Coretan kisah suka duka kehidupan...Hidup tidak selalu indah tetapi yang indah itu selalu hidup dalam kenangan
11 July 2010
Projek hujung minggu saya...
Okay, back to main topic.. apelah baru intro dah mula melalut tak tentu pasal ni kan...isk isk..
Hari Sabtu adalah sesi men'service blackie.. Mula-mula dok pikir nak hantar service kat workshop atau pun nak hantar kat Perodua Service Center seperti biasa. Setelah memikirkan yang aku nie memang tak reti kalo nak hantar kat workshop biasa dan tak pernah ambil tahu pun apa benda yang nak kena tukar setiap kali service blackie tu maka hantar jugalah ke Perodua Service Center seperti biasa.. Hurmmm kena bayar lebih sikitlah tapi aku tak perlu nak pening2 kepala..eheheh.. sungguhlah aku nie kan..
Setelah service blackie tu barulah tahu ada paku kat tayar depan belah kiri.. haih..So diorang tampal jelahkan...Tapi insiden ni berlaku sekali lagi seperti mana masa aku service blackie sebelum ni, mekanik tu kata ada paku gak masa tu.... Aku ni plak boleh jer bawa jer kete tu tanpa suspect apa2.. hurmm.. ketuk sket kepala aku ni... adeh! ...
Lepas lunch plak sesi shopping barang dapur bersama2 parent... Aku memang prefer shopping hari Sabtu tak kisahlah tak ada beg plastik pun... Yang penting tak perlu bersesak-sesak waktu nak beli barang dan juga part yang aku paling tak suka ialah kena beratur panjang giler kat kaunter bayaran tu sekiranya kitorang pergi hari Ahad... Dan juga paling tak boleh blah kat Tesco Puchong nie, kalau hari Ahad troli tu pun nak kena berebut macam pisang goreng panas.. I hate that part.. huhu...
*************************************************************************************
Ahad plak mula-mula macam malas nak keluar, tapi kalau tak keluar pula rasa boring yang teramat sangat. Lepas tu teringat plak semalam dah janji nak bawa mak aku ke Pesta Bunga kat Putrajaya.. Seperti biasalah mak aku memang excited kalo part bunga2 dan tanaman ni kan... Lagipun dekat jer pun Putrajaya dengan rumah.
So berdua jelah dengan mak aku ke sana.. Kalo korang perasan masa diorang promote kat TV tu diorang ada cakap Pesta Bunga tu somewhere kat Taman Botani kan.. ker aku yang tersilap dengar.. Memang merapu jugaklah aku pergi ke Taman Botani yang ada --> sukaneka budak2 sekolah Tadika.. Mak aku pun dah bising2.. hurm pastu lepas jalan2 kat situ aku tanyalah guard tu dan dia kat dekat Presint 2... Ketuk kepala aku sekali lagi...
Maka menujulah kami kesana.. Yer sememangnya ramai betul orang kat sana..
Sampai2 jer excited tengok pokok bunga especially bunga orkid.. so colourful.. hehehe I like..
Sudah menjadi kemestian beli bunga orkid ni kan..
Lepas tengok bermacam2 jenis bunga2 dan landskap macam biasalah operasi mencari makanan.. perut pun sudah minta di isi..huhu..
Overall misi pada hari ni telah berjaya terlaksana.. ehehehe..
Enjoy the pix at my FB..
10 July 2010
Ngomel ngomel seorang diri
Okey sebalum nak buat korang semua pening kepala... lets start with last weeknyer aktiviti..
`Last Thursday`
Watch movie nite with the ladies -opis mate Marina, D, Sally & Ray... ehehehe.. Last minute plan Cik Marina roger aku untuk tengok citer Sex and the City 2...

Bila keluar jer dari car park hujan lebat..hurmm so perjalanan yang sekangkang kera dari opis ke MidValley tu pun menjadi satu jam.. So kami melayan lagu2 dalam kereta dikala mengelilingi MidValley ring... Sampai jer memang sudah kelaparan hola hola...Makan2, borak2 and all the gosipping. Then movie time...Nice movie..yeah yeah.. bergelak ketawa jer kami sepanjang tengok citer tu...
'Last Saturday'
Lepas shopping beli barang dapur, sempat pulak aku roger Marini untuk hang out tengok movie.. As usual Cik Marini kena melayan my feeling yang out of tune on dat day.. ngeh ngeh tetibe resah gelisah tak tentu pasal jer kan..uhu uhu... Sampai Cik Marini dok asik tanya aku okay tak nie..huhu and my answer 'I'm just fine'.. wah kelas gitew ..huhu
So our last minute plan dan main belasah jer , maka kami just jalan2 , makan2 & terus ke agenda seterusnya tengok movie 'The Back Up Plan'.. Yeah romantic comedy.. I like... melayan tengok citer tu sambil terfikir apa back up plan aku yer..hurmmm ..

Pastu lepak jap rumah Marini and then makan Durian + pulut + susu..hurmm aku tak sure apa namanya..ngeh ngeh.. at last aku makan durian sahaja.. sowie Marini dah cuba paksa tapi tak boleh masuk gak..
'Last Sunday'
Seorang lagi kawan atau lebih senang kalo nak di ceritakan di sini clasmate masa Form 3--> kelas 3 Budi yang glamor dengan nama Waci telah melansungkan perkahwinan ... As usual kalo pergi wedding kawan2 sekolah mestilah jumpa dengan kawan2 lama kan..gheh ngeh.. lama betul tak jumpa diorang.. Actually i'm expecting ramai yang datang means member kelas 3 Budi tapi hanya beberapa jer yang aku jumpa masa wedding tu ..Selain Suria yang teman aku pergi bersama ke weding tu, aku jumpa Mona, Hudaz & Didi dan beberapa kawan lama not from 3 Budies yang masih ku kenali Salwa and other chinese gurl with cute daughter...
'Friday Nite' - Waka Waka World Cup Fever
Jangan terkompius plak.. aku memang bukan fanatik bola mahu pun World Cup... Kalo tahu siapa menang pun macam biasalah bila masuk opislah kan.. semua dok cerita pasal bola..
So apa yang Waka Waka kat sini ialah aku dan Marina menerima jemputan dari Cik group BAC untuk ke "TM Streamyx Installer R &R Dinner" di Rainessance Hotel...
Theme untuk dinner adalah--> Waka Waka World Cup fever..
Memang Waka Waka counter sudah tersedia for face painting... macam nak tengok bola kat stadium plak kan.. Macam-macam gaya ada, half face paint, full face paint dan kebanyakannya lukisan2 kecil di pipi, tangan dan aku tidak sama sekali..ehehehe
95% yang datang pakai jersi dari pasukan kegemaran masing2 + sponsored.. aku memang tak ada jersey..so memula nak pakai jersey yang dipinjam dari Peja.. but then Marina kata, kalau tak pakai jersey pun tak apa ..so kami tergolong dalam group 5% yang tak pakai jersey tulah..ehehehehe.. budak2 SME kan.. hoho...
Wokey nice show & emcee tok dinner tu plak AG & Kiran from Hot FM... Enjoy the food.. Thanks to Shani for the invatation..yeah...
The only pix i have seperti di bawah ini pun di ambil dari FB Cik Marina..uhuk uhuk
02 July 2010
Cerita Kawan Songee ACCP saya..
Course kami hanya enam bulan tapi keakraban yang terjalin antara kami menjangkaui waktu itu..
Selalu kami berkata kenal 6 bulan tapi seolah2 kami mengenali hati budi antara kami lebih dari course mate masa belajar masa dekat U yang 3 tahun itu..
ACCP course.. di sini kami belajar programming/ database dan sewaktu dengannya... Selama 3 tahun belajar dekat U pun aku tak paham2 seperti apa yang aku paham semasa belajar disini yang selama 6 bulan itu..
Thanks pada Mr Suraj (.Net lecturer) , Mr Yong (Java lecturer) dan pada Kama yang banyak tolong kami memahamkan dengan lebih terperinci apa yang lecturer ajar dan juga selalu share knowledge dengan kami...
Itu baru part belajar programming, tapi actually selama 6 bulan itu lebih dari belajar programming dan yang menjadi rentetan perkenalan kami ... Aku mengenali Marini, Suzie, Kama, Teep dan Meen...
Aktiviti kami bermula dari makan2 kat ACCP, then aktivi luar bersama memang banyak dan tak terkira...
Dan last month, gathering / party steamboat di rumah Marini .. Entry ni aku malas nak upload apa2 pictures (sebab semua ada di FB)...
So tujuan party yang pelbagai ini dan boleh dikatakan 3 in 1.. huhu macam milo 3 in 1 pulak kan..ehhehe..
- Meraikan besday2 songee (Marini, Sujie & Kama)
- Meraikan Pertunangan Kama & Paie
- Meraikan bakal2 pengantin baru (Teep & Meen) -- > sudah selamat berlansung pada minggu lepas...
Tak sangka pula yeah sekejap jer masa berlalu dari kami semua masih mentah baru habis grad kemudian melangkah ke alam pekerjaan dan kini kami sudah pun 3 tahun bekerja... Songee2 yang sudah pun dan bakal melangkah ke alam perkahwinan...
Kawan2 sekalian selamat berumah tangga... Saya gembira untuk anda semua...
15 June 2010
HK + Shanzhen
So yang aku ni barulah terkial2 nak habeskan entry kami yang 1st trip hari tu.. okay2 back to main topic.. Continue cerita hari tu aktiviti kami on the second day.


Pagi2 tu kami dah bertolak dari hotel dan memulakan aktiviti Hong Kong Tour.. Antara tempat yang di lawati selain melalui bandar Hong Kong adalah Hong Kong Peak, naik Sampan, melawat Jewellary factory, dan juga tempat2 yang dinantikan iaitu Hong Kong Disneyland..



Masa kat Hong Kong Disneyland nielah kami bergambar sakan disetiap ceruk sudut.. Apa yang best kat sini of courselah Parade Show, Jungle River Cruise, Small World dan macam2 lagi...
Tapi disebabkan kesuntukkan masa tak dapatlah kami menyaksikan firework.. hurmm tapi okay jugalah at least merasakan juga menjejakkan kaki ke sini.. Tak pernah terfikir pun akan ke sini sebenarnya..eheheh..


Petang tu kami meneruskan perjalanan menaiki MTR menuju ke Shanzhen, China.. Actually Shenzhen sempadan dengan Hong Kong, macamlah kat Malaysia dengan Singapore.
Ketibaan kami di Shanzhen disambut dengan ramah mesra oleh local guys di sana yang merupakan our tour guide sepanjang berada di Shanzhen.
First aktiviti sampai di sana ialah menikmati hidangan makan malam dan sememangnya kami semua sudah kelaparan.
Lepas dinner malam tu kami dibawa untuk check in kat NewTon Hotel. After that ialah sesi ke Dongmen Pedestrian Street untuk shopping... kat sini memang boleh bargain giler2.. Aku memang tak reti nak bargain nie dan aku serahkan kepada yang pakar iaitu bos aku dan my colleague Fazli.. Memang berjalan kat area Dongmen sampai hampir satu pagi dan balik semula ke hotel dan tidur...
************************************************************************************
First aktiviti pada hari ke-3 ialah Shanzhen city tour, dan juga pergi melawat ke beberapa tempat antaranya Ginseng and herb shop, Jed and Gem outlet dan yang tak boleh blah siap pergi ke rawatan secara traditional dan mendapat consultation dari tabib2 kat situ huhu.. Memang sesi pagi tu kurang menarik sebabnya dalam kepala kami just dok pikir nak shopping jer..huhu..

Selepas lunch kami semua pergi ke Window of the World. Actually aktiviti ni memang kami request atas permintaan ramai.. Wah memang excited bila dapat melihat monumen2 kebanggaan dari negara-negara yang gah seperti Piramid, Taj Mahal, Eiffel Tower, Chandi Borubodur dan sebaginya..



Setelah mengelilingi satu dunia ehehhe konon jelahkan, kitorang pergi masuk ke Snow World .. Masa ni memang bergambar sakan kat dalam tu.. Macam balas dendam jer tak dapat bergambar masa kat Snow World Genting Highland tu kan..uhuk uhuk... Memang seronok dan excited dapat naik ice slide dan menjerit tak hengat dunia.. ehehehe


Then sesi petang tu adalah menonton Chinese culture show --> Mongolian Horse Fighting & Colurful dance show.. Sungguh menarik..

Show ketiga kami replace dengan aktiviti shopping kat Luohu.. Again kesuntukan masa dan kami nie marothon sambil bershopping..huhuhu. Kat sini pun memang boleh bargain siap soh Fazli tolong bargainkan untuk aku...
Petang tu kami amik MTR pulang ke Hong Kong semula... Haih yang kami nie pula dok pening kat stesen keretapi tu dan hampir2 terlepas our last train tu sebenarnya... Hurm seb baik selamat kami naik dan our tour guide di Hong Kong sudah menanti kami di sana....
Sampai di Hong Kong macam biasalah sesi untuk mengisi perut yang kelaparan dan pulang ke semula ke hotel di Kowloon, Hong Kong...
************************************************************************************
Pada hari terakhir memang aku terlewat bangun disebabkan keletihan dari hari 1 - 3... Hurm tapi sempat jer shopping kat street market dalam keadaan marathon aku berlari2 semula ke hotel... Selepas check out dari hotel tersebut kami bertolak ke HK Airport dan tibalah masa kami untuk pulang ke tanah air, Malaysia menaiki flight MH073 pada pukul 2.15 p.m.
Itulah dia sedikit sebnayak coretan perjalanan kami sepanjang berada di sana.. yeah..
10 June 2010
Mode: Emo.....
