27 July 2007

Tasik Titiwangsa

DATE: 07/27/2007 07:58:26 AM
-----

Walaupun x berkesempatan naik eye on malaysia, dapat bergambar berlatarbelakangkan EOM pun jadilah..he he...Maka inilah hasilnya sesi fotografi seawal 9 pagi



Dsc00176_2


Bergambar di bawah pokok...cuaca pagi nie pun elok untuk kitorang bersantai di tepi tasik...



Dsc00156



Beraksi ala2 cover girls...haks..haks..<---berasa geli hati dengan ayat sendiri...





Dsc00157_1


Wah..selipar min yg mahal...menghiasi cover majalah EOM...




Dsc00159_1




Menjamu selera semasa waktu rehat sesi fotografi...Nasi lemak ini ditaja oleh -->unknown & tiada nama



Dsc00180_1



Sesi fotografi bersambung semula setelah selesai menjamu selera...Dengan aksi yang lebih santai...



*Lagu tema tok gambar nie



lihat awan di sana
berarak mengikuti
pasti dia pun tahu

ingin aku lewati
lembah hidup yg tak indah
namun harus ku jalani



938960619l_1



Gambar yg diedit oleh sujie...Wah creative & innovative...he he...


p/s:berasa gembira dapat spent time ngan korang..he he..especially dapat naik kete marini yang masih bau kedai...Berase jeles ngan min sbb die dpt rasmikan dulu kete marini..isk isk...

COMMENT: Muhd Muhaimin

EMAIL: mmmisa83@yahoo.com

DATE: 07/27/2007 08:45:15 AM

hehe best2. err ko pong da pandai nak berasa2 eh skang. ;p.berasa sgt gumbira menjadi antara yang terawal rase kereta baru ituh. malah sangat gumbira apebile dapat drive ha. ha. ha.

-----

COMMENT:Fieda

EMAIL: afiha8@yahoo.com

DATE: 07/27/2007 08:52:14 AM

Emm tulah dah berjangkit dr marini..*berasa..ha haCeh..ko tu bw kete marini pndg dpn blakang..kete die br lagi..ape2 hal kang..isk isk...hari tu pun die kate *berasa cemas tgk kete dier dh hampir nak cium ngan kete depan tu <--test brek..

-----

COMMENT:MaRIssA

EMAIL: maris_sa528@yahoo.com

DATE: 07/27/2007 08:07:44 PM

Korang ni ngumpat aku eh? cheh. *berasa marah! ehehe.. lawo le sujie edit gambo tu....Fida, min, jom pi titi lagi.. lepak2 cam ari tu. kali ni kita naik kuda plak.... (* ke kuda naik aku?)-----

28 June 2007

outstation

DATE: 06/28/2007 10:26:31 AM-----

Hari nie aku baru balik dari outstation..aku ngan staf yg lain kena present and demo sistem kitorang kpd staf Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) n wakil dr company binovanco..em hu hu mmg nervous la jugak..tapi dgn support dr rakan sekerja aku.akhirnya kitorang telah present system kitorang kepada mereka sume...

Inilah project pertama yg diberikan kepada aku sejak aku kerja kat sini..ku kena handle project dgn kerjasama dgn company binavanco untuk digunakan oleh staf Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM)..Emm dlm proses nak customize lagi..hu hu x siap lagi sebenarnya customization tu..



S6001552resize_3


Sebeleum start presentation...hu hu..mase nie ku cuak sebenarnya..nampak jelah senyum tapi dlm hati hanya tuhan jelah yg tahu..First time kena present kat dalam hall...

S6001554resize_1 Antara peserta seminar..Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) dan wakil dari company binovanco...

S6001614resize Berehat di atas jeti sambil menikmati pemandangan laut.....

Resize Mewakilkan company aku untuk menerima cenderahati dr Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM)

S6001594resize Pemandangan di depan resort kitorang..tapi sayang seribu kali sayang pantai telah dicemari oleh sisa buangan sampah...

Emm best juga dapat bercuti sambil berkerja..at least dpt release tension n berjalan2 ditempat orang..

-Mersing-

-27 Jun 2007-

-----

09 June 2007

MC pada hari kedua bekerja

DATE: 06/09/2007 09:56:52 AM-----

Isnin iaitu hari kedua aku bekerja..aku amek MC..hu hu..

Kalo ikutkan memang x nak MC..yelah baru sehari aku keja dah aku amek MC..tapi masa tu series aku memang tak larat nak gi keje dengan keadaan kesihatan aku yang tak baik masa tu..dengan demam nyer n gastrik sekali...

Actually aku demam tu start hari jumaat malam (hari pertama aku bekerja) sampai le ke hari selasa..Itu pun hari selasa tu aku datang gak keje even masih lemah lagi..hu hu..

Aku dah lama tak sakit macam nie...mengikut kata doktor kena infection bacteria..ntah ape namanyer aku pun x ingat..kesan nyer aku demam2 n kuar merah2 satu badan.....cam demam campak pun ader...

Gastrik tu plak dapatnyer sbb x lalu makan..n mengikut kate kakak ku..bile sakit, badan stress n menghasilkan byk asid..so byk asid dlm perut n aku pun kena gastrik..kena gastriklah yg paling aku lemah skali..mana tak nyer setiap kali makan jer..kuar balik ape yg ku makan<---muntah2..hu hu..sampai lemah giler...

Emm mase aku sakit nie la aku dapat layanan special dr sume org<--family aku..he he..mereka yg byk melayan kerenah aku mase aku sakit nie..bawa gi klinik + hospital, menjaga aku mase sakit..belikan ubat dan macam2 lagi...Thanks everybody...I love u all so much..

Moral of the story..hargaiilah keluarga kita..kerana mereka tempat kita mengadu nasib dan tempat bergantung tak kira susah atau pun senang...Luangkan lebih banyak masa bersama keluarga..

~~~~Peace~~~

27 May 2007

perpisahan

DATE: 05/27/2007 08:56:03 AM

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..itulah yang kita tak dapat elakkan..apa yang aku nak luah kan kat sini..tentang perpisahan aku bersama rakan di class 16 @ class of starz minggu lepas iaitu pada 23 may 07 (officially) and 25 - 28 may (unofficially)..

Sepanjang aku berada di sini banyak kenangan pahit manis yang aku tempuhi bersama2 rakan disini..kalo nak diceritakan satu persatu kat sini memeng sampai lembaran ke berape pun aku rase masih tak terungkap cerita kisah suka duka sepanjang aku disini..apa yang aku nak bgtau kat sini aku berase sangat gembira dapat mengenali rakan2 yang best dan sekepala ngan aku<---gang songee) dan rakan2 yang banyak membantu aku x kisah lah dalam membuat programming atau pun apa saja..mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada aku ---> insan yang kurang ilmu nie)...Kepada rakan2 thanks for everything

  • marini-kawan yang paling rapat & mengenali aku dan juga penceria kelas
  • kama-tok guru n solution kepada masalah programming
  • teep & suzie-kawan yang setia mendengar cerita aku dan berkongsi cerita..
  • min-cr dan gang tok ku sakat dan disakat
  • ng-kwn yang byk kontroversi ngan aku (gado2) tapi byk juga mengajar aku
  • dan kepada yang lain2 yang aku tak sebutkan disini..kalian banyak jugak membantu dan menceriakan hari2 sepanjang aku berada di kelas 16 nie..

Walaupun dalam tempoh yg singkat iaitu selama 6 bulan, aku dapat mengenali dengan rapat seperti telah mengenali kalian bertahun2 lamanya..

Macam2 jugak lah aktiviti dan agenda yang merakamkan 1001 memori indah yang tidak aku dapat lupakan<---sesekali aku jiwang...

  1. ~~aktiviti gang songee -- makan2, jalan2, window shopping, sesi bergambar, tgk wayang dll...
  2. ~~valentine day--actually kitorang x sambut tapi just makan cup cake yang disumbang oleh XXX...<---biarlah rahsia
  3. ~~party barbeque..kepada kama yang voluteer jadikan rmhnyer sepagai lokasi..dan rakan2 yang banyak membantu dalam menjayakan party barbeque nie..memang best n happening..
  4. ~~picnic kat port dickson--<---agenda @ aktiviti yang paling lama dirancang kenangan yang menyeronokkan dapat makan2, bermandi manda, naik banana boat, n berkayak..memang best dan enjoy sepanjang ari..tq pada min n zaini<---sudi menjadi driver..korang memang best..
  5. ~~trip ke zoo negara--walaupun agak kelakar..tapi serius memang best la trip yang paling ramai penyertaan..he he..menjelajah dan mengenali haiwan2 di zoo negara.. hari yang menceriakan walaupun aku x beberape sihat mase nie tapi tetap enjoy bersama korang sume..
  6. ~~next aktiviti???--masih dalam perancangan..sbb mase nie kitorang dah nak start ojt n tunggu elaun masuk...

Emm begitulah alkisah akitivi2 luar sepanjang aku kat sini..em maybe ader yang aku tertinggal..ku just higlight main aktiviti jer..he he..

Oklah hopefully lepas nie kiter masih rapat separti dulu2 walaupun kita semua dah mempunyai haluan masing2...

Dan selepas nie bermula episod baru dalam hidup aku iaitu pada 1 jun 2007..aku bekerja di cyberjaya..wish me luck

All da best pada rakan yang menjalani ojt dan juga pada mereka yg dah dapat permanent job...

Finally kate2 yang ku pinjam dari class 5 budie 01..

~~Sometime we argue, sometime we laugh...

all the things we've been together...

made us closer..

we cherish all the sweet moments, with all our hearts..forever!!!..



COMMENT: Muhd Muhaimin
EMAIL: mmmisa83@yahoo.com
DATE: 05/28/2007 01:12:36 AM


ko neh buat aku nak nangis la huahuahua.

x-cr
-----


COMMENT: MaRIssA
EMAIL: maris_sa528@yahoo.com
DATE: 05/28/2007 02:43:08 AM


fieda yang dah pandai tulis blog sedih2.....

syabas.. aku tersentuh amat ni... aku sayang ko... muah..muah..muah..
-----


COMMENT: Fieda
EMAIL: afiha8@yahoo.com
DATE: 05/28/2007 02:52:31 AM


he he..aku x bermaksud nak wat korang sedey..aku just terimbau kenangan silam..he he..
-----


COMMENT: tEep
EMAIL: lola_squeck@yahoo.com
DATE: 05/30/2007 12:24:49 AM


awwww...
*terkenang balik saat2 ituh..*
heh. ;p
-----

06 May 2007

Harapan

DATE: 05/06/2007 06:54:06 PM
-----

Fazli Zainal - Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa

Ku tinggalkan memori bersamamu
Kuundur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita
Kubawa harapan kupendam rahsia
Ku dikejauhan mendoakan
Agar kau bahgia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

COMMENT: tEep

EMAIL: lola_squeck@yahoo.

http://www.friendster.com/236587

DATE: 05/09/2007 08:30:05 AM

hoh! nape weh.cm putus harapan je nih?musykil nye.

-----

COMMENT: Fieda

EMAIL: afiha8@yahoo.

DATE: 05/20/2007 08:58:55 PM

emm ..just lirik lagu yang aku suke..he he

mase nie aku tgh sedey..hu hu..tu yang melayan lagu2 yang menyentuh kalbu nie..ha ha-----