05 April 2011

Kisah Tayar Kereta Pecah

Bila baca tajuk ni sure semua orang dah tahu apa yang berlaku kan... huhu..
Kejadian ni berlaku pada hari Sabtu yang lepas dimana lokasi yang sangat super duper strategik iaitu kenduri kawen... Suka tak adeh...

Actually kami dah sampai ke tempat kenduri kawen tu dan semasa tengah sibuk2 nak cari parking yang paling strategik tergedebuk kereta aku termasuk dalam lubang... memula think positip okay boleh keluar ni dan cuba tekan minyak untuk mengeluarkan kereta, tapi malangnyer tidak berhasil...

So bila keluar jer dari kereta dan lihat memang satu tayar tu memang muat2 masuk dalam lubang tu.. adeh nak tak nak ni memang nak kena angkat ni..huhu... orang yang lalu lalang kat situ stop untuk menghulurkan pertolongan...

Cubaan kedua semasa nak keluarkan kereta menyebabkan tayar kete pecah..huhu..bila dah jadi macam tu memang dah tak boleh buat apa, kena angkat kereta dari lubang ittew... Dengan kerja keras orang2 yang membantu akhirnya kereta berjaya dikeluarkan... hurmm

Tak habis kat situ, operasi seterusnya ialah menukar tayar yang pecah dengan spare tayar... Orang2 kat situ juga yang membantu dan kalau nak harapkan aku memanglah kan, spare tayar tu pun aku tak pernah nak tengok keadaan dan rupa bentuk saiznya.. Bila dah keluarkan tetiba terkejut sbb saiznye kecik... hoho dah macam tayar motor pun ada ni... memang sangat berterima kasih kepada yang sudi membantu semasa kejadian itu berlaku.

Next mission selepas kenduri kawen ialah mencari kedai tayar, dan oleh kerana tak familiar dgn area sentul maka lokasi yang dipilih ialah di jln klang lama... hurm sudahnya dua biji tayar ditukar.. memang sudah tibanya jangka hayat kereta perlu di tukar tapi plan hujung bulan 4 or bulan 5.. tak sempat nak tunggu dan memang kena tukar.. hoho.. okey sekian...

Moral of the story jangan curi penutup longkang dan mengakibatkan mala petaka untuk aku pada hari itu..huhu.. lagipun memang silap sendiri juga sebab dok sibuk toleh kiri kanan nak cari parking dan tak perasan yang longkang tu tak ada penutup..

21 March 2011

Sejambak Bunga Orkid..

Adakah ini kesan dari menonton cerita Valentine malam tadi dan terus mimpi mandapat bunga dari jejaka idaman... Wah kelas gitew tahap berangan ko kan..ehhehe..



Beginilah ceritanya.. semasa sibuk2 menjawab email kat opis tiba2 ada orang bawa sebakul gubahan bunga orkid sambil bertanya siapa empunya pemilik bunga ittew...


So bos2 aku yang kebetulan ada kat situ terus tunjuk ke arah aku.. Semua orang tercengang kan.. Kalau orang lain tercengang aku pula apa lagi melopong jelah sampai mamat yangg hantar bunga tu hulur pen pun aku tak perasan sebab dok asyik tengok bunga tu jer... isk isk..



Series aku tak idea lansung siapa yang bagi bunga ni.. then bila baca kad ni.. jeng jeng jeng...









Work is never the same without you!
Get well soon.
Hui san MYB



Owh rupanya hurm ...Sangat prihatin sampai tahap yang tak diduga ..
Bos2 dan kawan2 yang lain dah dok tersengih-sengih dan masing-masing semua dok tahan gelak. Lepas jer mamat yang bawa bunga tu berlalu pergi terus gamat opis tu dok bahan aku .. Dan siaplah ko Fieda kena tahan telinga at least dalam seminggu ni.. okey.. credit to Marina yg sempat snap gambar ni..





Tak sangka mendapat penghargaan sampai begitu sekali.. Last two week dapat gak sebiji kek Secret Recipe dan yang tu pun boleh tahan jugak tercengang tiba2 dapat sebiji kek.. Okay.. Adios...

27 February 2011

Back to back Events of Feb 2011

Bila dilihat semula memang tiada update lansung untuk tahun 2011...
Rasa kelakar pula bila dulu hampir setiap minggu update cerita kat sini tapi sekarang sunyi sepi tanpa sebarang berita...

Okaylah tak ada apa sangat yang nak update. Lagipun kebanyakan gambar2 dah upload di facebook.. so dalam gambar2 itu pun sudah menceritakan apa yang berlaku sepanjang 2011 walaupun secara gambaran kasar...


Bulan Januari tak banyak kisah yang menarik pun, tapi dihujung bulan itu adalah genap usia aku yang ke.. ermm korang kira sendirilah kan..hurmm .. So celebrate bersama family dan rakan2... Memula celebrate awal sebab besday aku on weekdays.. Masa tu masak2 dan makan dengan family kat rumah.. Then next weekend pulak kitorang pergi teluk batik dan kat sana sekali lagi makan celebrate besday kat seafood restaurant ...


Seesokan hari sekembalinya aku ke KL celebrate besday dgn Marini & Sujie.. Masa ni kami makan kat sake sushi... memang sangat best dan sedap sushi kat situ... Sambil berjalan2 kat situ aku dok usha baju untuk dinner sme congress tema 60's old movies... Dan tak sangka pulak jumpa kat sana dan terus beli...



Untuk bulan Febuary ni aku sedikit pening sebab memang ada banyak event yang berturut2...
So macam yang aku cerita tadi, SME Congress selama 3 hari 2 malam kat PD.. So selama tiga hari itu macam2 yang terjadi lahkan, ada cerita yang best dan ada cerita yang tak best... Tapi aku rasa tak best bila melibatkan politician which I hate the most... hurm adalah ceritanya tapi tak boleh nak cerita kat public.. Tapi cukuplah aku rasa piss off dgn apa yang berlaku... Not only me tapi the whole team semua rasa begitu.. Mahu bermain politik? silakan....





So tutup cerita SME congress tu...dan mulakan cerita event yang kedua.. So hari Ahad selepas event SME Cogress kami bertolak dari PD dalam pukul 11 dan sampai lebih kurang pukul 1 sebab berhenti makan kat rnr seremban.. Balik rumah sekejap dan pukul 3 berkumpul kat tempat Event yang kedua pada malamnya iaitu Partner Award Nite dengan tema Arabian Nite...
Malam tu ramai partner2 yang turun dan turut dimeriahkan oleh penari2 arab... ehehehe.. Makanan best dan lokasi di Al-diafah Arabian restuatan di Sri Petaling...
Hasilnya menarik dan ramai yang berpuas hati...



Tiga hari berturu2 event tanpa henti menyebabkan keletihan yang tak terhingga dan mengantuk lagilah sangat...





This weekend pula weeding Nad dan all the pix pun baru jer upload ke facebook malam tadi.. Memang menjadi reunion all songees zaman matriks sebabnya yang kawen ni sememangnya president & founder of the Songees... yeah.... Ramailah yang turun semalam dan paling kagum dengan shima sebab pada hari tu adalah hari due utk deliver baby dan boleh lagi dia turun ke wedding nad... sebabnya kitorang semua tak sangka dia datang yelah sebab tengah sarat mengandungkan...


So lepas balik dari wedding tu plak ada event lagi iaitu besday celebration for my sister yang sedang menagandung juga..ehehehehe. Actually besday dia last weekend tapi sebab aku tak ada dengan dua event SME Congress + Partner Award Nite so plan tu postpone kepada semalam.. All the pix juga baru jer upload malam tadi...



02 January 2011

Catatan 2010 ....


Click at picture to enlarge it

Secara ringkasnya sneak preview all pictures sweet memories happened in my life yang sempat upload as album untuk tahun 2o10.... A lot more and more pictures yang ada tak dimasukkan dalam album nie....


Di atas ni adalah antara memori yang sempat di catatkan.. Kalau nak diikutkan memang banyak lagi.. List yang terbaik dari yang terbaik...

Tahun 2010 yang penuh dengan kenangan suka dan duka...
Ditinggalkan dan disimpan rapi sebagai sejarah dan tauladan supaya tahun 2011 dapat dijalani dengan lebih matang dan bermakna...

Save sweet memories folder of 2010 and create new folder of happiness for 2011

Good bye to 2010 and Welcome to 2011

20 December 2010

Farewell party for Shahril (T-T)

Hari ni last day Shahril kat sini.. mesti korang pelikkan siapa pula Shahril ni... Bos yang baru masuk ke division kami dlm 2 bulan yang lebih.. Baru jer nak rapat dan jadi lawan gaduh lepas tu dapat berita yang Shahril ni dapat offer kerja kat another company dan gaji die perh lumayan tu.. Good for him actually.. dan Shahril ni pun bukan calang2 orang..nampak jer macam tu tapi sekali lagi aku tabik spring kalau tanya soalan kat dia dan dia boleh memberi penjelasan dengan panjang lebar dan terperinci...

Orang yang disukai ramai dan bos yang sukar dicari ganti... Kalau dulu macam segan2 jer sebab tak kenal tapi bila dah kenal memang boleh jadi gang gaduh... :P

Actually memang sedihlah untuk kami sebab aku yang bukan staff dia pun dah rasa sedih macam ni, inikan pula staff dia yang betul2 bernaung di bawah dia.. So dari pagi memang team kami breakfast bersama2.. Series aku rasa lama giler tak makan breakfast beramai-ramai macam tu..

Memandangkan kami dah lewat so memang kat luar sahajalah tempat yang dituju dan sempat lagi boleh melawat TMPoint Bangsar... Bos dan anak buah kena jaga outletkan..

So balik opis sambung wat kerja dan kemudia as plan kami sekali lagi meraikan makan2 bersama @ Bali Feel... Nice place dan nice menu.. Actually dah banyak kali pergi situ tapi hari ni lain dari hari yang lain.. maybe feel celebration dan makan 1 row meja panjang... Is like the whole restaurant for us... tapi ada jer orang2 lain kat tepi2 dan bahangian luar restaurant tu...



Happy dapat makan yang sedap-sedap



Orang kuat SME Channel..

Memang menjadi sesi bergambar kenang-kenangan untuk kami semua, makan off course lah memang kenyang bangat.... Sessi ucapan dan penyampaian hadiah from bos dan juga staff... Bergelak ketawa sahaja kan masa tu.. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu...

Satu baris meja kami...

All of us for farewell celebration

Sesi celebration bersambung lagi waktu petang tu. Actually aku ter'miss sebenarnya.. Aku pergi bilik belakang sebab solat zuhur dan lepas tu alang2 dah nak masuk waktu Asar tu aku malas lah nak tanggal telekung semua tu duduk jer dan tunggu solat Asar. Then lepas keluar tu aku tengok semua orang tengah makan. Punyalah aku blur masa tu boleh aku tanya sempena apa makan2 ni.. Adeh .. tepuk dahi sekejap... Owh yang nie farewell party celebration from whole SME pulak... Sebab yang tengahari tadi adalah celebration from PP team... Kan tadi aku dah kata Shahril ni memang disukai ramai macam trademark iklan susu F&N pula kan....

Shahril tak lokek dengan senyuman, tak lokek dengan bantuan, tak lokek dengan ilmu dan tak lokek dengan tegur sapa.. tak lokek dengan nasihat.. dan lain2 lah... huhu.. Tinggal dia dah kahwen jer kalau tak aku sure beratur awek2 nak ngorat dia... ehehehe... Kalau tak mana pula datangnyer macam2 gelaran untuk Brother Shahril ni kan.. Abang Tiga Tiang, Abang Jambu dan paling tak tahan ada PTT Penang kata owh Shahril yang baby face tu yer.. Kitorang haah... apa-apa jelah... Fazli pun dok iyakan yer Shahril yang baby face tu... Tak ke lawak namanyer.. 1st time dengar orang lelaki yang digelar baby face..

Okay .. bye bye... Good luck for shahril and welcome on the board for new face in SME ....