Bangunan guna enam ribu tan keluli dan material telus cahaya jadi mercu tanda baru di Putrajaya
Artikel yang ku baca dari berita harian dalam ruangan "Dimensi"..Apa yang menarik mengenai artikel nie ialah ia mengenai satu pembinaan Masjid Besi yang akan dijangka siap pada hujung 2008. Ia digelar Masjid Besi kerana penggunaan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit.
Apa yang menarik tentang masjid nie ialah seni bina yang berkonsepkan moden ketemporari dan juga berlatarbelakang Tasik Putrajaya. Masjid ini dapat menampung sehingga 20,000 orang dalam satu masa dan mempunyai keluasan sekali ganda lebih luas berbanding dengan dari Masjid Putra, Putrajaya. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.

MASJID Besi dedang dalam pembinaan dijangka siap hujung 2008.

DINDING Mihrab daripada kaca tersergam indah dengan ukiran ayat suci al-Quran yang kelihatan terapung di udara
FAKTA: Kemudahan disediakan
- Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
- Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
- 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
- Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
- Dapur
- Bilik VIP
- Bilik penyelenggaraan
- Bilik jenazah
- Pejabat
- Bilik kawalan audio visual
- Ruang letak kereta (bawah tanah)
- Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
- Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
- Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
- Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara
FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
- RM180 juta - Kos pembinaan
- 60,156 - Meter perseti, luas masjid
- 20,000 - Kapasiti jemaah.

2 comments:
mane ko dapat gambo2 mesjid neh klu blom siap lagi??
ad3ck,
Gambo tu aku dpt dr article berita harian...
Maybe model je kot..yg rela nyer x siap lagi...
Post a Comment