22 February 2009

Suatu Petang

Hari in menceritakan hari kedua pada weekend menghabiskan masa di Office...

Seperti semalam masih dengan document review... sepatutnya la...

Tapi aku review teman2 punya blog sebab dah tak larat nak tengok document nie...

Lagi pun malam semalam aku dengan mata yang separuh tertutup telah menghabiskan review PA untuk validation dan verification... Semua under tester...


Sebenarnya tak da kena mengana pun dengan entry yang sebenarnya nak tulis...

Petang semalam....

Balik ke rumah dengan separuh surprise beberapa kereta parking di tepi dan depan rumah...
Dan semua kereta tu sudah tidak asing lagi bagi aku....

Hati bertanya2.. ada party ker???
Mula teringat plan semalam semasa dinner sempena Besday Angah nak wat BBQ party.....


Kemudian memberi salam setelah masuk ke rumah...
Rumah sendiri kena la buka pintu sendiri...


Kemudian rata2 sedang bersantai dengan aktiviti masing2.. bermain computer games.. memasak di dapur... menonton TV... dan melayari internet...

Aku masuk ke rumah dan mencari makanan.. kelaparan beb sebab makan lunch vege food...


Dan event bermula pada pukul 7 malam....

Masak2 dan BBQ di tepi rumah... Team berBBQ berusaha menghidupkan api... dengan bermacam2 strategi dan petua... Minyak petrol.. campak gula dan juga tuang sedikit minyak masak ke arang....

Dan akhirnya tangan kepenatan mengipas untuk memghidupkan bara arang.... Menggunakan kaedah moden menggunakan kipas angin....

Dan akhirnya membuahkan hasilnya..udang bakar yang menngiurkan.... ayam bakar yang menyelerakan..daging & lamb bakar yang mengambil masa untuk di masak....



Dan permulaan doa selamat oleh Abah.... makanan disediakan..




Antara menunya ialah:
kek besday~~~ dari kak aya
Bihun putih ``` hasil tangan Cik yan...
Caramel ~~~~ Juga hasil tangan Cik Yan....
BBQ --- Team BBQ (azie, angah, along, nizam, along , cik yan, aku dan lain2) Rojak ~~~ emm mungkin mak.... Dan lain2.....




Danish Loqman vs Faris Danial



terima kasih atas menu yang sungguh lazat....dan kedatangan yang memeriahkan majlis...

21 February 2009

Suatu Pagi

Pagi ini tepat jam 10.31... aku dan rakan sekerja di bilik Homer Room *meeting room sedang menunggu ketibaan VVIP yang tak muncul tiba....

Semalam KATANYA semua kena datang paling lambat pukul 9.45..cuba tengok waktu sekarang nie bayang pun tak muncul2... wuh... sudahla hari sabtu datang kerja tidakkah membuat orang anoying menunggu di bilik meeting lebih setengah jam....

Kerana aku yang agak bergegas ke office dan decide amek NPE kerana ingin sampai tepat pada waktunya akhirnya menanti juga akhirnya....Hampeh....

Kenapa kami di sini??
ATM meeting.. macam yang aku pernah cerita di entry sebelum nie akan berlansungnya CMMI appraisal next week.....

Apa tugas kami???
Review CMMI document for Project Appraisal... Rasa cam nak muntah darah dok tengok PIID and PAWB nie.. hu hu... Lepas tu nak kena review satu persatu document under aku punya Process Area....

Apa yang kami makan???
Vegetarian Food... Untuk selama seminggu nie lunch kami ialah Vegetarian Food.. sebabnya hanya aku ngan kak Ayu jer yang bukan vegetarian... Emm redha jela....


Apa yang tak bestnya....

Emm kena menghadap document nie selama 2 hari dan pada pukul 2.44 pm aku hanya siap sampai Process Area 1 : SP2.2... Alamatnya kena stay up la malam nie dok kena siapkan PAWB....

Aku makin pening kepala sebab document yang diorang letak kat sini tak seperti yang dikehendaki oleh PA...

Dan aku makin tak paham dengan document diorang nie....

Dan semakin lama aku pening kepala....

Oklah aku pun tak tau apa benda yang merepek nie.. layan sajalah...

13 February 2009

Ekspedisi Bukit Tinggi 4: Rabbit Farm

Last destination di Bukit Tinngi ialah Rabit Farm... Bayaran dikenakan sebanyak Rm3 seorang...

Di sini pengunjung dibenarkan memasuki ke rabbit farm dan bermain dengan rabbit yang sungguh comel....


Hanya marini dan meen yang berani memeluk rabbit di situ...

Aku yang lain2 nak pegang tapi takut.. he he... Arnab yang comel tapi tak beberapa friendly....


Di situ juga terdapat keldai, kuda, rusa dan lain2.... Dalam2 banyak haiwan kat situ yang paling unik ialah keldai yang dikahwinkan dengan kuda... Ermmm tak tau nak panggil apa kalau dah campur2 nie...

Gambar kat bawah nie Simon yang pandai senyummm... Simon show...simon show... Lama jugaklah nak memujuk Simon nie supaya senyum... dan akhirnya.... Senyum tak sudah....

Tak lupa juga Keldai + kuda putih... tak ingat plak namanya....

Kat sini kami mengambil kesempatan memberi makan kepada haiwan2 di situ..



Inilah die muka2 kelaparan... Lunch yang sememangnya sudah lambat dalam pukul 4 lebey selepas turun dari Bukit Tinggi....


Mascara Shorties



Dan pada malamnya pula aktiviti bersambung dengan event Mascara Shorties....
Walaupun keletihan di siang hari tetapi semangat masih berkobar2 untuk mendengar deklamasi puisi2 sehinggalah akhirnya mata terlena semasa persembahan Adam kasturi... Sesungguhnya aku tidak memahami apa yang cuba disampaikan olehnya... Overall persembahan separuh masa pertama quite good...

Persembahan yang bertenaga pada separuh masa kedua benar2 menghiburkan... Terutamanya Fin dan juga Ana Rafali yang diiringi oleh Aidit Alfian dan permain celonya...


Akhirnya kami pulang sebelum event nie tamat kerana sudah larut malam .....
Setelah Marini menghantar yang lain ke rumah masing2 dengan selamat dan akhirnya kami berdua menyusuri jalan menuju ke Kelana Jaya...

Pada mulanya aku cuak juga sebab kereta aku mungkin tak boley keluar dari lrt KJ sebab waktu operasi penjaga parking telah tamat... Dan bernasib baik palang pintu masuk telah dibiarkan terbuka dan aku memecut balik ke rumah....

Sekembalinya ke rumah...zzzzzzzzzzzzzzz ... keletihan...

p/s; Thanks pada Marini dan Meen yang drive pada hari itu............

12 February 2009

Ekspedisi Bukit Tinggi 3 - Japanese Tea House

Seperti yang di war2kan di entry sebelum nie.. destinasi seterusnya ialah Japanese Village....

Japanese Village nie bersebelahan dengan Botanical Garden..

Ketiga-tiga tempat nie (Colmar Tropica, Botanical Garden & Japanese Village) telah termasuk sebagai satu pakej yang perlu dibayar sebanyak RM10 semasa memasuki Main entrance Bukit Tinggi ini....

Japanese Village merupakan satu lagi keunikan di Bukit Tinggi selain Kota Perancis, di mana di Taman ini terdapat rumah yang dikelilingi landskap taman yang menyerupai perkampungan kecil Jepun .....
Inilah gambar permandangan Japanese Village....


Berada di suatu sudut di Japanese Village



Kami berada di dalam salah sebuah rumah di Japanese Village yang juga dikenali sebagai waiting house...

Setiap pengunjung dibenarkan mengambil gambar di dalam ruang rumah nie ....



Dan gambar yang berikutnya pula, kami berada di dalam rumah yang disediakan khas untuk para pengunjung untuk bergambar dan memakai kimono iaitu baju tradisional Jepun...

bayaran dikenakan sebanyak RM20 seorang selama 3o minit.....

Makcik yang kononnya perasan orang Jepun itu begitu peramah pada mulanya apabila kami hendak menyewa baju kimono tersebut.

Ketika itu hanya kumpulan kami yang mengayakan baju kimono di taman tersebut dan secara tidak lansung menarik minat ramai orang yang berada di situ untuk menyewa baju kimono...

Mak cik tadi yang tiba2 bertukar attitude terhadap kami apabila semakin ramai pengunjung bertandang ke rumah dia untuk menyewa baju Kimono...

Sesungguhnya senyumannya hanya palsu berlaka seperti mana identitinya sebagai orang Jepun celup...

(didapati cakap cina dengan pengunjung lain dan juga memahami bahasa Melayu dengan baik).... so berhati2 dengan orang ini... (Berada ditengah2 --> gambar menegak)


Berposing ala2 Jepun di dalam rumah Jepun....



Mengambil peluang selama 30 minit bergambar di sekeliling Taman Landskap Jepun....




Gaya2 ayu gadis Jepun dan Jejaka macho Samurai Jepun


Aksi gadis control ayu bertukar ganas....


Konichiwa....



Arigato ozaimas..adakah betul ayat aku nie... he he...
Next entry iaitu destinasi terakhir di Bukit Tinggi --> Rabbit Farm....

11 February 2009

Ekspedisi Bukit Tinggi 2 - Botanical Garden

MAsih lagi bercerita tentang ekspedisi ke Bukit Tinngi.. Selepas berpuas hati mengelilingi kota Perancis, penjelajahan seterusnya ialah ke Botanical garden..

Kali ini aktiviti sedikit mencabar otot2 kaki yang sudah lama tak excercise kerana kami perlu mendaki bukit yang agak tinggi sejauh 1/2 km.. bak kata Meen yang kononnya seorang atlet....

Pokok palma dikiri dan kanan jalan, beralun2 dibuai angin pada jam 12 tengah hari.. Cuaca yang baik dan tidak panas dan mungkin juga kerana iklim di kawasan bukit memberi sokongan kepada kami untuk mendaki ke puncak bukit...



Kemudian pilihan dibuat untuk ke Botanical Garden terlebih dahulu instead of Japanese Village....



Sepanjang perjalan lensa camera Marini snap gambar persekitaran botanical garden meghalusi kejadian alam flora dan fauna... Kredit to meen sebagai fotographer of the day...



Perjalanan yang panjang terhenti sebentar kerana otot kaki yang mula mengaduh keletihan...

Pengambaran berlatar belakang kehijauan pokok2 seumpama berada di dalam hutan....

Kembali meghayati alam semula jadi....

Sesi fotografi diteruskan dengan aksi2 comel kami.. Symbol LOVE bagi pasangan yang dilamun cinta....

Check point seterusnya masih di dalam landskap di situ..

Perjalanan yang meneruni cerun anak2 tangga hanya sehingga ke layer yang pertama dan seperti kata Meen dan Teep ada banyak pokok yang pelik di bawah sana..

Tetapi majoriti tidak mahu meneruskan termasuk aku kerana pendakian semula ke atas akan memakan masa malah otot kaki juga sudah keletihan....



The next destination is the World's First Japanese Tea House in the Tropical Forest..
Nantikan di entry seterusnya....