12 February 2009

Ekspedisi Bukit Tinggi 3 - Japanese Tea House

Seperti yang di war2kan di entry sebelum nie.. destinasi seterusnya ialah Japanese Village....

Japanese Village nie bersebelahan dengan Botanical Garden..

Ketiga-tiga tempat nie (Colmar Tropica, Botanical Garden & Japanese Village) telah termasuk sebagai satu pakej yang perlu dibayar sebanyak RM10 semasa memasuki Main entrance Bukit Tinggi ini....

Japanese Village merupakan satu lagi keunikan di Bukit Tinggi selain Kota Perancis, di mana di Taman ini terdapat rumah yang dikelilingi landskap taman yang menyerupai perkampungan kecil Jepun .....
Inilah gambar permandangan Japanese Village....


Berada di suatu sudut di Japanese Village



Kami berada di dalam salah sebuah rumah di Japanese Village yang juga dikenali sebagai waiting house...

Setiap pengunjung dibenarkan mengambil gambar di dalam ruang rumah nie ....



Dan gambar yang berikutnya pula, kami berada di dalam rumah yang disediakan khas untuk para pengunjung untuk bergambar dan memakai kimono iaitu baju tradisional Jepun...

bayaran dikenakan sebanyak RM20 seorang selama 3o minit.....

Makcik yang kononnya perasan orang Jepun itu begitu peramah pada mulanya apabila kami hendak menyewa baju kimono tersebut.

Ketika itu hanya kumpulan kami yang mengayakan baju kimono di taman tersebut dan secara tidak lansung menarik minat ramai orang yang berada di situ untuk menyewa baju kimono...

Mak cik tadi yang tiba2 bertukar attitude terhadap kami apabila semakin ramai pengunjung bertandang ke rumah dia untuk menyewa baju Kimono...

Sesungguhnya senyumannya hanya palsu berlaka seperti mana identitinya sebagai orang Jepun celup...

(didapati cakap cina dengan pengunjung lain dan juga memahami bahasa Melayu dengan baik).... so berhati2 dengan orang ini... (Berada ditengah2 --> gambar menegak)


Berposing ala2 Jepun di dalam rumah Jepun....



Mengambil peluang selama 30 minit bergambar di sekeliling Taman Landskap Jepun....




Gaya2 ayu gadis Jepun dan Jejaka macho Samurai Jepun


Aksi gadis control ayu bertukar ganas....


Konichiwa....



Arigato ozaimas..adakah betul ayat aku nie... he he...
Next entry iaitu destinasi terakhir di Bukit Tinggi --> Rabbit Farm....

7 comments:

Sheeta dari Laputa said...

Fieda!!!!

Blog ko dah jadi album gambar dah. Aku dalm byk2 ni, paling suka kat rumah jepun ni la.. kita berenam mmg suit bergambar sama2 kan?

Lepas ni mahu ke Genting? Nak capture muka2 korang yang kecut perut ,main benda2 tu! ehehe...

Fieda said...

Marissa,

YEr betul tu.. at japanese village nie yang paling aku suka sebab tu letak banyak gambor

Muka2 kecut perut .... next destination.. hua..

Aidy Shahiezad said...

waaahhh... baju jepun !!!
aku teringin sangat nak pakai benda alah tue...

Fieda said...

aidy,

Yup.. try pakai baju kimono kat sana... sewa 30 minit...

Anonymous said...

hye fieda! sy bru saja jumpa blog ni while googling for 'bukit tinggi japanese tea house'.n i was thinking to go there, tp x taw sgt pakej sana mcm mana. yg rm10 tu for what actually? ada tourist guide ke? or just for entrance? bebaloi x if spend 1 whole day kat sn? are we allowed to drink tea there? hehe sorry byk tanya. hope ley jwp ek. tq! :)

Fieda said...

hye...
welcome to my blog.. he he
Actually rm10 tu bayar untuk 3 tempat colmar tropica, japanese tea house & botanical garden...
Then rabbit farm tu kena byr tiket lain tak igt harga tp dlm rm3-4 je kot...

Kat situ ada japenese restaurant..
Then ada jual brg2 aksesori jepun termasuk japanese tea kat kedai cenderamata ..
yg untuk drink tea tu kena byr harga lain.. tak igt harga..itu bergambar jer tak silap..

Kitorang spent time satu hari dari pagi sampai petang dah round sume tempat.. tak overnight kat situ...

Fieda said...

kat situ tak ada tourist guide.. redah jer.. tempat dia tak jauh sangat.. kitorang drive kat atas tu.. tapi diorang ada sediakan transport dari satu tempat ke tempat yg lain esp for foreigner