Kak Long Bobo's Wedding..
Emm melekat sampai sekarang nama bobo tu yer..he he..sapelah yg bagi nama tu..Bobo bobo pun last saturday kak long telah melansungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan di hati..
Melawat Kak Matun di hospital...
Setelah menghadiri majlis Kak Long dan menghantar adik aku ke Kota Raya..destinasi seterusnya ialah ke Hospital Universiti.. Setibanya aku di sana sudah ramai sanak saudara yang berkumpul disana... Sudah 2 minggu Kak Matun berada di wad ICU setelah menjalani cesarean untuk melahirkan baby Faris Danial yang kini juga masih berada di NCIU... Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka berdua dalam mengharungi rintangan dan dugaan ini... Beberapa sedara mara dari jauh turun ke KL antaranya Mak ndak (dari Muar), cik Kah (dari Ipoh) dan lain2 melawat Kak Matun dan memberi sokongan moral kepada Boboy dan Mak Dah sekeluarga.. Semoga tabah kepada anda semua...
p/s: Mendapat info dari Mak Dah semalam condition Kak Matun semakin ok dan mukanya semakin tenang jika dibandingkan dengan hari aku melawat Kak Matun sehari sebelum tu.. Semoga Kak Matun kembali sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa... Insya Allah...
Fakta: Walaupun agak pelik tetapi benar dan disaksikan beberapa orang.. Kejadian berlaku pada minggu lepas (Khamis malam Jumaat).. Semasa majlis bacaan Yaasin dan solat hajat dirumah Mak Dah untuk kak Matun.. Jug yang berisi air Yaasin terbelah 2 bahagian.. bahagian kepala jug dan juga bahagian tengah jug.. Tetapi air Yaasin didalam jug tu still ok... (Jug tersebut tidak terjatuh dan juga air di dalam jug tidak panas)... Kejadiah berlaku disebakan satu cahaya yang membelah jug tersebut..
~no comment aku memang tak tau bab firasat but hope for positive things...
Pak Din Wedding
Pada hari Ahad pula aku dan family berkonvoi dengan 2 family lagi ke Muar Johor menhadiri Majlis perkakwinan Pak Din... Seawal 7.30 pagi kami bergerak dan tiba di sana pukul 10 lebey... Berjumpa sedara mara di Johor..
p/s: Semasa perjalanan balik ke KL kami stuck 2 jam gara2 traffic yang teramat slow-nya dari sebelum exit Senawang hingga ke exit KLIA... Sampai di rumah kira2 pukul 9:30...
Genap Setahun
1 jun 2008, maka genaplah setahun aku bekerja di Innodium Sdn Bhd.. Ya sekejap jer masa berlalu.. pejam celik pejam celik tak sangka dah setahun rupanya.. Dari aku yang kureng confident masa mula start keje dan sekarang alhamdulillah atas sokongan semua keluarga, kawan2, dan juga colleague aku kini semakin yakin dan inya allah akan improve dari masa ke semasa.. Cayok Cayok..he he...



