31 may 08
Kak Long Bobo's Wedding..
Emm melekat sampai sekarang nama bobo tu yer..he he..sapelah yg bagi nama tu..Bobo bobo pun last saturday kak long telah melansungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan di hati..
Setelah beberapa kali U-turn gara2 mencari rumah kak long akhirnya berjaya juga sampai ke rumah pengantin.. (emm tu la len kali baca peta tu betul2.. he he.. Geografi aku mmg hampeh).. Ok kepada Kak Long semoga berbahgia hingga ke akhir hayat... Congrats Kak long...
p/s : Sori x boley lama sebab banyak agenda untuk hari tu...
Melawat Kak Matun di hospital...
Setelah menghadiri majlis Kak Long dan menghantar adik aku ke Kota Raya..destinasi seterusnya ialah ke Hospital Universiti.. Setibanya aku di sana sudah ramai sanak saudara yang berkumpul disana... Sudah 2 minggu Kak Matun berada di wad ICU setelah menjalani cesarean untuk melahirkan baby Faris Danial yang kini juga masih berada di NCIU... Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka berdua dalam mengharungi rintangan dan dugaan ini... Beberapa sedara mara dari jauh turun ke KL antaranya Mak ndak (dari Muar), cik Kah (dari Ipoh) dan lain2 melawat Kak Matun dan memberi sokongan moral kepada Boboy dan Mak Dah sekeluarga.. Semoga tabah kepada anda semua...
Semasa kami melawat kali ni, doktor menghadkan jarak antara pesakit dan pelawat kerana sehari sebelum nie Kak Matun dijangkiti bakteria yang mungkin di bawa dari pelawat yang datang (mungkin antara salah seorang dari mereka tidak membasuh tangan @ hygiene semasa melawat kak Matun).... Walaupun hanya melihat melalui cermin dan jarak lebih kurang 10 meter tapi dari ekor matanya aku dapat merasakan kepayahan dan keperitaan Kak Matun ... Wayar dan machine berada di sekelilingnya dan juga menjalani dialisis untuk menengeluarkan air dari dalam badannya...
p/s: Mendapat info dari Mak Dah semalam condition Kak Matun semakin ok dan mukanya semakin tenang jika dibandingkan dengan hari aku melawat Kak Matun sehari sebelum tu.. Semoga Kak Matun kembali sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa... Insya Allah...
Fakta: Walaupun agak pelik tetapi benar dan disaksikan beberapa orang.. Kejadian berlaku pada minggu lepas (Khamis malam Jumaat).. Semasa majlis bacaan Yaasin dan solat hajat dirumah Mak Dah untuk kak Matun.. Jug yang berisi air Yaasin terbelah 2 bahagian.. bahagian kepala jug dan juga bahagian tengah jug.. Tetapi air Yaasin didalam jug tu still ok... (Jug tersebut tidak terjatuh dan juga air di dalam jug tidak panas)... Kejadiah berlaku disebakan satu cahaya yang membelah jug tersebut..
~no comment aku memang tak tau bab firasat but hope for positive things...
1 june 08
Pak Din Wedding
Pada hari Ahad pula aku dan family berkonvoi dengan 2 family lagi ke Muar Johor menhadiri Majlis perkakwinan Pak Din... Seawal 7.30 pagi kami bergerak dan tiba di sana pukul 10 lebey... Berjumpa sedara mara di Johor..
Semoga berbahgia juga kepada Pak Din ... Congrats Pak Din...
p/s: Semasa perjalanan balik ke KL kami stuck 2 jam gara2 traffic yang teramat slow-nya dari sebelum exit Senawang hingga ke exit KLIA... Sampai di rumah kira2 pukul 9:30...
Itulah alkisahnya sepanjang weekend yg lepas...
Genap Setahun
1 jun 2008, maka genaplah setahun aku bekerja di Innodium Sdn Bhd.. Ya sekejap jer masa berlalu.. pejam celik pejam celik tak sangka dah setahun rupanya.. Dari aku yang kureng confident masa mula start keje dan sekarang alhamdulillah atas sokongan semua keluarga, kawan2, dan juga colleague aku kini semakin yakin dan inya allah akan improve dari masa ke semasa.. Cayok Cayok..he he...
3 comments:
wedding byk. minggu baru neh je 2, next wik plak sorang lagi huhuhu.
Selamat menyambut melewati 1 tahun kerja kat situ
ad3ck,
Yup... musim kenduri kawen..
Pak Man,
Thank you
Post a Comment