Di sini pengunjung dibenarkan memasuki ke rabbit farm dan bermain dengan rabbit yang sungguh comel....
Hanya marini dan meen yang berani memeluk rabbit di situ...
Aku yang lain2 nak pegang tapi takut.. he he... Arnab yang comel tapi tak beberapa friendly....
Di situ juga terdapat keldai, kuda, rusa dan lain2.... Dalam2 banyak haiwan kat situ yang paling unik ialah keldai yang dikahwinkan dengan kuda... Ermmm tak tau nak panggil apa kalau dah campur2 nie...
Gambar kat bawah nie Simon yang pandai senyummm... Simon show...simon show... Lama jugaklah nak memujuk Simon nie supaya senyum... dan akhirnya.... Senyum tak sudah....
Tak lupa juga Keldai + kuda putih... tak ingat plak namanya....
Kat sini kami mengambil kesempatan memberi makan kepada haiwan2 di situ..
Inilah die muka2 kelaparan... Lunch yang sememangnya sudah lambat dalam pukul 4 lebey selepas turun dari Bukit Tinggi....
Mascara Shorties
Dan pada malamnya pula aktiviti bersambung dengan event Mascara Shorties....
Walaupun keletihan di siang hari tetapi semangat masih berkobar2 untuk mendengar deklamasi puisi2 sehinggalah akhirnya mata terlena semasa persembahan Adam kasturi... Sesungguhnya aku tidak memahami apa yang cuba disampaikan olehnya... Overall persembahan separuh masa pertama quite good...
Persembahan yang bertenaga pada separuh masa kedua benar2 menghiburkan... Terutamanya Fin dan juga Ana Rafali yang diiringi oleh Aidit Alfian dan permain celonya...

Akhirnya kami pulang sebelum event nie tamat kerana sudah larut malam .....
Setelah Marini menghantar yang lain ke rumah masing2 dengan selamat dan akhirnya kami berdua menyusuri jalan menuju ke Kelana Jaya...
Pada mulanya aku cuak juga sebab kereta aku mungkin tak boley keluar dari lrt KJ sebab waktu operasi penjaga parking telah tamat... Dan bernasib baik palang pintu masuk telah dibiarkan terbuka dan aku memecut balik ke rumah....
Sekembalinya ke rumah...zzzzzzzzzzzzzzz ... keletihan...
p/s; Thanks pada Marini dan Meen yang drive pada hari itu............
No comments:
Post a Comment