03 August 2008

Puisi Merdeka

AWANG HAD SALLEH


PENYAMBUNG MERDEKA







Berkurun dulu
manusia silih berganti
mati di pangkuan pertiwi
untuk pewarisnya yang tinggal
terurai belenggu bernama hamba
lalu menghirup udara merdeka.


Sejarah juga berkata
ada manusia-manusia rakus
pengintai kelalaian,
merentas seluruh hukum manusia
lalu mengikat kembali belenggu
kepada manusia merdeka yang leka.


Demikian……………………….
sandiwara manusia
dalam menterjemah rupa merdeka
tanpa takut, tanpa rasa dosa
yang dikira
berkuasa atas manusia lain.


Anak-anak warisku
begitu sejarah merdeka manusia
silih berganti
maknanya
kekadang entah di mana.

Anak-anak ku
Hari ini
bara merdeka yang digenggam
perlu subur didadamu
dilengkari pagar bernama maruah.

Gemala yang menyinari
seluruh pelusuk pertiwi
bahang sinarnya pula
menyinari jalan merdeka
yang di kiri kanannya
terpacak gagah si Jalur Gemilang.

Terima kasih pada satu pengobanan
Dato’ Maharajalela, Rosli Dhobi
Darah merahmu
terhimpun dalam dupa merdeka
Terima kasih pada satu usaha
Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan Dr. Mahathir,
sentuhan merdekamu
seindah rembulan dipuncak menara
keringat sengsara mumengalir mencipta pustaka jaya
sebagai pusaka merdeka.


Anak-anakku
kerana mereka
Hari ini kita mengenali wajah kita
Hari ini kita memahami cita rasa kita
Hari ini kita memilih untuk kita
Hari ini kita memakai baju kita
Hari ini kita bina arah kita
Hari ini kita bukan lagi hamba
kita merdeka,kita bahagia!


Anak-anak ku
kau hidup selesa
d dada merdeka
persara asasi manusia
Satu harga diri
satu kebebasan yang sejati
terserah padamu sebagai milik abadi.


Anak-anak ku
Hidupmu untuk merdeka
jiwamu sandarannya
akal budimu harus merdeka
untuk mencipta khazanah kita!
baru lantas kita bicara
yang kita penyumbang merdeka!

28 July 2008

Suatu Kejadian



Sesungguhnya apa yang berlaku kepada kita telah termaktub di dalam suratan takdir dan tiada apa yang dapat mengubahnya melainkan dengan izin dari maha yang Esa.. Sesuatu yang berlaku boleh memberi kesan positif atau negatif kepada diri aku dan orang lain juga. Yang menjadikan sesuatu itu berbeza ialah bagaimana cara kita melihat kejadian itu samada dari perspektif yang positif atau sebaliknya.





Kekadang sesuatu undang2 yang direka oleh manusia tidak dapat diterima akal logiknya.. Sebab musababnya tidak jelas malah mengaburi mata pihak tertentu untuk meloloskan diri mereka dari dipertanggungjawabkan ke atas kejadian yang berlaku.. Dengan angkuhnya manusia itu berkata kepada dunia bahawa aku tidak bersalah kerana undang2 itu telah ditetapkan begitu.. Bagi pihak yang tidak bersalah secara logik akalnya, dan juga kejadian yang disebabkan kelalaian orang lain dan akhirnya berpihak kepada orang yang melakukan kesalahan...Sesungguhnya tiada satu pun undang2 di dunia ini yang direkacipta oleh insan bernama MANUSIA adalah saling lengkap melengkapi.. Kekadang ia hanya berpihak kepada sesuatu pihak tertentu sahaja tanpa memikirkan atau menimbang balik kepada pihak yang lain...




Adakah KEADILAN yang dicari atau pun keangkuhan diri yang menguasai diri manusia hingga berlakunya tindakah bodoh lalu mempersalahkan orang lain. Dia merasakan undang2 dunia dapat menyelamatkannya .. terserah kepada mereka.. Bagaimana akal dan fikiran orang yang berada di kawasan intelektual kekadang tingkahlakunya lebih rendah dari orang yang kurang intelek duniawi tetapi mereka boleh berfikir lsecara lebih rasional dari orang INI yang begitu angkuh sikapnya.....




Percaya atau tidak hanya kesabaran diri ini yang dapat mengawal situasi yang berlaku dan tidak mahu memanjangkan cerita dan akhirnya beralah.. Seperti kata orang, beralah tidak bermakna kalah.. Itu adalah amanat yang kini semakin terhakis dalam diri setiap orang apabila hati menguasai akal... Mungkin kekadang aku juga sukar untuk menerima keadaan untuk beralah sebab aku berada di pihak yang benar tetapi realiti manusia sering begitu.. Hanya orang yang terpuji akhlaknya yang selalu beralah untuk kepentingan orang lain.. Aku juga mengharapkan dapat melakukan perkara yang sama seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini.... Sesungguhnya aku dan mata - mata menyaksikan kejadian tersebut telah berpihak kepada orang yang CUAI .,,, tatapi insya allah ada orang yang akan mendapat kebaikan dari tindakan aku... Seperti kelihatan orang bodoh menarik diri dan beralah kepada pihak yang lain..tetapi itu adalah ajaran agama kita bagi mengelakkan sesuatu perkara menjadi lebih serius lagi....






Dan diharap kepada pihak satu lagi dapat melihat perkara ini secara lebih serius daripada meraikan kemenangan diri yang hanya bersifat sementara... Walaupun secepat mana pun masa yang dikejar atau sepenting mana pun urusan dunia, tetapi kepentingan orang disekeliling juga mesti difikirkan .. seperti meletakkan diri kita berada seperti mana situasi atau keadaan orang lain dan tidak hanya mementingkan diri semata-mata.. Be careful and thinks about others that only important message to you wahai orang yang menang yang hanya pada zahirnya sahaja..




Kekadang bagaimana aku sebagai wanita melayu berasa begitu canggung apabila orang berlainan jantina dan bangsa memperkatakan tentang nilai murni kaum hawa dan kaum sejenis aku yang tidak mempunyai nilai2 yang seperti mereka harapkan.. Begitu mudah mengatakan sesuatu perkara dan menuding jari kepada orang lain sedangkan kelalaian engkau itu penyebab segala kejadian yang berlaku.. Berkotak2 rokok diperhidangkan kepada pandangan orang lain dan tidaklah aku begitu hairan bagaimana tingkah lakunya sedemikan rupa....




Apa yang aku harapkan semoga ALLAH melindungi diriku dan keluarga ku dari mara bahaya yang boleh menganggu gugat keamanan dan kebahagian kami...




Amin....

25 July 2008

Watch your appointment



Hari Isnin baru2 nie aku telah mendapat kejutan setelah kembali bekerja selepas MC beberapa hari pada minggu lepas... Kejutannya gara2 aku kena pergi ke appointment berikut:-
  1. Appointment pukul 9.30 dekat area USJ
  2. Appointmnet pukul 10 dekat KL area Time Square
  3. Appointment yang sia2 dekat Starbuck , The Garden

Tak ker giler aku nak berkejar2 pergi apointment pertama dan kedua tu..hu hu..

Punca2 appointment yang diset pada masa yang lebih kurang sama dan ditempat yang berlainan adalah:-

  1. Aku tak follow up dengan schedule untuk appointmnet yang pertama
  2. Aku tak baca email betul2..yela gara2 email yang foward2 nie dan juga mengelirukan
  3. Lupa ngan tarikh dan hari gara2 MC beberapa hari
  4. Appointment yang pertama di set oleh pihak ketiga tanpa refer ngan schedule aku...

Setelah combine semua perkara di atas maka akulah yang menjadi mangsa keadaan.. Dan solution kepada masalah tersebut...

  1. Postpone appointment ke-2 sehingga pukul 11.00..kononnya ada gap dan boleh berkejar ke KL setelah setle appointment pertama...

Dalam masa yang singkat aku pun berkejar dari Puchong ke USJ dan sampai ke tempat tersebut dalam masa yang ditetapkan.. tetapi masa yang sangat berharga dan terhad dibazirkan selama 1/2 jam gara2 tempat yang diset untuk berjumpe ngan client sungguh mengelirukan... Maka terjadilah senario seperti di bawah...

Mike (opis mate): Hello i dah sampai kat resturant XXX... so you dekat mana?

Client: Yea.. kami pun dah sampai.. you dekat mana? Tak nampak pun

Mike: Kami kat dalam restaurant nie dekat bahagian tepi , dekat
ngan jalan bersama Malay colleageu emm aku lah tu.

Client: Emm tak nampak pun.. kami dekat restaurant XXX nie..

Dan perbualan tersebut berlanjutan selama lebih 5 minit tapi still tak jumpe ngan client tersebut gara2 dekat area tu ada 4 restaurant yang mempunyai nama yang sama, setelah mendapat kepastian dr waiter restaurant tersebut... Waduh2 ...

Dan 10 minit lagi masa digunakan untuk mencari lokasi restaurant yang satu lagi dan akhirnya berjumpalah dengan client setelah total masa 1/2 jam dibazirkan begitu sahaja...

Setle jer appointment tu dah hampir pukul 11.. hua aku nak kena bekejar ke KL plak..dengan guide yang diberikan oleh Mike aku pun rush ikut KESAS gi Berjaya Times Square... hua... hampir2 lost gak tapi akhirnya sampai.. Memang dah terlewat untuk appointment ke-2 dan parking plak susah nak cari... Aku pun bergegas ke lokasi kedua but dah pesan dgn Partner suruh diorang proceed meeting dulu sebab aku memang tak bley sampai sana on time.... But muke nie tebal jugakla beberapa inchi setelah lambat untuk kedua2 appointment tersebut...

Then lepas appointment ke-2 dalam kol 3 lebih dan bos aku pun ajaklah gi midvalley untuk appointment ke-3 (tak da dlm plan).. Aku pun agreed untuk ikut sebab malas nak balik opis.. he he...

Tapi aku tak da ape2 fungsi dan kerja sbb lebih kepada aktiviti minum2 kat starbuck dan akhirnya aku kebosanan dan balik ke rumah..

zzzzzzzzz... tido..hari yang memenatkan...

19 July 2008

I'm Back



Yeah... I'm back.. dah lama aku tak mengupdate blog... he he...

Setelah bad day telah monopoli entry selama beberapa minggu..kini aku kembalikan kecerian kehidupan... yea..itulah semangatnya.. Semangat perjuangan harmoni..he he...

Actually beberapa minggu sebelum nie agak busy ngan keje dan juga hal2 lain dan akhirnya minggu ini bermula dari hari isnin menunjukkan simptom tidak bermaya dan berlanjutan sehingga hari jumaat.. Walaupun aku cuba melawan akhirnya aku surender dan amik MC selama tiga hari....


Tapi yang aku x puas hati tu adalah yang x paham2 aku MC dan terus call tak henti2.. memula tu aku layan lagi..lama2 aku biar jer handphone tu berdering2... ha ha... Time MC pun nak kacau..isk isk... Tapi bukan opismate aku.. Partner dari company len yang tak reti2 aku nie tengah sakit walaupun aku dah bagitau berkali2 yg aku MC...

Then tengah aku tak sihat tu pun kena gi meeting.. client juga yg concern ngan aku yang muka pucat lesi dan tak bermaya....hu hu...

Ok... aku telah kembali sihat... alhamdulillah...

yea...ramai betul2 yang sakit2 sejak dua menjak nie...virus2 merebak dan mengganas sampai aku pun telah menjadi salah satu mangsanya...

okies... semangat baru... ciyok2..

p/s: Balik opis mesti kerja menggunung menanti..tidaaaakkkkkkk

28 June 2008

~~~~Bad Day~~~~


Apa yang aku nak cerita kat sini hanyalah luahan hati semata2... Kejadian berlaku adalah pada hari khamis baru2 nie iaitu sehari sebelum aku on leave... Pagi tu macam biasa aku gi ke office .. But before aku gi office aku perasan beberapa miss call dr bos aku dan die tglkan voice mail kate kalo aku free ari tu dia soh aku gi wat POC kat Wisma M... Arghh aku paling x suka kena wat POC leceh betul... emm aku pun try la call bos aku lepas tu tapi x dapat.. then aku pun terus jelah gi opis .. then on way pi opis bos aku call lagi kate die soh aku gi Wisma M tu kol 10:30...

Dia siap wat appointment pun then baru bagi tau aku pagi tu.. sabau jelah.. dah lah aku tak tau pun kat mana Wisma M tu.. isk isk... Then bos aku pun bagi la direction cam ne nak gi sana.. kat area jln Ampang.. Sudah mana la plak aku tau area sana.. emm then bos aku kate Wisma M tu dekat ngan lrt Ampang Park..lepas tu baru la aku lega sket.. at least aku bley naik lrt..so tak yah la pening kepala nak cari jalan kat area ampang tu...

Em memandangkan aku dah nak kat sampai opis aku pun terus ke opis dan aku call opis mate aku soh ikut aku sbb aku kureng sket wat POC nie.. at least adalah org bley back up aku.. But before tu aku dah dapatkan approve dari bos2 aku then baru la aku ajak opis mate aku nie...


So lepas tu aku pun rush gi ke lrt Tmn Jaya so bley park kete kat situ & go by lrt.. Appointment kol 10:30 & mase tu ada lebey krg 40 min dr cyberjaya ke ampang .. emm memang x sempat la..
Aku pun rush and unfortunately kat area tol sunway jamm la plak..isk kol 10 pun stilll jam lagi.. Arghhh geram..

Then lepas tu dapat la call dr Mr A merangkap PM. Then start la conversation yang kurang menyenangkan especially aku ngan opis mate toward PM nie.. Sekali lagi berasa tak puas ati... suke2 jer kate aku amek die nyer man power (opis mate yg ku bawa sekali ke Wisma M)... Emm kitorang pun tau yang sebenarnya die yang kena wat keje tu tapi sengaja assign kat opis mate yang ikut aku.. Arghhh geram ....

Then finally aku pun sampai la ke wisma M tu ... Then bila sampai sana semua pelik aku nak gi masuk Wisma M tu...Start dari guard, masa aku nak register sampai la ke receptionist... Emm what ever... So kitorang wat la installation system kat server tu... Mase tu everything ok.. Then sambung lagi lepas lunch utk install kat pc agent... Hua.. letih2.. emm seb baik 5 pc jer..em POC la katekan...

Lepas tu gi balik kat server room nak tgk scanning tu berjaya ke tak... berjam2 la kitorang dok kat dlm server room dah ler sejuk tapi still x berjaya scanning lagi...isk..isk..emm dah ler die nyer IT lady tu kureng memberi kerjasama..isk geram jer.. emm bape kali la kau geram nie... isk isk..

Then mase pun dh sampai kol 6.30 ptg still tak de satu pun PC yg scan..server pun same.. aku ngan opismate aku dh kehabisan idea dah.. Then finally kitorang pun blk la dgn x berjaya nyer.. hua.. smbg wat troubleshooting next week..

Masa nak balik aku jatuh tangga plak.. hua.. hua.. memang la ari ne dr pagi sampai ke petang ada jer benda yang x kena.. isk..isk

Balik tu ku singgah kat A & W minum float rootbeer sensorang,, hua hua... then on way balik rumah pun hujan.. yer kol 8 lebey baru sampai rumah...

Masuk bilik bile tekan suis nak buka lampu satu rumah black out... arhhh sekali lagi... BAru ku tau suis kat dlm bilik tu ader problem.. then lepas tu seb baik boley betulkan dari main suis...

Aku pun tido lepas tu....... Esoknya aku on leave

~da