13 February 2009

Ekspedisi Bukit Tinggi 4: Rabbit Farm

Last destination di Bukit Tinngi ialah Rabit Farm... Bayaran dikenakan sebanyak Rm3 seorang...

Di sini pengunjung dibenarkan memasuki ke rabbit farm dan bermain dengan rabbit yang sungguh comel....


Hanya marini dan meen yang berani memeluk rabbit di situ...

Aku yang lain2 nak pegang tapi takut.. he he... Arnab yang comel tapi tak beberapa friendly....


Di situ juga terdapat keldai, kuda, rusa dan lain2.... Dalam2 banyak haiwan kat situ yang paling unik ialah keldai yang dikahwinkan dengan kuda... Ermmm tak tau nak panggil apa kalau dah campur2 nie...

Gambar kat bawah nie Simon yang pandai senyummm... Simon show...simon show... Lama jugaklah nak memujuk Simon nie supaya senyum... dan akhirnya.... Senyum tak sudah....

Tak lupa juga Keldai + kuda putih... tak ingat plak namanya....

Kat sini kami mengambil kesempatan memberi makan kepada haiwan2 di situ..



Inilah die muka2 kelaparan... Lunch yang sememangnya sudah lambat dalam pukul 4 lebey selepas turun dari Bukit Tinggi....


Mascara Shorties



Dan pada malamnya pula aktiviti bersambung dengan event Mascara Shorties....
Walaupun keletihan di siang hari tetapi semangat masih berkobar2 untuk mendengar deklamasi puisi2 sehinggalah akhirnya mata terlena semasa persembahan Adam kasturi... Sesungguhnya aku tidak memahami apa yang cuba disampaikan olehnya... Overall persembahan separuh masa pertama quite good...

Persembahan yang bertenaga pada separuh masa kedua benar2 menghiburkan... Terutamanya Fin dan juga Ana Rafali yang diiringi oleh Aidit Alfian dan permain celonya...


Akhirnya kami pulang sebelum event nie tamat kerana sudah larut malam .....
Setelah Marini menghantar yang lain ke rumah masing2 dengan selamat dan akhirnya kami berdua menyusuri jalan menuju ke Kelana Jaya...

Pada mulanya aku cuak juga sebab kereta aku mungkin tak boley keluar dari lrt KJ sebab waktu operasi penjaga parking telah tamat... Dan bernasib baik palang pintu masuk telah dibiarkan terbuka dan aku memecut balik ke rumah....

Sekembalinya ke rumah...zzzzzzzzzzzzzzz ... keletihan...

p/s; Thanks pada Marini dan Meen yang drive pada hari itu............

12 February 2009

Ekspedisi Bukit Tinggi 3 - Japanese Tea House

Seperti yang di war2kan di entry sebelum nie.. destinasi seterusnya ialah Japanese Village....

Japanese Village nie bersebelahan dengan Botanical Garden..

Ketiga-tiga tempat nie (Colmar Tropica, Botanical Garden & Japanese Village) telah termasuk sebagai satu pakej yang perlu dibayar sebanyak RM10 semasa memasuki Main entrance Bukit Tinggi ini....

Japanese Village merupakan satu lagi keunikan di Bukit Tinggi selain Kota Perancis, di mana di Taman ini terdapat rumah yang dikelilingi landskap taman yang menyerupai perkampungan kecil Jepun .....
Inilah gambar permandangan Japanese Village....


Berada di suatu sudut di Japanese Village



Kami berada di dalam salah sebuah rumah di Japanese Village yang juga dikenali sebagai waiting house...

Setiap pengunjung dibenarkan mengambil gambar di dalam ruang rumah nie ....



Dan gambar yang berikutnya pula, kami berada di dalam rumah yang disediakan khas untuk para pengunjung untuk bergambar dan memakai kimono iaitu baju tradisional Jepun...

bayaran dikenakan sebanyak RM20 seorang selama 3o minit.....

Makcik yang kononnya perasan orang Jepun itu begitu peramah pada mulanya apabila kami hendak menyewa baju kimono tersebut.

Ketika itu hanya kumpulan kami yang mengayakan baju kimono di taman tersebut dan secara tidak lansung menarik minat ramai orang yang berada di situ untuk menyewa baju kimono...

Mak cik tadi yang tiba2 bertukar attitude terhadap kami apabila semakin ramai pengunjung bertandang ke rumah dia untuk menyewa baju Kimono...

Sesungguhnya senyumannya hanya palsu berlaka seperti mana identitinya sebagai orang Jepun celup...

(didapati cakap cina dengan pengunjung lain dan juga memahami bahasa Melayu dengan baik).... so berhati2 dengan orang ini... (Berada ditengah2 --> gambar menegak)


Berposing ala2 Jepun di dalam rumah Jepun....



Mengambil peluang selama 30 minit bergambar di sekeliling Taman Landskap Jepun....




Gaya2 ayu gadis Jepun dan Jejaka macho Samurai Jepun


Aksi gadis control ayu bertukar ganas....


Konichiwa....



Arigato ozaimas..adakah betul ayat aku nie... he he...
Next entry iaitu destinasi terakhir di Bukit Tinggi --> Rabbit Farm....

11 February 2009

Ekspedisi Bukit Tinggi 2 - Botanical Garden

MAsih lagi bercerita tentang ekspedisi ke Bukit Tinngi.. Selepas berpuas hati mengelilingi kota Perancis, penjelajahan seterusnya ialah ke Botanical garden..

Kali ini aktiviti sedikit mencabar otot2 kaki yang sudah lama tak excercise kerana kami perlu mendaki bukit yang agak tinggi sejauh 1/2 km.. bak kata Meen yang kononnya seorang atlet....

Pokok palma dikiri dan kanan jalan, beralun2 dibuai angin pada jam 12 tengah hari.. Cuaca yang baik dan tidak panas dan mungkin juga kerana iklim di kawasan bukit memberi sokongan kepada kami untuk mendaki ke puncak bukit...



Kemudian pilihan dibuat untuk ke Botanical Garden terlebih dahulu instead of Japanese Village....



Sepanjang perjalan lensa camera Marini snap gambar persekitaran botanical garden meghalusi kejadian alam flora dan fauna... Kredit to meen sebagai fotographer of the day...



Perjalanan yang panjang terhenti sebentar kerana otot kaki yang mula mengaduh keletihan...

Pengambaran berlatar belakang kehijauan pokok2 seumpama berada di dalam hutan....

Kembali meghayati alam semula jadi....

Sesi fotografi diteruskan dengan aksi2 comel kami.. Symbol LOVE bagi pasangan yang dilamun cinta....

Check point seterusnya masih di dalam landskap di situ..

Perjalanan yang meneruni cerun anak2 tangga hanya sehingga ke layer yang pertama dan seperti kata Meen dan Teep ada banyak pokok yang pelik di bawah sana..

Tetapi majoriti tidak mahu meneruskan termasuk aku kerana pendakian semula ke atas akan memakan masa malah otot kaki juga sudah keletihan....



The next destination is the World's First Japanese Tea House in the Tropical Forest..
Nantikan di entry seterusnya....

10 February 2009

Ekspedisi Bukit Tinggi 1 - Colmar Tropica

Gang songee kali ini telah mengatur plan sejak beberapa bulan yang lepas ke Bukit Tinggi...

Walaupun beberapa kali plan ini bertangguh disebabkan kesibukan dan hal2 yang tidak dapat dielakkan kejayaan untuk berkumpul semula untuk tahun 2009 telah terlaksana .. .. Marini, Meen, Teep, Suzie, Kama dan aku... Itulah Gang Songee.. he he dah lama tak gunakan word Songee nie..

Maka seawal 10 pagi kami semua telah sampai ke situ dengan perasaan berkobar2 untuk melihat permandangan di kawasan sekeliling Bukit tinggi...

Setibanya di situ aktiviti utama dimulakan dengan menjelajah ke Colmar Tropica yang juga terkenal sebagai kota Perancis...






Pemandangan yang sungguh menarik dan udara yang segar seakan2 menyambut kedatangan kami ke situ.....

Persekitaran yang tenang dan masih tidak ramai pengunjung di awal pagi memberikan keselesaan untuk sesi fotografi.....



Penjelajahan yang sungguh menarik dan gambar2 banyak menghiasi entry kali ini ...

Kami telah memasuki ke dalam Kota Perancis... Persekitaran dan bangunan yang seakan2 menyerupai suasana di oversea.... clasic dan menarik ....




Bergambar bersama pelancong dari Iran.... Bersungguh2 mereka untuk bergambar dengan kami.. Nak bergambar dengan Malaysian katanya.... sebagi kenang2an....


Sesi bergambar berterusan dari satu point ke satu point yang sudah menjadi tradisi setiap kali pertemuan kami....



Seindah pemandangan disitu... begitulah kecerian yang terpancar di wajah kami....



Ini dia the tanglung songee gang... Kami berada di puncak menara tanglung Banggunan di Kota Perancis.. Kemeriahan CNY hujung bulan lepas masih menghiasi persekitaran kota Perancis....



The sakura tree.. Meminta jasa baik waiter untuk snap gambar kami di belakang pokok sakura....



Berlatar belakang alam flora dan fauna ..... Di atas bukit..udara yang nyaman... memberikan ketenangan jiwa berada di sana....




Ekspedisi yang seterusnya akan bersambung ....

01 February 2009

25th Years...





Semalam tanggal 31st January 2009, maka genapla usia yang ke-25... Menjejaki usia ke 25 adalah umpama satu sempadan atau pun benchmark bagi kebanyakan gadis2 untuk menamatkan zaman bujangnya... Dan sememanagnya ada beberapa rakan2 yang telah pun menamatkan zaman bujangnya... Seperti rozanna, Kak Long Bobo, Huda resad, Pae, Solihin, Atiqah farhana (br saje bulan nie) dan yg akan datang ekin (bulan 3)....


Seperti biasa sampai dah dikatakan soalan cepumas selalu diajukan kepada aku mahu pun teman2 yang masih single.. bila nak kahwin?


Aku???

masih berfikir dan tertanya2... kerana aku sendiri pun tidak mempunya jawapan itu... sori mak & abah kerana masih belum menjumpai calon yang bersesuaian...........



Tapi selalu aku mengusir perasaan itu dari terus menghantui fikiran dan emosi yang lemah ini dari terus bermaharajalela.....
Cuma sejak dua menjak ini hati kecil ini berasa lemah dan lantas berbicara mengenainya yang ku cuba elakkan

Dan aku masih dikira insan yang bertuah kerana mempunyai keluarga yang sungguh supportive yang 25 tahun aku hidup di bawah satu bumbung walaupun bukan semua penghuninya bernaug dibawahnya pada masa yang sama...



Seperkara lagi tidaklah aku berada ditempat sekarang ini tanpa bantuan dan sokongan dari mereka...


So sempena sambutan hari lahir yang baru2 nie.. kami sekeluarga dinner kat The Manhattan Fish Market... emm yummy sedap...



picture source from Jimmychin.com.. sori amek without permission...









Emmm menu yang ditunggu ialah mussel berkrim..ha ha.. ape ntah nama menu tu tak ingat la plak.. emm rasa cam besh terliur plak masa tengok marini punyer blog pasal mussel... he he..

Tapi dinner tu pada 29 Jan 09 iaitu 2 hari sebelum actual besday... setelah mengambil kira jadual semua orang..

Pada 30hb Jan 09, mereka sume kecuali aku dan angah makan mee udang dekat Banggunan Kerajaan Jalan Duta... (mak teringin sangat makan Mee udang kat situ tu since last year) dan baru hari tu hajat tersampai.... Emm kredit tu Along yang berjaya melaksanakan hajat mak tu.. Aku ngan Angah makan Mee Udang yang dibungkus balik ke rumah.... Emm sedap.... aku yang tak suka makan mee kuning nie berjaya menghabiskan 3/4 dari mee tu.. Emm satu kejayaan dan memang sedap pun...

Dan sambutan pada 31st jan 09, kami sekeluarga breakfast kat Restoran Pedas walaupun insiden kejut mengejut yang kurang disenangi berlaku...(restoran yang juga direkemen oleh mak beberapa bulan yang lepas) ...

Memang sedap juga makanan di restoran tu.. 100% orang melayu tempatan.. So kiranya hari tu kali kedua kami sekeluarga breakfast di situ.. Roti canai dan roti telur yang sedap.. yummy.. yummy...

Selepas breakfast kami semua ke Giant membeli barang2 dapur... dan aktiviti seterusnya potong & makan kek di rumah (kek yang disumbangkan oleh Along) seperti gambar yang pertama....

Dan seterusnya dalam pukul 2 petang, setelah drop mak dekat kesas highway (puchong) yang kemudiannya naik kete mak ji yam untuk menghadiri majlis perkahwinan di setapak jaya... Aku dan angah pula terus menuju ka Loy Yat (first time ghupenya angah menjejakkan kaki ke low yatt).. Dan aku yang terkenal sebagai orang yang tak tahu jalan nie pula menunjukkan jalan kepada Angah untuk ke low yatt.. emm ada kemajuan untuk aku..he he.. (sempat memuji diri sendiri)....

Dan akhirnya angah membawa pulang semua barang yang selama ini diidam2kan seperti aksesori dopod dan sewaktu dengannya... So kiranya sangat berpuas hatilah sangat Angah tu telah berjaya mendapatkan semua barang yang dihajati especially download medical book ke dalam dopodnya yang berharga rm30 untuk satu buku di kedai PDA expert....

(p/s: Restoran jepun kat low yatt tak sedap)

Dan akhirnya aku pulang ke rumah kepenatan...

maka tamatlah aktiviti pada tarikh 31st january 2009 ..............

DAn mulai hari itu bermulalah kehidupan aku sebagai seorang yang perlu mamatangkan diri untuk merempuh onak ranjau kehidupan

All da best for me..