23 October 2011

Entry bersambung-sambung...

Jumaat 21/10/2011... Plain &  blank...

Tak tahu nak update apa sebenarnya sebab minda kosong di pagi jumaat... nak update kat FB pun malas jugak dan rasanya blog adalah tempat yang lagi best untuk.menulis sebab tidak terlalu private dan tidak terlalu public...

Memang semua orang boleh baca tapi tak mengenali identiti penulis blog melainkan kawan2 yang memang kenal kita.. Lately kerja kat opis pun tak berapa busy sangat tapi kalau datang kerja amek semua datang serentak...

Hari ni pun tak pergi gym jugak, kena balik awal sebab nak ambil gambar family kat studio sempena Konvo untuk budak kecik ni esok...

*********************************************************************************
Sabtu 22/10/2011... Hari Graduasi uTem

Hari  graduasi si budak kecik tu.. Bertolak dari rumah pukul 4 pagi. Memag aku tak boleh nak buka mata pun masa tu tapi sebab semua orang dah kena kerah bangun maka terpaksalah ...

Sampai Melaka sebelum pukul 6 pagi. Mula2 nak singgah R n R tapi semua tutup almaklumlah belum subuh pun lagi. So kitorang pun decide untuk solat subuh kat masjid Al-'alami dan drive thru McD untuk breakfast.

Sampai uTem dalam pukul 7 dan budak-budak graduan ni bersiap-siap untuk beratur masuk dewan...



Aku malas nak masuk dalam dewan sebab pakai seluar jeans dan aku sememangnya mengantuk giler tahap yang dah tak boleh nak tahan. Sepanjang aku duduk kat khemah untuk tetamu dan ibu bapa memang aku tidur dan orang yang lalu lalang kat situ pun aku dah tak ambil peduli lagi. At last aku dah penat tidur atas kerusi dan orang pun semakin ramai aku pun amek kunci kereta dan sambung tido dalam kereta. Perh memang nikmat tido waktu tu...

Bila hari semakin panas dan aku pun dah penat duduk dalam kereta, aku pun usha bunga untuk dibeli untuk budak kecik ni...Hasilnya aku pun puas hati... ehhehe.

Mula-mula aku nak letak satu angry bird dan kemudian Along tambah lagi dua angry bird dan setiap satu angry bird tu wakil dari setiap orang adik beradik kami..

Merah - Along
Kuning - Angah
Biru - Aku ler tu nampak macam cool jer kan..ahahah



Bila selesai kajlis konvo semua dah kepentan dan balik KL. Speanjang petang tu semua orang menghabiskan masa dengan aktivitii tido... Zzzzzzzzzzzzzz



***********************************************************************************
Ahad 23/10/2011---Mari bersenam

Oleh kerana minggu ni hanya sekali sahaja pergi gym, maka hari Jumaat semasa jalan2 kat KL sentral, aku dapat idea untuk beli magazine yang menunjukkan cara2 untuk bersenam di rumah. Konon sebagai ganti untuk minggu ni yang tak complete 3 hari exercise di gym. Sekarang aku sudah ada gang baru untuk ke gym dan mereka semua super semangat untuk ke gym dan bagus jugaklah sebab secara tak lansung memberi motivasi kepada aku untuk ke gym semula..


Okay berbalik semula kepada cerita asal iaitu exercise step dalam megazine Shape Edisi Oct 2011, pagi tadi aku pun baru jer nak cuba step bersenam dari beberapa instructor dan masing-masing ada cara tersendiri...

Walaupun step yang diajar ni simple tapi memang berpeluh.. so boleh la cuba exercise ni  yang memang simple tapi kalau buat selalu aku rasa berkesan jugak..
Boleh akses website ni : Shape Your Life
sekian byee..

0 comments: