13 December 2010

Updated finally

Setelah dikira2 lebih 4 bulan sudah tak update blog nie.. Sudah jadi sarang tebuan... takut nak masuk sebab nanti kena gigit dengan tebuan..adeh... eehehehe

Okaylah kawan2 semua lama juga saya menyepi dari dunia blog..hurmm ..tiada sebarang sebab yang specific pun..

So sebagai permulaan yang tak berapa nak mula sebab lama sangat dah tak menulis di sini..a few recently update

My sister wedding -

Pictures ada dlm FB.. TQ to all the fotographer yang terlibat. One of them is Marini...Camera sangatlah tak terpegang pada hari itu.. So aktivitinya menyelit sesempat yang boleh dalam mana2 gambar... Everything goes well & smooth.. ..
Padahal masing2 nervous sebenarnya sebab 1st wedding dalam family...
Majlis nikah waktu pagi tu & then bersiap2 untuk reception ceremony waktu tengahari..dan sedara mara ada yang sampai ke malan untuk aktivi kemas mengemas. Memang sangat terharu dengan semua tetamu yang sudi melapangkan waktu dan tidak dilupa kerahan tenaga yang tak terhingga from family members dan jiran2 tetangga...

Fever... (T-T)

Actually masa sebelum kenduri lagi dah start tak sihat sebenarnya..tapi masih menggagahkan diri.. So lepas kenduri 2 hari aktiviti kemas mengemas sehinggalah boleh bernafas melihat keliling kawasan dalam dan luar rumah, maka selepas itu dah berasa tidak sihat badan.. Nak kata demam yang panas tu pun tidak tapi ntahlah sbb letih kot..

The next day masuk opis buka mailbox is like a nightmare tapi terpaksa buka juga dan terus zup lebih 200 email masuk from Friday until Monday + email untuk hari itew juga

After settle about nearly 50 emails, bos suruh balik rumah... ehehhe.. privilage to me i guess. yelah sebab baru habis kenduri + tak sihat..So tanpa berfikir panjang akur dengan arahan bos dan dengan lajunya balik ke rumah... Pastu rehat kat rumah pun tak senang hati juga so tengok jugak sket2 emel...

The next day email yang sedia ada plus email yang bertimbun banyaknye maka dok kat opis sampai pukul 9 mlm.. Adeh dan keesokan paginya tak boleh bangun.. dan mesej bos : bos hari ni I masuk opis lambat sket. ehehehhe.. Bos pun bagi green light dan sambung tidur padahal masa tu dah bersiap dan tinggal nak iron tudung jer...

On the Friday plan asalnya nak half tetapi terus MC sebab pagi tu muntah2 dan macam nak kena gastrik.. dari malam tu lagi tak boleh tidur sebabb angin... hurm.. so pergi klinik plak doktor tu suruh makan ubat masa tu juga.. adeh ubat gastrik adalah ubat yang paling tidak disukai...
Lepas tu petang bertolak ke JB....

JB Tour

Last two weeks kami ke JB untuk menghantar rombaongan pengantin ke sebelah lelaki...
Ramai saudara mara especially mak, abah dan adik beradik sebelah mak yang tak dapat menahan sebak menitiskan air mata masa menepung tawar... Difficult to describe the feeling at that time.. As usual i'm a tough girl hokay...Stay 2 nights kat sana.. tapi tak banyak aktiviti kat sana.. not fully recovered masih batuk + lost appetite.. nasi beriyani Johor seperti tidak dapat dinikmati sepenuhnyer..jeles jer bila tengok orang makan dengan bersungguh-sungguh.. So Along yang drive pergi dan balik.. actually masa balik tu boleh jer drive tapi ntah tak nak pulak bagi drive alasannya kesian kat aku sebab esok kerja.. okay jelah....

President songee punya party... wah last minute plan dan hampir tak jadi.. cammy, nazi, dayah, dayah's husband (Marwan)+ baby maisarah join the event... If ramai lagi yang join sure lagi meriah.. Lela, nimi, dayah, shima, El...

Initial idea utk accessories's party from my opis mate ada wat party untuk her best friend bachelorette party and from there idea itu telah dimajukan pada pihak urus setia cammy.. Dari Cammy itulah --> Thumbs up kepada Nazi begitu gigih mencari barang untuk party hari tu..

So kami telah membuli nad untuk pakai crown + bulu di leher itew.. sungguh menawan sampai brother meja belakang kitorang pun tumpang amek gambar jugaks... eheehe..

Then sesi bergambar bersambung selepas makan kat Taman KLCC...
A lot pictures kat FB juga sbb semua pictures tag dari 3-4 camera... Walaupun lambat tiba tapi meriah dan sesi bergambar menjadi satu kemestian...

Theme for Nard on that day

~ No more single ladies (Cakes).. if banyak masa boleh beli cup cakes tapi tidak berkesempatan..
~ Bride To be (Crown need to wear)
~ Diva les Prada (Bulu2 pink dileher ittew)...

Okaylah..itu shj untuk hari ini...
Bye...

23 July 2010

Bakal genap setahun...




Tanggal 31.7.2010 dimana tarikh genap satahun aku bekerja di TM...

Macam tak percaya je kan dah setahun masa berlalu..

Dan yang pasti aku yakin tidak membuat keputusan yang salah.. baca di sini mengenai cerita setahun yang lalu..

~~Masa aku tengah pening untuk membuat keputusan ~~

**setelah keputusan hampir di buat**



Semalam petang secara rasminya mendapat surat lantikan tetap dari HR...
So ucapan terima kasih yang pertama of course kepada bos --> Shahril Effendi.
Actually aku dikategorikan dalam golongan orang yang bertuah kerana dapat bos seperti bos aku ni..
Memang banyak membantu lagi2 aku ni blur jer masa mula2 masuk dulu kan..huhu..
Hurmm sayakan budak baru belajar.. Memang banyak memberi tunjuk ajar dari 1st day aku masuk sehingga sekarang nie...
Bos aku sangat2 best, cool, sporting dan cara dia treat staff dia sangat2 baik
Series bukan nak mengampu atau mebodek..You deserve to get all these compliments
yela sah2 bos aku tak baca blog aku nie...

Masa kitorang tahu ada berlakunya operasi nak menghantar bos aku ke PTT..
staff dia semua sekali termasuk aku sume panik...
Terus jer mood stress + series + aku pakai topi Vietnam seperti berada di zon peperangan...
Tapi sekarang dah okay rasanya dan diharap lepas nie tak adalah berlaku lagi kes2 atau pun operasi menculik bos aku...
Haih rasa macam nak kena sakit jantung kitoarang hari tu.. Bukan setakat tu jer semua jadi emo tak tentu pasal.. Baca di sini..huhu

Kedua terima kasih juga kepada Kak Ina --> AGM aku..

Kak Ina pun sangat best!...

Masa mula2 jer aku agak segan dengan Kak Ina nie.. bila dah lama dah boleh borak macam2..
Especially lepas balik dari Hong Kong hari tu..
Masa kat Hong Kong aku berkomplot dengan Kak Ina sorokkan pasport bos aku..
Kak Ina bersungguh2 berlakon sampai bos aku pun memang dah cuak giler..
Aku plak tak tahan gelak..ehehe..
Okay2 before aku melalaut ntah macam2 lagi nie kita sambung balik cerita tadi..
Kak Ina bersungguh2 mengarang ayat recomendation yang nak dihantar kepada GM dan HR untuk confirmation letter dan juga emel nak dihantar kepada HR
Siap tanya kat aku, ada apa2 lagi tak nak ditambah..
Bila aku baca rekomen dari Kak Ina kat dalam surat dan juga emel tu, aku rasa okaylah nie... ehehe
TQ Kak Ina...

Pastu Kak Ina & Bos aku jugalah yang dok asik follow up dengan orang HR pasal confirmation letter aku tu...
Sebab tulah aku kata aku sangat bertuah mempunya bos2 seperti mereka..

Dan tidak dilupakan kepada my PP team service ops + sales team.. terima kasih juga pada korang semua..
Korang semua pun banyak membantu lagi2 masa aku masa baru2 masuk dan tak tahu2 apa lagi
Semoga our friendship will last forever...

Kesimpulannya korang semua bestlah !

I support you!

Last but not least ucapan dan penghargaan kepada my cousin Abg Puhad.. belum berkesempatan nak jumpa kat Menara TM lagi
Akan menyusul lawatan saya ke opis anda atas tujuan penghargaan ini

16 July 2010

Konflik oh Konflik!

Konflik dalaman yang tidak dapat dibendung lagi.. huhuhu

Konflik yang begitu gusar di hati...


Konflik oh Konflik!


Tulun!!!!!!!!!!!!!!


Apa konflik itu?????????????



Saya mahu diet















Tapi saya mahu makan dan makan
Keinginan untuk makan tidak dapat dibendung lagi..
Kelihatan ais krem ini sungguh lazat... dan makanan lain juga..



Hari ni keluar rumah lambat about 7.15 a.m.
Saya sudah makan sebelum keluar rumah --> bread roll
Kemudian bersungguh2 berkejaran ke opis supaya sampai before 8... Misi telah berjaya dan mungkin kerana itu membuat saya lapar dan mahu makan lagi...
Kemudian breakfast nasi lemak di opis pula.. hoho..TQ Marina for the nasi lemak itew.. \(^-^)/

13 July 2010

Muncul kembali


Ting tong ting tong...
Apa yang muncul kembali...
Aku ingat hampir kehilangan mereka
Tetapi masih ada harapan



Pertama: Skype penghubung serantau dunia
Muncul kembali semalam kawan yang lama menyepi
Cuba call tapi semua tidak membuahkan hasil
Pelik juga kenapa tiba-tiba menghilangkan diri
Hilang punca selama ini terjawab sudah..
Akhirnya dapat juga kutemui



Kedua : Terjaga di tenga malam
Panggilan telefon malam tadi
Mengejutkan aku dari mimpi lena yang panjang
Merajuknya atau merajukku
Kesibukan menyebabkan aku terlupa
Tapi panggilan sudah cukup memberi nafas lega



Ketiga: Suara Nyaringnya di waktu Subuh
Nyenyak tidur tersedar lagi
Suaranya tidak asing lagi
Kemunculan di waktu pagi sangat mengejutkan
Dan suara nyaring itu memang sudah pasti
Itulah suara mengejutku di setiap pagi
Datang hanya menjenguk seketika waktu itu sahaja
Menyatakan kehadiran menjenguk kami
Sering kami tertanya kemana menghilang
Akhirnya muncul kembali



1: 007, 2: Joe 3: Tom

11 July 2010

Projek hujung minggu saya...

Hujung minggu kali ni terasa panjang sebab saya cuti pada hari Jumaat..yeah.. cuti ganti sempena Hari Agong tempoh hari akan expired pada hari Selasa .. Itu pun cuti tu postpone ke hari Jumaat sebab ada meeting hari Selasa.. Tak apelah yang penting one day off tu tak burn...ehehehe..


Okay, back to main topic.. apelah baru intro dah mula melalut tak tentu pasal ni kan...isk isk..


Hari Sabtu adalah sesi men'service blackie.. Mula-mula dok pikir nak hantar service kat workshop atau pun nak hantar kat Perodua Service Center seperti biasa. Setelah memikirkan yang aku nie memang tak reti kalo nak hantar kat workshop biasa dan tak pernah ambil tahu pun apa benda yang nak kena tukar setiap kali service blackie tu maka hantar jugalah ke Perodua Service Center seperti biasa.. Hurmmm kena bayar lebih sikitlah tapi aku tak perlu nak pening2 kepala..eheheh.. sungguhlah aku nie kan..


Setelah service blackie tu barulah tahu ada paku kat tayar depan belah kiri.. haih..So diorang tampal jelahkan...Tapi insiden ni berlaku sekali lagi seperti mana masa aku service blackie sebelum ni, mekanik tu kata ada paku gak masa tu.... Aku ni plak boleh jer bawa jer kete tu tanpa suspect apa2.. hurmm.. ketuk sket kepala aku ni... adeh! ...


Lepas lunch plak sesi shopping barang dapur bersama2 parent... Aku memang prefer shopping hari Sabtu tak kisahlah tak ada beg plastik pun... Yang penting tak perlu bersesak-sesak waktu nak beli barang dan juga part yang aku paling tak suka ialah kena beratur panjang giler kat kaunter bayaran tu sekiranya kitorang pergi hari Ahad... Dan juga paling tak boleh blah kat Tesco Puchong nie, kalau hari Ahad troli tu pun nak kena berebut macam pisang goreng panas.. I hate that part.. huhu...


*************************************************************************************


Ahad plak mula-mula macam malas nak keluar, tapi kalau tak keluar pula rasa boring yang teramat sangat. Lepas tu teringat plak semalam dah janji nak bawa mak aku ke Pesta Bunga kat Putrajaya.. Seperti biasalah mak aku memang excited kalo part bunga2 dan tanaman ni kan... Lagipun dekat jer pun Putrajaya dengan rumah.


So berdua jelah dengan mak aku ke sana.. Kalo korang perasan masa diorang promote kat TV tu diorang ada cakap Pesta Bunga tu somewhere kat Taman Botani kan.. ker aku yang tersilap dengar.. Memang merapu jugaklah aku pergi ke Taman Botani yang ada --> sukaneka budak2 sekolah Tadika.. Mak aku pun dah bising2.. hurm pastu lepas jalan2 kat situ aku tanyalah guard tu dan dia kat dekat Presint 2... Ketuk kepala aku sekali lagi...


Maka menujulah kami kesana.. Yer sememangnya ramai betul orang kat sana..
Sampai2 jer excited tengok pokok bunga especially bunga orkid.. so colourful.. hehehe I like..
Sudah menjadi kemestian beli bunga orkid ni kan..

Lepas tengok bermacam2 jenis bunga2 dan landskap macam biasalah operasi mencari makanan.. perut pun sudah minta di isi..huhu..

Overall misi pada hari ni telah berjaya terlaksana.. ehehehe..

Enjoy the pix at my FB..