Coretan kisah suka duka kehidupan...Hidup tidak selalu indah tetapi yang indah itu selalu hidup dalam kenangan
03 August 2009
Away for 3 weeks....
So benda yang aku akan tertinggal iaitu 3 birthday celebration of my family members .. Abah & Azie (5th August ) dan juga Along (14th AugusT) yang akan disambut beramai2 pada 8th August 2009.. Mungkin sedara mara yang lain yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos nie akan join this celebration... Antaranya Kak Yana & Family....
Pada malam tu akan diadakan kenduri untuk bulan Syaaban yang aku akan terlepas juga...
So memandangkan aku balik pun dah nak sambut bulan Ramadhan, so aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramdhan kepada korang semua..
See you guys in three weeks
Bye.. Tc...
30 July 2009
The Nanny Diaries

Teringatla pulak movie the nanny diaries seperti gambar di atas...
Actually tak ada apalah sangat.. Just the whole day spent time menjaga Danish yang dah nak masuk 8 bulan dalam beberapa hari lagi.... Sorang2 kat rumah bersama Danish dari pagi sampai petang selama hampir 9 jam...
Bak kata Kak Aya, biarkan dia main sampai penat lepas tu nanti dia tidur lama sket... hehe...
1. Mencuci 'uk uk' baby
2. Mandikan baby
Kedua tu plak, actually tak confident nak buat... Tapi memandangkan dah lewat baik aku jer mandikan..Rasanya oklah kot sebab banyak kali tengok mak aku mandikan budak nie...
So aku pun cuba mandikan dia...
So oklah .. bukan main suka lagi budak nie dalam besen air mandi dia tu... Siap lompat lagi..isk isk tak padan sungguh budak kecik nie..huhu....
Overall, everything under control and not so bad since Danish tak buat angin "lok tang" dia.. hehe
p/s: Sepanjang hari tadi mak, Angah dan Kak Aya call tanya pasal danish.. "Danish ok tak, dia nangis tak <---'merujuk kepada angin lok tang' "
Soalan sengal dari Angah "Ko boleh tahan ker dengan budak tu <--- merujuk kepada Danish"
27 July 2009
Gabai Waterfall... I like \(^-^)/
Operasi marinate bahan BBQ dan penyediaan makanan di rumah Marini...
Kemudian bahan2 yang telah marinate di bawa pulang ke rumah.. Siap bawa bekal nasi jagung pulang ke rumah... aku dah rasmikan dulu nasi tu..haha.. 1st trial memang sedap..

Keesokan harinya, aku dan Marini bertolak agak lambat, sebab Cik Marini ada misi yang perlu dilaksankan di awal2 pagi...huhu..


Hasil BBQ yang ke-2... Sungguh mengiurkan.. lihatlah butter prawn stim dan juga sotong kalamari...


Aku dan Marini sedang menikmati makanan... Nasi jagung yang dimasak oleh Marini, coleslow yang desidiakan oleh Teep, Ayam BBQ... Makanan yang sungguh mewah di dalam hutan bak kata Marini..hehe
All of us... the Songee Gurls....

Marini, Teep, Suzie, aku, kama & meen ...Bond between us.... Really appreciate you all... 3 years of friendship ....

Aksi menyimbah air... So lihatla aku di belakang menjadi nadi tunggak utama menyimbah air ke diorang semua... hahaha.. (gelak jahat)...
Me, me and me.........
Menghayati, menghargai dan menyukai untuk kembali ke alam semulajadi.....
The best moment.. Makan jagung bakar yang masih panas dalam air yang sejuk beku.. hehe

Okey.. setelah berpuas hati, kami semua mahu pulang... Beratur dalam barisan..
On the way turun ke bawah .. snap few picture... Permandangan Sungai Gabai yang sungguh cantik....
Gambar2 lain ada kat facebook
p/s: Thanks to Marini for the nice edited picture and ride to Sg Gabai...
(^-^)
The End...
24 July 2009
Sendiri

Sendirian aku membiarkan stereng kemana arah tujuan membawa diri
"Seorang", soalan di tanya pada diri
Pada ketika aku sendiri
Perlbagai emosi cerita kuhayati
Kucuba mengaitkan dengan emosi sendiri
Masa semakin mencemburui
Mata melirik waktu yang semakin dilewati
Perjalanan di waktu malam ketika aku sendiri
14 July 2009
Cerita Selsema babi.... huh..

SITUASI SEMASA PANDEMIK (H1N1) 2009 Di Malaysia..
Source from MOH- Keratan Akhbar
"Sejumlah 32 kes baru influenza A(H1N1) telah dilaporkan di Malaysia yang terdiri daripada 20 kes import dan 12 kes jangkitan tempatan"
"Jumlah terkumpul kes influenza (H1N1) yang disahkan (confirmed cases) di Malaysia sehingga 14 Julai 2009 berjumlah 804 kes yang terdiri daripada 555 kes import dan 249 kes jangkitan tempatan."
"Jumlah pesakit influenza A(H1N1) yang sedang dirawat di hospital adalah berjumlah 31 orang atau 4%, manakala sejumlah 77 atau 10% menerima rawatan sebagai pesakit luar di rumah."
"Baki 696 atau 86% sebenarnya telah sembuh daripada jangkitan influenza A(H1N1)"
"Episod terakhir adalah di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka di mana sejumlah 6 kes telah disahkan dan kesemua mereka telah pun diberikan rawatan antiviral. Sejumlah 60 pelajar di institusi berkenaan sedang dalam pemerhatian."
SITUASI GLOBAL PANDEMIK (H1N1) 2009 SOURCE FROM WHO..
"Sehingga 14 Julai 2009 jam 8.23 pagi, jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 111,769 kes dengan 550 kematian daripada 143
negara, iaitu pertambahan 4,881 kes"
"Negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah Amerika Syarikat 3,310 kes dengan 41 kematian, Kanada 651 kes dengan 6 kematian, New Zealand 224 kes dan Argentina 192 kes dengan 22 kematian"
Alert H1N1 juga boleh di dapati di sini
Nasihat Kepada Orang Ramai
" Orang ramai juga turut dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my/ dan http://h1n1.moh.gov.my/.
Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan iaitu 03-88810200, 03-88810300, 03-88834414 dan 03-88834415 terus beroperasi antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari."
CONTOH YANG PERLU DIIKUTI
Tindakan sebuah company yang sangat pantas dimana pada keesokan hari selepas kes tempatan pertama dilaporkan di Berita Utama... company tersebut yang juga client kepada company aku telah mengambil langkah sepeti di bawah:
1) Seorang wakil dari setaip department perlu scan temperature (scan pada dahi) untuk semua staff yang masuk ke office. Sekiranya didapati temperature melebihi dari paras normal, mereka perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital..
2) Scan temperature juga dilakukan setelah staff kembali dari makan tengahari
3) Ia juga mesti dilakukan kepada staff yang berkunjung ke department yang lain
4) Semestinya visitor seperti saya juga perlu scan setiap kali masuk ke department tersebut...
Memandangkan semakin banyak kes dilaporkan, diharap organisasi/company diluar sana perlu mencontohi mereka ...
p/s: Tadi mendengar perbincangan di office,, mungkin mereka juga akan memulakan langkah pencegahan tersebut...
An Apple a Day Keep the Doctor Away....
Some Article about H1N1
1) A(H1N1): Don’t play down its seriousness, says Liow
2) Map of Latest H1N1 Swine Flu Outbreak Cases and Statistics