05 December 2007

D.E.C.E.M.B.E.R 07 - Part 1

Hari berganti hari..bulan berganti bulan.. we are now in the month of December. The final month for the year of 2007... dan juga sebagai penutup tirai bagi tahun 2007..

Sedar tak sedar dah hujung tahun rupanya..Pelbagai perkara suka duka berlaku pada tahun 2007...Maka pada entry kali nie aku ingin menyingkap kembali peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun 2007...

Januari

  • Pembukaan tahun nie aku masih mencari-cari hala tujuanku..Bulan januari nie ku telah mengorak langkah pertama untuk memulakan perjalanan dan juga persediaan untuk menhadapi dunia pekerjaan.
  • Setelah sebulan lebih aku join program ACCP pada bulan januari nie aku semakin yakin dengan keputusan aku mengambil course nie walaupun pada mulanya aku pun berasa was2 kerana contract yg agak lama iaitu selama 6 bulan dan ada juga komen dari rakan2 yg mengatakan program nie x bagus dan sebagainya...Bak kata orang kalo x cuba tak tahu dan kalo x kenal maka x cinta..he he..Kerana setelah aku mengikuti course nie banyak benda yang aku belajar bukan hanya pasal computer and programming field sahaja but kat sini juga la aku jumpe member yg best iaitu Gang Songee..
  • Pada penghujung bulan January aku telah menyambut hari jadi ku yang ke-23...Surprised by Marini with the cake..series aku memang x expect..patut la dari pagi lagi before start class Cik Marini kite nie dok suruh aku gi toilet..Aku x suspect apa masa tu...Then few hours after class started, I went to toilet for answer my nature call (ayat Mr Yong)..dan sekembali nye aku ke kelas, aku nampak ada kek coklat atas meja aku siap ngan lilinnyer..he he..Tq ...


Februari

  • Bulan februari dimana aktiviti gang songee semakin rancak dirancang..tak semena2 dapat nama songee..Dalam sibuk2 ngan dgn Project .Net sempatla kami plan kuar beramai2 bermula dengan Pameran Tamadun Islam di KLCC dan seterusnya ke aktiviti yang lain antaranya PetroSains, makan Ramen dan byk lagi ..Masa nie gang songee memang best sangat dan aku memang enjoy every moment dengan korang sume...
  • Kami juga menyambut Valantine Day dengan cara kami sendiri iaitu Cup Cake yang sangat comel dan dikongsi untuk satu kelas...dan juga Kamarul yg bersusah payah membawa tiga kotak kek menaiki lrt..he he..
  • Penghujung bulan nie kami telah present first project kitorang iaitu project .net yang bertajuk E-salary. Setelah bertungkus lumus selama lebey kurang 2 bulan menyiapkan project nie dan tidak ketinggalan juga pertelingkahan aku & Marini againts Mr Black akhirnya boley di katakan semua group perform dgn baik skali dan mendapat pujian dari trainer2 yg evaluate presentation kitorang masa tu...he he...Really good job for all of us...

March

  • Bulan March lebey santai dan relax sebab bulan nie tak ada kena buat project..just every week presentation untuk Module Software Engineering...Dan pada bulan nie juga akhirnya kami sekelas berjaya mengadakan party ber-BBQ setelah kitorang plan party nie sejak dr awal tahun lagi...

April

  • Tanpa disedari masa berlalu dengan pantas dan akhirnya Course ACCP yang aku amek nie telah masuk ke Modul 3..dimana bulan nie kebanyakan dari kami telah mula fokus look for a job...Ada yang dah start pergi interview tetapi aku masih belum mendapat apa2 panggilan untuk interview..
  • Aku ngan member class 16 (ACCP) wat trip gi PD..best dan enjoy satu hari kami bermandi manda juga naik banana boat dan berkayak..sampai kitorang sume sun burnt..Lebey dua minggu baru dapat recover sun burnt tu...
  • Dan bulan nie juga kami telah diberi satu tugasan untuk project PHP...Di sebabkan masa yg diberi agak pendek berbanding project .net kami menggunakan title project .net tapi convert coding from .net to PHP...Nampak kerjanya macam senang tapi susah juga nak convert coding dari .net ke PHP...

May

  • Pada awal bulan may nie sekali lagi aku ngan member class 16 (ACCP) wat trip iaitu ke Zoo Negara..menjelajah dan mengenali haiwan2 di zoo negara.. hari yang menceriakan walaupun aku x beberape sihat mase nie tapi tetap enjoy sepanjang hari tu...
  • Pada keesokan harinya setelah kami enjoy sakan pergi Zoo Negara tu, kami ada sesi interview untuk on-job-training (OJT)..Fuh..memang cuak giler masa nie..Dalam satu hari banyak company datang untuk interview 2 kelas (Class 16 & 17)...First round untuk interview nie hanya beberapa yang diterima..Aku masih di situ tidak mendapat tempat untuk OJT masa first round interview nie
  • Then I week after that, aku dan rakan2 yang masih belum mendapat tempat OJT perlu attend interview dgn company yang lain..Bley dikatakan second round interview untuk OJT..Interview kali nie aku lebey bersedia dan lebih berkeyakinan berbanding dengan sesi interview sebelum nie..Antara company yang ada masa sesi interview kali nie ialah Extol, Innodium (company yg aku keje sekarang nie) dan Cosmo Point...
  • Pada bulan nie kami present project PHP..he he..Masa nie fokus kami lebey tertumpu kepada sesi interview untuk OJT, so projek kali nie kurang sket dari first project...Dan selepas kami present Project nie aku mendapat panggilan dari Mr Raymond yang offer tempat OJT & kerja kat Innodium..Berasa lega sebab aku dah dapat tempat OJT..he he..
  • Pada hujung bulan nie tamatlah Course ACCP selama 6 bulan...Berasa sedey dengan perpisahan kali nie sbb kami rapat dan bermacam2 kenangan suka duka ditempuhi bersama sepanjang 6 bulan Course ACCP nie..
June

  • Pada tanggal 1 jun adalah merupakan hari pertama aku menempuhi alam pekerjaan..Bermacam2 perasaan bercampur baur masa nie..nervous..excited..happy dan macam2 lagi la..
  • Pada awal bulan nie juga aku kena infection gara2 makan "Nasi Goreng Ayam" kat restoran Mamak jalan raja laut..ha ha...Lebey kurang 4 hari demam, gatal2 satu badan dan juga gastrik(3 in 1) penyakit sekali datang...Itu lah aku jarang jatuh sakit, tapi kalo sekali dah sakit memang segala penyakit datang serentak...
  • Aku telah diberi tugasan untuk handle customization system for Binavanco & RMN (Royal Malaysia navy)..
  • Pada hujung bulan nie juga untuk pertama kali nyer aku telah pergi outstation ke Mersing bersama beberapa staff company aku untuk present system kitorang kepada navy ..ha ha memang cuak jugak la masa nie..Aku sebagai staff baru masih dlm learning proses and thanks a lot sebab diberi kepercayaan untuk handle project nie at least byk yg aku dapat belajar ..

~ to be continue for Part 2...


30 November 2007

Harith Iskandar the comedian



Actually first time ari nie aku tgk live show of Harith Iskandar..Dan aku gi tgk show die nie pun masa working hour ha ha..Kebetulan masa tu aku pergi T-Sytem Open House kat cyberview logde resort dan tempat tu pun dekat ngan opis kitorang..


Lepas lebey kurang 20 minit aku kat hall tgk exibition psl company T-system nie.. Miss MC introduce T-system kat audience semua then she invited Harith Iskandar..Semua orang cam pelik gak apa kaitan Harith Iskandar ngan T-System Open House


Masa Harith bg intro untuk start speech tu, die pun kate I don't know much about IT and all that..Then die terus bercakap dan bercakap even tak relate dgn IT but it good..byk messege yg die sampaikan dan audience sume terhibur sepanjang die bercakap..Even aku ngan bos kau pun tak tahan gelak..

In the beginning of his speech is all about to be proud as Malaysian..then he also talked about Malaysian attitude and behavior...Die bercerita tentang perangai org Malaysia and compared with Singaporean...Apa yg diceritakan actually betul...especially about Malaysian driving behavior dan byk lagi la..


Antara cerita die yang paling aku ingat ialah tentang Malaysian behavior when cross the road.. then he compared with how Singaporean cross the road at their country....At Singapore they don't have choice because they must follow the rule "What ever they are doing has been watched"...They all can't just simply cross the road..Must cross the road at the zebra crossing line and some more must wait until green light..then baru boley melintas jalan..


Kat Malaysia we have a lot of choice.. "We can cross the road when & at anywhere that we want to cross the road..then we cross the road with the trust and power of our hand"...You know what the meaning of the power of our hand..Look at the picture below...


Most of us just cross the road by showing our hand with the stop sign..it is true?? I believe most of us doing the same way when cross the road...he he...

Emm macam2 lagi la yang diceritakan...The good thing about Harith Iskandar ialah die sangat spontan dan die bley bercerita tentang apa2 topic yang terlintas dan menyampaikannya dengan sangat bagus dan membuatkan semua audience rasa terhibur....

Then another topic yg aku ingat sampai skrg ialah die cerita how good woman in memorize the thing that man can't memorize...He starting about this topic dengan cerita pasal his girl friend asked him about baju apa yg girl friend die pakai masa diorang first date...And Harith said he can't remember even baju apa yg dia pakai semalam pun..

Woman can remember every single thing yg remeh temeh even sampai date or color baju dan sebagainya.. just imagine kalo masuk ke woman cip brain mesti x da space nak lalu sbb semua ruang full dgn fakta2 penting about every single thing happen in their life...



Dan kalo masuk ke dlm man cip brain mesti byk ruang2 kosong even sometimes maybe satu or dua girl yg akan lalu kat situ...yg diorang remember in their life....

Em begitulah antara cerita2 yg disampaikanoleh Harith Iskandar..dan aku rasa sgt terhibur selama 1 jam sampai terlupa tujuan asal kat situ ialah tok tgk2 T-system Open house...

~ Peace

19 November 2007

Sogo Presentation & Birthday Celebration

Sogo Presentation

Secara teknikalnya aku telah beberapa kali membuat presentation sebelum nie..tapi presentation pada jumaat yang lepas adalah presentation yang paling best dan paling relaks..Emm yang sebenarnya aku x prepare sangat untuk presentation kali nie sebab aku dapat tau sehari sebelum presentation..

Apa yang bestnye tentang presentation kali nie berbanding dengan presentation sebelum nie ialah respond and accaptence client semasa kitorang membuat presentation....x pressure langsung even tetiba ada beberapa kesilapan teknikal berlaku masa presentation tu...Dalam banyak2 client diorang yang paling sporting and understanding...Senang cerita diorang tak banyak kerenah..Masa selama 3 jam tak terasa lansung... Dan alhamdullillah semua berjalan lancar..Then we all setle kesilapan teknikal yang berlaku masa presentation after having great lunch with all of them...

P/s: Tq to Mr Aron (Sogo IT manager) ..you are the best client that I have deal before..


Birthday Celebration




Mr. Raymond's birthday on last Friday...we went and try out a restaurant at One Utama called Fish & Co.



I suggest this restaurant to all of them....I wanted to try this restaurant quite a while back and some more Marini strongly recommended this restaurant to me.. So I wonder if it is really that good. Cooking took about 15 minutes. We were surprised the portion is quite big… in fact maybe one of the biggest portion of fish and chips we’ve seen locally.

Overall, it was good and damage to the pocket wasn’t that bad. RM15.90 for the normal fish and chip and Rm16.90 for the New York version. Add RM6.50 to get a bowl of soup and a glass of drink. Some more you can get special discount and free meal (if paid with cerdit card)...

Thank you again to Mr Raymond for treat us the dinner...




13 November 2007

Masjid Besi

Bangunan guna enam ribu tan keluli dan material telus cahaya jadi mercu tanda baru di Putrajaya

PANDANGAN hadapan Masjid Besi dari jambatan Seri Saujana pada waktu malam.




Artikel yang ku baca dari berita harian dalam ruangan "Dimensi"..Apa yang menarik mengenai artikel nie ialah ia mengenai satu pembinaan Masjid Besi yang akan dijangka siap pada hujung 2008. Ia digelar Masjid Besi kerana penggunaan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit.


Apa yang menarik tentang masjid nie ialah seni bina yang berkonsepkan moden ketemporari dan juga berlatarbelakang Tasik Putrajaya. Masjid ini dapat menampung sehingga 20,000 orang dalam satu masa dan mempunyai keluasan sekali ganda lebih luas berbanding dengan dari Masjid Putra, Putrajaya. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.










MASJID Besi dedang dalam pembinaan dijangka siap hujung 2008.



DINDING Mihrab daripada kaca tersergam indah dengan ukiran ayat suci al-Quran yang kelihatan terapung di udara


FAKTA: Kemudahan disediakan

  1. Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
  2. Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
  3. 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
  4. Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
  5. Dapur
  6. Bilik VIP
  7. Bilik penyelenggaraan
  8. Bilik jenazah
  9. Pejabat
  10. Bilik kawalan audio visual
  11. Ruang letak kereta (bawah tanah)
  12. Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
  13. Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
  14. Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
  15. Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara

FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya

  1. RM180 juta - Kos pembinaan
  2. 60,156 - Meter perseti, luas masjid
  3. 20,000 - Kapasiti jemaah.

05 November 2007

Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan


Lirik lagu dari KENNY REMY MARTIN menjadi intro untuk entryku kali ini..Apa yang nak diceritakan disini ialah insiden yang berlaku pada minggu lepas dimana secara kebetulah aku telah berjumpa dengan beberapa orang rakanku secara x sengaja..he he..



Pertama sekali semasa perjalanan menuju ke tempat kerja aku terserempak dengan Ana iaitu classmateku masa sekolah menengah..






Pertemuan yang singkat dan kami hanya sempat bersalam..Aku pun terkejut sebab tiba2 ada orang menghulurkan tangan untuk bersalam..Kemudian bila kulihat mukanya rupa-rupanya Ana..Belum sempat aku nak bertanyakan soalan Ana menunjukkan bas sebagai isyarat dia perlu menaiki bas tersebut..Itulah alkisah pertemuan yang singkat setelah sekian lama x berjumpa




Kedua...



Aku pergi ke Plaza Low Yatt pada hujung minggu yang lepas..Dalam sibuk2 ku tawar-menawar harga barang dengan mamat Cina nie..tiba-tiba aku ternampak Dayang kawanku masa di UiTM, lama juga la aku dah tak mendengar khabar berita kawan2ku dari UiTM..Berborak hanya sekejap untuk bertanya khabar dan kemudian aku perlu menjawab panggilan telefon ..Lepas tu Dayang meminta diri untuk pergi...Pertemuan kedua juga singkat...

Ketiga..

Dalam hari yang sama, aku terserempak pula dengan Zalina., rakanku semasa ambil course ACCP di Cosmopoint...

Pertemuan di stesen Monorail Hang Tuah ni juga sekejap dan hanya sempat bertegur sapa kerana aku meminta diri untuk menghantar adikku ku ke Pudu raya...Dan dalam perjalanan ke Pudu raya aku berkata-kata di dalam hati siapakah lagi yang akan kujumpa selepas ini...Mungkin ya dan mungkin tidak..


Keempat



Dan tidak disangka-sangka semasa aku meneman adikku membeli tiket bas, tiba2 aku menerima panggilan telefon dari kawanku Suria, kawanku yang sudah lama tak berjumpa...Kemudian Suria kata, dia melihat aku dari atas bas..





Aku pun mencari2 bas yang Suria katakan..Disebabkan banyak bas di Pudu raya aku pun mengambil masa jugala untuk mencarinya..Akhirnya aku pun berjumpa dengan bas tersebut...Katanya bas dia dah nak gerak..Aku pun hanya sempat berborak tak sampai lima minit..lepas tu bas tu pun bergerak menuju ke JB...




Wah..sangat kebetulan..aku berjumpa dengan tiga orang rakanku secara tidak sengaja dalam satu hari..Walaupun semuanya pertemuan yang singkat tapi aku tetap gembira...




Sebenarnya pada hari aku berjumpa rakan2ku secara tak sengaja, aku sepatutnya berjumpa dengan gang 'Songee'..




Tapi atas sebab2 tertentu aku telah cancelled plan tu..Antara alasannya memang tak cukup korum (marini & min tak dapat join) & ada sedara-mara nak datang rumah aku masa tu..Emm tak pe nanti kite replace dengan hari lain dan aku harap kali nie cukup korum..he he

p/s: Kepada marini yang last minute call kate nak join sory yer...Next time kite jumpe lagi..k