Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Lirik lagu dari KENNY REMY MARTIN menjadi intro untuk entryku kali ini..Apa yang nak diceritakan disini ialah insiden yang berlaku pada minggu lepas dimana secara kebetulah aku telah berjumpa dengan beberapa orang rakanku secara x sengaja..he he..
Pertama sekali semasa perjalanan menuju ke tempat kerja aku terserempak dengan Ana iaitu classmateku masa sekolah menengah..

Pertemuan yang singkat dan kami hanya sempat bersalam..Aku pun terkejut sebab tiba2 ada orang menghulurkan tangan untuk bersalam..Kemudian bila kulihat mukanya rupa-rupanya Ana..Belum sempat aku nak bertanyakan soalan Ana menunjukkan bas sebagai isyarat dia perlu menaiki bas tersebut..Itulah alkisah pertemuan yang singkat setelah sekian lama x berjumpa
Kedua...

Aku pergi ke Plaza Low Yatt pada hujung minggu yang lepas..Dalam sibuk2 ku tawar-menawar harga barang dengan mamat Cina nie..tiba-tiba aku ternampak Dayang kawanku masa di UiTM, lama juga la aku dah tak mendengar khabar berita kawan2ku dari UiTM..Berborak hanya sekejap untuk bertanya khabar dan kemudian aku perlu menjawab panggilan telefon ..Lepas tu Dayang meminta diri untuk pergi...Pertemuan kedua juga singkat...
Ketiga..
Dalam hari yang sama, aku terserempak pula dengan Zalina., rakanku semasa ambil course ACCP di Cosmopoint...

Pertemuan di stesen Monorail Hang Tuah ni juga sekejap dan hanya sempat bertegur sapa kerana aku meminta diri untuk menghantar adikku ku ke Pudu raya...Dan dalam perjalanan ke Pudu raya aku berkata-kata di dalam hati siapakah lagi yang akan kujumpa selepas ini...Mungkin ya dan mungkin tidak..
Keempat
Dan tidak disangka-sangka semasa aku meneman adikku membeli tiket bas, tiba2 aku menerima panggilan telefon dari kawanku Suria, kawanku yang sudah lama tak berjumpa...Kemudian Suria kata, dia melihat aku dari atas bas..
Aku pun mencari2 bas yang Suria katakan..Disebabkan banyak bas di Pudu raya aku pun mengambil masa jugala untuk mencarinya..Akhirnya aku pun berjumpa dengan bas tersebut...Katanya bas dia dah nak gerak..Aku pun hanya sempat berborak tak sampai lima minit..lepas tu bas tu pun bergerak menuju ke JB...
Wah..sangat kebetulan..aku berjumpa dengan tiga orang rakanku secara tidak sengaja dalam satu hari..Walaupun semuanya pertemuan yang singkat tapi aku tetap gembira...
Sebenarnya pada hari aku berjumpa rakan2ku secara tak sengaja, aku sepatutnya berjumpa dengan gang 'Songee'..
p/s: Kepada marini yang last minute call kate nak join sory yer...Next time kite jumpe lagi..k
4 comments:
emm 4 org dalam sehari. suratan atau kebetulan? (ko tanye ku ku tanye ko balik)
emm mgkn boleh plan next time bersongee yg sgt memancitkan itu. ;p.
Ad3ck,
3 orang dalam sehari..Gambar yg first tu aku jumpe hari lain..on da way nak gi keje..he he..
Jawapan aku ialah..Kebetulan..he he
Emm songee yg sgt memancitkan???
Dan pada akhirnya...
Aku jugak yang masih penuh semangat untuk bersongee kan?
uhurm....
tak pe ah.
.................
Aku pun masih bersemangat nak songee..Tapi ada hal lain plak masa tu..
Siap dah plan ngan suzie nak tgk wayang masa tu..tapi x berkesempatan..
Kita hanya mampu merancang..tapi Tuhan saja yang menentukan..
Post a Comment