16 October 2011

Trip ke Penang

Hai kawan2... Baru sekarang menjumpai cara menulis blog thru mobile.. huhu.. malas nak on pc pun yer... Kalau dulu boleh menghadap komputer tak kira siang dan malam tetepi tidak sekarang.. huhu
Bila buka laptop teringat keje maka dengan secara rasminya saya sudah lama tak bawa laptop balik ke rumah melainkan ada urgent task yang perlu disiapkan...


Kembali kepada tajuk asal setelah satu perenggan dibazirkan dengan dengan bebelan yang tiada haluan dalam kehidupan. Maka mari kita mulakan story tempoh hari... Setelah lokasi dan masa telah dipersetujui semua orang dan ahli kembara pun telah mendapat kelulusan dari bos masing2 maka kami pun telah merencana jadual perjalanan kami... Macam biasalah kami bertolak dari opis dan menuju ke destinasi seperti yang dirancangkan.. perjalanan agak singkat jugakla almaklum jalan pun clear. So first time jugaklah aku drive cross Penang bridge selepas bertukar driver kat r n r Tapah. Aku rasa kurang dari 4 jam perjalanan kami...



Lokasi santapan pada malam itu yang telah diset dalam kepala kami semua sejak dari KL lagi iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah Hammer Bay... Makan hanyalah kami bertiga tapi bermacam-macam menu kami order dan menu yang paling wajib ialah ketam yang menjadi kegilaan kami bertiga.. yes memang itulah misi kami sebenarnya dan harga pun murah tak sampai rm100 pun... Memang puas hati sbb harga tu memang tak akan dapat kat KL pun.... Hehehe



Next aktiviti selepas makan2 ialah sesi menonton wayang... Ops yang ni memang tidak ada dalam agenda lansung tapi entah macam mana boleh timbul idea ni masa on the way ke Penang... Lokasi dipilih ialah QuinsBay... Betul ke tak ejaan ni belasah jelah... So mencuba nasib jelah hari tu sebab kebetulah hari rabu adalah ladies day so ramai orang plak dan seat yang tinggal baris depan shj. So kami kena tunggu diorang release reserve seat. Setelah mencuba naseb berkali2 maka Wane berjaya mendapatkan reserve seat tu... Horay dan bergelak ketawa macam nak pecah perut tengok cerita Johnny English... Perh hilang penat dan ngantuk drive dari Tapah sampai ke Penang.... Marina dengam Wane dah tengok cerita tu dan mereka berdua bersungguh2 rekomen tengok movie tu... Memang enjoy dan best...

 Misi pada hari kedua pula sesi menjawab emel... Sebenarnya aku pun baru tahu kat hotel yang kami duduk tu ada free internet cuma diorang tak provide LAN cable.. So beli jelah kat receptionist tu sepuluh henget tapi berbaloi bole pakai sepanjang duduk kat hotel tu... Training pada hari tu start pukul 2 petang tapi memandangkan lokasi training di butterworth so kenalah gerak awal sebab takut jam nak cross penang bridge tu nanti...

Memang dah janji dengan org Ptt penang nak lunch sesama tapi kami pula yang mendapat surprise jeng jeng jeng... Hoho tak boleh cerita kat sini... Offline okay... Hurmm sesuatu surprise yang tidak mengembirakan dan boleh dikatakan spoil mood sepanjang makan tengahari tu. Menu special ikan bawal goreng dan sedap tapi perasaan tak best!....

Lepas lunch terus menjalankan tugas train frontliner penang... Memula macam cuak jugak sebab tak boleh nak expect macam mana penerimaan diorang.. 2nd time kena bagi training kepada frontliner so dah tak berapa kekok sangat... Okaylah so far okay jer feedback diorang semua sepanjang training tu... Tapi yang kelakar tetiba aku bole cakap loghat penang plak... Bak kata sarjan jenir kita kena ikut coverage gak kalu kita berada dalam coverage penang maka kenalah cakap penang...hehehe.


Dinner pada malam kedua ni pula, lokasi yang dipilih ialah gurney drive... Sebelum tu kami borong jeruk yang dipesan oleh kak ina dan mak aku.... Boleh tahan jugaklah hasil tangkapan kami.. Okay kembali kepada tajuk makanan santapan pada hari kedua iaitu pasembor penang.. tapi speselnya kami tambah ketam... Hehe memang menu wajibla katakan.. makan kerang dan sebagainya dan puas hati sebab misi pun terlaksana dengan jayanya...




Memandangkan esok masih ada training lagi so tak boleh la nak jalan2 sampai lewat sangat sebab ada tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu menjawab emel dan juga slide presentation utk training esok... Perhhh memang letih tapi apakan daya.

Hari ketiga dan merupakan hari terakhir kami disini memang bergambar dalam bilik yang luas dan sangat diluar dari jangkaan kami... So lepas breakfast kami pun check out dari hotel.






For our next task untuk last day ialah sekali lagi kami ke wisma tm butterworth utk train channel team dan juga reseller...


Lepas habes training tu kak maria bawa kami pergi makan mee ketam kat Juru.... Menu yang memang ada dalam kepala kami sejak dari KL lagi ni... Boleh meroyan kalau tak dapat makan mee ketam.... Seperti jangkaan memang habes licin mee ketam tu... 




Sedap dan puas hati dan siap bungkus bawa balik KL...

Penghargaan kepada marina dan wane yang sudi menemakan saya untuk ke penang... Best dan memang best..Tidak dilupakan kepada Papago yang bukan sahaja menjadi menunjuk arah tetapi memberi warning speed limit &  speed trap...



0 comments: