Actually aku pun macam tak percaya misi ni telah dilaksanakan dengan sungguh jayanya. Kitorang plan dalam seminggu lebih sahaja dan dengan komited dari semua orang plan kami berjalan dengan lancar. Bermula dari pemilihan tarikh, reservation sehinggalah ke hari yang dijanjikan.
Actually aku memang set waktu berkumpul awal sebab takut nanti ada yang lambat tapi don't understimate all my frenz yang sungguh excited kan. Semua orang sudah terpacak kat lobi opis tepat pada waktu yang dijanjikan dan ini semua sungguh mengkagumkan.. hehe..
Bila kami dah habes breakfast kat area Gombak pun masih ada lebih kurang sejam lebih sebelum pukul 12. Maka kami pergi ke Giant Taman Permata untuk menghabeskan masa kerana masih terlalu awal untuk start main ATV tu.
Bila sampai kat sana instructor beri briefing dan mengajar cara nak handle ATV tu.. Memang panjang lebar explanation dari start engine hinggalah explain macam mana nak brek depan, brek belakang, gear (Neutral/Foward/Reverse), hand brek dan macam lagi... Tapi oleh kerana takut dan nervous aku rasa semua macam tak boleh nak ingat. Muka berkerut2 sebab instructor ni beritahu ATV ni boleh terbalik kalau turun bukit terlalu laju dan juga kalau langgar lereng bukit. Hurmmm
Kusyuk benar padahal dalam hati sungguh mendebarkan sebab masa ni tak tahulah boleh bawa ke tak lagi bila instructor explain sedikit demi sedikit onak ranjau yang kami bakal lalui.. Salah satunya kami perlu mandaki bukit 80 darjah dengan menaiki ATV.. Terus dalam kepala ni dok terfikir adakah kami berjaya melalui semua halangan tersebut.. fuh masing-masing semua sudah bermuka cuak...
Bila semua sudah ready dengan helmet dan sebagainya maka kami cuba untuk start engine ATV masing... Walaupun muka cuak dan mendebarkan gaya mutu keunggulan tetap maintain...
Jiwa kental untuk memulakan ekspedisi dengan perasaan bercampur baur.. Mula-mula tu memang susah nak biasakan bawa ATV ni lagi bila melalui cerun-cerun bukit. Walaupun begitu kami masih tetap beraksi poyo dan sakan gambar dengan gaya yang tersendiri..
Berasa sangat lega bila kami sudah menghampiri destinasi ...
Maka sekali lagi beraksi dan bergambar.. Thanks kepada brader instructor yang bersungguh-sungguh guide kami dan membantu sepanjang ekspedisi ATV ni... Sungguh baik hati untuk mengambil gambar kami yang sudah tidak berapa normal ni...
Dan akhirnya kami berjaya sampai ke tempat perkelahan air terjun... horeyyy sanagat gembira dan excited bila nampak air terjun yang sungguh cantik...
Dan tanpa membuang masa terus sahaja menuju ke air terjun... Siap ada bawa bekalan makanan dan minuman untuk perkelahan yang hanya cuma sebentar tapi sungguh memberi kepuasan...
Masa yang diberikan kepada kami untuk berehat di air terjun dalam setengah jam lebih dan kami pun memulakan eskpedisi pulang dengan melalui trek yang sama.
Tetapi perjalanan waktu pulang lebih yakin dan aksi merempit dalam hutan.. tapi aku masih tetap dengan gaya sopan santun membawa ATV.. hahaha..
Bila sudah sampai ke pit stop rasa nak buat 2nd round plak...
Harap-harap lepas ni boleh datang lagi dengan pakej yang lebih mencabar... Sofea Jane Waterfall (pakej C) adalah target kami yang seterusnya....
Overall berasa sungguh berpuas hati dan sangat berterima kasih kepada pihak penganjur dan rakan-rakan yang menjaya misi ini...











2 comments:
ktne nie? ada pakej best x? brape??
kat balakng zoo negara..
Harga ikut pakej dari 5m 50 -rm300..
aku amek pakej B lebih kurang 1 - 1 1/2 hours ride to 7-tiers Waterfall harga rm100.
pakej C 1 1/2 - 2 hours ride to Sofea Jane Waterfall RM 150
pakej D 2- 2 1/2 hours ride to bukit tabur/Dam rm 200
pakej E 3-4 hours ride toBukit Tabur/Dam
Sungai Liza/dataran mas/bukit lalang
RM300
Post a Comment