpi pula rasanya bila berjaya menjejaki ke Pulau ini yang selalu diperkatakan orang... Tak dapat nak digambarkan perasaan yang sungguh kagum dengan keindahan dan kecantikan pulau ini...


Pasir yang putih bersih..


Air laut yang biru jernih dan nampak ikan berenang2 ditepian batu.. coral yang sangat cantik... Mudah2an kecantikan pulau ini dijagai dan berpanjangan....Amin




Masa berlalu dengan pantas sekali selama 3 hari 2 malam... dengan kos yang sangat super duper murah RM270 dan lengkap dengan semua pakej termasuk transport dari KL- Redang - KL ... Peluang yang tak mungkin dilepaskan...



Pengalaman snorkeling yang ke-2 selepas di Pulau Kapas.. Tapi kali ni kami dijaga dan diajar dengan baik sehingga hari2 terakhir kami di sana... Berasa sungguh terharu....

Pengalaman snorkling terbaik... 4 kali snorkling dan seperti tak percaya kami bertiga snorkling 3 kali pada hari kedua yang mana setiap masa diisi dengan aktiviti pakej dan juga aktiviti tambahan kami sehingga ke jam 3 .30 pagi....

Ekspedisi mencadat sotong... Sotong yang berjaya aku candat hanya satu je kot.. uhuhu sungguh tak berbakat menjadi nelayan... tapi memang sungguh excited... lepas-lepas tu aku boleh tidur dengan lena sekali atas bot masa kawan2 tengah sibuk mencadat sotong dan juga mabuk2 laut...



Menyaksikan matahari terbit...




Melihat baby penyu


Melihat anak shark semasa snorkling di Shark Point..dan juga berjaya akhirnya melihat pasir yang berkilauan kaler biru di waktu malam selepas sesi mencadat sotong.. dan macam2 pengalaman yang tidak boleh dibeli dan hanya di Redang...




Bila sampai hari terakhir kami berasa sungguh sayu untuk meninggalkan pulau ini.. aku sudah jatuh hati dangan pulau ini... Mahu ke sana lagi... Series... aku betul-betul memaksudkan...

MArini--> Thanks sangat2, ko yang rekomen pakej nie.. I'm loving it...
Suzie--> Walaupun pening2 kepala dan mabuk laut, sakit perut dan sebagainya tapi masih melayan kegilaan aku dan Marini..ehehhe...





Lan : Group leader yang berdedikasi dan sangat menjaga kebajikan anak buahnya

Last but not least.. En Awe yang mengajar kami snorkeling dengan cara yang betul dan sungguh best...