27 July 2009

Gabai Waterfall... I like \(^-^)/

Finally, plan Gang Songee (ACCP) yang dirancang untuk sekian lamanya terlaksana semalam.. berasa sungguh excited weh.. series aku kata... Sehari sebelum kami ke Sg Gabai, aku & marini shopping barang2 basah kat Giant KJ... Gang yang lain shopping barang2 kering di tempah berhampiran rumah masing2..

Operasi marinate bahan BBQ dan penyediaan makanan di rumah Marini...

Kemudian bahan2 yang telah marinate di bawa pulang ke rumah.. Siap bawa bekal nasi jagung pulang ke rumah... aku dah rasmikan dulu nasi tu..haha.. 1st trial memang sedap..



Keesokan harinya, aku dan Marini bertolak agak lambat, sebab Cik Marini ada misi yang perlu dilaksankan di awal2 pagi...huhu..


Tapi gang dari KL dah bertolak lebih awal... So diorang yang sampai awal telah siap sedia setup tempat & meyediakan apa2 yg patut untuk BBQ..


Aku ngan MArini sampai memang sudah tersedia api dan bara untuk masak BBQ...

Kredit to Kama & lain2... hoho


Tapi sebelum tu nak cerita sket... Kitorang memanjat tangga yang super duper tinggi... Owh at least 3 kali berhenti tu... Memang la Meen & Kama dah warning awal2 lagi, tapi tak sangka la kena menapak setinggi tu... Wow memang menguji stamina betulla.. Sudah kami semua membawa barang2.. Secara tak sengaja Kama & meen didera membawa barang2 berat ..hehe...

Ok..nie adalah hasil BBQ yang pertama... Ayam black pepper.... yummy.. yummy...



Hasil BBQ yang ke-2... Sungguh mengiurkan.. lihatlah butter prawn stim dan juga sotong kalamari...


Phew..sedap giler...Sotong kat tempat kami beli tak best...huhu


So aku kidnap sotong dari stock bapa aku yang dibeli tengahari sebelum aku membeli belah kat Giant KJ..hehe.. Biasala kena mengayat bapa aku la kan.. Kena bayar juga ok..huhu....

Nie plak hasil BBQ ke-3... Percik Drumstik & Terriyaki Chicken Wing yang sungguh sedap .. rasa macam Pizza deli wing..Kredit to Marini.. resepi ko memang best... yeah....








Aku dan Marini sedang menikmati makanan... Nasi jagung yang dimasak oleh Marini, coleslow yang desidiakan oleh Teep, Ayam BBQ... Makanan yang sungguh mewah di dalam hutan bak kata Marini..hehe



All of us... the Songee Gurls....



Marini, Teep, Suzie, aku, kama & meen ...Bond between us.... Really appreciate you all... 3 years of friendship ....



Aksi menyimbah air... So lihatla aku di belakang menjadi nadi tunggak utama menyimbah air ke diorang semua... hahaha.. (gelak jahat)...


Me, me and me.........

Menghayati, menghargai dan menyukai untuk kembali ke alam semulajadi.....


The best moment.. Makan jagung bakar yang masih panas dalam air yang sejuk beku.. hehe




Okey.. setelah berpuas hati, kami semua mahu pulang... Beratur dalam barisan..



On the way turun ke bawah .. snap few picture... Permandangan Sungai Gabai yang sungguh cantik....

Gambar2 lain ada kat facebook

p/s: Thanks to Marini for the nice edited picture and ride to Sg Gabai...

(^-^)

The End...

24 July 2009

Sendiri




Sendiri...
Aku bersendiri
Buat tika waktu aku seorang diri
Melayan perasaan menangisi ..
Kehadiran tidak diendahkan lagi
Harapan tidak dikecapi
Lantas membawa diri
Bersama sekeping hati
Kepunyaan diri



Sendirian aku membiarkan stereng kemana arah tujuan membawa diri
Roda tayar berpusing ke suatu destinasi
Tanpa aku punya alasan yang tersendiri
Destinasi itu terus ku tujui


"Seorang", soalan di tanya pada diri
"Ya, seorang" begitulah jawapan diberi
Tanpa melihat mata2 disekeliling memerhati
Kerusi empuk bersama sedikit bekalan untuk perut yang perlu diisi
Kemudian berpindah lokasi gara2 kesilapan mata yang mengaburi
Langkah diayun lantas menghiburkan diri sendiri

Pada ketika aku sendiri
Perlbagai emosi cerita kuhayati
Kucuba mengaitkan dengan emosi sendiri
Lakaran diri..
Sisa emosi...
Menghantui diri...
Benarkah itu yang kurasai...
Pilu dalam emosi yang cuba dihayati
Merasai kepedihan di hati....


Masa semakin mencemburui
Mata melirik waktu yang semakin dilewati
Perasaan sedikit kalut gara2 aku bersendiri
Dikala malam makin larut dimakan hari
Langkah semakin ku pantasi
Enjin ditekan membelah jalan diwaktu malam hari



Perjalanan di waktu malam ketika aku sendiri
Sangat aku menghayati
Melintasi sekali lagi
Bayang-bayang semakin jauh meninggalkan diri
Dunia realiti
Aku sendiri
NUrkilan Aku, empunya diri....

14 July 2009

Cerita Selsema babi.... huh..

Just for sharing info ...



SITUASI SEMASA PANDEMIK (H1N1) 2009 Di Malaysia..

Source from MOH- Keratan Akhbar

"Sejumlah 32 kes baru influenza A(H1N1) telah dilaporkan di Malaysia yang terdiri daripada 20 kes import dan 12 kes jangkitan tempatan"

"Jumlah terkumpul kes influenza (H1N1) yang disahkan (confirmed cases) di Malaysia sehingga 14 Julai 2009 berjumlah 804 kes yang terdiri daripada 555 kes import dan 249 kes jangkitan tempatan."

"Jumlah pesakit influenza A(H1N1) yang sedang dirawat di hospital adalah berjumlah 31 orang atau 4%, manakala sejumlah 77 atau 10% menerima rawatan sebagai pesakit luar di rumah."


"Baki 696 atau 86% sebenarnya telah sembuh daripada jangkitan influenza A(H1N1)"


"Episod terakhir adalah di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka di mana sejumlah 6 kes telah disahkan dan kesemua mereka telah pun diberikan rawatan antiviral. Sejumlah 60 pelajar di institusi berkenaan sedang dalam pemerhatian."

SITUASI GLOBAL PANDEMIK (H1N1) 2009 SOURCE FROM WHO..

"Sehingga 14 Julai 2009 jam 8.23 pagi, jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 111,769 kes dengan 550 kematian daripada 143
negara, iaitu pertambahan 4,881 kes"

"Negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah Amerika Syarikat 3,310 kes dengan 41 kematian, Kanada 651 kes dengan 6 kematian, New Zealand 224 kes dan Argentina 192 kes dengan 22 kematian"

Alert H1N1 juga boleh di dapati di sini


Nasihat Kepada Orang Ramai

" Orang ramai juga turut dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan situasi semasa penyakit ini dan mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my/ dan http://h1n1.moh.gov.my/.

Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan iaitu 03-88810200, 03-88810300, 03-88834414 dan 03-88834415 terus beroperasi antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari."


CONTOH YANG PERLU DIIKUTI

Tindakan sebuah company yang sangat pantas dimana pada keesokan hari selepas kes tempatan pertama dilaporkan di Berita Utama... company tersebut yang juga client kepada company aku telah mengambil langkah sepeti di bawah:

1) Seorang wakil dari setaip department perlu scan temperature (scan pada dahi) untuk semua staff yang masuk ke office. Sekiranya didapati temperature melebihi dari paras normal, mereka perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital..

2) Scan temperature juga dilakukan setelah staff kembali dari makan tengahari

3) Ia juga mesti dilakukan kepada staff yang berkunjung ke department yang lain

4) Semestinya visitor seperti saya juga perlu scan setiap kali masuk ke department tersebut...

Memandangkan semakin banyak kes dilaporkan, diharap organisasi/company diluar sana perlu mencontohi mereka ...



p/s: Tadi mendengar perbincangan di office,, mungkin mereka juga akan memulakan langkah pencegahan tersebut...

An Apple a Day Keep the Doctor Away....


Some Article about H1N1

1) A(H1N1): Don’t play down its seriousness, says Liow

2) Map of Latest H1N1 Swine Flu Outbreak Cases and Statistics

13 July 2009

Just Another Weekend...

Ermm adakah releven tajuk entry nie.. hehe

Hari Sabtu, tak ada plan2 apa2.. bangun pun bila breakfast dah terhidang atas meja..huhu ..

Then seperti biasa operasi membersihkan rumah.. yer.. Linda bila mahu pulang ke Malaysia????...

aku dan mak bertungkus lumus bersihkan rumah... Aku cam biasala kemas bahagian depan & toilet, mak pulak bahagian dapur dan luar...

Lepas lunch, tunggu Angah balik dari kerja, keluar dok usha2 barang perabut dan on the way ke Tesco, Angah dapat call kena balik semula ke hospital..

So aku drop mak & Abah kat Tesco, pastu hantar Angah balik rumah then aku terus ke Tesco semula untuk join beli2 barang2 di Tesco...

Balik pun masing2 dah keletihan, tapi kena kemas barang2 yang di beli...

Suppose malam tu ada kenduri tahlil kat rumah jiran aku, dan disebabkan kepenatan, keletihan dan leka menonton TV, aku tak pergi.. hanya mak & abah jer yang menjadi wakil..hehe...



p/s: Malam tu melayan the making of Harry Potter: The Half blood Prince dan juga movie Harry Potter and the Order of Pheonix





*******************************************************************************





Hari Ahad plak, macam malas2 jer nak bangun, tapi aku paksa diri untuk bangun gak sebab nak pergi jog ... huhu.. dah 3 mingu tak gi ke sana..isk isk... apakah????

KAt bawah nie antara gambar pemandang kat sana.. Recreation Part kat Taman Tun... Nice & cool... Aku sangat suka tempat nie sejak kawan aku perkenalkan tempat nie..Almost every week pergi sana, tapi 3 weekend kebelakang nie selalu busy dengan macam2 aktiviti maka baru this week berkesempatan ke sana... Others picture check in FB...














Tempat nie lebih kepada family recreation park, pelbagai lapisan umur dari kanak2 hingga ke warga2 emas pun datang sini jalan2...Family picnic kat sini, jog, exercise, athlete training, cycling dan macam2 lagi...


Aku suka environment yang kehijauan.. jog trek kat atas tu macam kembali ke nature, bunyi2 burung, cengkerik, banyak kera.. aduh yang paling aku lemah.. tapi kera tu tak pernah kacau orang... Dan macam tak perasan korang berada di dalam bandar..series


Siap ada jambatan gantung, soft surface untuk exercise, anak sungai tu budak2 main2 air dan tangkap ikan.. Kesimpulannya memang best la...




Lepas jog tu pergi Makan kat Old Town, PJ...



Then balik rumah sempat layan Melodi sementara tunggu Angah balik kerja...



Seperti yang dirancang, aku, angah, emak & Abah pergi ke Kota Kemuning untuk menghadiri kenduri kakwin.. Actually anak kawan mak aku yang kahwin.. kira best friend mak aku la masa kerja dulu... Aku pun selama dia dengar jer cerita dari mak aku pasal kawan dia yang glamor dengan panggilan Mak Ji Yam., dan juga cerita anak2nya.. Sopi & Ujiro--> (Sofea & Uzir)



As usual kat sana, macam jejak kasih la, mak dan kawan2nya.. Almaklumla mak dah bersara almost 3 years .. so masa kenduri kahwin nie dapat jumpa kawan2 lama...



One thing yang aku perasan setiap kali pergi kenduri kahwin ex-officemate mak aku nie.. Mereka sangat supportive dan sangat ringan tulang untuk membantu keluarga yang buat kenduri kahwin tu.. Yela kerja bersama2 pun dah berpuluh2 tahun... Ada yang membantu jadi caterer, host majlis, tolong tuang lauk, dan macam2 lagila... semangat setiakawan tu.. hehe..

Dari kenduri kahwin tu perjalanan di teruskan ke Bukit Jelutong, rumah Pak Man.. Sebagai gantian sepatutnya semalam diorang datang rumah kami, tapi disebabkan semalam kami semua sibuk di luar dan balik rumah pun dah malam, so kitorang ke sana dan hantar baju raya untuk Tok Mama jahit... Seb baik Tok Mama dah reserve untuk family member, tempahan memang banyak giler kata Pak Man...



So lepas Margrib, atas permintaan Abah, kami semua ke Ani Sup Utara cawangan TTDI jaya ... one of our favourite restoran.. hehe..


Makan2 dan masing2 balik rumah...


Actually masa dekat rumah Pak Man, aku macam mengantuk dan siap landing kat katil bilik bawah sementara menunggu Margrib.. tapi still tak boleh tidur..



Dan sampai sekarang mata nie tak mengatuk jam dah pukul 1 pagi... Dikala mata tidak mahu tidur aku melayan buku cerita harry Potter sehingga pukul 2.40 a.m.. huhu... lepas tu aku tutup lampu dan kalo dilayan buku nie sampai ke Subuh aku tak tidur alamatnyer...huhu (T-T)...


p/s: Wahai mata, esok hari Isnin aku perlu bangun untuk kerja.. aduhai... Adakah aku juga sudah berjangkit dari Marini..huhu... tidaaaaaakkk.............















12 July 2009

Transformer...



Seperti yang dijanjikan hari Jumaat yang lepas, aku bersama offiicemate menonton movie Transformer di Midvalley... Actually event nie under company, so tiket pun free disamping kitorang semua boley mengular sebab show start 5 p.m... hehe..




Actually kitorang keluar lambat sebab masing2 khusyuk buat kerja dan Midvalley pun dekat jer dengan office.. So aku, Nida, Kak Ayu dan Erwan carpooled with Ahmad...




Ahmad pula ambil masa nak amek kereta yang park kat Masjid..


"Aku orang beriman ", kata Ahmad..


Then Nida plak balas,"Kereta ko jelah yang beriman "


Bila masuk Faderal tu macam biasalah jalan jam sampai simpang nak masuk Midvalley... Then jam lagi kat ring road Midvalley tu.. Ermm seb baik driver (Ahmad ) expert & tau selok belok parking kat situ.. Then dari car park, naik lif terus sampai depan GSC... First time aku tau parking tu..huhu.. sian gak kat aku ghupenyer... OMG...


Ermm seat aku sebaris dengan Kak Ayu & Nida..dan aku sorang jer yang menonton untuk kali pertama, Kak Ayu menonton untuk kali kedua dan Nida plak untuk kali ketiga...


Kata Nida lepas tengok Transformer tu, "Aku dah boleh hafal skrip diorang, then bley analisa apa2 yang tak logik dalam cerita tu. Ada satu scene tu cermin patut pecah dah kena langgar, tetiba aku tengok elok jer, tak pecah pun... Ada roda tu cam tak sesuai jer dengan kereta tu la..bla bla"


Aku no komen..sebab menonton untuk kali pertama, so konsentrasi 100% kepada jalan cerita, dan aku juga agak blur masa awal2 cerita tu sebab tak menonton Transformer 1.. huhu... Sampai diorang pergi toilet pun aku tak perasan..hehe

Masa kat car park adalah perbualan yang agak sengal..


Nida: Ahmad mana kereta ko??


Ahmad: Ntah..ermm mana ekh kete aku...Owh kereta aku dah transform ar.. jadi bumble bee ker optimus prime


Aku: da.....

On the way balik office:

Aku & Kak Ayu: Errm jalan mana Ahmad lalu nie.. jalan kecik pastu tembus Abdullah Hukum & terus ke jalan pantai...

Nida: Fida, ko perasan tak traffic light depan nie.. Kalo dari office ko slalu belok kanan untuk masuk NPE"

Aku: aha la baru perasan...

Aku & Kak Ayu: Errm first time ikut jalan nie

Erwan: Ahmad..biasala..



Then Ahmad drop kitorang kat Opis... lepas solat tu kitorang balik rumah..


On the way balik, nampak Ahmad drop Erwan kat simpang jalan.. aku pun lambai2 kat diorang.. tapi nampak macam Erwan nak cakap sumthing tapi aku pun terus jer jalan.. Bila buat U-turn nampak lagi Erwan nak lintas jalan, aku pun perlahankan kereta dan lambat sekali lagi... Tapi macam pelik lagik Erwan macam nak cakap sumthing, tapi aku terus jalan lagi...


Then bila dah sampai jalan Kg. Pantai Dalam tu baru aku perasan, kenapa gelap semacam jer nie.. Then aku sedar aku tak on lampu kerata rupanya.. Haha gelak sorang2 dalam hati.. Dan aku pun tengok ada miscalled dari Erwan.. haha gelak lagi sorang2 ...


Lepas2 tu aku return call Erwan dan cakap "Erwan, ko mesti call nak bagitau suruh aku buka lampu kan" pastu aku sambung gelak2 lagi...



Erwan kata, "Ha, dah buka lampu ker, aku tengok dah dua kali, ko tak perasan jugak.. tu yang aku call"..



Aku, "Dah, awat tak bagi isyarat"

p/s: Moral of the story jangan lupa turn on lampu kereta bila dah malam/gelap... Khusus untuk aku..huhu