09 April 2009

Culture Unplugged Video

Festival - Something "TRUE TO LIFE"

This is a powerful presentation. Please view this, and share it with your family and friends. Thanks.

Synopsis: This film is about the hunger and poverty brought about by Globalization. There are 10,000 people dying everyday due to hunger and malnutrition. This short film shows a forgotten portion of the society. The people who lives on the refuse of men to survive. What is inspiring is the hope and spirituality that never left this people.

Chicken a la Carte : Director: Ferdinand Dimadura Genre: Drama Produced In: 2005







p/s: Betapa bermakna sisa makanan tersebut bagi mereka...

27 March 2009

(@ Hati @)





"Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila dia baik, maka baiklah seluruh jasad. Tetapi apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya.Ketahuilah bahawa itu ialah hati (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)


Hati.. berbicara mengenai hati .. kerana hati membentuk sahsiah rupa diri sesorang... Sesungguhnya hati ini membentuk pelbagai sifat mahmudah (baik) dan juga sifat mazmumah (tidak baik)... Hati juga menjadi cermin kepada sikap dan akhlak seseorang... Sekira baik hatinya, maka baik jugalah akhlak dari segi tingkahlaku dan juga kata-katanya...begitu juga sebaliknya....




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada hati dan
amalanmu.”




“Pada hari di mana tidak berguna harta dan anak pinak kecuali
mereka yang baik Hati Yang Soleh.

Baik buruk seseorang itu berpunca daripada
hatinya.



Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati itu menjadi
baik apabila ia mengenali Allah yang menciptanya, nama-Nya, sifat-Nya,
perbuatan-Nya dan peraturan-Nya.
Source: Bicara Muslim.com

Hati yang sihat akan mengutamakan keredaan Allah dan mencintai apa yang disukai Allah serta menjauhi segala tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.


Hati ini juga memberi 1001 perasaan semulajadi bagi insan di muka bumi Allah ini... Hati juga menjadi tempat untuk melahirkan perasaan positif samada secara zahir atau sebaliknya .. Perasaan yang indah seperti kasih sayang, rindu, gembira, cemburu (yang positif) dan sebagainya lahir dari hati yang positif yang dikawal oleh minda yang positif juga... Begitulah sebaliknya perasaan riak, sombong, hasad dengki, takbur, dendam juga lahir dati hati ini...


Berbicara mengenai hati juga membuatkan kita terperangkap dalam soal CINTA..







Hidup kita akan lebih bermakna bersama orang yang dicintai, dikasihi , disayangi... Mungkin ketiga2 maksud ini mempunyai maksud yang berbeza pada zahirnya.. tapi semunya bermula dari HATI....



Cinta di sini tidak terhad kepada sesama manusia tetapi cinta kepada ALLAh, Rasullulah dan tentunya yang teristimewa cinta dan kasih kepada ibu bapa dan keluarga...





Muhasabah diri kita dan berbanyak2lah membuat ehsan kepada kedua orang tuamu... Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak ternilai dengan kata2 dan tidak terbalas oleh kita....


Seperti firman di dalam Al-Quran bermaksud:



“Telah kami pesankan seorang manusia untuk senantiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya.” (Al-Ahqaaf : 15)


“ Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah:”Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. (Al-Isra : 23-24)


Tidak dilupakan cintakan pada diri kita sendiri.. Tanpa ada rasa cinta, kasih atau sayang kepada diri kita mana mungkin dapat mencintai pada orang lain...


Kehidupan kita juga tidak lengkap tanpa teman, sahabat dan juga kawan2 yang menjadi penyeri hidup.. Yang menjadi peneman dikala sunyi, memberi pertolongan dikala susah, menjadi penyeri kala suram, menjadi penasihat dikala hati keruan...
Dan kesimpulannya semoga HATI ini dapat melahirkan sifat yang memberikan faedah kepada manusia sejagat... dan juga dapat memantapkan rohaniah juga....














22 March 2009

Tag on Akademi Fantasia





1. Adakah anda mengikuti Akademi Fantasia 7?

Just tengok konsert sahaja... tak teng0k diari AF...


2.Siapakah yang anda suka dan mengapa?

Kalo ikut bakat, Hafiz & isma antara persembahan yang ingin dilihat semasa consert...


3. Antara banyak pelajar, siapakan yang paling anda menyampah?

Tak taula..tak tengok diari..susah nak cakap...


4. siapakah pelajar yang paling handsome?

Emm handsome?? ada la yang cute cam airil..yang lain biasa2 jer...


5. Siapakah yang palaing cantik

Aishah..sbb dia cute

6. Siapakah yang vokal power?

Emm tak reti la nak judge part vocal nie..tapi hafiz la selalu mendapat pujian...


7. Siapakah yang paling mengada-ngada?

Tak sure.. tak follow diari AF..


8. siapakah yang giler camera?

Tak sure.. tak follow diari AF..


9. Siapa yang akan dijangka jadi champion?

Masih terlalu awal, but most probably Hafiz...

19 March 2009

~:: Sakit Telinga ::~


Hari nie aku MC..
MC kerana sakit telinga...
Ha ha mesti korang pelik kan sakit telinga pun nak MC..
Actually hari nie aku pergi ENT kat PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) untuk check telinga yang sejak dari semalam sakit, berdengung, berdenyut dan sewaktu dengannya..
Kesimpulannya memang tak selesa la...

ENT kat situ just walk in jer, tak perlu buat appointment.. tapi dia accept registration sampai pukul 11 pagi jer..
Selepas pukul 11 dah tak layan..kaunter tutup...
Sebab last year aku pernah datang ENT nie but terlambat beberapa minit dan dia suruh aku datang esok..Aku nie bukannya rajin nak folow up sudahnya memang tak datang .. he he



So pagi tadi aku sekali lagi datang ke ENT PPUM nie..
Then doktor tu membersihkan dan mengeluarkan bahan yang block telinga aku... pepaham jelah kan tak perlu cerita lebih2.. ha ha...
Rasa macam telinga aku telah di vacum... wah kali kedua tu cam ngilu plak...
Then doktor tu kata tak elok guna cotton bud...
Adakah alternative lain selain cotton bud??? sedang berfikir....
Setelah berjumpa doktor kat ENT tu baru la lega dan telinga pun dah kurang sakitnya...

16 March 2009

Ekin's Wedding

Semalam menyaksikan seorang lagi rakan sekolah aku menamatkan zaman bujangnya...
Ekin yang kini merantau jauh ke Sarawak akhirnya bertemu jodohnya di sana....
Congrats to Ekin.... Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat bersama suami terchenta...

So inilah satu2nya gambar yang di ambil sebab yang lain suma tak bawa camera... dan gambar yang sudah kabur2 nie tetap ku post di sini..hu hu....





Seperti biasa rumah Huda Majid sudah menjadi tradisi tempat kami berkumpul... tak kirala perjumpaan hari raya hinggalah gathering kecilan dan inilah ahli2 yang masih setia dan unggul dari form 1 hinggalah form 5 yang begitu banyak meninggalkan kenangan pahit manis ketika zaman sekolah....

Dari zaman kenakalan hinggalah meningkat usia remaja dan sehingga kini ada yang sudah berumahtangga iaitu Ana..yang lain (kat dalam gambar bawah nie) masih single...


Yea gadis2 ayu... chewah...




Sekembalinya dari rumah ekin kami semua lepak lagi di rumah Huda.... except dayah yang ada hal selepas tu dan juga perlu balik ke Seremban.. tapi sempatlah juga naik kete Honda Civic kaler hitam dayah sebab kitorang kongsi2 kete masa dari rumah huda ke Wedding Ekin... Tapi kali nie dayah dah tak bawa laju2 lagi..dah insaf katanya sejak dah kena transfer ke Hospital Seremban dan banyak menyaksikan mangsa2 kemalangan jalan raya... Bagus juga yer dayah sudah jadi pemandu berhemah.... he he...

So kitorang yang lain2 meyembang di rumah huda sambil update berita2 sensasi since aku pun dah lama tak hang out ngan diorang sume... Last kali masa wedding Ana....

So sekarang turn Ana plak join ke wedding kawan2 yang lain... Lepas nie katanya mungkin berpindah ke Terengganu kerana husband keje di sana...

Isma pula dengan beritanya yang dipanggil oleh JPA untuk melapor diri pagi tadi di Putrajaya menjawat jawatan PTD.

Nisah, zahila dan huda pula macam biasalah dengan cerita2 lawaknya dan sedar tak sedar sehingga pukul 7 lebey kami semua melepak di sana...

Ok la gang lain2 masa nanti kita lepak lagi.. ehrmmm

p/s: Terserempak plak ngan Umar yang rumahnya selang sebuah dari rumah huda.. Just hai2 bye jelah yang tengah busy dengan keretanya....