05 April 2011

Kisah Tayar Kereta Pecah

Bila baca tajuk ni sure semua orang dah tahu apa yang berlaku kan... huhu..
Kejadian ni berlaku pada hari Sabtu yang lepas dimana lokasi yang sangat super duper strategik iaitu kenduri kawen... Suka tak adeh...

Actually kami dah sampai ke tempat kenduri kawen tu dan semasa tengah sibuk2 nak cari parking yang paling strategik tergedebuk kereta aku termasuk dalam lubang... memula think positip okay boleh keluar ni dan cuba tekan minyak untuk mengeluarkan kereta, tapi malangnyer tidak berhasil...

So bila keluar jer dari kereta dan lihat memang satu tayar tu memang muat2 masuk dalam lubang tu.. adeh nak tak nak ni memang nak kena angkat ni..huhu... orang yang lalu lalang kat situ stop untuk menghulurkan pertolongan...

Cubaan kedua semasa nak keluarkan kereta menyebabkan tayar kete pecah..huhu..bila dah jadi macam tu memang dah tak boleh buat apa, kena angkat kereta dari lubang ittew... Dengan kerja keras orang2 yang membantu akhirnya kereta berjaya dikeluarkan... hurmm

Tak habis kat situ, operasi seterusnya ialah menukar tayar yang pecah dengan spare tayar... Orang2 kat situ juga yang membantu dan kalau nak harapkan aku memanglah kan, spare tayar tu pun aku tak pernah nak tengok keadaan dan rupa bentuk saiznya.. Bila dah keluarkan tetiba terkejut sbb saiznye kecik... hoho dah macam tayar motor pun ada ni... memang sangat berterima kasih kepada yang sudi membantu semasa kejadian itu berlaku.

Next mission selepas kenduri kawen ialah mencari kedai tayar, dan oleh kerana tak familiar dgn area sentul maka lokasi yang dipilih ialah di jln klang lama... hurm sudahnya dua biji tayar ditukar.. memang sudah tibanya jangka hayat kereta perlu di tukar tapi plan hujung bulan 4 or bulan 5.. tak sempat nak tunggu dan memang kena tukar.. hoho.. okey sekian...

Moral of the story jangan curi penutup longkang dan mengakibatkan mala petaka untuk aku pada hari itu..huhu.. lagipun memang silap sendiri juga sebab dok sibuk toleh kiri kanan nak cari parking dan tak perasan yang longkang tu tak ada penutup..

0 comments: