29 August 2008

Merdeka Flashback




YEa.. first of all nak wish happy merdeka day and at the same time salam ramadhan yg akan menjelma beberapa hari saja lagi...

Emm saja nak citer2 pasal hari merdeka.. dimana2 ada bendera digantung sempena bulan merdeka dan ada ada pulak buat sales merdeka.. macam2 lagi.. tapi ntah seolah2 kosong penghayatannya.. Semasa jalan2 aku berkata pada teman.. tengok tu ada jualan merdeka.. Respond yang aku dapat..katanya emm ntahla..Tak rasa ape2 pun pasal hari merdeka.. Terasa sedih pun ada bila dengar respond macam tu.. Mungkin hanya sekadar meraikan bendera2, melihat bunga api, konsert dan macam2 hiburan.. tapi erti kemerdekaan tu sendiri tak dihayati...Di mana silapnya...

Kalau sekarang perayaan merdeka tak dapat dirasai mungkin sebab kita tak merasa penat lelah untuk mendapatkan merdeka..Aku mendengar topik pagi tadi dari satu radio station..

Seorang pemanggil mangatakan dia berada di airport semasa rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman dengan wakil-wakil hendak berangkat ke London untuk menuntut kemerdekaan...Dia berada di sana kerana datuknya merupakan orang yang diamanahkan untuk membaca doa selamat ketika itu..

Walaupun begitu kecil peranan dia hanya sebagai pemerhati tetapi dia berasa sangat terharu bila teringat peristiwa tersebut....

Dan bila nak dibandingkan dengan zaman2 sekolah dulu penghayatan merdeka lebih bermakna kalau nak dibandingkan dengan sekarang nie... Kalau dulu masa nak merdeka macam2 aktiviti dilakukan dan secara tak lansung kita pun sama terlibat meraikannya.. kalau sekarang nie.. hari merdeka dok rumah..tengak bunga api dari seberang sungai , dan kalau ada pun aktiviti jalan2.. emm zaman sekolah dulu lagi menarik aktivitinya...





  • Dengan aktiviti pentomen sempena merdeka...




  • Telibat dengan kawad kaki sempena sambutan merdeka kat Dataran Shah Alam peringkat negeri selangor.. Dok berkawad malam sebelum merdeka.. pelik benar rasanya kawad kaki malam2 hari ni.. tapi yg bestnya tak panas.. he he..




  • dan yang paling terasa masa terlibat secara lansung dengan sambutan merdeka peringkat kebangsaan tahun 2000 ... Masa ni yang paling best ... Dari selepas subuh dah terpacak kat dataran shah alam tu sampai la opening die dalam kol 8 lebih.. Sebab persembahan kitorang masa opening hari merdeka..Membuat formation bendera Malaysia, bunga raya, logo hari merdeka dam macam2 lagi la... kalo tak silap aku ada 7 formation yang kitorang wat masa tu.. Aku jadi yg kaler kuning.. So ape2 yang kaler kuning cnth: bulan sabit kat bendera malaysia, debunga kat bunga raya dan macam2 lagi... Itu belum lagi ngan latihan lebih 3 bulan sebelum merdeka... Hitam legam la muka ni yg sememangnya hitam.. > Walau macam mana pun tetap best dan bergumbira meraikan hari merdeka.. Sekarang semuanya tinggal kenangan...




Apa pun selamat hari merdeka.. Negaraku...Tanah tumpahnya darahku...




      12 August 2008

      Saving more instead of spending more


      Actually aku tidak mempercayai sangat horoscope nie.. tapi bile baca tentang spending money nie, aku berasa betul jugak tu.. dengan segala harga barang kat muka bumi nie naik melambung sejak dua menjak harga minyak naik.. So purposely aku jadikan nie sebagai advise tok diri aku ..


      Yela kena reverse balik ma... Even horoscope specific untuk aqua .. but it applicable to you all also .. so mari kita renungkan bersama...


      Aquarius (Jan 20 - Feb 18)

      The Bottom Line

      It's time for you to focus on saving more -- and get more disciplined in your life.

      In Detail

      It's time for you to focus on saving more instead of spending more -- that fact will become all too apparent when you look into your wallet or checkbook today and see a lot less there than you need. A moment's embarrassment can be fixed by putting something back on the shelf, but the quiet knowledge that you need to get more disciplined about saving your money will not. Instead of telling yourself that you 'should' spend less, today you actually have to start spending less.

      03 August 2008

      Puisi Merdeka

      AWANG HAD SALLEH


      PENYAMBUNG MERDEKA







      Berkurun dulu
      manusia silih berganti
      mati di pangkuan pertiwi
      untuk pewarisnya yang tinggal
      terurai belenggu bernama hamba
      lalu menghirup udara merdeka.


      Sejarah juga berkata
      ada manusia-manusia rakus
      pengintai kelalaian,
      merentas seluruh hukum manusia
      lalu mengikat kembali belenggu
      kepada manusia merdeka yang leka.


      Demikian……………………….
      sandiwara manusia
      dalam menterjemah rupa merdeka
      tanpa takut, tanpa rasa dosa
      yang dikira
      berkuasa atas manusia lain.


      Anak-anak warisku
      begitu sejarah merdeka manusia
      silih berganti
      maknanya
      kekadang entah di mana.

      Anak-anak ku
      Hari ini
      bara merdeka yang digenggam
      perlu subur didadamu
      dilengkari pagar bernama maruah.

      Gemala yang menyinari
      seluruh pelusuk pertiwi
      bahang sinarnya pula
      menyinari jalan merdeka
      yang di kiri kanannya
      terpacak gagah si Jalur Gemilang.

      Terima kasih pada satu pengobanan
      Dato’ Maharajalela, Rosli Dhobi
      Darah merahmu
      terhimpun dalam dupa merdeka
      Terima kasih pada satu usaha
      Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan Dr. Mahathir,
      sentuhan merdekamu
      seindah rembulan dipuncak menara
      keringat sengsara mumengalir mencipta pustaka jaya
      sebagai pusaka merdeka.


      Anak-anakku
      kerana mereka
      Hari ini kita mengenali wajah kita
      Hari ini kita memahami cita rasa kita
      Hari ini kita memilih untuk kita
      Hari ini kita memakai baju kita
      Hari ini kita bina arah kita
      Hari ini kita bukan lagi hamba
      kita merdeka,kita bahagia!


      Anak-anak ku
      kau hidup selesa
      d dada merdeka
      persara asasi manusia
      Satu harga diri
      satu kebebasan yang sejati
      terserah padamu sebagai milik abadi.


      Anak-anak ku
      Hidupmu untuk merdeka
      jiwamu sandarannya
      akal budimu harus merdeka
      untuk mencipta khazanah kita!
      baru lantas kita bicara
      yang kita penyumbang merdeka!

      28 July 2008

      Suatu Kejadian



      Sesungguhnya apa yang berlaku kepada kita telah termaktub di dalam suratan takdir dan tiada apa yang dapat mengubahnya melainkan dengan izin dari maha yang Esa.. Sesuatu yang berlaku boleh memberi kesan positif atau negatif kepada diri aku dan orang lain juga. Yang menjadikan sesuatu itu berbeza ialah bagaimana cara kita melihat kejadian itu samada dari perspektif yang positif atau sebaliknya.





      Kekadang sesuatu undang2 yang direka oleh manusia tidak dapat diterima akal logiknya.. Sebab musababnya tidak jelas malah mengaburi mata pihak tertentu untuk meloloskan diri mereka dari dipertanggungjawabkan ke atas kejadian yang berlaku.. Dengan angkuhnya manusia itu berkata kepada dunia bahawa aku tidak bersalah kerana undang2 itu telah ditetapkan begitu.. Bagi pihak yang tidak bersalah secara logik akalnya, dan juga kejadian yang disebabkan kelalaian orang lain dan akhirnya berpihak kepada orang yang melakukan kesalahan...Sesungguhnya tiada satu pun undang2 di dunia ini yang direkacipta oleh insan bernama MANUSIA adalah saling lengkap melengkapi.. Kekadang ia hanya berpihak kepada sesuatu pihak tertentu sahaja tanpa memikirkan atau menimbang balik kepada pihak yang lain...




      Adakah KEADILAN yang dicari atau pun keangkuhan diri yang menguasai diri manusia hingga berlakunya tindakah bodoh lalu mempersalahkan orang lain. Dia merasakan undang2 dunia dapat menyelamatkannya .. terserah kepada mereka.. Bagaimana akal dan fikiran orang yang berada di kawasan intelektual kekadang tingkahlakunya lebih rendah dari orang yang kurang intelek duniawi tetapi mereka boleh berfikir lsecara lebih rasional dari orang INI yang begitu angkuh sikapnya.....




      Percaya atau tidak hanya kesabaran diri ini yang dapat mengawal situasi yang berlaku dan tidak mahu memanjangkan cerita dan akhirnya beralah.. Seperti kata orang, beralah tidak bermakna kalah.. Itu adalah amanat yang kini semakin terhakis dalam diri setiap orang apabila hati menguasai akal... Mungkin kekadang aku juga sukar untuk menerima keadaan untuk beralah sebab aku berada di pihak yang benar tetapi realiti manusia sering begitu.. Hanya orang yang terpuji akhlaknya yang selalu beralah untuk kepentingan orang lain.. Aku juga mengharapkan dapat melakukan perkara yang sama seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini.... Sesungguhnya aku dan mata - mata menyaksikan kejadian tersebut telah berpihak kepada orang yang CUAI .,,, tatapi insya allah ada orang yang akan mendapat kebaikan dari tindakan aku... Seperti kelihatan orang bodoh menarik diri dan beralah kepada pihak yang lain..tetapi itu adalah ajaran agama kita bagi mengelakkan sesuatu perkara menjadi lebih serius lagi....






      Dan diharap kepada pihak satu lagi dapat melihat perkara ini secara lebih serius daripada meraikan kemenangan diri yang hanya bersifat sementara... Walaupun secepat mana pun masa yang dikejar atau sepenting mana pun urusan dunia, tetapi kepentingan orang disekeliling juga mesti difikirkan .. seperti meletakkan diri kita berada seperti mana situasi atau keadaan orang lain dan tidak hanya mementingkan diri semata-mata.. Be careful and thinks about others that only important message to you wahai orang yang menang yang hanya pada zahirnya sahaja..




      Kekadang bagaimana aku sebagai wanita melayu berasa begitu canggung apabila orang berlainan jantina dan bangsa memperkatakan tentang nilai murni kaum hawa dan kaum sejenis aku yang tidak mempunyai nilai2 yang seperti mereka harapkan.. Begitu mudah mengatakan sesuatu perkara dan menuding jari kepada orang lain sedangkan kelalaian engkau itu penyebab segala kejadian yang berlaku.. Berkotak2 rokok diperhidangkan kepada pandangan orang lain dan tidaklah aku begitu hairan bagaimana tingkah lakunya sedemikan rupa....




      Apa yang aku harapkan semoga ALLAH melindungi diriku dan keluarga ku dari mara bahaya yang boleh menganggu gugat keamanan dan kebahagian kami...




      Amin....

      25 July 2008

      Watch your appointment



      Hari Isnin baru2 nie aku telah mendapat kejutan setelah kembali bekerja selepas MC beberapa hari pada minggu lepas... Kejutannya gara2 aku kena pergi ke appointment berikut:-
      1. Appointment pukul 9.30 dekat area USJ
      2. Appointmnet pukul 10 dekat KL area Time Square
      3. Appointment yang sia2 dekat Starbuck , The Garden

      Tak ker giler aku nak berkejar2 pergi apointment pertama dan kedua tu..hu hu..

      Punca2 appointment yang diset pada masa yang lebih kurang sama dan ditempat yang berlainan adalah:-

      1. Aku tak follow up dengan schedule untuk appointmnet yang pertama
      2. Aku tak baca email betul2..yela gara2 email yang foward2 nie dan juga mengelirukan
      3. Lupa ngan tarikh dan hari gara2 MC beberapa hari
      4. Appointment yang pertama di set oleh pihak ketiga tanpa refer ngan schedule aku...

      Setelah combine semua perkara di atas maka akulah yang menjadi mangsa keadaan.. Dan solution kepada masalah tersebut...

      1. Postpone appointment ke-2 sehingga pukul 11.00..kononnya ada gap dan boleh berkejar ke KL setelah setle appointment pertama...

      Dalam masa yang singkat aku pun berkejar dari Puchong ke USJ dan sampai ke tempat tersebut dalam masa yang ditetapkan.. tetapi masa yang sangat berharga dan terhad dibazirkan selama 1/2 jam gara2 tempat yang diset untuk berjumpe ngan client sungguh mengelirukan... Maka terjadilah senario seperti di bawah...

      Mike (opis mate): Hello i dah sampai kat resturant XXX... so you dekat mana?

      Client: Yea.. kami pun dah sampai.. you dekat mana? Tak nampak pun

      Mike: Kami kat dalam restaurant nie dekat bahagian tepi , dekat
      ngan jalan bersama Malay colleageu emm aku lah tu.

      Client: Emm tak nampak pun.. kami dekat restaurant XXX nie..

      Dan perbualan tersebut berlanjutan selama lebih 5 minit tapi still tak jumpe ngan client tersebut gara2 dekat area tu ada 4 restaurant yang mempunyai nama yang sama, setelah mendapat kepastian dr waiter restaurant tersebut... Waduh2 ...

      Dan 10 minit lagi masa digunakan untuk mencari lokasi restaurant yang satu lagi dan akhirnya berjumpalah dengan client setelah total masa 1/2 jam dibazirkan begitu sahaja...

      Setle jer appointment tu dah hampir pukul 11.. hua aku nak kena bekejar ke KL plak..dengan guide yang diberikan oleh Mike aku pun rush ikut KESAS gi Berjaya Times Square... hua... hampir2 lost gak tapi akhirnya sampai.. Memang dah terlewat untuk appointment ke-2 dan parking plak susah nak cari... Aku pun bergegas ke lokasi kedua but dah pesan dgn Partner suruh diorang proceed meeting dulu sebab aku memang tak bley sampai sana on time.... But muke nie tebal jugakla beberapa inchi setelah lambat untuk kedua2 appointment tersebut...

      Then lepas appointment ke-2 dalam kol 3 lebih dan bos aku pun ajaklah gi midvalley untuk appointment ke-3 (tak da dlm plan).. Aku pun agreed untuk ikut sebab malas nak balik opis.. he he...

      Tapi aku tak da ape2 fungsi dan kerja sbb lebih kepada aktiviti minum2 kat starbuck dan akhirnya aku kebosanan dan balik ke rumah..

      zzzzzzzzz... tido..hari yang memenatkan...