31 December 2008

Melaka Trip

Last weekend, aku dan family meluangkan masa bersama for short holiday di Bandar Melaka setelah hampir sedekat tidak melawati kota bersejarah itu...
Plan asal telah bertukar dari A famosa ke Bandar Melaka disebabkan hotel di A famosa fully booked di musim cuti sekolah....

Perjalanan ke hotel yang terletak di Bandar Melaka sungguh sesak dan kami stuck di situ lebih satu jam....

Dan akhirnya ketibaan kami ke hotel Avillion memberikan kelegaan kerana ruang dalaman yang memberikan keselasaan kepada kami semua... dan harganya hotel itu juga sungguh reasonable...

Gambar setibanya ke hotel....

Relax dan santai at Avillion Hotel, Melaka...


Pada malamnya pula kami dinner di Umbai yang terkenal dengan makanan sea food ..

Perjalanan selama setengah jam dari Bandar Melaka dan bersesak semasa memasuki ke kawasan tersebut akhirnya memberikan kepuasan kepada kami semua dan harganya juga murah iaitu Rm200 untuk 8 orang dewasa...

Makanannya pula memang lazat tetapi seribu kali sayang kerana leka menikmati makanan yang dihidangkan menyebabkan kami terlupa untuk mengambil gambar....



Keesokan harinya aktiviti di teruskan dengan menyusuri sungai Melaka menaiki bot..

Perjalanan selama lebih setengah jam menaiki bot tersebut dan melewati beberapa tempat bersejarah di persisiran sungai Melaka...


Bergambar semasa menyusuri Sungai Melaka




Kemudian keinginan merasa masakan Asam Pedas di Bandar Melaka terbantut kerana keadaan yang sungguh sesak di kawasan sekitarnya sehingga menyukarkan untuk berhenti dan group kedua juga terpisah dari group pertama gara-gara polis merentang tape pemisah diantara kereta kami... Dan akhirnya kami lunch di restoran di tepi jalan menuju ke Air keroh dan group kedua di kedai makan ikan bakar berdekatan Utem....

Perjalanan pulang ke KL juga sesak bermula dari Senawang sehingga simpang Port Dickson...

23 December 2008

Catch up Nov and Dec Events



Sejak dua menjak nie aku agak kebelakang dalam hal2 post entry... Aku tengok orang lain bley dikatakan update blog setiap 2-3 hari sekali..Aku update blog 2-3 minggu sekali... Emm tak ada reason yang specific.. just bila tengah idea mencurah2 untuk menulis kat blog nie time tulah tak ada masa nak menjengok blog.. bila ada free time plak cam rasa cerita tu dah tak hangat so macam malas plak nak post kat blog... Itulah antaranya sebab musabab ke-SEPI-an My Life blog sejak dua menjak nie...



So sebagai ganti kat sini just nak update beberapa events yang aku nak masukkan sebelum nie tapi disebabkan ketiadaan masa maka aku menangguhkannya sehingga ke hari ini...


November Event

Training CMMI Version 1.2 ....



Date:18-20 Nov 2008

Time: 9.00 am-6.00pm

Venue:Federal Hotel



Dalam hujung bulan lepas aku dan sorang lagi officemate aku telah dihantar ke CMMI training.. mula2 tu just tahu sikit2 jer tentang CMMI nie.. cam biasa la maturity level.. So selama 3 hari aku telah ditanamkan tentang CMMI dan proses area yang sebanyak 22 area yang cukup membuatkan kepala aku nie bertambah bingung..hu hu...




Actually training nie bagus juga sebenarnya walaupun tak cukup 3 hari nak digest sebanyak 22 proses area tu..tapi banyak benda yang aku belajar.. dan maka secara tak rasminya aku menjadi ATM setelah tamat CMMI course selama 3 hari...




With CMMI trainer..Mr Kaushik....




All trainees from 4 companies..Successfully completed CMMI training


p/s:Sekarang dok kena review and study balik CMMI nie.. sbb next year jan start appraisal...




December Incident

Firedrill and Actual Disaster...


2/12/2008

Setelah 2 minggu kami menghadiri training mengenai "Security Briefing on Fire Evacuation Procedures & Firedrill conduct by UOA Safety Dept", dan seperti yang dijanjikan oleh pihak security UOA, firedrill telah dilakukan untuk menguji tahap kecekapan dan kelicinin proses bila berlakunya kebakaran dibanggunan UOA... Tetapi aku on leave hari tu...

Tapi apa yang aku nak kongsikan di sini..ialah keesokan harinya sekembalinya aku dari cuti, telah berlaku actual disaster kat office aku... Mula2 tiada tanda yang pelik, tapi aku perasan computer aku auto restart beberapa kali... aku pula masa tu tengah busy troubleshoot computer bos aku yang tak boley remote control dari client site... Tiba2 berlaku letupan kecil sambung menyambung dari satu suis computer ke suis computer.... dan semua desktop black out... Laptop adapter yang sedang charge semunya burn... siap kuar asap....


Sebagai langkah berjaga2 aku unplug semua cable dari destop aku.... dan monitor officemate aku hampir2 jadi "barbeque" gara2 dia tak unplug cable dari suis...

separuh hari jugalah technical support try troubleshoot problem dan dibantu oleh pihak UOA... Dan kebanyakan kerosakan ialah adpater laptop....

December Events

Family Dinner

Kami sekeluarga merancang untuk makan di luar sebab sekarang nie musim cuti sekolah.. Maka selalunya masa nie kami semua ada dirumah dan boleh spent time bersama...
Lokasi awalnya ialah Port Klang Seafood restaurant .. Disebabkan masalah teknikal perubahan telah dibuat dan lokasi yang di pilih ialah Amarin Thai Restaurant, Midvalley....


Main Entrance






Antara makanan yang dihidangkan




Ruang dalam restaurant tersebut






Rate yang aku bagi untuk restaurant nie 4 bintang dr 5 bintang... makanan dia pun sedap... Value for money...



PC Fair...



Itulah kemeriahan di hujung tahun PC fair di KLCC Convention Centre... Seawal 11 pagi kami berempat beradik berpusu2 bersama ratusan pelawat yang lain menyerbu KLCC gara-gara PC fair... Setelah penat hingga sakit giler kaki kitorang akhirnya kami membawa pulang Laptop Toshiba (Angah), Buffalo Wireless Router dan lain-lain lagi...

Wireless router tu baru berfungsi semalam setelah hampir dua minggu dijadikan perhiasan.... Gara-gara kitorang tak tahu macam mana nak configure router tersebut.. Kedatangan kawan Along semalam menyelamatkan keadaan dan akirnya router tu die telah configure an wireless internet berfungsi dengan baik sekali....

So lepas nie tak da lah kisah2 berebut nak online..sebab masing2 dah boleh guna notebook masing2 untuk online..horeyyyyyyy...

Terima kasih kepada Haris (Husband Kak Shima) atas bantuan teknikal semalam... Jasa mu di kenang...

So berbalik kepada PC fair tadi setelah surveys 4 jam lebih rata-ratanya harga PC/notebook tak banyak sangat beza berbanding market price.. Ada Brand tu harganya exactly sama dengan harga kat Harvey Norman, low yatt dan sebagainya...Cuma ada beberapa brands yang berbaloi untuk dibeli... Rate yang aku bagi untuk PC fair nie 2 stars out of 5...

p/s: 2 hari baru hilang sakit kaki

14 December 2008

Sambutan Aidiladha

Salam semua.. lambat aku post entry nie.. hehe.. yela sejak dua menjak agak sibuk dengan beberapa perkara especially last week my father admitted to the hospital dan juga persiapan untuk hari raya qurban dan kenduri doa selamat secara kecil-kecilan dengan menjemput sedara mara terdekat...

So ini adalah antara hasil kerja tangan aku..he he.. menganyam ketupat tak pernah tinggal walaupun sambutan hari raya haji....






Zoey yang sedang belajar cara2 masukkan beras ke dalam ketupat..



Majlis doa selamat yang diketuai oleh abah...

Antara saudara mara yang turut memeriahkan majlis....

Others topic....

Gambar nie diambil hampir setahun yang lepas kat Perodua Showroom... Masa nie nak mangambil blakie untuk di bawa ke rumah.. Emm sedar tak sedar dah hampir setahun aku drive blakie...So tanggal 26 dec 08 maka genaplah 1 tahun umur blakie ..

Dan semalam untuk sekian lamanya aku mengunjung lagi ke showroom nie untuk setle kan insurance + road tax...

Previous post mengenai blakie...

Me & Blackie

Another post about blakie..

Me and blakie accident...

Blackie dan gang songee

Unlucky blakie

23 November 2008

Ana's Wedding & Huda's Baby

Ana's Wedding...

Pada tanggal 16 Nov 2008, maka seorang lagi teman persekolah aku iaitu Ana @ Rozanna telah melansungkan perkahwinan bersama jejakanya.. maka inilah masanya juga aku dapat berjumpa rakan2 sekolah yang agak lama tak jumpa.. Lagi2 tahun nie tak ada konvoi raya gara-gara leader's konvoi tak da kat Malaysia (bak kata Suria)....






So aku ngan Suria antara orang yang awal datang ke wedding nie dan sempat tengok mak andam touch up pengantin perempuan.. Dalam kesibukan dalam bilik pengantin sempatlah juga berlaku jejak kasih antara dua sahabat lama iaitu Suria dan Yuli..



Actually aku, suria dan yuli adalah classmate masa sekolah rendah.. So Yuli dan Suria yang lama giler tak jumpa nie berkongsi2 cerita.. Rumah aku dan Yuli dekat tapi kalo jumpa pun kat tepi jalan ...





Ada beberapa classmate masa sekolah menengah yang lain turut datang.. Antaranya dayah, zahila, isma, azureen, wani hasri, ekin dan huda majid (tiada dalam gambar) dan juga wan man, adzmeer, shafiq, zahreen dan juga shahir (gambar di bawah)...







p/s: Post entry lambat kerana kelewatan mendapatkan gambar.. he he..
Anyway kepada ana Selamat Pengantin Baru.. Semoga Berbahgia hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang...
(Name Card tu simpan elok-elok.. (idea suria)



Huda's Baby...




So selepas menghadiri wedding Ana, rombongan cik kiah seterusnya ialah ke Kota Kemuning iaitu rumah Huda Resad untuk melihat baby yang baru lahir.. Congrats kepada Huda... Rombangan sebanyak 3 kereta ini diketuai oleh Dayah Md Nor.. Emm kalo nak tau dayah nie orangnya lemah lembut tapi kalo bawa kereta mak aii giler punya laju..


Aku yang follow dia pun dah terasa cam race kereta.. Bak kata zahila naik kete yang dayah bawa cam naik roller coster.. Isk isk..yela aku yang follow dari belakang pun drive 100 km/hour (jalan biasa bukan highway)... Emm dayah plak kata..tak taulah memang dah habit bawa kete laju2... Zahila dan isma dah kecut perut kat dalam kereta tu.. Emm kepada dayah bawa kete hati2 yer....


p/s: Thanks juga pada Mak mertua Huda yang masak bihun yang sungguh lazat..emr slurp... tapi apakan daya perut ku sudah kenyang masa ni yela baru jer makan masa kenduri kawen ana,, he he...

Touch n Go vs KTM Reader


Touch n Go.. begitulah tajuk dan sama juga permulaan cerita untuk entry kali nie.. Aku telah menggunakan kad nie sebulan yang lepas.. 2 minggu yang pertama tak ada sebarang masalah..ok then aku pun semakin happy menggunakan kad nie kerana memudahkan perjalanan dan siap promote kat opismate aku dan dia pun sekarang guna kad nie...




So apa yang aku nak cerita nie bukan tentang benefit yang semua orang dah tahu, tetapi insiden yang berlaku 2 minggu yang lepas dimana seperti biasa waktu pagi aku melalui gate KTMB kat KL sentral.. Tiba2 reader tu tak accept kad aku..dan aku try sekali lagi masih sama.. Dan aku yang tidak berpuas hati telah cuba di reader sebelah pun masih tidak diterima..dan lastly aku perasan di reader touch n go tu tulis baki aku RM0.00...








Aku pun semakin confius..sedangkan aku baru top up sebanyak rm50 dan baki kat dlm kad touch n go sebelum aku top up pun masih ada rm20++.. So total masa tu ialah rm70++.. Then aku baru guna seminggu kenapa tiba2 boleh jadi rm0.00... Aku dan agak cuak la then pergi kat gate manual dan try sekali lagi touch kat reader tu dan result still sama Rm0.00..



Akhirnya adalah sorang staff KTMB yang menjaga gate manual tu tegur aku dan dia check kad touch n go.. Resultnya baki aku rm0.00... Then aku pun kata kat staff tu macam mana boleh jadi rm0.00 sedangkan dalam kad aku tu ada at least rm60++... Alasan yang diberikan sungguh tak munasabah iaitu aku telah touch banyak kali sebab tu setiap kali aku touch automatically duit kat dalam tu deduct at least rm10..

Aku pun makin tak paham dan setelah argue ngan staff tu aku katalah.."OK, fine kalo nak deduct rm10 pun mana pergi rm60++ tu. tak kan semua hilang macam tu...".. then staff tu dengan selambanya kata, " Itu saya tak tau..sebab saya rasa awak tak tahu guna touch n go, kenapa awak touch banyak kali..tu salah awak... bla bla bla".. Dalam hati aku kata, "What the hell this man talking about.. ".. bersabar jelah aku masa tu dan malas nak membazirkan masa argue ngan mamat (KTM staff) yang sungguh menyakitkan hati tu aku pun kata, So macam mana nak refund balik duit yang hilang tu.. Dan jawapan nya: " Itu awak kena check ngan Touch n Go"...



Dan aku pun pergi tanya kat kaunter touch n go (KTMB punya kaunter)..dan aku mendapati opis touch n go buka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam... Then aku decide untuk pergi after office hour...


*******************************************************************************


Tepat pukul 6, aku pun keluar dari opis dan pergi ke KL sentral dan direct ke Touch n Go opis (belakang CIMB bank)... Sementara aku menceritakan apa yang berlaku kat staff touch n go tu dia pun check kad aku dan resulnya duit kat dalam tu masih ada dan tak ada sebarang deduction seperti yang diperkatakan oleh staff KTMB pagi tadi... Lega dan dalam masa yang sama aku rasa geram dengan staff KTMB yang cakap ikut suka hati die jer...


Sebenarnya aku tak cakap pun lagi kat staff Touch n Go tu yang problem tu berlaku kat gate KTMB..Tapi dia telah pun tahu mamang banyak masalah berlaku kat KTMB reader.. Ok dan dia pun advice aku next time kalo touch n go ada masalah terus pergi manual gate dan ignore problem tu sebab bukannya problem kat kad touch n go tu tetapi reader tu yang bermasalah...

Pengajaran yang bagus untuk aku..sekarang aku dah malas nak naik komuter aku nak lrt jer..